Anda di halaman 1dari 12

1.

0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pembangunan ekonomi telah dijana oleh pertumbuhan sektor pembuatan. Dengan itu, Malaysia telah
menikmati pertumbuhan ekonomi yang memberansangkan apabila telah berjaya mentransformasikan
negara daripada sebuah ekonomi yang berasaskan pertanian dan komoditi kepada ekonomi yang
berasaskan industri. Guna tenaga merujuk kepada tenaga buruh yang sedang bekerja dalam ekonomi,
sama ada bekerja untuk sendiri atau bekerja untuk orang lain. Sektor pembuatan pula secara
umumnya melibatkan aktiviti menghasilkan barang dan perkhidmatan. Guna tenaga amat penting ke
atas ekonomi negara kerana ia menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang
mengerakkan sektor ekonomi. Sektor pembuatan ini terbahagi kepada dua, iaitu pembuatan
berasaskan sumber dan bukan berasaskan sumber. Output (pasaran produk) merupakan pasaran yang
memperjualbelikan barang-barang hasil pengeluaran (biasanya dalam bentuk barang siap/akhir). Input
(pasaran faktor pengeluaran) merupakan interaksi antara permintaan dan penawaran terhadap barang
dan jasa sebagai masukan pada suatu proses produksi (sumber daya alam, berupa bahan tambang,
hasil pertanian, tanah, tenaga buruh, dan barang modal). Sektor pembuatan ini terbahagi kepada dua,
iaitu pembuatan berasaskan sumber dan yang bukan berasaskan sumber.

Kata kunci: Input-Output


1.2 PERNYATAAN MASALAH
Dalam sektor pembuatan berlaku peningkatan guna tenaga dalam tempoh tahun 2000 sehingga tahun
2012. Peningkatan yang dimaksudkan adalah pertambahan secara memberangsangkan bilangan
pekerja yang bekerja di dalam sektor ini. Pada masa kini, sektor ketiga mencatatkan jumlah
pendapatan yang tertinggi diikuti oleh sektor kedua (pembuatan dan pembinaan) dan utama. Hal ini
menggambarkan perubahan struktur ekonomi di Malaysia. Pertambahan bilangan pekerja akan
mengakibatkan peningkatan guna tenaga dalam sektor pembuatan dan seterusnya mengurangkan
jumlah pengangguran di Malaysia. Bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik,
pembangunan sumber manusia adalah penting dan perlu diberikan lebih tumpuan. Pada masa kini,
strategi pertumbuhan ekonomi lebih tertumpu kepada pelaburan modal manusia menerusi pendidikan
dan juga latihan. Oleh itu, strategi pembangunan sumber manusia yang lebih berkesan perlu
dijalankan bagi meningkatkan lagi produktiviti buruh selaras dengan matlamat pertumbuhan ekonomi
negara melalui peningkatan dalam pertumbuhan produktiviti. Oleh itu, dengan pencapaian
produktiviti tersebut, adakah sasaran Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang tahun
2020 dapat direalisasikan? Oleh yang demikian, bagi menjawab persoalan ini, kajian ini dilakukan
untuk mengkaji tentang jumlah guna tenaga yang boleh menyumbang kepada produktiviti buruh dan
terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Selain itu, penyelidikan ini akan menyingkap beberapa faktor
yang dikenalpasti dapat menyumbang kepada peningkatan guna tenaga dalam sektor pembuatan.
Penyelidikan ini amat penting bagi menambah dokumentasi, mengetahui aliran perubahan guna
tenaga dalam sektor ini dan untuk membantu menyediakan maklumat kepada usahawan dalam
memilih sektor yang sesuai dan guna tenaga yang diperlukan dalam menjalankan kegiatan ekonomi
khususnya dalam sektor pembuatan.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat beberapa objektif kajian yang harus dipenuhi dalam melaksanakan kajian Ekonomi ini dan
kajian tersebut berlandaskan objektif seperti berikut:
Mengkaji corak arah aliran perubahan guna tenaga di sektor pembuatan di Malaysia dari tahun 2000
hingga tahun 2012
Mengenal pasti faktor perubahan guna tenaga di sektor pembuatan di Malaysia
dari tahun 2000 hingga tahun 2012
Mengetahui kepentingan sektor pembuatan terhadap ekonomi negara
Mencadangkan langkah untuk meningkatkan kemajuan sektor pembuatan di Malaysia
1.4 KAEDAH KAJIAN
1.4.1 Sumber Internet
Kajian secara maya dengan mengunakan laman sesawang diguna untuk meninjau buku, tulisan
ilmiah, jurnal, akhbar, dan bahan bertulis lain. Laman sesawang yang diakses untuk memperoleh
maklumat termasuklah Yahoo, Googles, Scholar, Scopus, Directsciense, wikipedia dan lain-lain
maklumat yang berkaitan. Tinjauan terhadap laman sesawang dapat membantu pengkaji bagi
memperoleh maklumat untuk melakukan kajian pustaka, seperti mendapat maklumat-maklumat awal
berkaitan sesuatu buku rujukan yang terdapat di pasaran. Hal ini demikian kerana tinjauan terhadap
laman sesawang tidak terhad, yakni boleh merentasi sempadan dan masa. Maklumat yang diperoleh
juga lebih luas dan terkini skopnya. Oleh itu, tinjauan bahan bertulis di perpustakaaan, bilik sumber,
arkib, tempat lain dan laman sesawang yang ditemui akan dijadikan sebagai asas kepada penulisan
kajian ini. Pengaksesan laman sesawang ini akan dilakukan untuk mengetahui perkembangan dan
kajian terkini berkaitan dengan guna tenaga, statistik perubahan jumlah guna tenaga, faktor-faktor
yang mempengaruhi perubahan dan aspek lain yang berkaitan dengan kajian ini. Segala maklumat
yang berkaitan akan dimuat turun dan dikumpul.

