Anda di halaman 1dari 42

Surah Ali-‘Imran

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan
dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang
disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (133)
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-
orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.
Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; (134)
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri,
mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan
sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka
juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka
mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (135)
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan
Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan
yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (136)
Demikianlah sebahagian petikan ayat dari surah al-Imran. Mari kita telusuri sebahagian ibrah
yang cukup jelas dan mudah difahami oleh kita.
Bersegera dalam amal kebaikan.
Dalam ayat ۟‫ارع ُٓوا‬
ِ ‫س‬َ ‫ض َها َو َجنَّة۟ َّربِِّ ُك ْ۟م ِ ِّمن َم ْغ ِف َرة۟ إِلَى۟ َو‬
ُ ‫س َمـ َوتُ۟ َع ْر‬
َّ ‫ض ٱل‬ ْ۟ ‫ ِل ْل ُمت َّ ِقينَ۟ أ ُ ِعد‬, Allah menyuruh kita
ُ۟ ‫َّت َو ْٱْل َ ْر‬
untuk bersegera dalam melakukan amal-amal kebaikan. Sebagai ganjaran, Allah akan kurniakan
keampunan dan memberi balasan syurga bagi orang yang bertaqwa.
Amal kebaikan bukan sahaja memberi manfaat dunia kepada si pelaku kebaikan malah dapat
menghapuskan dosa sebagaimana Allah SWT juga berfirman dalam surah al-Furqan ayat 70;
Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-
orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan
adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [25:70]
Dalam ayat seterusnya menjelaskan bentuk amal kebaikan yang dapat membawa manusia
menuju taqwa.
#1: Mendermakan harta di saat senang dan sukar
Segilintir orang merasakan ini adalah bahagian yang sukar. Mereka merasakan harta mereka
akan menjadi sedikit. Dari segi logik benarlah. Ada RM10, derma RM5 baki RM5 sahaja dalam
poket.
Tetapi itulah indahnya Islam. Allah menundukkan hambanya dengan ketaqwaan. Seorang
hamba tidak dapat mengawal rezeki yang diberi oleh Tuhannya. Mereka infak dan bertawakal
kepada Allah. Satu petanda yang baik berkenaan hal ini adalah, Islam membebaskan manusia
daripada menjadi hamba kepada harta. Akhirnya manusia boleh memperoleh sesuatu yang
berkali ganda lebih besar daripada kemampuannya. Rezeki Allah bukan sekadar wang dan
harta, malah kelapangan jiwa dan kebahagiaan adalah lebih bernilai dari itu.
Diwaktu senang banyak wang mungkin mudah untuk berinfak. Tetapi diwaktu kesempitan
mungkin tidak mudah dan lebih menguji.
Betapa Allah yang Maha Kaya menguji keimanan hambanya untuk meyakini rezeki dari-Nya
sehingga menyuruh berinfak walaupun dikala susah. Mereka juga diuji kerana keluh kesah
mereka terhadap kesempitan melupakan mereka terhadap kewajipan.
Sementara itu, bagi orang yang senang, ujian mereka adalah ujian riak dan takabbur.
#2: Menahan marah dan memaafkan
Tersebuat dalam sebuah hadis yang masyhur:
۟‫ي ه َُري َْر۟ةَ أَبِي َع ْن‬
َ۟ ‫ض‬
ِ ‫للاُ َر‬ َّ۟ َ ‫لا أ‬
۟ ُ ‫ن َع ْن ۟ه‬ ۟ ‫ل َر ُج‬ ِّ۟ ِ‫صلَّى ِللنَّب‬
َ۟ ‫ي ِ قَا‬ ۟ ‫سلَّ َ۟م َعلَ ْي ِ۟ه‬
َ ُ‫للا‬ َ ‫و‬: ِ ‫أ َ ْو‬، ‫ل‬
َ ‫صنِي‬ َ۟ ‫ قَا‬: َ‫ل‬ َ ‫م َرار۟ا ا فَ َر َّد َ۟د تَ ْغ‬،
۟ ْ۟‫ضب‬ ِ ‫ل‬َ۟ ‫قَا‬: َ‫ل‬
۟
ْ۟‫ضب‬ ْ
َ ‫البخاري رواه – تَغ‬
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah
sholallohu ‘alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Baginda bersabda : Jangan kamu
marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka baginda bersabda : Jangan engkau marah.
– HR Bukhori

Tujuan post ini bukanlah untuk menghurai panjang perbahasan hadis, sebaliknya untuk melihat
sepintas lalu untuk menimbulkan tasawur yang lebih luas tentang taqwa secara umum.
Umumnya mengetahui kesan daripada buruk daripada perbuatan marah. Ini kerana perasaan
marah akan mendorong kepada satu tindakan yang diluar jangkaan.
Kita tidak mahu tindakan kita dikuasai satu emosi marah kerana perbuatan sedemikian akan
membawa kepada natijah yang mengecewakan. Marah dijadikan nasihat oleh nabi sebanyak
tiga kali seperti ingin menunjukkan betapa ia merangkumi dan menyimpulkan beberapa nasihat
yang lain. Sebaiknya marah itu harus dikawal agar ia tidak menguasai akal dan nafsu.
Adapun hadis popular tentang mengawal marah suka untuk saya kepilkan;
Apabila seorang dari kalian marah dalam keadaan berdiri, hendaklah ia duduk; apabila amarah
telah pergi darinya, (maka itu baik baginya) dan jika belum, hendaklah ia berbaring. – HR
Ahmad
Dan juga suka untuk saya tegaskan bahawa ia bukanlah sesuatu yang perlu dibuang. Bahkan ia
satu keperluan.
Misalnya apabila umat Islam disakiti, adakah kita tidak akan ada perasaan marah?
Disamping itu, Allah juga menyuruh kita memaafkan kesalahan orang lain dalam menahan
marah. Disini merupakan titik cabaran dan solusi kepada permasalahan marah. Bayangkan
seorang yang sedang marah diminta untuk memaafkan. Pastinya ia sesuatu yang sukar diterima
oleh akal. Tetapi dari segenap sudut, apabila kita memaafkan sahaja kesalahan orang terhadap
kita, maka secara tidak langsung perasaan marah itu akan hilang.
#3: Bertaubat dan tidak mengulangi
Taubat dan berazam untuk tidak mengulangi bukanlah satu jaminan untuk ia tidak berulang
lagi. Sebaliknya ia menguji betapa kita ikhlas dengan perubahan kita. Kerana kita telahpun
tahu kesan dan akibat dosa tersebut.
Allah membuka ruang kepada kita untuk sentiasa memperbaharui niat. Kerana kita sentiasa
terdedah untuk melakukan dosa.
۟‫ أَنَس۟ َع ْن‬، ‫ل‬
َ۟ ‫ قَا‬: ‫ل‬
َ۟ ‫ل قَا‬
ُ۟ ‫سو‬ َِّ۟ ‫صلَّى‬
ُ ‫َللا َر‬ َّ۟ ‫سلَّ َ۟م َعلَ ْي ِ۟ه‬
َ ُ‫َللا‬ َ “۟‫ْن ُكل‬
َ ‫و‬: َّ ‫ َخ‬، ‫ْر‬
ِ۟ ‫طاء۟ آ َد َ۟م اب‬ َّ ‫التَّ َّوابُونَ۟ ْال َخ‬
ُ۟ ‫طائِينَ۟ فَ َخي‬
Maksudnya: Daripada Anas r.a dia berkata Rasulullah SAW bersabda: “Semua anak Adam
berdosa, maka sebaik-baik orang yang berdosa ialah bertaubat.” (Riwayat Ahmad)
Janji syurga
Inilah matlamat disebalik taqwa itu. Allah menjanjikan syurga bagi orang-orang yang bertaqwa.
Inilah rumah kita yang sebenar. Inilah tempat rehat kita. Sementara dunia adalah penjara bagi
orang beriman.
Dengan matlamat yang muktamat ini, ia membebaskan jiwa kita daripada kesempitan dunia.
Kesimpulan
Inilah bentuk kebaikan yang Allah seru untuk disegerakan iaitu:
1. Bersedekah disaat senang dan susah
2. Menahan marah dan memafkan
3. Segera bertaubat dan tidak meneruskan kesalahan
SURAH AL-BAQARAH
Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau
tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya.
Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?

(Al-Baqarah 2:106)

Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi?
Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi
pertolongan.

(Al-Baqarah 2:107)

Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi Musa (oleh
kaumnya) dahulu? Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya
ia telah sesat dari jalan yang lurus.

(Al-Baqarah 2:108)

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan
kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah
nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh
kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-
tiap sesuatu.

(Al-Baqarah 2:109)
SURAH AN-NISA’
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa
jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim,
dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat,
dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;

(An-Nisaa' 4:36)

Iaitu orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil serta menyembunyikan apa-apa jua
yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurnianya. Dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi
orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina;

(An-Nisaa' 4:37)

Ayat 36: Allah sudahi ayat-ayat hukum dengan diberikan ayat tentang tauhid. Keutamaan tujuan utama
hidup adalah kenal Allah dan mentauhidkan Allah.

Selepas sebut tentang berbaik antara suami isteri, sekarang disebut tentang berbuat baik dengan orang
luar pula.

Surah Nisa’ ini bukan sahaja menceritakan tentang hak anak yatim, kanak-kanak dan para wanita sahaja,
tapi juga menyentuh hak-hak orang lain juga. Jadi Surah Nisa’ ini banyak menyentuh tentang hak
manusia. Kita kenalah jaga hak-hak mereka.

‫ش ْيئ ًا بِ َِه تُش ِْركُوا َو ََل للاََ َوا ْعبُدُوا‬


َ
Dan hendaklah kamu menghambakan diri kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan
sesuatu apa jua;

Allah mulakan ayat ini dengan suruhan kena hambakan diri kepada Allah. Jangan lakukan syirik kepada
Allah. Ini adalah kerana syirik adalah dosa yang paling besar sekali dan boleh menyebabkan seseorang
itu kekal dalam neraka.

Jangan syirik ini penting kerana ia akan menyelamatkan kita. Seperti yang disebutkan di dalam sabda
Nabi Saw. kepada Mu’az ibnu Jabal:

‫ِ“أ َ ْنِ َي ْعبدُوهُِوال‬:َ‫ِقَال‬.‫سولُهُِأ َ ْعلَ ُم‬


ُ ‫ِو َر‬ ْ َ‫عل‬
‫ىِالع َبادِ؟ِ”ِقَال ه‬
َ ُ ‫َِّللا‬:َ َ ِ‫َِّللا‬ َ ِ‫ِ“أتَدْريِ َماِ َح ُّقِالعباد‬:َ‫ِث ُ همِقَال‬،”‫ش ْيئًا‬
‫علَىِهللاِ “أتَدْرِيِ َماِ َح ُّق ه‬ َ ِ‫يُ ْشر ُكواِبه‬
‫ه‬ َ ُ
”‫إذَاِفَعَلواِذَلكَ ؟ِأالِيُعَذبَ ُهم‬
“Tahukah kamu, apakah hak Allah atas hamba-hamba-Nya?” Mu’az menjawab, “Allah dan Rasul-Nya
lebih mengetahui.” Nabi Saw. bersabda, “Hendaknya mereka menyembah-Nya dan tidak
mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun.” Antara lain Nabi Saw. bersabda pula: Tahukah kamu,
apakah hak hamba-hamba Allah atas Allah, apabila mereka mengerjakan hal tersebut? Yaitu Dia tidak
akan mengazab mereka.

