Anda di halaman 1dari 15

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dalam menjalani kehidupan seharian, pemikiran merupakan perkara yang sangat penting.
Kita sentiasa disaran oleh berbagai pihak seperti guru dan ibubapa supaya berfikir.
Kemahiran berfikir merupakan suatu perkara yang boleh dikembangkan . Ada sesetengah
pihak menyatakan pihak sekolah memainkan peranan yang penting di dalam melahirkan
generasi pelajar yang dapat berfikir dengan sebaik-baiknya. Kemahiran berfikir
merupakan sesuatu yang amat berguna sepanjang hayat. Oleh itu kemahiran berfikir
kanak-kanak perlu dikembangkan sepenuhnya.

Menurut Crockenberg ( 1974 ) adalah sangat penting bagi kita membiasakan


kanak-kanak ke arah kefleksibelan dalam pemikiran mereka kerana kita dapat pasti
apakah ilmu pengetahuan yang kanak-kanak kita perlukan pada masa akan datang.
Dengan demikian kanak-kanak akan dapat menyesuaikan ilmu yang mereka perolehi pada
masa kini untuk digunakan pada masa akan datang. Langkah ini adalah bersesuaian
dengan objektif KBSM yang berhasrat untuk “mengembangkan dan meningkatkan lagi
daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif.” ( Pusat Perkembangan
Kurikulum 1994.)

Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun sememangnya


memerlukan sebuah masyarakat yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi
juga merupakan masyarakat yang boleh berfikir bagi mengharungi dunia yang penuh
cabaran dan berdaya saing ini. Hasrat yang murni ini hanya dapat dicapai melalui
masyarakat yang berpendidikan dan berilmu.
2

Jika hasrat murni ini tercapai, setiap individu akan memperolehi dan dapat
menggunakan akal dengan bijaksana dan sistematik. Perkembangan daya intelek individu
dalam sesebuah masyarakat dapat menjamin masyarakat yang berfikiran rasional, kreatif
dan kritis. Perkembangan intelek pelajar telah dianjurkan untuk dipilih sebagai satu
daripada unsur penting dalam objektif pendidikan negara. Selaras dengan matlamat ini,
maka kemahiran berfikir telah dijadikan satu daripada elemen utama dalam sistem
pendidikan kita sebagai usaha untuk meningkatkan perkembangan intelek pelajar. Aspek
kemahiran berfikir telah dimasukkan sebagai unsur eksplisit dan implisit ke dalam
kurikulum serta di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa perubahan telah


dilakukan oleh Kementerian Pendidikan. Antaranya pengenalan Sekolah Bestari yang
menekankan kemahiran berfikir sebagai satu elemen utama di dalam kurikulumnya.
(Kementerian Pendidikan 1998). Dengan itu, kemahiran berfikir bukanlah satu mata
pelajaran yang berasingan, tetapi merupakan elemen yang akan diajarkan secara
penyebatian yang merentasi kurikulum. Adalah diharapkan dengan penguasaan
kemahiran berfikir ini, kualiti pemikiran murid akan meningkat dan mereka
berkemampuan memperolehi ilmu dan menguasai kemahiran dengan lebih berkesan.

Selaras dengan itu, sistem pendidikan di Malaysia sekarang tidak hanya


menekankan kepada 3M tetapi menekankan kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan
kemahiran teknologi. Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif telah dijadikan asas
kepada penguasaan ilmu dan kemahiran KBKK ini telah diberi penekanan dalam sistem
pendidikan di Malaysia, baik di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Pada masa kini soalan-soalan dalam peperiksaan juga kesemuanya mempunyai unsur-
unsur KBKK. Oleh itu , guru di sekolah perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan
dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ( Som Hj. Nor & Mohd. Dahalan Mohd.
Ramli 1998 ).

Di Malaysia, tumpuan pada perkembangan daya intelek individu telah mendapat


saranan utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selaras dengan itu, salah satu
3

objektif Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah adalah untuk mengembang dan


meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif. Menerusi
bidang pendidikan seorang individu itu ialah aset negara yang amat bernilai dan boleh
dilatih dan dibimbing agar lahir sebagai rakyat Malaysia yang berpengetahuan,
berketrampilan dan boleh berfikir secara kritis dan kreatif. Sehubungan dengan itu,
individu tersebut mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan dalam pelbagai keadaan dan persekitaran .