1.4.2 BUKU
Kaedah kajian melalui pembacaan juga dilaksanakan seperti buku rujukan dan teks

1.4.3 KAEDAH ANALISIS DATA


Kajian ini akan menggunakan beberapa kaedah analisis data untuk melihat trend pertumbuhan guna
tenaga. Model perubahan guna tenaga kaedah peratus akan digunakan untuk melihat trend
pertumbuhan guna tenaga.
Rumus:

Pengiraan Peratus
Bagi mengenalpasti peratus perubahan guna tenaga, kaedah pengiraan peratus digunakan.
Rumus:

Dimana,
E0 = Employment/ Guna tenaga pada tahun asas
E1 = Employment/ Guna tenaga pada tahun semasa
1.5 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Tahun
Jumlah Guna Tenaga (‘000)
2000
2,558.3
2001
2,555.8
2002
2,679.8
2003
2,857.8
2004
2,972.4
2005
3,133.2
2006
3,227.2
2007
3,296.6
2008
3,338.3
2009
3,215.4
2010
3,387.7
2011
3,511.2
2012
3,616.6

Jadual 1: Jumlah Guna Tenaga dari Tahun 2000 hingga 2012


Rajah 1: Guna Tenaga dalam Sektor Pembuatan di Malaysia dari Tahun 2000 hingga 2012