Ayat-ayat sebelum ini banyak mengandungi suruhan dan hukum-hukum tentang bermasyarakat,
tentang hubungan dengan keluarga, suami isteri dan sebagainya. Segala hukum-hukum itu hanya akan
dapat dijalankan oleh mereka yang beriman dan takut kepada Allah. Kalau hak dengan Allah pun orang
itu tidak jaga, maka apatah lagi kalau hak orang lain?

Kalau dengan Tuhan pun mereka tidak takut, tentu mereka tidak takut nak langgar hukum-hukum yang
telah diberikan itu. Maka, kerana itu tauhid diletakkan di awal-awal ayat ini.

Tapi, untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan syirik, kenalah belajar tentang apakah yang
dimaksudkan dengan syirik itu. Tidak akan faham syirik kalau tidak tahu tentang maksud tauhid. Ramai
orang Islam yang melakukan syirik tapi mereka tidak tahu yang mereka sedang melakukan syirik. Ini
adalah kerana mereka tidak tahu.

َ‫ْسنًا َوبِا ْل ٰو ِل َدي ِْن‬


ٰ ‫إِح‬

dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa,

Selepas sebut tentang syirik, Allah terus sebut tentang ibubapa. Ini menunjukkan kepentingan berbuat
baik kepada ibubapa. Selalu Allah buat begini dan dari segi balaghah, ini adalah amat penting.

Dan lihatlah bagaimana Allah menggunakan lafaz yang lengkap apabila menyebut tentang berbuat baik
kepada ibubapa. Sedangkan kalau kita baca orang-orang yang kita buat baik selepas ini, disebut dengan
ringkas sahaja. Ini juga menunjukkan kepentingan dan ketinggian budi berbuat baik dengan ibubapa.

Tentunya kasih sayang yang paling tinggi adalah dari Allah – Allah beri kita kasih sayang dan macam-
macam kepada kita. Tapi selepas Allah, siapakah yang paling berjasa dan paling sayang kepada kita?
Tentunya ibubapa bukan? Kerana itulah selepas disebut tentang tauhid kepada Allah, terus disebut
berbuat baik kepada ibubapa.

Ayat ini memberitahu berbuat baik kepada ibubapa? Apakah maksudnya? Tentu banyak perkara yang
perlu kita lakukan dan susah untuk kita senaraikan semuanya. Secara dasarnya, kita hendaklah
menggembirakan hati mereka. Kalau perkara itu menggembirakan hati mereka, maka kenalah kita
lakukan asalkan tidak melanggar syariat. Termasuk dalam perkara ini tentulah tidak menyakitkan hati
mereka.

Walaupun mereka tidak menjalankan tugas mereka sebagai ibubapa dengan baik, kita sebagai anak
masih tetap kena berbuat baik kepada mereka. Kalau begitu pun kita kena buat baik kepada mereka,
apatah lagi kalau mereka telah menjalankan tugas mereka dengan baik?

َٰ ‫ا ْلقُ ْرب‬
‫َى َوبِذِي‬
dan kaum kerabat,

Kena berbuat baik dengan ahli keluarga kita. Kena bercakap baik dengan mereka, bertanya khabar
tentang mereka dan sebagainya. Kalau ada masalah, kena tolong mereka. Dan merekalah yang pertama
sekali kita kena tolong. Dan tidak sama kalau kita tolong mereka kalau dibandingkan dengan tolong
orang lain. Seperti yang disebutkan di dalam sebuah hadis:
»ٌ‫ِوصلَ ِة‬
َ ٌ‫صدَقَة‬
َ ِ‫يِالرحم‬
‫ه‬ ‫علَىِذ‬ َ ٌ‫صدَقَة‬
َ ‫ِو‬، ْ َ‫عل‬
َ ِ‫ىِالمسْكين‬ َ ُِ‫صدَقَة‬
‫«ال ه‬
Bersedekah kepada orang miskin adalah sedekah, tetapi kepada kerabat adalah sedekah dan
silaturahmi.

Malangnya, kadang-kadang orang kita kalau dengan orang lain, mereka boleh berbuat baik, tapi kalau
dengan keluarga sendiri kadang-kadang bergaduh sampai tidak mengaku keluarga pun ada.

َ‫َوا ْلي َٰت َم ٰى‬


dan anak-anak yatim,

Selalu anak-anak yatim disebut dalam ayat Qur’an dan terutama sekali dalam surah ini. Ini adalah kerana
mereka perlu dijaga kerana mereka telah kehilangan tempat bergantung, maka Islam menganjurkan kita
untuk membantu mereka. Perkara ini telah disentuh dalam ayat-ayat lain dan diulang dengan ringkas
sahaja di sini.

Tapi, kalau kita tidak tahu siapakah anak yatim dari kalangan masyarakat kita, macam mana kita nak
bantu mereka? Adakah kita hanya bantu mereka semasa bulan Ramadhan dan semasa Hari Raya sahaja
dengan beri mereka makan buka puasa dan belikan baju raya sahaja?

Bagaimana dengan hari-hari yang lain? Maka, kerana itu kita kenalah tahu siapakah anak-anak yatim
dalam masyarakat kita, barulah boleh nak bantu mereka.

ِ ‫َوا ْل َم ٰسك‬
َ‫ِين‬
dan orang-orang miskin,

Kadang-kadang kita tidak kenal pun orang miskin dalam masyarakat kita. Ini adalah kerana kita tidak
bercampur dengan masyarakat sekeliling. Kita sampai tidak tahu siapakah yang memerlukan
pertolongan.

Kerana mungkin ada orang miskin yang segan untuk meminta, maka kitalah yang kena tahu siapakah
mereka dan apa masalah mereka dan tolong mereka tanpa mereka meminta kepada kita.

ِ ‫َى ذِي َوا ْلج‬


َ‫َار‬ َٰ ‫ا ْلقُ ْرب‬
dan jiran tetangga yang dekat,

Lihatlah betapa indahnya Islam. Kepada jiran tetangga pun kita kena berbuat baik. Ini adalah jiran yang
duduk betul-betul di sebelah rumah kita.

Ali ibnu Abu Talhah pula meriwayatkan dari Ibnu Abbas, yang dimaksud dengan jari dzil qurba ialah
tetangga yang antara kamu dan dia ada hubungan kerabat.

ِ ‫ب َوا ْلج‬
َ‫َار‬ َِ ُ‫ا ْل ُجن‬
dan jiran tetangga yang jauh,

Bukan sahaja jiran yang dekat, tapi dengan jiran yang jauh juga kita kena berbuat baik. Ini jiran yang
duduk jauh sedikit.

ِ۟ ‫ ْالقُ ْربَى۟ ذِي َو ْال َج‬adalah jiran yang juga kaum kerabat kita dan ‫ار‬
Ibn Abbas mengatakan, ‫ار‬ ِ۟ ‫ب َو ْال َج‬
ِ۟ ُ‫ ْال ُجن‬adalah
jiran yang bukan kaum kerabat kita. Begitu pentingnya jiran tetangga sampai Nabi pernah bersabda:

‫ل َما‬
َ۟ ‫ل زَ ا‬ َ ُ‫سي َُو ِّرث َ ۟ه ُ أَنَّ ۟ه‬
ِ ‫ظنَ ْنتُ۟ َحتَّى ِبال َجار ي ُْو‬
ُ۟ ‫ص ْينِى ِجب ِْر ْي‬ َ
“Jibril sentiasa mengingatkan kepadaku supaya berbuat baik kepada jiran sehinggalah aku merasakan
jiran itu akan layak mewarisi dariku.” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

Ada juga pendapat yang mengatakan ‘jiran yang dekat’ adalah jiran yang muslim dan ‘jiran yang jauh’
adalah jiran yang bukan Islam. Kalau begitu, jiran yang bukan Islam pun berhak mendapat layanan yang
baik dari kita juga. Janganlah kerana mereka itu kafir, kita tidak layan mereka dengan baik.

Hadith Rasulullah SAW juga ada menyebut bahawa terdapat beberapa kategori jiran di dalam hadith
Baginda SAW iaitu:

ُ۟‫ان َو َجارلَ ۟هُ َواحِ د۟ َحق۟ َجارلَ ۟هُ ثَلَثَة۟ ا َ ْل ِجي َْران‬ ِ۟ ‫ق ث َ َلثَة۟ َو َجارلَ ۟هُ َحقا‬ ُ ‫ار ُحقُوق۟ ث َ َلث َ ۟ةُ فَاا َ ْل َج‬
ِ۟ ‫ارلَ ۟هُ ُحقُ ْو‬ ُ۟ ‫ار َحق۟ فَلَ۟ ۟ه ُ ا َ ْل َّرحِ ِ۟م ذُو ا َ ْل ُم ْس ِل ُ۟م ا َ ْل َج‬
ِ۟ ‫ق ا َ ْل َج َو‬
َّ۟ ‫َو َح‬
‫ان لَ ۟هُ اَلِّذِى َوأ َ َّما ا َ ْل َّرحِ ِ۟م َو َحق۟ اَلءِ س َْل ِ۟م‬ ُ۟ ‫ار َحق۟ فَلَ ۟هُ ا َ ْل ُم ْس ِل ُ۟م فَ ْال َج‬
ِ۟ َّ‫ار َحق‬ ِ۟ ‫ار َوا َحد۟ َحق۟ ل ۟ه ُ الَّذِى َوأ َ َّما اَلءِ س َْل ِ۟م َو َحق۟ ا َ ْل َج َو‬ ُ۟ ‫ا َ ْل ُم ْش ِركُ۟ فَ ْال َج‬
Maksudnya: “Jiran itu ada tiga golongan, ada jiran yang hanya mempunyai satu hak dan ada jiran yang
mempunyai dua hak dan ada jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak itu ialah
jiran yang Muslim dan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Maka dia mempunyai hak sebagai
jiran, hak sebagai Muslim dan hak sebagai keluarga. Jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran yang
Muslim. Dia mempunyai hak sebagai seorang Muslim. Jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang
musyrik” Hadith Riwayat: Abu Na’im dan Ibnu ‘Adiy

َ‫ب‬ َِ ‫بِا ْلجَن‬


ِ ِ‫ب َوالصَّاح‬
dan rakan sejawat

Ini adalah kawan seperjalanan kita. Atau sahabat sama dalam pekerjaan atau sama-sama belajar dengan
kita. Termasuk juga pasangan hidup yang hidup dengan kita. Mereka itu rapat dengan kita kerana
mereka sentiasa bersama dengan kita untuk jangka masa yang lama.