Perkembangan daya intelek seseorang individu adalah penting disarankan dalam


Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Lantaran itu, salah satu objektif Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah untuk mengembangkan dan meningkatkan
daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif. (Buku Penerangan KBSM
1992, hal.3). Sehubungan dengan itu, kajian tentang tahap penguasaan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif di kalangan pelajar merupakan asas penting dalam memberi
gambaran sebenar terhadap keberkesanan kemahiran berfikir di sekolah-sekolah Malaysia
(Lim 1999).

Demi mencapai hasrat wawasan 2020, sangat mustahak sistem pendidikan kita
mendidik dan mengeluarkan sumber manusia yang berpengetahuan, berketerampilan,
berkeupayaan untuk berfikir secara kritis dan kreatif, boleh menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan. Kemahiran berfikir wajar dijadikan asas pemerolehan ilmu dan
kemahiran mata-mata pelajaran. Kemahiran berfikir dapat digunakan sebagai wahana
bagi mewujudkan pemikiran kritis dan kreatif dan berupaya menyelesaikan masalah serta
membuat keputusan menjadikan penguasaan kemahiran belajar dengan berkesan suatu
reality. Kelima-lima kemahiran ini boleh diaplikasikan ke dalam semua mata pelajaran
yang diajar di sekolah.

Kemahiran berfikir adalah penting dalam menimba ilmu. Mengikut pendapat


Mohd Michael Abdullah (1995), ilmu bukan perkara yang boleh diwarisi, tetapi ianya
merupakan sesuatu yang dapat dicari dan dikuasai. Mencari dan menguasainya
memerlukan gerakan pemikiran. Oleh itu dengan wujudnya kemahiran berfikir seperti
4

pemikiran kritis dan kreatif ternyata dapat meningkatkan penguasaan dan penggunaan
ilmu pengetahuan pelajar.

Kemahiran proses Sains merupakan satu proses mental yang menggalakkan


pemikiran secara kritis, kreatif , analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses
Sains sama ada dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid
untuk berfikir secara berkesan.
( Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah, PPK, hal 5).

Pemupukan dan pengajaran kemahiran berfikir, khususnya dalam matapelajaran


Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah dan menengah adalah penting dalam
usaha kerajaan menggalakkkan rakyat negara ini meninggikan daya kreativi. Langkah ini
adalah perlu bagi mengatasi cabaran ke-6 sebelum Malaysia mencapai negara maju
sepenuhnya menjelang tahun 2020. Cabaran tersebut ialah :

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi


pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi
masa depan. (Mahathir Mohamad 1991).

1.2 Rasional Kajian

Dalam usaha melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif telah diberi penekanan yang setimpal bersama-sama isi
kandungan sesuatu mata pelajaran termasuklah subjek Sains. Kepentingan kemahiran
berfikir kritis dan klreatif menjadi semakin ketara apabila Menteri Pendidikan
mengumumkan bahawa mulai tahun 1998, format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
diubah supaya memberi penekanan yang lebih tehadap pemikiran kritis dan kreatif ( The
New Straits Times, 4 Julai 1998 ). Sebelum ini kesemua peperiksaan tersebut hanya
menekankan aspek mengingat semula.
5

Kajian ini dijalankan kerana belum ada kajian yang terperinci seperti ini
dijalankan. Walaupun telah ada kajian yang dijalankan, ianya hanya melihat perbezaan
antara tiga kaum sahaja. Zuraimi bin Abd. Rahman (1998) telah menjalankan kajian
untuk mengetahui perbezaan kemahiran secara kreatif di antara pelajar perempuan dengan
pelajar lelaki. Kajian itu mendapati nilai bagi kemahiran berfikir secara kreatif antara
pelajar lelaki dan perempuan ialah -5.771 ( p=0.000). Perbezaan ini adalah signifikan
pada aras 0.05. Min skor pelajar lelaki ialah 65.0 dan min skor pelajar perempuan ialah
76.0. Ini bermakna ada perbezaan min antara pelajar lelaki dan perempuan sebanyak 7.0.
Ini menunjukkan pelajar perempuan mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif lebih
baik berbanding pelajar lelaki.