Rajah 1 menunjukkan analisis jumlah guna tenaga dalam sektor pembuatan di Malaysia antara tahun
2000 hingga 2012. Jumlah guna tenaga sebanyak 2,558.3 juta orang telah dicatatkan pada tahun 2000
dan nilai ini telah menurun pada tahun 2001 kepada 2,555.8 juta orang. Namun demikian, jumlah ini
telah meningkat sebanyak 124.0 juta menjadi 2,679.8 juta orang pada tahun 2002 dan mengalami
kenaikan yang konsisten sehinggalah pada tahun 2008, iaitu masing-masing mencatatkan jumlah guna
tenaga sebanyak 2857.8 juta pada tahun 2003, 2,972.4 juta bagi 2004, dan pada tahun 2005 bertambah
menjadi 3,133.2 juta orang. Dalam pada itu, peningkatan memberansangkan berterusan pada tahun
2006 dan 2007 dengan masing-masing mencatatkan nilai sebanyak 3,227.2 juta dan 3,296.6 juta
orang. Pada tahun berikutnya pertambahan guna tenaga sebanyak 41.7 juta menyebabkan jumlah guna
tenaga dalam sektor pembuatan meningkat sebanyak 3,338.3 juta orang. Meskipun begitu, disebabkan
oleh faktor-faktor tertentu akhirnya peningkatan jumlah guna tenaga dalam sektor pembuatan terjejas
sehingga berlaku penurunan sebanyak 122.9 juta menjadi 3,215.4 juta orang pada tahun 2009.
Namun, atas inisiatif yang dilaksanakan akhirnya pertambahan guna tenaga kembali melonjak naik
secara berturut-turut sehingga pada tahun 2010 meningkat menjadi 3,387.7 juta, dan 3,511.2 juta
orang bagi tahun 2011 serta jumlah guna tenaga yang tertinggi dicatat sebanyak 3,616.6 juta orang
pada tahun 2012. Dengan itu, secara keseluruhannya peningkatan jumlah guna tenaga dalam sektor
pembuatan antara tempoh tahun 2000 hingga 2012 menunjukkan perkembangan yang positif.
Tahun
Kadar Perubahan Guna Tenaga (%)
2000
9.2
2001
–0.1
2002
4.8
2003
6.6
2004
6.6
2005
5.4
2006
3.0
2007
2.2
2008
1.3
2009
-3.7
2010
5.4
2011
3.6
2012
3.0

Jadual 2: Kadar Perubahan Guna Tenaga dari Tahun 2000 hingga 2012

Rajah 2: Arah Aliran Guna Tenaga dalam Sektor Pembuatan di Malaysia dari Tahun 2000 hingga
2012
Rajah 1 menunjukkan corak arah aliran guna tenaga dalam sektor pembuatan di Malaysia dari tahun
2000 hingga 2012. Hasil analisis mendapati bahawa kadar guna tenaga mencapai 9.2% pada tahun
2000 dan merupakan kadar perubahan guna tenaga yang tertinggi dalam tempoh tahun 2000 hingga
2012. Meskipun kadar guna tenaga pada tahun 2001 menurun sebanyak -0.1% namun kembali
melonjak naik sebanyak 4.8% pada tahun berikutnya. Justeru itu, peningkatan tersebut berlanjutan
pada tahun 2003 dan 2004 dengan kadar perubahan guna tenaga yang statik, iaitu masing-masing
mencapai kadar perubahan yang sama sebanyak 6.6%. Namun begitu, kadar perubahan guna tenaga
dalam sektor pembuatan tidak mencapai hasrat kerajaan di mana pada tahun 2005 hingga 2009 kadar
perubahan telah menyusut secara berterusan. Penurunan bermula pada tahun 2005 dengan kadar
perubahan sebanyak 5.4% diikuti dengan 3.0% pada tahun 2006, 2.2% bagi 2007, dan seterusnya pada
tahun 2008 dengan kadar perubahan sebanyak 1.3%. Manakala, penurunan yang terakhir dicapai pada
tahun 2009 dengan kadar perubahan guna tenaga yang tertinggi sebanyak -3.7%. Namun begitu, kadar
perubahan guna tenaga dalam sektor pembuatan meningkat kembali dengan memberansangkan
dibandingkan dengan tahun sebelumnya, iaitu dengan mencatat nilai sebanyak 5.4% pada tahun
2010. Walaupun begitu, peningkatan kadar perubahan tidak kekal bertahan apabila menyusut kembali
dengan 3.6% pada tahun 2011 dan tahun berikutnya berkongsi kadar perubahan pada tahun 2006, iaitu
3.0%. Oleh itu, Secara keseluruhannya perubahan guna tenaga dalam tempoh 2000 hingga 2012 tidak
mencatat nilai yang konsisten apabila berlakunya kadar perubahan turun naik.