Termasuk juga dalam perkara ini adalah mereka yang bermusafir bersama dengan kita. Mungkin untuk
musafir yang lama berhari-hari atau sekejap seperti mereka yang duduk dalam bas dan LRT dengan kita.
Hendaklah kita bersopan santun kepada mereka dan buat apa yang patut.

Layan mereka dengan baik, jangan susahkan mereka dan bagi mereka benci. Antaranya jangan langgar
mereka, jangan hisap rokok sebelah mereka, jangan cakap kuat-kuat sampai mereka terganggu tidur dan
sebagainya. Terlalu banyak hendak disebutkan di sini tapi rasanya kita semua sudah faham apakah yang
dimaksudkan.
Lihatlah bagaimana indahnya Islam menganjurkan berbuat baik dengan orang-orang itu. Bayangkan
bagaimana masyarakat kita akan jadi kalau semua buat macam ni. Tidakkah nanti akan aman dan
harmoni masyarakat kita?

َ‫سبِي َِل َواب ِْن‬


َّ ‫ال‬
dan orang musafir,

Kena bantu orang musafir yang putus bekal. Disebut musafir yang putus bekal kerana ada musafir yang
banyak bekal mereka. Tapi ada yang tidak cukup bekalan atau bekalan mereka hilang atau kena curi.
Maka itulah yang kita kena tolong.

Jadi kena tahu siapakah mereka ini. Kalau kita bercampur gaul dengan masyarakat di sekeliling kita, kita
akan tahu siapakah yang musafir kerana kita tidak kenal mereka. Kalau tidak kenal mereka, ada
kemungkinan mereka adalah musafir.

‫أَي ْٰمنُ ُك َْم َملَكَتَْ َو َما‬


dan juga hamba yang kamu miliki.

Lihatlah bagaimana dengan hamba sahaya pun kita disuruh buat baik dengan mereka. Jangan hina
mereka, jangan seksa mereka, jangan salah guna mereka. Zaman sekarang memang tidak ada hamba
sahaya lagi tapi kita bukankah ada orang gaji?

Disebutkan dari sahabat Abu Hurairah r.a., dari Nabi Saw. yang telah bersabda:
ْ َ‫فِمن‬
ُِ ‫ِال َع َملِإ هالِ َِماِيُط‬
»‫يق‬ ُ ‫ِو َالِيُ َكله‬،ُ َ ِ‫«ل ْل َم ْملُوك‬
َ ‫ط َعا ُمه َُِوكس َْوتُه‬
Hamba sahaya berhak mendapatkan makanan dan pakaiannya, dan tidak boleh dibebani dengan
pekerjaan melainkan sebatas kemampuannya.

Berbuat baiklah dengan mereka. Jangan suruh mereka buat kerja yang tidak patut-patut, jangan
pandang mereka sebagai orang yang kelas bawahan dari kita.

Dari Abu Zar r.a., dari Nabi Saw. yang telah bersabda:

ِ‫ِفَإ ْن‬،‫ِو َالِتُكَلفُو ُه ْمِ َماِيَ ْغلبُ ُه ْم‬،


َ ‫س‬ َ ‫ُطع ْمهُِم هماِيَأ ْ ُكل‬
ُ َِ‫ِو ْلي ُْلب ْسه ُِم هماِيَ ْلب‬،ُ ْ ‫ِفَ َم ْنِ َكانَ ِأ َ ُخوهُِتَحْ تَ ِيَدهِفَ ْلي‬،‫َِّللاُِتَحْتَ ِأَيْدي ُك ْم‬
‫« ُه ْمِإ ْخ َوانُ ُك ْمِخ ََولُ ُك ْمِ َجعَلَ ُه ُم ه‬
»ِ‫َكله ْفت ُ ُمو ُه ِْمِفَأَعينُو ُه ِْم‬
Mereka (para pelayan) adalah saudara-saudara kalian lagi budak-budak kalian, Allah telah menjadikan
mereka di bawah kekuasaan kalian. Maka barang siapa yang saudaranya berada di bawah
kekuasaannya, hendaklah dia memberinya makan dari apa yang dia makan, dan hendaklah dia
memberinya pakaian dari apa yang dia pakai, dan janganlah kalian membebani mereka pekerjaan yang
tidak mampu mereka lakukan; dan jika kalian terpaksa membebani mereka (dengan pekerjaan berat),
maka bantulah mereka.
Hadis diketengahkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Dari Abu Hurairah r.a. pula, dari Nabi Saw. Disebutkan bahawa. Nabi Saw. pernah bersabda:
»ُ‫ِوع ََل َج ِه‬ َ ‫ِفَإنهه َُِول‬،‫ِأ َ ْوِأ َ ْكلَةًِأ َ ْوِأ َ ْكلَتَيْن‬،‫نِلَ ْمِيُجْ ل ْسهُِ َمعَهُِفَ ْليُنَاو ْلهُِلُ ْق َمةًِأ َ ْوِلُ ْق َمتَيْن‬
َ ُ‫يِ َح هر ِه‬ َ ‫«إذَاِأَت َىِأ َ َحدَ ُك ْمِخَاد ُمهُِب‬
ِْ ‫طعَامهِفَإ‬
Apabila pelayan seseorang di antara kalian datang menyuguhkan makanan, lalu dia tidak mahu
mempersilakan pelayan untuk makan bersamanya, maka hendaklah dia memberikan kepadanya sesuap
atau dua suap makanan, sepiring atau dua piring makanan, kerana sesungguhnya pelayanlah yang
memasak dan yang menghidangkannya. Hadis diketengahkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

ً ‫فَ ُخ‬
ًَ َ ‫ورا ُم ْخت‬
ََّ‫ال كَانََ َمن يُحِ بَ ََل للاََ إِن‬
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri;

Ingatlah yang Allah tidak suka orang yang sombong lagi bangga diri. Kalau tidak berbaik dengan orang
lain, itu tanda yang orang itu sombong sebenarnya. Telah disebut banyak perkara yang perlu dipenuhi di
atas dan orang yang tak mahu menjalankannya adalah orang yang sombong dan bongkak.

۟‫ ُم ْخت ا‬ada kena mengena dengan khayal – dia sahaja yang khayal dia tinggi dari orang lain. Tak
Kalimah ‫َال‬
benar pun kerana pada Allah sama sahaja semua makhluk. Jadi kena sedar siapakah diri kita dulu baru
boleh rendahkan diri.

Kadang-kadang kita mendapat kedudukan yang tinggi sedikit dari orang lain pun kerana kita dilahirkan
dalam keluarga yang kaya, atau Allah telah bantu kita mendapatkan kelebihan-kelebihan itu. Maknanya,
bukan kita hebat pun.

‫ فَ ُخ ا‬adalah bangga yang terlebih. Dia sudah capai sesuatu dan dia rasa sombong. Terlebih
Kalimah ‫ورا‬
bangga dari yang sepatutnya (bangga yang dibenarkan). Kerana bangga sikit-sikit itu tidak mengapa.
Sebagai contoh, kita bangga dengan anak-anak kita yang berjaya dalam kehidupan mereka. Ini tidak
salah.

Allah sebut dua sifat ini kerana dua sifat inilah yang menyebabkan orang boleh pandang rendah kepada
orang lain. Nabi pernah bersabda:
ِ‫ل‬ ْ ُّ‫َِّللاَِ َجميلٌِيُحب‬
َِ ‫ِال َج َما‬ ‫سنَةًِقَالَِإ هن ه‬َ ‫اِونَ ْعلُهُِ َح‬ َ ‫ِالر ُجلَِيُحبُّ ِأ َ ْنِيَ ُكونَ ِث َ ْوبُهُِ َح‬
َ ً‫سن‬ َ ‫ُِال َجنهةَِ َم ْنِ َكانَ ِفيِقَ ْلبهِمثْقَالُِذَ هرةٍِم ْنِكب ٍْرِقَال‬
‫َِر ُجلٌِإ هن ه‬ ْ ‫َالِيَ ْد ُخل‬
ِ‫طِالنهاس‬ ُ ‫غ ْم‬
َ ‫ِو‬ ْ ‫ط ُر‬
َ ‫ِال َحق‬ َ ‫ْالكب ُْرِ َب‬

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji
sawi.” Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal
yang bagus?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong
adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.“ (HR. Muslim no. 91)

Sampai setakat ayat ini, Allah telah mengajar kita ‘Amalan Tiga Serangkai’. Ada tiga perkara yang perlu
dilakukan oleh manusia untuk menyelamatkan diri dari azab akhirat.

1. Jangan berbuat zalim (disebut dalam ayat 1 – 35)

2. Jangan melakukan syirik (disebut dalam ayat 36 ini)

3. Berbuat baik kepada yang lain (disebut dalam ayat 36 ini juga).
Ayat 37: Ayat zajrun mengenai infak. Sambungan sifat orang yang sombong di hujung ayat tadi. Dalam
ayat sebelum ini, disebut berbuat baik kepada berbagai-bagai jenis golongan.

Antara perkara yang perlu dilakukan untuk berbuat baik kepada mereka adalah dengan memberikan
bantuan kewangan kepada mereka. Tapi orang-orang yang sombong itu, sudahlah mereka sombong,
tapi mereka kedekut pula untuk membantu orang lain.

Iaitu orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil serta menyembunyikan apa-apa jua
yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi
orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina;

ََ‫يَ ْب َخلُونََ الَّذِين‬


Iaitu orang-orang yang bakhil

Inilah sambungan kepada sifat orang yang sombong dan membanggakan diri. Ini adalah sifat tambahan
untuk mereka. Mereka bakhil untuk mengeluarkan infak. Padahal mereka ada harta dan memang
mampu untuk infak. Mereka sombong dan bangga diri itu pun sebab mereka ada hartalah.

ََ‫اس َويَأ ْ ُم ُرون‬


ََ َّ‫بِا ْلبُ ْخ َِل الن‬
dan menyuruh manusia supaya bakhil

Sudahlah dia bakhil, dia galakkan orang lain pun jadi kedekut juga dengan lidah dan perbuatan mereka.
Kenapa mereka nak orang lain pun bakhil juga? Sebab kalau orang lain beri infak, nampaklah mereka
sahaja yang tak beri. Kalau semua orang tak beri, tidaklah nampak buruk perangai dia.

Jadi dia kena tahan orang lain dari beri infak kepada masyarakat. Maka dia beri nasihat kepada orang
lain supaya berjimat, kena simpan duit, ekonomi tak berapa bagus sekarang dan macam-macam lagi.
Yang sebenarnya, dia yang bakhil.