Kajian ini dicadangkan untuk melihat sama ada hasil kajian terdahulu masih sama
dengan kajian sekarang kerana teknik , pengetahuan dan kemahiran pengajaran KBKK
telah bertambah baik berbanding pada masa dahulu. Di samping itu, kajian ini juga dapat
memperlihatkan secara keseluruhan penguasaan mengikut kaum dan juga jantina. Kajian
ini juga perlu dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang jelas berkaitan kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis ini boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran sains mereka.

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia, para pendidik dan pemimpin
negara terpaksa mengakui wujudnya isu kemerosotan dalam pencapaian keputusan.
Laporan daripada Majlis Peperiksaan Malaysia mengenai Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM1996) menunjukkan bahawa pelajar tidak dapat membuat analisis,
sintesis dan membuat ekstrapolasi. Mereka juga didapati lemah dalam memberi idea-idea
dan menyampaikan hujah-hujah dengan tepat, logik dan sistematik. Dengan situasi begini
mengajar kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dapat meningkatkan prestasi
mereka.
6

Mohd. Hussin (1993) menjelaskan bahawa dunia pendidikan hari ini dan esok
tidak lagi memerlukan pelajar-pelajar yang hanya sekadar boleh bertutur, mendengar,
membaca, dan menulis dengan baik, tetapi lebih teguh lagi dapat menguasai kemahiran
berfikir, komputer dan teknologi maklumat. Malaysia, menjelangnya Wawasan 2020
banyak mengutamakan mereka yang lebih baik pemikirannya. Kementerian Pendidikan
Malaysia juga telah mengumumkan mulai tahun 1998, format peperiksaan UPSR, PMR
dan SPM diubah supaya memberi penekanan kepada kemahiran berfikir. (New Straits
Times, 4 Julai 1998). Langkah sedemikian menunjukkan betapa pentingnya kemahiran
berfikir untuk diterapkan kepada pelajar dan seterusnya diaplikasikan di dalam
kehidupannya.

Menurut Ainon dan Abdullah (1996), orang-orang yang cemerlang di universiti


tidak semestinya mahir berfikir. Mereka hanya berfikir secara reaktif sahaja. Stail berfikir
begini tidak mencukupi. Dalam menghadapi realiti kehidupan, stail berfikir proaktif lebih
banyak diperlukan. Di luar bilik darjah, maklumat lengkap tidak disogokkan kepada
seseorang individu. Oleh yang demikian, individu tersebut perlu keluar dan mencari
sendiri maklumat yang diperlukan. Dunia tidak menyajikan segalanya di depan mata
seseorang individu itu untuk dianalisis dan diulas.

Dalam kehidupan ini, ada orang lain yang perlu diambil kira, ada masalah yang
mesti diselesaikan, ada strategi yang mesti dicipta dan ada perancangan yang mesti
dilaksanakan. Terdapat juga nilai-nilai yang perlu diambil kira, ada keuntungan perlu
dicari dan kerugian yang tidak boleh dielakkan. Semua ini memerlukan banyak
kemahiran berfikir terutama sekali kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Keupayaan berfikir untuk menangani dunia sebenar jarang dapat dilakuakn oleh golongan
intelek ( Ainon & Abdullah 1996 ).

Kesimpulannya, pendedahan dan latihan kemahiran berfikir secara kritis dan


kreatif perlu diberikan kepada semua pelajar, bukan hanya kepada pelajar-pelajar yang
telah berjaya memperlihatkan pencapaian tinggi dalam matapelajaran akademik.
Keperluan ini hendaklah dimulakan sejak sekolah rendah lagi kerana ia berkait rapat
7

dengan tindak tanduk yang diperlihatkan semasa menangani kemelut kehidupan yang
hakiki apabila dewasa .