1.6 FAKTOR MENYEBABKAN PERUBAHAN GUNA TENAGA DI SEKTOR PEMBUATAN


1.6.1 Faktor meningkat
1.6.1.1Pertambahan kilang-kilang pembuatan.
Peningkatan jumlah kilang-kilang akan mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak untuk penduduk
tempatan. Hal ini demikian kerana perkembangan ekonomi yang berasaskan pembuatan memerlukan
banyak tenaga kerja. Hal ini akan membantu dalam proses pengeluaran. Hal ini akan mengurangkan
kadar pengangguran negara dan taraf hidup rakyat turut terjamin. Kesannya, arah aliran perubahan
guna tenaga akan meningkat.

1.6.2 Faktor menurun


1.6.2.1 Keadaan ekonomi tidak stabil
Ketidakstabilan ekonomi akan menye\babkan kerjaya buruh atau pekerja berada dalam keadaan
terancam. Fenomena ini bukan sahaja terjadi pada sektor pembuatan malah kesemua industri. Apabila
keadaan ekonomi berada dalam keadaan yang tidak stabil, penggunaan buruh akan dikurangkan oleh
majikan bagi mengawal kos dan mengejar keuntungan. Masalah ini akan menyebabkan kekurangan
buruh apabila ekonomi kembali stabil dan tidak ramai yang mahu bekerja semula tetapi memilih
kerjaya yang lain.
1.6.2.2 Kekurangan buruh mahir
Masalah kekurangan guna tenaga, khususnya golongan mahir akan menyebabkan industri menghadapi
masalah yang lain seperti kualiti kerja yang rendah, produktiviti kerja menurun dan imej industri
terjejas. Hal ini menyebabkan ramai yang ingin memohon pekerjaan dalam sektor pembuatan tidak
akan dilayan oleh golongan majikan disebabkan keperluan faktor kemahiran yang lebih diutamakan.
Hal ini menyebabkan golongan yang kurang mahir terpaksa menganggur sehinggalah memperoleh
pekerjaan yang mampu menampung kehidupan mereka. Kesannya, arah aliran perubahan guna tenaga
akan menurun.