ٰ ُ‫للا‬
ََ‫ءآت ُه َُم َما َويَ ْكت ُ ُمون‬ ْ َ‫ف‬
َ ‫ض ِل َِه ِمن‬
serta menyembunyikan apa-apa yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurniaNya.

Bila ada orang datang meminta kepadanya, dia sorok harta yang dia ada, tak bagi nampak dia ada
banyak harta. Sebab dia takut kalau orang tahu dia ada duit, nanti akan datang meminta lagi. Maka, dia
pun buat ceritalah yang dia pun ada masalah sekarang, anak sakit, isteri sakit, rumah nak kena baiki dan
macam-macam lagi.

Juga bermaksud orang yang tidak menampakkan pemberian Allah kepadanya. Dia dapat banyak wang
dan harta, tapi cara hidup dia macam dia miskin. Dia simpan sahaja pemberian Allah itu. Pakai baju
compang camping; kalau ada orang minta sedekah, dia tak mengaku dia ada duit; bila anak minta nak
beli makanan, dia tak belikan; pakaian isteri pun bertahun tak bertukar.

Di dalam sebuah hadis disebutkan:

”ِ‫علَيْه‬
َ ِ‫ِأثرها‬ ْ َ‫علَىِعبدٍِأحبه ِأ َ ْنِي‬
ُ ‫ظ َه َر‬ َ ًِ‫َِّللاَِإذَاِأ َ ْنعَ َمِن ْع َمة‬
‫“إ هن ه‬

Sesungguhnya Allah apabila memberikan suatu nikmat kepada seorang hamba, Dia suka bila si hamba
menampakkan pengaruh dari nikmat itu pada dirinya.

Tidak patut dia menyorok pemberian yang Allah telah berikan kepadanya. Allah suka ditunjukkan segala
pemberianNya.

‫عذَابًا ِل ْل ٰكف ِِرينََ َوأ َ ْعت َ ْدنَا‬


َ ‫مَ ِهينًا‬
Dan Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina;

Apakah balasan yang akan disediakan untuk mereka? Mereka akan dikenakan dengan azab yang
menghinakan mereka. Mereka dikatakan ‘kafir’ kerana mereka kufur nikmat. Perkataan ‘kufr’ dari segi
bahasa bermaksud ‘tutup’.

Mereka tutup nikmat yang Allah beri kepada mereka, tak bagi orang lain nampak. Sepatutnya dengan
nikmat yang Allah berikan kepada mereka itu, mereka kena infakkan, tapi mereka sorok.

Manusia bukan dikira kedekut dari segi harta sahaja, tapi kalau tidak sampaikan ilmu juga dikira
kedekut. Ada ulama mengatakan ayat ini berkenaan orang Yahudi yang menyembunyikan ilmu tentang
kedatangan Nabi Muhammad dari masyarakat.
SURAH AL-MAIDAH
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu
sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan
sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari
golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.

(Al-Maaidah 5:51)

Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha
mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami
akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah
akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu
hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal
mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.

(Al-Maaidah 5:52)

Dan (telatah kaum munafik itu menjadikan) orang-orang yang beriman berkata: "Adakah mereka ini
orang-orang yang bersumpah dengan nama Allah, dengan sebenar-benar sumpahnya, bahawa mereka
benar-benar menyertai dan menolong kamu?" Telah gugurlah amal-amal mereka, lalu menjadilah
mereka: orang-orang yang rugi.

(Al-Maaidah 5:53)
SURAH AL-AN’AAM
Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu)
berkata-kata dengan mereka, dan kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk
menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali
jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar).

(Al-An'aam 6:111)

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin,
setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya
untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak
melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang
kufur dan dusta) itu.

(Al-An'aam 6:112)

Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderung kepada bisikan itu,
dan supaya disetujui oleh mereka, dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan
itu.

(Al-An'aam 6:113)

Ayat 111: Ini adalah dua lagi permintaan dari Musyrikin Mekah. Ayat sebelum ini telah diceritakan
bagaimana mereka minta ditunjukkan mukjizat, baru mereka nak beriman.

Kali ini disebut bagaimana mereka minta malaikat diturunkan dan orang mati dihidupkan semula.
Supaya malaikat itu membenarkan apa yang Nabi katakan dan supaya orang mati yang hidup balik itu
boleh cakap apakah yang terjadi selepas mereka mati.

Malay

Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu)
berkata-kata dengan mereka, dan kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk
menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali
jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar).
َ‫ا ْل َم ََلئِك ََةَ إِلَي ِْه َُم نَ َّز ْلنَا أَنَّنَا َولَ ْو‬
Kalau sekiranya Kami turunkan malaikat kepada mereka,

Musyrikin Mekah kata, kenapalah Allah turunkan manusia untuk beri peringatan kepada mereka?
Mereka kata sepatutnya malaikatlah yang diturunkan. Allah nak beritahu dalam ayat ini, kalau Allah
turunkan malaikat kepada mereka pun, mereka tidak beriman juga.

Mereka juga hendak Malaikat diturunkan supaya malaikat itu memberitahu kepada mereka bahawa apa
yang Nabi Muhammad katakan itu adalah benar belaka. Kononnya, baru mereka nak percaya.

Ayat ini adalah ayat rungutan Allah tapi bukan rungutan Allah kepada mereka sahaja. Musyirikin Mekah
itu adalah sebagai contoh kerana mereka adalah penerima wahyu yang awal sekali. Tapi, seperti kita
tahu, ayat Qur’an ini adalah untuk setiap zaman.

Maka ianya juga ditujukan kepada semua manusia yang tidak mahu menerima kebenaran. Jangan kita
sangka kita sudah selamat dari rungutan Allah ini. Kerana masalah yang dihadapi oleh manusia sama
sahaja dari dulu sampai sekarang. Ada manusia-manusia zaman sekarang yang macam Musyrikin Mekah
juga.

Kepada mereka itu, walaupun Allah turunkan malaikat untuk memberitahu kebenaran mereka pun tidak
akan diterima. Kerana mereka memang degil.

َٰ َ ‫ا ْل َم ْوت‬
َ‫ى َو َكلَّ َم ُه ُم‬
dan orang-orang yang telah mati berbicara dengan mereka

Musyrikin Mekah juga kata, kalau apa yang dikatakan oleh Nabi itu benar, maka hidupkanlah kembali
orang yang mati supaya orang mati itu boleh bercakap-cakap dengan mereka. Supaya orang mati
beritahu sendiri, memang ada kehidupan selepas mati.

Itu adalah permintaan yang tidak patut. Macam-macam benda yang mereka minta. Ada puak yang sesat
pula berhujah, kalaulah amalan yang mereka lakukan itu salah, maka tentunya Allah telah memberitahu
mereka dengan menghantar malaikat untuk beritahu ataupun menghidupkan kembali orang yang mati
untuk beritahu kepada mereka.

Bukan begitu cara Allah memberi peringatan kepada manusia. Allah berikan hujah-hujah kebenaran
dengan cara yang lain. Allah suruh kita gunakan akal dan rujuk kepada ayat-ayatNya.

‫علَي ِْه َْم َو َحش َْرنَا‬


َ ‫ش ْيءَ كُ ََّل‬ ًَ ُ‫قُب‬
َ ‫َل‬
dan Kami kumpulkan (pula) segala sesuatu ke hadapan mereka,

Dan kalaulah Allah hidupkan kembali semua orang yang telah mati, semua malaikat yang ada dan
letakkan di hadapan mereka, adakah mereka akan beriman? Tidak juga.

Atau, ‘segala sesuatu’ itu bermaksud segala rahsia alam langit dan bumi diletakkan di hadapan mereka.
۟ ‫ قُب ا‬bermaksud ‘berhadapan’
Segala apa yang telah dicipta diletakkan di hadapan mereka. Perkataan ‫ُل‬
dengan mereka. Adakah mereka akan beriman?

‫ِليُؤْ مِ نُوا كَانُوا َّما‬


nescaya mereka tidak (juga) akan beriman,

Mereka tidak akan beriman juga. Mereka itu adalah jenis orang yang degil. Allah boleh sahaja nak
letakkan semua orang yang telah mati di hadapan mereka dan segala malaikat, dan segala rahsia langit
dan bumi, tapi Allah nak beritahu kepada kita bahawa semua itu tidak akan menyebabkan mereka
beriman. Ini adalah kerana hati mereka tidak mahu beriman.

َ‫َللاُ يَشَا ََء أَن إِ َّل‬


ََّ
kecuali jika Allah menghendaki,

Allah boleh jadikan semua makhlukNya beriman dan percaya. Allah boleh paksa sesiapa sahaja untuk
beriman. Memang Allah boleh buat. Itu adalah dalam kuasa Allah. Tapi bukan begitu cara Allah.

Ada juga mereka yang asalnya tidak beriman tetapi akhirnya diberikan hidayah keimanan. Berapa ramai
dari Musyrikin Mekah yang asalnya menentang Nabi, tapi kemudian mereka telah beriman?

Lihatlah kepada Abu Sufyan, Khalid al Walid dan sebagainya. Mereka menerima Islam akhirnya dan
menjadi Muslim yang baik.

Berapa ramai juga yang asalnya menentang jalan Sunnah, kata orang-orang sunnah itu sesat, wahabi
dan sebagainya, tapi akhirnya setelah mereka membuka hati mereka kepada kebenaran, mereka
akhirnya dapat terima.

ََّ‫يَجْ َهلُونََ أ َ ْكث َ َر ُه َْم َو ٰلَكِن‬


tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

Kebanyakan manusia adalah jahil. Mereka jahil tentang kuasa Allah untuk memaksa sesiapa sahaja
untuk beriman. Mereka menidakkan kuasa Allah untuk memberi hidayah kepada manusia.

Oleh kerana itu, kadang-kadang ada yang berkata: “dia itu memang sudah sesat, tentu takkan beriman.”
Siapa kita yang boleh tentukan sama ada seseorang itu akan beriman atau tidak?

Ayat ini juga bermaksud orang-orang yang engkar itu jahil tentang kebenaran dan tentang tauhid kepada
Allah. Mereka jadi jahil kerana mereka sombong untuk menerima kebenaran.

Setelah diberikan dengan segala tanda dan ditunjukkan segala bukti, mereka masih lagi tidak mahu
beriman. Oleh kerana itu, Allah tutup hati mereka.

Begitulah juga dengan kebanyakan masyarakat Islam di negara ini. Mereka memang sudah jahil dengan
agama kerana malangnya ibubapa kita tidak mementingkan pelajaran agama.

Ataupun mereka telah belajar agama, tapi mereka belajar dari guru-guru yang mengajar ajaran bidaah
dan ajaran salah. Dan apabila kita berikan bukti dan dalil kepada mereka, mereka sombong nak terima.
Mereka balas dengan hujah-hujah bathil dan lemah. Mereka tidak mahu mengaku yang mereka kurang
ajaran agama.

