Anda di halaman 1dari 2

Yang berusaha, TN HAJI EHSANUIN BIN ABD JALIL, guru besar SK TANJUNG

MINYAK 2,
Yang dihormati barisan kepimpinan pentadbir sekolah,
EN SYED HUSSAIN BIN SYED ISMAIL, Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Puan HAJAH ASNIA BT YUSOFF, Guru Penolong Kanan HEM
PN VICTORIA BT UDIN, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru dan murid-murid SK TANJUNG MINYAK 2 yang dikasihi dan dirahmati Allah
swt. sekalian,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat illahi kerana dengan


izin dan inayah-NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi ini.

*NYANYIAN
Majlis diteruskan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri
Melaka dan Lagu Sekolah. Semua guru dan murid diminta berdiri tegak dan bersedia
untuk menyanyi bersama dengan iringan muzik dengan penuh semangat.

*DOA
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, saya mempersilakan saudara
_________________________ untuk melafazkan doa.
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

*IKRAR
Bagi melafazkan ikrar rukun negara, dipersilakan saudara ________________ untuk
memimpin lafaz ikrar.
Terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid atas nyanyian dan ikrar yang dilafazkan
sebentar tadi.

*LAPORAN GURU BERTUGAS

Majlis diteruskan lagi dengan mendengar makluman dan ucapan mingguan daripada guru
bertugas pada minggu ini. Dipersilakan.
Terima kasih atas maklumat dan informasi yang disampaikan tadi.

*UCAPAN GURU (JIKA ADA)


Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan _____________________ untuk
memberikan ucapan.
Terima kasih diucapkan.

*UCAPAN GURU BESAR/PENTADBIR


Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

( ) Puan Faizah bt Kahar, Guru Besar SK Tanjung Minyak 2


( ) Puan Zanariah bt Md Jidin, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
( ) Puan Zaliah bt Marjuki, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
( ) Encik Azmi bin Wahid, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Untuk menyampaikan ucapan.
Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan yang disampaikan tadi. Semoga nasihat, teguran dan
amanat itu dapat kita jadikan panduan.

Anda mungkin juga menyukai