1.7 KEPENTINGAN SEKTOR PEMBUATAN KEPADA EKONOMI NEGARA


1.7.1 Sumber pendapatan negara dan mengurangkan import
Memang tidak dinafikan lagi industri pembuatan menyumbang kepada KDNK serta pendapatan
negara, khususnya pendapatan eksport yang boleh membaiki defisit imbangan dagangan. Sumbangan
sektor ini kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pendapatan eksport negara sentiasa
melebihi 40% bagi setiap tahun.
Sektor perindustrian telah menyebabkan negara kita mampu mengurangkan import barangan
tertentu. Contohnya, import pada bulan Oktober 2009 menurun sebanyak 2.3% berbanding September
2008 terutamanya barangan elektrik dan elektronik (E&E) sebanyak 8.5% dan produk besi dan keluli
sebanyak 28%. Pengurangan import ini berupaya dilakukan kerana sektor perindustrian negara telah
berjaya menghasilkan produk yang sama, terutamanya barangan elektrik dan elektronik pada harga
yang lebih murah.
Sektor perindustrian memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara setanding dengan
sektor pertanian. Sumbangan sektor perindustrian dalam KDNK telah meningkat daripada 13.14%
pada tahun 1970 kepada 20.5% dalam tempoh yang sama. Selain itu, negara Malaysia pada era 70-an
terpaksa mengimport kereta dari Jepun atau negara barat tetapi kini keadaannya amat berbeza sekali
kerana negara kita sekarang sudah mampu menghasilkan kereta buatan sendiri, iaitu PROTON dan
PERODUA. Malah, keluaran indusri perkilangan seperti kereta nasional, alat penghawa dingin, dan
lain-lain barangan elektrik dan elektronik banyak dieksport ke luar negara.Situasi ini turut
memberikan kesan terhadap kadar imbangan perdagangan luar negara kerana kurang wang mengalir
ke luar negara untuk membayar barangan yang diimport. Lantas, wang tersebut mampu digunakan
untuk pembangunan sektor-sektor lain. Sumber kewangan negara yang berlebihan itu dapat digunakan
untuk meninggikan taraf hidup rakyat
1.7.2 Menyediakan peluang pekerjaan
Sektor pembuatan dapat menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk tempatan dalam
pelbagai peringkat kegiatan pengeluaran pemprosesan, pemasangan, pembungkusan, pemasaran, dan
lain-lain yang berkaitan. Kilang-kilang yang dibina di kawasan pedalaman mampu membuka peluang
pekerjaan kepada rakyat. Sebagai contoh, pekerjaan yang biasa ditawarkan kepada penduduk
berdekatan seperti operator kilang, jurutera kilang, pengurus kilang. Peluang pekerjaan yang
ditawarkan ini seharusnya dimanfaatkan bagi menampung keperluan mereka. Pada tahun 2001 sahaja,
sebanyak 2.2 juta rakyat terlibat dalam sector perindustrian, iaitu bersamaan 22% daripada jumlah
guna tenaga kerja yang terdapat di Malaysia. Fenomena ini sudah pasti dapat mengurangkan kadar
pengangguran dalam kalangan rakyat. Hal ini pasti akan dapat meningkatkan pendapatan per kapita
penduduk, kuasa beli, dan tabungan penduduk turut meningkat, dan secara tidak lansung dapat
meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan. Situasi ini pasti dapat menghindarkan penduduk
daripada terus dibelenggu putaran kemiskinan dan mengambarkan industri pembuatan di Malaysia
telah menjadi penyumbang utama peningkatan guna tenaga.