Atau mereka akan mempertahankan ajaran yang mereka telah belajar. Antaranya, mereka akan beri
ayat Qur’an, beri hadis, beri hujah akal dan sebagainya yang memang menunjukkan mereka tidak mahir
tentang dalil-dalil itu. Contohnya, memang mereka beri ayat Qur’an, tapi mereka tak faham apakah
maksud ayat itu. Mereka hanya ikut apa yang orang lain buat dan kata.
Tidak mengapa kalau mereka jahil, tapi hendaklah mereka menerima yang mereka tidak tahu dan
menerima hujah sah yang diberikan. Tapi malangnya ramai yang degil dan sombong. Sudahlah jahil,
sombong pula nak belajar.

Kenapa boleh jadi sampai begini? Kerana mereka menolak kebenaran yang sampai kepada mereka pada
mulanya. Kerana itu hati mereka sudah menjadi keras tidak nampak lagi. Mereka tolak mentah-mentah.

Sepatutnya kalau mereka tak terima pun, sekurang-kurangnya mereka kena fikirkan. Jangan terus tolak.
Jangan terus kata apa yang kita katakan ini sebagai salah terus. Kena dengar dulu apakah hujah yang kita
ada.

Ayat 112:

Sahih International

And thus We have made for every prophet an enemy – devils from mankind and jinn, inspiring to one
another decorative speech in delusion. But if your Lord had willed, they would not have done it, so leave
them and that which they invent.

Malay

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin,
setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya
untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak
melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang
kufur dan dusta) itu.

ََ‫عد ًُّوا نَبِيَ ِلكُ َِل َجعَ ْلنَا َو َك ٰذَلِك‬


َ
Dan demikianlah Kami jadikan musuh bagi tiap-tiap nabi itu,

Perkataan َ۟‫ َو َكذَلِك‬bermaksud: begitulah keadaannya: bagaimana setelah ditunjukkan segala bukti yang
nyata, mereka masih lagi menentang dan bermusuh dengan Nabi.

Sebagai contoh, musuh Nabi Musa adalah Firaun. Ini bermakna, bukan Nabi Muhammad sahaja yang
kena macam ini, tapi setiap Nabi kena macam itu.
Ayat ini mengingatkan kita bahawa Allah lah yang meletakkan musuh-musuh itu kepada setiap Nabi. Dan
memang Allah berikan musuh-musuh yang paling teruk kepada para Nabi, supaya kalau kita bandingkan
musuh kita dengan musuh para Nabi, tidaklah nampak teruk sangat musuh kita.

Begitulah juga, sesiapa yang mengambil jalan tauhid ini telah siap-siap diberikan oleh Allah musuh-
musuh masing-masing. Itulah sebabnya ramai kita yang kena marah dan dibenci oleh orang lain. Apabila
mereka lihat kita, mereka menjuihkan mulut kita. Mereka sudah tidak mahu nak bercakap-cakap dengan
kita. Mereka akan nasihat orang lain supaya jangan dengar kata-kata kita kerana mereka kata kita dah
sesat.

Inilah dugaan orang-orang yang sebar tauhid. Allah beri musuh-musuh ini sebagai dugaan dan ujian
kepada kita. Maka kena bersabar sahaja.

Oleh itu, sesiapa yang telah diberikan dengan dalil-dalil yang sahih, tapi masih lagi menentang ajakan
tauhid ini, mereka sebenarnya adalah ‘musuh’. Musuh kepada siapa? Musuh kepada Nabi dan Allah!
Mereka bukan sahaja bermusuh dengan kita tetapi dengan Nabi dan Allah. Ini adalah satu dosa yang
amat besar.

Tapi entah berapa ramai yang tidak suka dengan jalan dakwah ini dan mereka jadikan misi hidup mereka
untuk mematikan dakwah sunnah ini. Mereka lawan kita seperti mereka tentang ajaran Syiah. Mereka
samakan kita dengan Syiah pula.

Sebagai contoh, mereka akan gunakan slogan: “Katakan tidak kepada Syiah dan Wahabi!” Oleh kerana
mereka kata begitu, maka masyarakat jadi jauh dari jalan sunnah kerana mereka telah tanam dalam
fikiran manusia yang ajaran sunnah ini adalah ‘ajaran Wahabi’, ajaran salah. Mereka tak tahu pun apa
yang mereka kata, cuma mereka tahu sebut ‘Wahabi’ sahaja.

Kalau tidak beriman pun sudah salah. Tapi bagaimana pula kalau menentang? Zaman Nabi dulu, banyak
yang tidak beriman dengan dakwah Nabi. Tapi dalam masa yang sama, mereka tidak menentang Nabi
pun. Mereka buat tak kisah sahaja.

Dan apabila Pembukaan Mekah, mereka beramai-ramai masuk Islam. Kerana mereka sudah nampak
kekuatan Islam. Tapi mereka dulu tidak menentang Nabi. Tapi bagaimana pula dengan yang menentang
Nabi seperti Abu Lahab dan Abu Jahal? Mereka itulah musuh Islam, musuh Nabi dan juga musuh Allah.

Inilah juga mereka yang menentang ajaran Sunnah di negara ini. Merekalah yang menghalang dakwah
Sunnah dijalankan. Mereka sakit hati melihat dakwah Sunnah semakin diterima. Sampaikan bermacam-
macam tohmahan mereka berikan kepada puak Sunnah.

Mereka tak benarkan orang-orang Sunnah mengajar di masjid-masjid dan surau-surau. Mereka kata
‘jangan beri peluang puak-puak ini berceramah di sini’.

Mereka ini adalah syaitan, lebih teruk dari orang kafir dan orang musyrikin. Kerana ada orang kafir dan
orang musyrik yang tak lawan orang Islam pun.

ََ‫شيَاطِ ين‬
َ ‫نس‬
َ ِ ‫اْل‬ َِ ‫َوا ْل ِج‬
ِْ ‫ن‬
iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin,
Ini adalah dalil kepada kita bahawa syaitan itu ada yang dalam bentuk jin dan ada yang dalam bentuk
manusia. Tapi orang kita ramai yang tidak tahu. Mereka sangka syaitan itu dari golongan jin sahaja. Oleh
itu, apabila kita kata, orang itu ‘syaitan’, mereka hairan. Mereka hairan kerana mereka tak belajar tafsir
Qur’an.

Perkataan ‘syaitan’ itu adalah satu ‘sifat’ sebenarnya. Iaitu sifat menentang dan tidak taat kepada Allah.
Jadi, jikalau yang menentang jalan Sunnah itu adalah jenis manusia, dia juga adalah dipanggil ‘syaitan’
juga.

Perkataan َ۟‫ش َياطِ ين‬


َ adalah dari katadasar ‫ ن ط ش‬yang bermaksud ‘jauh’. Apabila seseorang itu menentang
dan tidak taat kepada Allah, dia telah menjauhkan dirinya dari Allah. Setiap kali kita tidak taat kepada
Allah, kita sebenarnya menjauhkan diri dari Allah. Oleh itu, kalau kita rasa jauh sahaja dari Allah, maka
hendaklah kita melakukan amal ibadat dengan banyak.

َٰ َ‫بَ ْعضَ إِل‬


ُ ‫ى بَ ْع‬
‫ض ُه َْم يُوحِ ي‬
sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain

Syaitan-syaitan dari jin dan manusia lah yang membisikkan kepada manusia bahawa apa yang kita bawa
ini adalah salah. Mereka kata, ajaran Sunnah ini bukan dari Nabi, tapi dari Imam Abdul Wahab.

Mereka akan kata kepada masyarakat supaya jangan dengar dakwah Sunnah. Mereka akan lawan ajaran
Sunnah dari diajar di masjid. Oleh kerana mereka ada pengaruh di masjid dan surau, maka ajaran
Sunnah sepi dari masyarakat umum. Sebab itulah, banyak ajaran Sunnah sekarang ini diajar di rumah-
rumah dan tempat tertentu sahaja. Ini adalah kerana ada ‘musuh-musuh’ Allah yang menghalang.

Ramai yang kata, kalau sunnah ini benar, kenapa tidak disebut di media-media utama, di suratkhabar
dan tv contohnya – kita jawab: kerana kita disekat dari menyebarkan dakwah tauhid dan sunnah ini.

Syaitan yang jenis jin inilah juga akan membisikkan kepada manusia ajaran-ajaran yang syirik dan sesat.
Syaitan memang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia dari dulu sampai kiamat. Kalau tidak
dapat sesat terus sampai mengaku kafir pun tidak mengapa, asalkan sesat sedikit dengan mengamalkan
ajaran yang salah.

Mereka akan bisikkan amalan-amalan bidaah yang nampak macam ajaran Islam, tapi sebenarnya tidak.

Syaitan akan membisikkan kepada seorang manusia dan manusia itu pula akan membisikkan ajarannya
kepada orang-orang yang lain. Maka apabila dia mengajar manusia lain, dia pun sudah menjadi syaitan.
Kerana dia mengajar sesuatu yang salah dan akan menyesatkan manusia lain.

Dia akan berkata bahawa apa yang diajar itu adalah ‘ajaran yang rahsia’. Sebab itu dia kena bisikkan
ajaran itu. Lihatlah bagaimana ajaran-ajaran sesat itu akan dibuat secara senyap-senyap sahaja. Mereka
sangka mereka mendapat ilham daripada Allah ataupun daripada malaikat tetapi sebenarnya bisikan
yang mereka dapat itu adalah daripada syaitan.

Inilah yang banyak terjadi kepada puak-puak tarekat dan puak-puak Habib yang membawa amalan-
amalan yang bukan daripada ajaran Islam. Ajaran-ajaran dan amalan mereka itu adalah pelik-pelik
belaka. Tetapi mereka lapik kepelikan amalan mereka itu dengan mengatakan bahawa itu adalah ‘ajaran
rahsia dari Allah’.
Mereka kata bukan semua boleh dapat, sebab itu tidak banyak orang mengajar macam itu. Maka
mereka yang jahil dengan agama akan suka dan akan percaya dan akan amalkan amalan-amalan itu.
Mereka sangka mereka beruntung kerana dapat amalan yang rahsia, tetapi mereka tidak tahu bahawa
amalan itu adalah amalan syirik.

ً ‫غُ ُر‬
َ ‫ورا ا ْلقَ ْو َِل ُز ْخ ُر‬
َ‫ف‬
perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia).

Mereka akan membisikkan dengan kata-kata yang indah-indah. Macam-macam helah yang digunakan
oleh Musyrikin Mekah supaya manusia lain tidak datang dengar dakwah yang disampaikan oleh Nabi.
Mereka antaranya beritahu kepada orang lain bahawa kalau mereka dengar sahaja kata-kata Nabi
Muhammad, mereka akan terpukau kerana Nabi Muhammad menggunakan sihir. Mereka kata ayat-ayat
Qur’an itu adalah sihir!

