Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIKAN MORAL

Nilai

• DEFINISI Etika

Akhlak
DEFINISI MORAL
• Tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila, ajaran, agama dan peraturan

masyarakat. Oleh itu,moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati,

merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti

tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi,kepercayaan, undang-undang,

norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan.


Cth :
• Sepasang suami isteri menemui seorang bayi di tepi sebuah balai raya ketika

pulang ke kampung orang tuanya. Kebetulannya pasangan itu tidak

mempunyai anak setelah 10 tahun berkahwin. Mereka bercadang untuk

membawa bayi comel itu balik ke rumah dan membelanya tanpa mengikut

peraturan undang-undang.Akhirnya setelah berbincang mereka akur bahawa

undang-undang negara perlu dipatuhi. Mereka membawa bayi comel itu ke

balai polis untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang

yang ditentukan.

KONSEP ETIKA
• Falsafah tingkah laku yang boleh didefinisikan sebagai sains moral dan

prinsip-prinsip moral yang bertanggungjawab menentukan tindakan

seseorang dengan mematui nilai-nilai moral


Cth :
• Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam

bilik guru sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang

didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai


masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu

seramai dua puluh lima orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami

tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama ada guru kaunseling

itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika seorang guru

yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada dipersendakan

atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.

AMALAN ETIKA NEGATIF

Kedoktoran Keguruan Ketenteraan Polis

Kecuaian Tidak profesional Tidak mempunyai sikap Tidak profesional


Jepun-seorang Petaling Jaya, seorang taat kepada negara / Seremban seorang
pensyarah membelot negara sendiri
doktor dengan tidak anggota polis telah
universiti yang Kangsar, Perak –
sengaja menyuntik ditangkap kerana terbabit
Peralatan senjata
berumur 34
cecair berzat di sebanyak satu trak telah dalam kes mencabuli
tahun telah dicuri keluar dari kem
dalam peparu seorang amah Indonesia
dibunuh kerana tentera kerana terdapat
seorang pesakit dan semasa ditahan di lokap.
disyaki terbabit ahli tentera yang terbabit
menyebabkan
dalam kes ini.
pesakit tersebut dalam kes
menjalinkan
mati akibat penyakit
hubungan sulit
peparu
dengan seorang
bekas pelajarnya

KONSEP AKHLAK
• Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak

dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan

kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik.


Cth :
• Mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak berakhlak jika minum

arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan dalam agama
Islam.
• Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan dan menjadi punca

maksiat.
• Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan kehidupan keluarga.
• Di samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan

permusuhan dalam masyarakat dan melalaikan tanggungjawab terhadap

Allah dan keluarga.


• Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan

mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh.

Anda mungkin juga menyukai