1.7.3 Kesan pengganda


1.7.3.1 Membantu memperkembangkan indusrti hiliran
Perkembangan pesat sektor pembuatan akan mempercepatkan pengeluaran dan pemprosesan sumber
sekaligus membantu perkembangan sektor ekonomi primer. Contohnya,, perkembangan industri
pembuatan minyak masak, sabun, marjerin, lilin, dan sebagainya membantu perkembangan industri
memproses minyak kelapa sawit, sekaligus dapat memajukan sektor perladangan kelapa sawit.
Perkembangan pesat sektor ini juga membawa kepada peningkatan dalam permintaan terhadap bahan
mentah. Seterusnya, menjadi intipati perindustrian untuk menghasilkan pelbagai produk mengikut
permintaan masyarakat di serata dunia. Berdasarkan perangkaan terkini, sumber bahan mentah sepert
getah, petroleum, dan kelapa sawit masih mempunyai pasaran yang meluas di peringkat global.
Berdasarkan Perangkaan Luar Malaysia pada tahun 2012, didapati pengeluaran minyak kelapa sawit
meningkat sebanyak 7.9% kepada 4.5% billion. Keadaan ini tentunya menyumbang kepada
peningkatan ekonomi negara kerana negara mengeksport sumber-sumber ini ke luar negara. Di
samping itu, sumber bahan mentah seperti petroleum diperlukan dalam proses pengetinan makanan
dan minyak petrol bagi sektor perindustrian di negara kita. Malahan, minyak masak dan sabun yang
dihasilkan turut menggunakan kelapa sawit sebagai sumber bahan mentah. Secara tidak lansung,
harga komoditi negara sudah pasti meningkat dengan mendadak dan memberi keuntungan kepada
negara.
1.7.3.2 Meningkatkan taraf hidup rakyat
Sektor pembuatan menawarkan peluang pekerjaan yang pelbagai kepada penduduk tempatan
disbanding dengan mana-mana sektor seperti pertanian. Masyarakat yang hidup susah, kini dapat
meningkatkan taraf hidup diri dan keluarga mereka. Memang tidak dinafikan sektor pembuatan yang
pesat ini telah memberikan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat sekaligus meningkatkan taraf
hidup rakyat dengan pendapatan per kapita yang lebih tinggi.
1.7.3.3 Memperluaskan pasaran
Memperluaskan saiz pasaran perindustrian ke peringkat antarabangsa dan meningkatkan produk
pasaran tempatan. Keluaran industry perkilangan negara, terutamanya yang berkaitan dengan
barangan elektrik dan elektronik, serta industry automobile telah Berjaya menembusi pasaran
antarabangsa sama ada pasaran serantau ASEAN, APEC, Amerika Syarikat, Jepun, dan lain-lain.
Hasilnya, sejak 2004, Malaysia merupakan pengeluar kenderaan penumpang terbesar di ASEAN dan
telah menyumbang 24.4% daripada jumlah pengeluaran ASEAN. Menurut laporan yang dikeluarkan
oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada tahun 2006, Malaysia kini merupakan pasaran induk
kenderaan penumpang terbesar di ASEAN dengan jualan tahunan melebihi 500 ribu kenderaan
dengan 90% daripadanya dipasang dalam negara. Dengan cara ini negara dapat mengaut keuntungan
yang lebih. Peluasan pasaran melalui produk perkilangan telah membolehkan negara Malaysia tidak
terlalu bergantung kepada pasaran di sesebuah negara sahaja yang jelas berisiko tinggi jika berlaku
krisis ekonomi. Selain itu, pasaran tempatan turut berkembang pesat. Rakyat Malaysia kini mampu
untuk memiliki barangan elektirk dan elektronik dengan harga yang jauh lebih murah dan kompetitif.
1.7.4 Pemindahan teknologi
Perkembangan sektor pembuatan secara tidak lansung telah menggalakkan pemindahan teknologi.
Pemindahan teknologi merujuk pemindahan kemahiran, kepakaran, dan teknik melalui proses
pembelajaran, latihan, pengalaman, dan peniruan dari sebuah negara ke negara lain. Hal ini akan
menjana proses pengeluaran dan perkembangan kemahiran juga turut dapat ditingkatkan. Selain itu,
penyelidikan dan pembangunan (R&D) dapat dijalankan. Hal ini kerana perkembangan industri
pembuatan banyak bergantung kepada kemajuan teknologi tinggi dan inovasi-inovasi baharu bagi
mengekalkan daya saing di pasaran antarabangsa. Justeru itu, pemindahan teknologi dan kemahiran
tinggi dari negara-negara maju seperti Jepun dan Jerman akan menguntungkan rakyat tempatan.
1.7.5 Mempercepatkan pembangunan fizikal
Pembangunan sektor perindustrian secara tidak lansung turut memajukan kemudahan seperti
infrastruktur penting negara seperti jalan raya, utiliti, perparitan, dan sebagainya. Kemudahan jalan
raya yang baik akan mempercepatkan ketersampaian ke sesuatu destinasi. Contohnya,
menghubungkan kawasan industry ke kawasan pelabuhan. Banyak lebuh raya terbina dan jalan lama