Begitulah yang terjadi kepada seorang sahabat Nabi yang bernama Tufail. Tufail ditakutkan begitu
sampaikan beliau telah menutup telinganya dengan kapas supaya tidak mendengar ayat-ayat Qur’an
yang dibaca oleh Nabi.

َ۟ ‫ ُز ْخ ُر‬bermaksud ‘perhiasan’. Digunakan untuk mencantikkan sesuatu. Seperti kita menghiasi


Perkataan ‫ف‬
rumah kita. Pada asalnya, rumah kita mungkin tidak cantik, nampak biasa sahaja, tapi ada orang yang
pandai menghias sampaikan jadi cantik pula.

ِ۟ ‫ ْالقَ ْو‬adalah perkataan yang tidak elok tapi yang berkata-kata itu akan
َ۟ ‫ل ُز ْخ ُر‬
Begitu juga, maksud ‫ف‬
menggunakan ‘perhiasan’ untuk mencantikkan kata-kata mereka.

Tapi perhiasan itu hanyalah ‫ورا‬ ُ – penipuan sahaja. Antaranya mereka akan kata, tujuan mereka
‫غ ُر ا‬
halang dakwah tauhid adalah kerana hendak menjaga ‘perpaduan masyarakat’. Mereka kata ajaran
Sunnah ini adalah untuk memecahkan umat Islam negara ini, sebab itu mereka halang. Mereka akan
kata, amalan mereka itu sudah lama diamalkan oleh ulama-ulama dulu, maka ianya adalah baik.

Kata-kata indah itu digunakan untuk menyebar amalan salah dan bidaah. Zaman sekarang, amalan-
amalan bidaah dan syirik yang dilakukan oleh masyarakat kita nampak cantik sahaja. Perkataan-
perkataan yang disebut adalah indah tetapi di dalamnya ada jerangkap samar.

Lihatlah lagu Ya Hanana yang popular di negara kita sekarang. Lagunya dan bunyinya amat
mengasyikkan. Memang sedap di telinga kita. Tapi apa yang dinyanyikan adalah lafaz syirik. Bagaimana
tidak syirik kalau memuja-muja Nabi Muhammad? Sepatutnya yang dipuja adalah Allah, tapi mereka
puja Nabi. Sepatutnya syafaat itu dari Allah, tapi mereka minta kepada Nabi.

Oleh itu, sebagai seorang yang beriman, kenalah berhati-hati dengan apa yang kita dengar. Jangan kita
tertipu dengan kata-kata yang indah sahaja. Kita kena tapis dengan hujah dan dalil yang sahih.

َ‫فَعَلُو َهُ َما َربكََ شَا ََء َولَ ْو‬


Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya,

Allah boleh sahaja halang mereka. Tapi Allah Taala biarkan kita untuk berusaha dalam kehidupan kita.
Ada yang usaha untuk kebaikan dengan amalan yang benar, dan ada yang mengerjakan amalan yang
syirik dan bidaah. Allah biarkan sahaja. Allah tak tahan. Itu semua adalah ujian yang Allah berikan.
Kalau Allah nak tahan, boleh sahaja. Allah boleh sahaja halang musuh-musuh itu dari berkata-kata. Allah
boleh sahaja beri tanda yang amalan mereka itu salah. Bayangkan kalau kalau setiap kali penganut
Hindu nak sembah berhala itu dikenakan dengan petir, atau terasa tangannya sakit, tentulah mereka
akan meninggalkan sembahan mereka itu. Mereka sanggup hancurkan patung-patung itu; atau kalau
setiap kali seorang yang beri salam kepada malaikat dan wali, dikenakan sakit, sama ada mereka pening
atau pengsan terus, tentulah mereka tak buat lagi.

Tapi Allah tak buat begitu. Allah biarkan sahaja mereka dalam kesesatan amalan mereka. Allah cuma
catit sahaja apa yang mereka kata dan amalkan, dan mereka akan dibalas nanti hasil dari perbuatan
mereka.

َ‫يَ ْفت َ ُرونََ َو َما فَذَ ْر ُه ْم‬


maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.

Allah suruh tinggalkan mereka yang buat penipuan itu, buang masa sahaja. Kita teruskan dengan kerja
dakwah kita. Jangan kita layan sangat musuh-musuh itu. Ada ramai lagi yang akan dengar dakwah kita.

Jangan takut dengan apa yang mereka kata. Ingatlah bahawa musuh itu diberikan kepada kita sebagai
ujian kepada kita.

Sebab itu kita lihat ulama-ulama tidak kisah pun dengan sindiran-sindiran yang dikenakan kepada
mereka. Mereka tak jawab pun tohmahan yang dikenakan kepada mereka. Kalau jawab, buang masa di
situ sahaja, sedangkan masih banyak lagi kerja dakwah yang perlu dijalankan. Sebaliknya, kadang-
kadang akan ada orang lain yang akan menjawab bagi pihak mereka.

Ayat 113:

Sahih International

And [it is] so the hearts of those who disbelieve in the Hereafter will incline toward it and that they will
be satisfied with it and that they will commit that which they are committing.

Malay

Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderung kepada bisikan itu,
dan supaya disetujui oleh mereka, dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan
itu.

ْ َ ‫أ َ ْفئِ َد َةُ إِلَ ْي َِه َو ِلت‬


َ‫صغَ ٰى‬
Dan (juga) agar hati kecil cenderung kepada bisikan itu,
ْ َ ‫ ت‬bermaksud mereka mendengar dengan tekun. Ini bermaksud mereka cenderung kepada
Kalimah ۟‫صغَى‬
fahaman salah itu. Kemudian mereka tulis dalam blog mereka, mereka post dalam Facebook, dalam
whatsapp dan sebagainya.

ََ‫بِ ْاْلخِ َر َِة يُؤْ ِمنُونََ ََل الَّذِين‬


orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat

Bukan semua orang akan terpedaya dengan penipuan-penipuan syaitan dari kalangan jin dan manusia
itu. Hanya mereka yang tidak percaya kepada kehidupan akhirat sahaja yang akan percaya.

Apakah maksud ‘tidak percaya’ itu? Takkan orang yang mengaku Islam tidak percaya kepada hari
Akhirat? Maksud tidak percaya itu adalah mereka tidak kisah tentang apa yang akan terjadi di hari
akhirat nanti. Mereka tidak takut dengan balasan Allah kepada mereka. Mereka tidak tahu bahawa di
akhirat nanti mereka kena jawab tentang kata-kata mereka dan amalan-amalan mereka semasa di dunia
dulu. Mereka tidak terfikir bahawa nanti mereka tidak akan ada hujah untuk membenarkan amalan-
amalan mereka lakukan itu.

Mereka lupa bahawa amalan mereka itu tidak ada dalil daripada Qur’an dan juga daripada hadis Nabi.
Kalau semasa di dunia, mereka boleh berhujah dengan hujah-hujah akal dan hujah-hujah yang bathil,
tetapi bagaimana mungkin mereka akan berhujah begitu di hadapan Allah Ta’ala nanti.

Dalam dunia ini akan sentiasa ada sahaja mereka yang akan mengajar ajaran-ajaran yang salah dan
sesat. Oleh itu kita kenalah pandai untuk menapis manakah ajaran yang benar dan manakah ajaran yang
salah. Orang-orang yang memikirkan tentang nasib mereka di akhirat nanti akan sentiasa berhati-hati
dengan amalan yang mereka lakukan.

Mereka tidak berani untuk melakukan amalan yang tidak ada dalil yang sah kerana mereka tahu bahawa
mereka akan ditanya tentang amalan-amalan itu nanti di hari akhirat. Semoga kita tergolong dalam
golongan mereka yang beriman dengan hari akhirat.

Begitu juga, ada banyak hujah-hujah yang diberikan dalam media sekarang. Ada yang menyokong dan
ada yang menentang dakwah Sunnah ini. Maka hendaklah kita pandai membezakan manakah yang
benar dan tidak. Kalau yang berkata itu tidak beri dalil sah, maka kita pun tahu bahawa dia itu adalah
musuh agama.

ُ‫َو ِلي َْرض َْو َه‬


mereka merasa senang kepadanya

Mula-mula, mereka akan cenderung sahaja. Dalam hati mereka: “macam elok sahaja amalan ini”.
Kemudian, mereka naik kepada peringkat atas lagi. Mereka akan suka pula kepada ajaran dan amalan
salah itu. Mereka itu suka dengan amalan amalan salah itu kerana hati mereka memang cenderung
kepada kesesatan.

Jadi apabila ada orang yang membisikkan amalan-amalan salah, maka mereka akan cenderung dan
kemudian mereka suka dengan amalan-amalan itu.

‫م ْقت َ ِرفُونََ هُم َما َو ِليَ ْقت َ ِرفُوا‬


dan supaya mereka mengerjakan apa yang mereka (syaitan) kerjakan.
Peringkat seterusnya, mereka akan amalkan amalan yang salah itu. ‫ إقترف‬asalnya bermaksud melakukan
sesuatu yang salah untuk mendapatkan wang. Bermaksud mereka melakukan sesuatu yang tidak elok.
Sebagai contoh, mencuri, menipu, skim cepat kaya dan sebagainya.

Ayat ini bermaksud mereka melakukan sesuatu yang jahat dan huduh. Mula-mula mereka cenderung –
kemudian mereka jadi suka – kemudian barulah mereka akan mengamalkan.
SURAH AL-A’RAAF
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat
ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu
melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

(Al-A'raaf 7:31)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah
dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki
yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang
beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu
(bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat
keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.

(Al-A'raaf 7:32)

Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada
yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada
alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah
tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu
memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.

(Al-A'raaf 7:33)

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak
dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.

(Al-A'raaf 7:34)

‫سجدَ كُ َِل عِن ََد زينَتَكُم ُخذوا آ َد ََم بَني يا‬


ِ ‫َم‬
Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid,

Allah beritahu dalam ayat ini yang kita kena pakai pakaian yang merupakan perhiasan diri ketika
kita datang untuk melakukan ibadat tawaf. Begitu juga apabila melakukan ibadat di setiap tempat buat
ibadat, termasuk masjid, lebih-lebih lagi di tempat melakukan tawaf.

Zaman dahulu, orang jahiliah sangka, kalau pergi masjidilharam, tidak boleh pakai pakaian yang mereka
pernah pakai buat dosa. Maka mereka sangka mereka kena telanjang bogel kerana tidak ada pakaian
yang mereka tidak pernah tak buat dosa.

Ini adalah fahaman salah mereka yang Allah betulkan dalam ayat ini. Masa Nabi telah diangkat menjadi
Nabi, manusia masih ada yang tawaf telanjang. Ini berlaku sehinggalah pada tahun 9 Hijrah, apabila Nabi
hantar sahabat untuk memberitahu bahawa tidak boleh telanjang lagi untuk beribadat di Kaabah.