Pengkaji memilih tajuk ini untuk mengetahui sejauh manakah tahap penguasaan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif pelajar tingkatan dua dalam mata pelajaran
Sains mengikut perbandingan kaum dan jantina. Kajian ini dibuat untuk mencari jawapan
kepada persoalan yang dikemukakan.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menentukan :

1. Sama ada terdapat perbezaan di antara kemahiran berfikir kreatif pelajar


dalam mata pelajaran Sains pelajar tingkatan dua antara pelajar Melayu ,
Cina dan India.
2. Sama ada terdapat perbezaan di antara kemahiran berfikir kritis pelajar
dalam mata pelajaran Sains pelajar tingkatan dua antara pelajar Melayu ,
Cina dan India.
3. Sama ada terdapat perbezaan di antara kemahiran berfikir kreatif pelajar
dalam mata pelajaran Sains pelajar perempuan Cina dengan pelajar lelaki
Cina.
4. Sama ada terdapat perbezaan di antara kemahiran berfikir kritis pelajar
dalam mata pelajaran Sains pelajar perempuan Cina dan pelajar lelaki
Cina.
5. Sama ada terdapat perbezaan di antara kemahiran berfikir kreatif pelajar
dalam mata pelajaran Sains pelajar perempuan Melayu dan pelajar lelaki
Melayu.
6. Sama ada terdapat perbezaan di antara kemahiran berfikir kritis pelajar
dalam mata pelajaran Sains pelajar perempuan Melayu dengan pelajar
lelaki Melayu.
8

7. Sama ada terdapat perbezaan di antara kemahiran berfikir kreatif pelajar


dalam mata pelajaran Sains pelajar perempuan India dan pelajar lelaki
India.
8. Sama ada terdapat perbezaan di antara kemahiran berfikir kritis pelajar
dalam mata pelajaran Sains pelajar perempuan India dan pelajar lelaki
India.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang ingin dijawab ialah:

1. Adakah terdapat perbezaan kemahiran berfikir kreatif dalam mata


pelajaran Sains pelajar tingkatan dua antara pelajar Melayu, Cina dan
India?

2. Adakah terdapat perbezaan kemahiran berfikir kritis dalam mata pelajaran


Sains pelajar tingkatan dua antara pelajar Melayu, Cina dan India?

3. Adakah terdapat perbezaan kemahiran berfikir kreatif dalam mata


pelajaran Sains pelajar lelaki Cina dengan pelajar perempuan Cina?

4. Adakah terdapat perbezaan kemahiran berfikir kritis dalam mata pelajaran


Sains pelajar lelaki Cina dengan pelajar perempuan Cina?

5. Adakah terdapat perbezaan kemahiran berfikir kreatif dalam mata


pelajaran Sains pelajar lelaki Melayu dengan pelajar perempuan Melayu?

6. Adakah terdapat perbezaan kemahiran berfikir kritis dalam mata pelajaran


Sains pelajar lelaki Melayu dengan pelajar perempuan Melayu?
9

7. Adakah terdapat perbezaan kemahiran berfikir kreatif dalam mata


pelajaran Sains pelajar lelaki India dengan pelajar perempuan India?

8. Adakah terdapat perbezaan kemahiran berfikir kritis dalam mata pelajaran


Sains pelajar lelaki India dengan pelajar perempuan India?

1.6 Objektif Kajian

Objektif yang ditetapkan dalam kajian ini ialah untuk:

1. Melihat perbezaan antara pemikiran kreatif pelajar tingkatan dua dalam


mata pelajaran sains antara pelajar Melayu, Cina dan India.

2. Melihat perbezaan antara pemikiran kritis pelajar tingkatan dua dalam


mata pelajaran sains antara pelajar Melayu, Cina dan India.

3. Melihat perbezaan antara pemikiran kreatif pelajar tingkatan dua dalam


mata pelajaran sains antara pelajar lelaki Cina dengan pelajar perempuan
Cina.

4. Melihat perbezaan antara pemikiran kritis pelajar tingkatan dua dalam


mata pelajaran sains antara pelajar lelaki Cina dengan pelajar perempuan
Cina.

5. Melihat perbezaan antara pemikiran kreatif pelajar tingkatan dua dalam


mata pelajaran sains antara pelajar lelaki Melayu dengan pelajar
perempuan Melayu.
10

6. Melihat perbezaan antara pemikiran kritis pelajar tingkatan dua dalam


mata pelajaran sains antara pelajar lelaki Melayu dengan pelajar
perempuan Melayu.