juga dinaik taraf. Selain itu, kemudahan pelabuhan ditingkatkan tarafnya bagi mempercepatkan
pemunggahan barangan industri untuk dieksport atau mengimport bahan mentah untuk industry.
1.8 CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN LAGI KEMAJUAN SEKTOR PEMBUATAN DI
MALAYSIA
Dalam memperkasakan lagi sektor pembuatan di Malaysia beberapa cadangan disediakan seperti yang
berikut:
1.8.1 Meluaskan kerjasama ekonomi serantau
Malaysia perlu bijak dalam menjalin hubungan kerjasama dalam bidang ekonomi dengan negara asing
yang berpotensi menyumbangkan kemajuan ekonomi Malaysia. Hal ini bagi memastikan pengeluaran
yang berasaskan pembuatan bukan sahaja mampu di pasarkan di dalam negara tetapi juga mampu
dieksport ke luar negara. Pasaran yang luas meningkatkan eksport Malaysia ke luar negara dan hal ini
akan meningkatkan aliran wang masuk wang ke negara ini. Contohnya, pasaran utama bagi eksport
barangan pembuatan Malaysia adalah daripada Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
1.8.2 Meningkatkan teknologi kemahiran dan tenaga buruh
Perubahan yang sedang berlaku dalam sektor pembuatan ke arah industri yang mempunyai nilai
ditambah tinggi dan berintensif pengetahuan telah meningkatkan permintaan terhadap guna tenaga
yang berkemahiran tinggi yang mempunyai latihan vokasional dan teknikal. Dalam hal ini, pelbagai
institusi latihan, vokasional dan pendidikan perlu dilaksanakan bagi meningkatkan lagi keupayaan
tenaga buruh dalam sesuatu bidang. menyediakan kursus peningkatan kemahiran teknikal di peringkat
asas, pertengahan dan lanjutan.
1.8.3 Menggalakkan pelaburan
Pelaburan asing merupakan salah satu sumber utama bagi pembangunan negara. Kemasukan
pemodal-pemodal asing menyebabkan pendapatan negara meningkat, mewujudkan peluang pekerjaan
kepada penduduk dan meningkatkan kemajuan dalam aktiviti ekonomi, khususnya dalam sektor
pembuatan. Hal ini demikian kerana melalui pelaburan asing, kemasukan tenaga profesional dengan
kepakaran yang tinggi mampu dicapai dan seterusnya menjadikan sumber manusia lebih berdaya
saing dalam pengeluaran. Di samping itu, kemasukan teknologi baharu pula akan dapat
mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara. Oleh itu, kerajaan perlu melaksanakan pelbagai langkah
bagi menggalakkan pelaburan asing di negara ini. Hal ini demikian kerana pelaburan negara mampu
mendapat sumber modal yang mampu menggerakkan sektor pembuatan di Malaysia. Antaranya ialah
mengadakan skim galakan kepada para pemodal. Skim galakan merupakan daya tarikan yang
mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing. Dalam usaha ini, kerajaan perlu memberi beberapa
kelebihan kepada pemodal yang bertaraf perintis seperti pengecualian cukai untuk tempoh tertentu.
Dalam usaha membolehkan pemodal asing melabur di sini, kerajaan juga harus melonggar peraturan
pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam
sesuatu projek atau perniagaan. Di samping itu, kerajaan Malaysia juga perlu menyediakan kawasan
perindustrian dan kemudahan infrastruktur yang sempurna. Penyediaan tapak perindustrian dan
kemudahan infrastruktur ini bertujuan untuk menarik minat pemodal-pemodal asing untuk
memajukan perusahaan baru di sini. Dengan adanya prasarana yang lengkap, sudah tentu ini akan
memudahkan pelabur asing melaksanakan projek pelaburan mereka. Hal ini demikian kerana hal
tersebut mampu menjimatkan kos penyediaan kemudahan asas yang diperlukan. Kerajaan juga
hendaklah memajukan bidang teknologi dan kemahiran tenaga pekerja bagi menarik ramai pelabur
asing. Selaras dengan matlamat ini, kerajaan telah melaksanakan rancangan latihan kepakaran demi
meningkatkan kemahiran dan kecekapan guna tenaga tempatan. Tambahan pula, kerajaan melalui
pelbagai agensi telah mempergiat program penyelidikan dan pembangunan memperkenalkan teknik
untuk pengeluaran moden dan lain-lain. Pelabur asing yang hendak menanam modal di sesebuah
negara akan memasti pelaburan mereka adalah terjamin. Oleh itu, kestabilan politik merupakan faktor
utama untuk menggalakkan lagi sektor ini. Sekiranya keadaan politik tidak stabil dan berlaku krisis
perkauman, ini sudah tentu akan menjejaskan keyakinan para pelabur dan mendorong mereka beralih
ke negara lain. Oleh itu, Malaysia perlulah berusaha menyediakan suasana yang kondusif dan
menjamin keselamatan pelaburan asing di negara ini.