Allah juga memberitahu kita apabila kita pergi mengerjakan solat, kita kenalah pakai pakaian yang
indah. Pakailah pakaian yang cantik-cantik yang Allah telah berikan kepada kita. Ini termasuklah elok
kalau pakai wangian semasa mengerjakan solat. Janganlah pakai macam orang tidak ada rumah kalau
sedang solat itu.

Walaupun kalau solat di rumah pun, kenalah jaga pemakaian kita. Ini adalah adab kita dengan Allah.
Ingatlah yang kita sedang bermunajat dengan Allah, maka hendaklah kita berpakaian kemas dan seindah
mungkin. Kalau kita jumpa orang besar-besar pun bukankah kita pakai pakaian yang cantik? Siapakah
lagi yang lebih besar dari Allah?

Berdasarkan ayat ini dan hadis yang mengutarakan masalah yang semisal, disunatkan memakai pakaian
yang indah di saat hendak melakukan salat, terlebih lagi salat Jumaat dan salat hari raya. Disunatkan
pula memakai wangian, kerana wangian termasuk ke dalam pengertian perhiasan. Juga disunatkan
bersiwak, kerana siwak merupakan kesempurnaan bagi hal tersebut.

Pakaian yang paling utama ialah yang berwarna putih, seperti yang telah diriwayatkan oleh Imam
Ahmad, yang dinilai sahih oleh Imam Ahmad sampai kepada Ibnu Abbas dengan predikat marfu’:

‫علِي۟ َح َّدثَنَا‬ َ ُ۟‫اصم۟ بْن‬ ِ ‫ع‬ َ ، ‫ع ْب ُ۟د َح َّ۟دثَنَا‬ َِّ۟ ُ۟‫ْن عُثْ َمانَ۟ بْن‬
َ ‫َللا‬ ِ۟ ‫ ُخثَيم ب‬، ‫ن‬
ْ۟ ‫ع‬
َ ‫سعِي ِ۟د‬
َ ‫ْن‬
ِ۟ ‫ ُجبَيْر۟ ب‬، ‫ن‬ ِ۟ ‫ع‬
َ ‫ْن‬ ِ۟ ‫عبَّاس۟ اب‬ َ ‫ل‬َ۟ ‫قَا‬: ‫ل‬ َ۟ ‫ل قَا‬
ُ۟ ‫سو‬ َِّ۟ ‫صلَّى‬
ُ ‫َللا َر‬ َ ُ‫َللا‬ َّ۟ ‫علَ ْي ِ۟ه‬ َ ‫سلَّ َ۟م‬
َ ‫و‬:
َ
“‫سوا‬ ُ َ‫ن ْالب‬
ْ۟ ِ‫اض ثِيَا ِب ُك ُ۟م م‬
َ۟ َ‫البَي‬،ْ ‫ن فَإِنَّ َها‬ ْ۟ ِ‫ثيابكم خير م‬، ‫موتاكم فيها و َك ِِّفنوا‬، ‫ْر وإن‬ ِ۟ ‫اإلثْمِ د أ َ ْك َحا ِل ُك ُ۟م َخي‬، ُ‫ص َ۟ر يَجْ لُو فَإِنَّ ۟ه‬
َ ‫ب‬
َ ْ
‫ال‬، ُ۟‫ت‬ ‫ب‬‫ن‬ْ ُ
ِ َ َ ‫ي‬‫و‬ ۟
‫ر‬ ‫ع‬
ْ َّ
‫ش‬ ‫”ال‬.

Disebutkan bah wa telah menceritakan kepada kami Ali ibnu Asim, telah menceritakan kepada kami
Abdullah ibnu Usman ibnu Khaisam, dari Sa’id ibnu Jubair, bahwa Rasulullah Saw. telah
bersabda; Pakailah pakaian kalian yang berwarna putih, kerana sesungguhnya pakaian putih adalah
pakaian terbaik kalian, dan kafankanlah dengannya orang-orang mati kalian. Dan sesungguhnya sebaik-
baik celak kalian memakai ismid, kerana sesungguhnya ismid itu dapat mencerahkan pandangan mata
dan menumbuhkan rambut.
Hadis ini jayyid sanadnya, semua perawinya dengan syarat Muslim. Imam Abu Daud, Imam Turmuzi, dan
Imam Ibnu Majah meriwayatkannya melalui hadis Abdullah ibnu Usman ibnu Khaisam dengan sanad
yang sama. Imam Turmuzi mengatakan bahawa hadis ini hasan sahih.

‫اشربوا َوكُلوا‬
َ ‫ُسرفوا َول َو‬
ِ ‫ت‬
dan makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.

Dan hendaklah kita makan dan minum dengan tidak ada pantang larang yang tidak patut-patut. Kerana
kalau mengamalkan pantang yang tidak disuruh dalam syarak, itu adalah syirik dari segi amali. Ini kita
telah bincangkan dalam surah Maidah dan juga surah An’am dengan panjang lebar.

Allah telah beri kita rezeki untuk kita makan dan minum, maka makanlah dan nikmatilah segala
pemberian dari Allah itu. Jangan pula kita haramkan makanan yang Allah tidak haramkan. Janganlah jadi
macam golongan sufi yang kononnya zuhud sampai tidak mahu makanan yang sedap kerana pada
mereka, itu adalah nikmat dunia yang tidak patut dinikmati.

Itu sudah ekstrim dan Islam bukanlah agama yang ekstrim. Apa yang mereka ajar itu bukanlah dari
agama kita. Agama kita tidak menyusahkan umatnya. Agama Islam bukan hendak menyeksa umatnya.

Imam Bukhari mengatakan, Ibnu Abbas berkata bahawa makna yang dimaksudkan ialah makanlah
sesukamu dan berpakaianlah sesukamu selagi engkau hindari dua pekerti, iaitu berlebih-lebihan dan
sombong.
ِ ْ ‫أَحْ َم ُ۟د‬: ‫بَ ْهز َح َّدثَنَا‬، ‫ َه ِّمام َح َّدثَنَا‬، ‫ن‬
۟‫اإل َما ُ۟م قَا َل‬ َ ُ ‫قَت َا َد۟ة‬، ‫ن‬
ْ۟ ‫ع‬ ْ۟ ‫ع‬
َ ‫ع ْم ِرو‬ َ ‫ْن‬
ِ۟ ‫ش َعيْب ب‬ َ ‫أَبِي ِ۟ه‬، ‫ن‬
ْ۟ ‫ع‬
ُ ،‫ن‬ ْ۟ ‫ع‬ َّ۟ َ ‫ل أ‬
َ ‫ َج ِ ِّدِ۟ه‬، ‫ن‬ َ۟ ‫سو‬ َِّ۟ ‫صلَّى‬
ُ ‫َللا َر‬ َ ُ‫َللا‬ َ ‫سلَّ َ۟م‬
َّ۟ ‫علَ ْي ِ۟ه‬ َ۟ ‫قَا‬: “‫ُكلُوا‬
َ ‫ل َو‬
‫سوا َوا ْش َربُوا‬ ْ
ُ َ‫ص َّدقوا َوالب‬ُ َ َ ‫وت‬،
َ ‫ْر فِي‬ ِ۟ ‫غي‬
َ ‫ل َمخِ يلة‬ َ۟ ‫سرف َو‬، َ ‫ن‬ َّ۟ ِ ‫َللا فَإ‬
ََّ۟ ۟‫ن يُحِ ب‬ َ
ْ۟ ‫على نِ ْع َمت َ ۟هُ يَ َرى أ‬َ َ ‫ع ْب ِدِ۟ه‬ َ ”
Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Bahz, telah menceritakan kepada kami
Hammam, dari Qatadah, dari Amr ibnu Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya, bahawa Rasulullah Saw.
pernah bersabda: Makan, minum, berpakaian, dan bersedekahlah kalian tanpa dengan kesombongan
dan berlebih-lebihan, kerana sesungguhnya Allah suka bila melihat nikmat-Nya digunakan oleh hamba-
Nya.

Kita disuruh untuk makan, tapi tidaklah berlebihan dan melampau. Kenalah tengok apa yang kita makan
itu. Jangan ekstrim dalam memakan pula. Kalau asyik kisah pasal makan sahaja, sudah tidak pentingkan
perkara yang lain, maka itu ada masalah.

Ini bukan tentang membazir, walaupun membazir itu juga salah, sampai dikatakan saudara syaitan. Tapi
israf (berlebihan melampau) juga tidak baik. Walaupun makanan itu halal, tapi kalau berlebihan tidak
dibenarkan.

ِ ْ ‫أَحْ َم ُ۟د‬: ‫ِيرةِ۟ أَبُو َح َّدثَنَا‬


۟‫اإل َما ُ۟م قَا َل‬ ْ ‫سلَ ْي َمانُ۟ َح َّدثَنَا‬
َ ‫ال ُمغ‬، ُ ُ۟‫سلَيْم۟ بْن‬
ُ ‫الكِناني‬، ‫الطائِي۟ َجا ِبر۟ بْنُ۟ يَحْ يَى َح َّدثَنَا‬ َّ ُ۟‫سمِ ْعت‬ َ۟ ‫ي يكرب معد بن ْالمِ ْق َد‬
َ ‫ام‬ َّ۟ ‫ل ْال ِك ْن ِد‬
َ۟ ‫قَا‬:
ُ۟‫سمِ ْعت‬ َ ‫ل‬ َ۟ ‫سو‬ َِّ۟ ‫صلى‬
ُ ‫َللا َر‬ َّ َ ُ‫َللا‬ َ
َّ۟ ‫عل ْي ِ۟ه‬ َّ
َ ‫سل َ۟م‬ ُ
ُ۟ ‫يَقو‬: “‫ل َما‬
َ ‫ل َو‬ َ ۟ َ ‫عا ا۟ء آ َدمِي۟ َم‬
َ ‫مِن ش ًَّرا ِو‬ ْ
ْ۟ ‫بَطنِ ِ۟ه‬، ُ۟‫ْن َحسْب‬ َ
ِ۟ ‫صلبه يُ ِق ْمنَ۟ أك ََلت۟ آ َد َ۟م اب‬ ُ ،‫ن‬ ‫ا‬
ْ۟ ِ ‫ِل كَانَ۟ فَإ‬
۟ ‫ل فَاع‬ َ۟
َ‫ َم َحالَ ۟ة‬، ۟‫طعام۟ فَث ُ ْلث‬، ۟‫شراب۟ َوثُلُث‬، ۟‫س ِ۟ه َوثُلُث‬ َ َِ ‫ف‬‫ن‬
َ ‫ل‬”.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abul Mugirah, telah menceritakan kepada
kami Sulaiman ibnu Salim Al-Kalbi, telah menceritakan kepada kami Yahya ibnu Jabir At-Tai; dia telah
mendengar Al-Miqdam ibnu Ma’di Kariba Al-Kindi bercerita bahawa dia pernah mendengar Rasulullah
Saw. bersabda: Tiada suatu wadah pun yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih jahat daripada
perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang sulbinya. Dan
jika dia terpaksa melakukannya, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan
sepertiga lagi untuk nafasnya.
Imam Nasai dan Imam Turmuzi meriwayatkannya dari Yahya ibnu Jabir dengan sanad yang sama. Imam
Turmuzi mengatakan bahawa hadis ini hasan, sedangkan menurut salinan lainnya disebutkan hasan
sahih.