7. Melihat perbezaan antara pemikiran kreatif pelajar tingkatan dua dalam


mata pelajaran sains antara pelajar lelaki India dengan pelajar perempuan
India.
8. Melihat perbezaan antara pemikiran kritis pelajar tingkatan dua dalam
mata pelajaran sains antara pelajar lelaki India dengan pelajar perempuan
India.

1.7 Hipotesis Kajian

Lapan hipotesis nol dikemukakan untuk mengumpul data bagi menguji sama ada andaian-
andaian hipotesis berikut diterima atau ditolak.

Hipotesis nol pertama


Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor pemikiran kreatif pelajar Melayu ,
India dan Cina.

Hipotesis nol kedua


Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor pemikiran kritis pelajar Melayu ,
India dan Cina.

Hipotesis nol ketiga


Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor pemikiran kreatif pelajar lelaki Cina
dengan pelajar perempuan Cina.
11

Hipotesis nol keempat


Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor pemikiran kritis pelajar lelaki Cina
dengan pelajar perempuan Cina.

Hipotesis nol kelima


Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor pemikiran kreatif pelajar lelaki
Melayu dengan pelajar perempuan Melayu.

Hipotesis nol keenam


Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor pemikiran kritis pelajar lelaki
Melayu dengan pelajar perempuan Melayu.

Hipotesis nol ketujuh


Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor pemikiran kreatif pelajar lelaki
India dengan pelajar perempuan India.

Hipotesis nol kelapan


Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor pemikiran kritis pelajar lelaki India
dengan pelajar perempuan India.

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini mempunyai pertalian yang rapat dengan proses pengajaran dan pembelajara.
Hasil kajian ini akan dapat memberi maklumat tentang sejauh mana penguasaan
kemahiran berfikir kritis dan kreatif pelajar dalam Sains.

a) Kepada pihak sekolah

Hasil kajian akan dapat menunjukkan kepada pihak sekolah berkenaan sejauh manakah
penguasaan pemikiran kreatif dan kritis pelajar yang dijadikan sampel. Dapatan yang
12

diperolehi akan dapat membantu guru-guru mengatasi sebarang kelemahan yang dikenal
pasti dalam kajian yang telah dijalankan. Guru dapat merangka strategi pengajaran yang
lebih berkesan bagi memberi pemulihan dan pengayaan.

b) Kepada Kementerian Pendidikan

Hasil kajian ini akan dapat mengemukakan maklumat sejauh manakah keberkesanan
perlaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di peringkat sekolah menengah
rendah serta memberi gambaran yang jelas tentang tahap pencapaian tahap kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif pelajar kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.9 Batasan Kajian

Demi mencapai tujuan penyelidikan yang telah dirancang, kajian ini diletakkan kepada
beberapa batasan seperti berikut :

1. Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah sahaja iaitu
Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman, Bentong, Pahang dan menguji
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis yang dipelajari mereka semasa di
Tingkatan Satu. Oleh itu keputusan yang diperolehi tidak boleh mewakili
keseluruhan pelajar di seluruh negara.

2. Responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada 180 pelajar iaitu 60 pelajar
Melayu ( 30 lelaki dan 30 perempuan ), 60 pelajar Cina ( 30 lelaki dan 30
perempuan ) dan 60 pelajar India ( 30 lelaki dan 30 perempuan ).

3. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set ujian pencapaian Sains
yang mempunyai item-item pemikiran kritis dan kreatif.
13

4. Kekangan masa menyebabkan kajian ini hanya terhad kepada Sekolah Menengah
Kebangsaan Sulaiman, Bentong, Pahang sahaja. Oleh sebab itu kajian ini hanya
sah kepada sekolah yang dikaji sahaja. Dari segi pemboleh ubah yang dikaji,
kajian ini membataskan kemahiran berfikir kepada pemikiran kritis dan kreatif
dalam mata pelajaran Sains Tingkatan Satu sahaja.

1.10 Definisi Istilah Yang Dipakai Untuk Kajian Ini

1.10.1 Pencapaian

Menurut Low (1994), pencapaian ialah kejayaan yang diperolehi oleh pelajar dalam ujian
atau peperiksaan yang diadakan. Tahap pencapaian pula dikira berdasarkan penilaian
terhadap markah dan gred yang diperolehi oleh pelajar.

