Anda di halaman 1dari 1

Dalam Al Quran dijelaskan bahwa bahasa diajarkan oleh Allah kepada nabi Adam.

Menurut Imam At-


Thabari, tempat Adam diturunkan adalah di puncak gunung tertinggi di dunia. Keterangan beliau
disokong oleh para ahli geografi moden, dan merupakan pendapat yang paling kuat dasarnya.
Pendapat ini juga diikuti oleh Syauqi Abu Khalil dalam bukunya Atlas Alquran, dan Sami bin
Abdullah Al-Maghluts dalam Atlas Sejarah Nabi dan Rasul.
Hawa pula diturunkan di satu tempat yang bernama Judah. Nabi Adam mencari Hawa dan mereka
bertemu di Muzdalifah yang terletak antara Mekah dan Arafah. Mengikut pendapat lain, mereka
bertemu di satu tempat yang bernama Arafah. Sementara Iblis pula diturunkan di satu tempat yang
bernama Al-Ublah di Iraq.
Penulis kitab Ad-Duur al-Mantsur fi at-Tafsir bi al-Ma’tsur menyebutkan bahawa Ibnu Abbas
menafsirkan ayat “Kami berfirman, ‘Turunlah kalian!” dengan Adam diturunkan di sebuah lokasi di
bumi bernama Dahnah yang terletak di antara Makkah dan Thaif.

Sedangkan Ibnu Abu Hatim meriwayatkan dari Ibnu Umar, “Adam diturunkan di Sofah dan Hawa di
Marwah.”

Islam telah meyakinkan penganutnya bahawa manusia pertama yang dicipta Allah telah
diamanahkan ilmu dan bahasa yang telah maju dan kompleks. Nabi Adam bukan manusia yang
bertutur dalam bahasa wo wo, ho ho atau apa sahaja kaedah yang menyerupai binatang, sebaliknya
telah mewarisi bahasa ilmu kerana Allah menegaskan bahawa Nabi Adam telah menggunakan
bahasa sebagai perantara mendapat ilmu mengenai seluruh alam.

Firman Allah dalam Al Baqarah ayat 31:

30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu
Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang
akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa
bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku
mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".
31. dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan Segala nama benda-benda dan gunanya,
kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama
benda-benda ini semuanya jika kamu golongan Yang benar".

Firman Allah juga dalam surah Ar Rahman,

Yang Maha Pemurah. Mengajarkan Al Quran. Menciptakan manusia. Mengajarkan kepadanya


al Bayan (ayat 1-4).
Al Bayan yang dibentuk oleh akar kata yang terdiri dari 3 huruf: Ba, Ya dan Nun, yang bermakna
jelas. Perkataan bayan juga boleh membina istilah Mubin iaitu jelas dan terang.
Misalnya dalam surah An Nahl ayat 103 Allah berfirman ;

103. dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa mereka Yang musyrik itu berkata: "
sebenarnya Dia diajar oleh seorang manusia". (padahal) bahasa orang Yang mereka
sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab
Yang fasih nyata.

Khusus kepada Adam, Allah mengajarkan kepada Baginda al Bayan, iaitu bahasa Arab. Jadi boleh
disimpulkan bahawa Nabi Adam AS menggunakan bahasa Arab apabila berkomunikasi dengan Hawa
dan anak-anaknya.

Anda mungkin juga menyukai