1.8.4 Memajukan infrastruktur ( jalan raya, bekalan air dan elektrik)


Kemudahan infrastruktur yang baik akan memudahkan proses pembuatan dilaksanakan. Oleh yang
demikian kerajaan perlu menyediakan jaringan pengangkutan yang strategik bagi memudahkan
penghantaran input ke tempat-tempat proses pembuatan dijalankan. Selain itu bekalan air paip yang
berterusan dan bekalan elektrik yang baik akan menjana pengeluaran dalam sektor pembuatan.
1.9 RUMUSAN
Kesimpulannya, kemajuan tidak dapat dicapai oleh mana-mana negara tanpa memiliki guna tenaga
yang berkualiti dan berkemahiran tinggi yang mampu bertindak balas dengan cekap dan kreatif
terhadap perubahan ekonomi yang berlaku. Hal ini demikian kerana guna tenaga yang berkualiti dan
berkemahiran tinggi serta pertumbuhan guna tenaga yang berterusan merupakan asas penting kepada
ekonomi Malaysia bagi mencapai aspirasi negara dalam mentransformasikan ekonomi daripada
negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi. Secara ringkasnya, kajian ini
dijalankan bagi melihat arah aliran perubahan guna tenaga dalam sektor pembuatan dari 2000 hingga
2012 dengan mencatat kadar pertumbuhan guna tenaga yang tidak konsisten apabila berlakunya kadar
perubahan turun naik dalam tempoh tahun berikut. Selain itu, kadar perubahan ini disebabkan oleh
faktor-faktor seperti tahap kemahiran buruh, kemajuan ekonomi dan banyak lagi. Sektor pembuatan
ini memiliki kepentingan yang tinggi dalam menjana pendapatan negara dan langkah memajukan
sektor ini perlu ditingkatkan. Oleh itu, pelbagai langkah dan usaha perlu dijalankan oleh negara bagi
meningkatkan ekonomi pada tahap yang lebih tinggi dalam usaha mencapai matlamat untuk
melahirkan guna tenaga yang berkualiti dan berkemahiran tinggi setanding dengan guna tenaga di
negara-negara maju yang lain.
2.0 SENARAI RUJUKAN
Theng Kock Leing dan Razali bin Muhammad. 2002 .EKONOMI ASAS Tingkatan 4.Petaling
Jaya, Selangor Darul Ehsan: Sasbadi SDN.BHD
Theng Kock Leing.2013. Teks Efektif STPM Ekonomi Malaysia Sistem Pentaksiran Baharu
STPM Penggal 1. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Ilmu Bakti Sdn. Bhd
Theng Kock Leing. 2013. Teks Efektif STPM Ekonomi Malaysia Sistem Pentaksiran Baharu
STPM Penggal 2. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Ilmu Bakti Sdn. Bhd
Theng Kock Leing. 2013. Teks Efektif STPM Ekonomi Malaysia Sistem Pentaksiran Baharu
STPM Penggal 3. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Ilmu Bakti Sdn. Bhd
Heng Siew Ngu dan Md. Zyadi Md. Tahir. 2012. Teks Pra-U STPM Ekonomi(Mikroekonomi)
Penggal 1. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Ilmu Bakti Sdn. Bhd
http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_3E6.pdf
http://www.efka.utm.my/thesis/IMAGES/3PSM/2008/1%20JSB-
http://kempas.malaysia.gov.my/business?articleId=311023&subCatId=0&categoryId=290802
www.statistics.gov.my/portal/.../20Guna_Tenaga.pdf
www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/.../jp6_1.pdf -
http://makroekonomistpm.blogspot.com/2008/10/guna-tenaga-dan-pengangguran_10.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Guna_tenaga
http://www.kpwkm.gov.my/documents/10156/191438/BAB+2+GUNA+TENAGA
http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?lang=bm
http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?lang=bm
http://www.epu.gov.my/epu-theme/rm9/bahasa/Bab4.pdf

www.epu.gov.my/epu-theme/mtr-rm9/.../teras1.pdf -

Anda mungkin juga menyukai