1.10.2 Kemahiran Berfikir

Menurut Kamus Dewan (1995), mahir ditakrifkan sebagai cukup cekap dan terlatih untuk
mengerjakan sesuatu. Maka kemahiran berfikir boleh ditakrifkan sebagai kecekapan dan
kepandaian untuk melakukan sesuatu. Mengikut de Bono (1976 ) dan Meyer (1981),
berfikir ialah proses mental yang meliputi pengolahan pengalaman, penyusunan
maklumat dan pembentukan idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Beyer (1984)
menyatakan berfikir ialah proses membentuk konsep, memberi sebab atau membuat
keputusan. Fraenkel (1980)[dalam Ainon dan Abdullah (1995 )] pula berpendapat berfikir
merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan
maklumat dalam bentuk tertentu.

Menurut Josep Low (1993), kemahiran berfikir ialah satu proses mental yang
kompleks yang berlaku dalam minda seseorang apabila orang itu memikir tentang
sesuatu. Ia melibatkan pengendalian operasi mental tertentu berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman dalam minda seseorang. Operasi mental itu boleh dibahagikan kepada dua
14

jenis iaitu operasi kognitif dan operasi metakognitif. Beberapa penyelidik telah
membuktikan bahawa kedua-dua operasi berfikir ini memberi kesan positif dan sangat
penting dalam proses pembelajaran yang berkesan.

1.10.3 Pemikiran Kreatif

Menurut Mohamed Dahlan Mohd. Ramli (1994) kemahiran berfikir secara kreatif ialah
kemahiran yang memberi penekanan terhadap penghasilan idea yang tidak
terhad,pelbagai, baru, asli, mudah ubah dan dapat dikembangkan kepada idea yang lebih
luas dan terbuka.

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin “creare” yang bermaksud


“membuat” dan daripada perkataan Greek bermaksud “memenuhi”. Menurut Perkins
(1998) menyatakan bahawa pemikran kreatif adalah berfikir dengan cara tertentu untuk
menghasilkan sesuatu yang kreatif.

Crockenberg (1972) mendefinisikan pemikiran kreatif sebagai satu bentuk


gabungan unsur-unsur dalam kombinasi baru hasil daripada keupayaan untuk melihat
sesuatu dari pelbagai sudut.

Sebagai kesimpulannya pemikiran kreatif boleh didefinisikan sebagai kecekapan dan


keupayaan menggunakan minda untuk menjana idea dan menghasilkan idea yang
pelbagai, baru, asli, luar biasa,proaktif, mencabar dan dapat dikembangkan kepada
ciptaan yang lebih luas dan terbuka. Dalam kajian ini ia diukur melalui ujian kemahiran
kreatif dalam bentuk soalan objektif.
15

1.10.4 Pemikiran Kritis

Ennis (1991) mendefinisikan pemikiran kritis sebagai kecekapan dan keupayaan


mengguna minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti
kebernasan, keesahan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang
wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang kukuh.

Menurut Gagne (1988) pemikiran kritis sebagai kebolehan untuk menganalisis


maklumat, mengenalpasti kebenaran dan keesahan kenyataan dan maklumat dan
seterusnya menterjemahkan maklumat tersebut untuk mengisi jurang dan pengetahuan
individu dan peribadi. Dalam kajian ini ia diukur dengan menggunakan soalan ujian
kemahiran kritis berbentuk objektif.

Kamus Dewan (1994) mendefinisikan ‘kritis’ sebagai tidak dengan begitu sahaja
menerima atau mempersetujui sesuatu ( menimbang buruk baiknya terlebih dahulu ).
Untuk tidak menerima begitu sahaja sesuatu, bukanlah perkara yang mudah kerana
membuat pertimbangan untuk menolak atau menerima sesuatu itu memerlukan
kemahiran-kemahiran tertentu.

Kesimpulannya, pemikiran kritis boleh didefinisikan sebagai kebolehan


menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk pemahaman yang jelas dan
munasabah serta kecekapan dan keupayaan minda untuk menilai kemusabahan atau
kewajaran sesuatu idea berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah.

Anda mungkin juga menyukai