Ada juga yang membincangkan kenapa ada cerita tentang makan pula dalam ayat yang menyebut
tentang solat? Ada yang membuat kajian tentang waktu makan, mereka dapati bahawa waktu makan
yang sesuai untuk kesihatan adalah kalau dilakukan sama dengan waktu solat. Sebelum solat, makan
dahulu – jadi ada lima waktu kita makan sehari semalam. Maksudnya kita susun waktu makan kita sama
dengan waktu solat. Allahu a’lam.

As-Saddi mengatakan, dahulu (di masa Jahiliah) orang-orang yang melakukan tawaf di Baitullah sambil
telanjang bulat mengharamkan wadak (minyak samin) atas diri mereka sendiri selama mereka berada di
musim haji. Maka Allah Swt. berfirman terhadap mereka: makan dan minumlah kalian. (Al-A’raf: 31),
hingga akhir ayat. Ertinya, janganlah kalian berlebih-lebihan dalam mengharamkan.
ُ‫سرفينََ يُحِ بَ ل إِنَّ َه‬
ِ ‫ال ُم‬
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.

Ingatlah ayat ini kerana Allah tidak suka orang yang berlebih-lebihan dalam makanan dan dalam segala
perkara pun. Islam adalah agama pertengahan yang sesuai diamalkan oleh setiap orang.
Ibnu Jarir mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang berlebih-lebihan. (Al-A’raf: 31) Dan firman Allah Swt.: Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang melampaui batas. (Al-Maidah: 87); Yakni yang melampaui batasan Allah
dalam masalah halal atau haram, yang berlebih-lebihan terhadap apa yang dihalalkan-Nya, iaitu dengan
menghalalkan yang diharamkan-Nya atau mengharamkan yang dihalalkan-Nya. Tetapi Allah menyukai
sikap yang menghalalkan apa yang dihalalkan-Nya dan mengharamkan apa yang diharamkan-Nya,
kerana yang demikian itulah sifat pertengahan yang diperintahkan oleh-Nya.

Habis Ruku’ 3 dari 24 ruku’ dalam surah ini.

Ayat 32: Nikmat yang disebut dalam ayat ini adalah nisbah kepada pakaian. Dan kemudian disebut
tentang rezeki yang lain. Allah Swt. berfirman, menyanggah pendapat orang yang mengharamkan
sesuatu dari makanan atau minuman atau pakaian menurut kehendak hatinya sendiri tanpa ada dasar
syariat dari Allah.

‫َللا زينَ َةَ ح ََّر ََم َمن قُل‬


ََِّ ‫ج الَّتي‬ َ َ ‫ت ِلعِبا ِد َِه أ‬
ََ ‫خر‬ َّ ‫زق ِمنََ َوال‬
َِ ‫طيِبا‬ َِ ‫الر‬ ََ ‫نُفَ ِص َُل ك َٰذلِكََ ۚ القِيا َم َِة يَو ََم خا ِلص ََةً الدنيا الحَيا َِة فِي آ َمنوا ِللَّذينََ ِه‬
ِ ۚ ‫ي قُل‬
َِ ‫يَعلَمونََ ِلقَومَ اْليا‬
‫ت‬
(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “Who has forbidden the adornment of [i.e., from] Allāh which He has produced for His servants and
the good [lawful] things of provision?” Say, “They are for those who believe during worldly life [but]
exclusively for them on the Day of Resurrection.” Thus do We detail the verses for a people who know.

(MALAY)

Katakanlah: “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk
hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?” Katakanlah: “Semuanya
itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di
hari kiamat”. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.

‫َللا زينَ َةَ ح ََّر ََم َمن قُل‬


ََِّ ‫ج الَّتي‬ َ َ ‫ِلعِبا ِد َِه أ‬
ََ ‫خر‬
Katakanlah: “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk
hamba-hamba-Nya

Allah tanya, siapakah pula yang pandai-pandai mengharamkan perhiasan Allah yang Allah telah berikan
kepada hambaNya? Allah menegur mereka yang menghalang keindahan yang Allah telah berikan dari
digunakan oleh manusia. Sedangkan semua itu Allah yang telah ciptakan untuk sekalian hambaNya
untuk digunakan?

Allah gunakan lafaz َ‫َللا زينَ ۟ة‬


َِّ۟ (keindahan Allah) kerana keindahan di dunia adalah manifestasi keindahan
Allah. Keindahan Allah tidak dapat digambarkan malah dilarang untuk dibayangkan, tapi kita boleh lihat
keindahan alam ini yang Allah telah berikan.

َ‫ت‬ َّ ‫زق مِ نََ َوال‬


ِ ‫طيِبا‬ َِ ‫الر‬
ِ
dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?”
Dan Allah menegur sesiapa yang mengharamkan benda bagus dari rezeki dari dimakan. Janganlah
ekstrim dalam mengamalkan agama sampai ada yang mengharamkan makanan yang lazat untuk diri
mereka. Janganlah jadi manusia yang begitu.

Ramai juga yang jenis macam ini, tidak tahu datang dari mana ajaran itu, sedangkan Nabi tidak begitu.
Mereka inilah yang asyik nak menegur salah orang sahaja, muka sentiasa bengis sampaikan orang nak
dekati mereka pun tidak suka. Kalau budak-budak nampak, mereka terus lari orang yang sebegitu. Asyik
nak cari salah orang sahaja. Ketahuilah yang ini tidak bagus. Kita kena jadi orang yang berperwatakan
positif.

‫ي قُل‬
ََ ‫الدنيا الحَيا َِة فِي آ َمنوا ِللَّذينََ ِه‬
Katakanlah: “Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia,

Ingatlah bahawa pakaian atau makanan di dunia ini sebenarnya percuma untuk orang mukmin untuk
mereka gunakan semasa di dunia. Diberikan dengan percuma untuk mereka yang mukmin, sebab
mereka itu telah menjalankan kewajipan untuk beriman.

Sedangkan, kalau orang kafir yang makan dan guna segala nikmat di dunia ini, ianya tidak percuma, dan
mereka akan kena soal di akhirat nanti kenapa mereka pakai rezeki dari Allah, tapi tak taat dan sembah
Allah semasa mereka di dunia. Mereka pakai nikmat segala nikmat yang Allah berikan di dunia, tapi
mereka tidak beriman.

Apa yang mereka akan jawab nanti? Kalau kita pun tidak beriman dan taat kepada Allah juga, maka kita
pun akan dipersoalkan begitu juga: “kau makan dan guna segala nikmat yang Aku berikan semasa di
dunia, tapi kenapa kamu tidak taat kepada Aku?!”
ً‫القِيا َم َِة يَو ََم خا ِلص ََة‬

khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat”.

Dan lebih-lebih lagi, segala nikmat rezeki itu hanya diberikan khas kepada orang beriman sahaja pada
hari kiamat. Orang beriman akan menikmati kehidupan yang baik semasa di dunia dan juga di akhirat
dengan percuma.

Di dunia, orang tidak beriman pun akan dapat juga kehidupan, tapi mereka akan ditanya kemudian di
akhirat. Tapi di akhirat nanti, orang beriman sahaja yang akan menikmati kehidupan yang senang.
Sedangkan orang tidak beriman, tidak akan diberikan dengan nikmat itu. Mereka akan mengalami
kehidupan yang sukar, dimasukkan ke dalam neraka dan mereka akan kekal di dalamnya.

ََ‫ت نُفَ ِص َُل ك َٰذلِك‬


َِ ‫يَعلَمونََ ِلقَومَ اْليا‬
Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.

Allah beri penjelasan hukum halal haram bagi kaum yang mahu memahami. Peringatan diberikan
kepada semua orang, tapi yang boleh menerimanya hanyalah mereka yang mahu memahami. Kalau
tidak ada keinginan dalam hatinya kepada kebenaran, mereka susah untuk terima.

Ayat ini pertama sekali ditujukan kepada Musyrikin Mekah yang sangka, kalau mereka masuk Islam,
hidup mereka akan susah. Tapi siapa pula yang kata begitu? Allah beritahu dalam ayat ini yang kalau
sesiapa masuk Islam, mereka masih lagi dapat menikmati kehidupan yang senang di dunia ini. Tidak ada
sesiapa pun yang boleh melarang mereka dari menikmatinya. Memang Allah jadikan dunia ini untuk
dinikmati oleh manusia pun.

Ayat 33:

‫ي ح ََّر ََم إِنَّما قُل‬


ََ ِ‫ش َرب‬ َ ‫طنََ َوما مِ نها‬
ََ ِ‫ظه َََر ما الفَواح‬ َ َ‫اْلث ََم ب‬
ِ ‫ي َو‬ َِ ‫ُشركوا َوأَن الح‬
َِ َ‫َق بِغ‬
ََ ‫ير َوالبَغ‬ ِ ‫اَلل ت‬ ُ ‫علَى تَقولوا َوأَن‬
ََِّ ِ‫سلطانًا بِ َِه يُنَ ِزل لَم ما ب‬ َ ‫َللا‬
ََِّ
‫تَعلَمونََ ل ما‬
(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “My Lord has only forbidden immoralities – what is apparent of them and what is concealed – and
sin,¹ and oppression without right, and that you associate with Allāh that for which He has not sent
down authority, and that you say about Allāh that which you do not know.”

 Any unlawful deed.

(MALAY)

Katakanlah: “Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang
tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan)
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan
(mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui”.

‫ي ح ََّر ََم إِنَّما قُل‬ ََ ِ‫الفَواح‬


ََ ِ‫ش َرب‬
Katakanlah: “Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji,

Allah telah mengharamkan segala fahisyah – segala bentuk penderhakaan yang tidak taat kepada Allah.
Ini adalah dosa-dosa besar. Juga termasuk perkara-perkara keji dalam apa bentuk pun.
َ ‫طنََ َوما مِنها‬
‫ظه َََر ما‬ َ َ‫ب‬

yang nampak ataupun yang tersembunyi,

Semua perbuatan keji dan dosa itu dilarang, sama ada di buat dalam majlis yang ada orang atau buat
berseorangan, tidak ada orang yang nampak.

ِ ْ ‫أَحْ َم ُ۟د‬: ‫ ُم َعا ِويَ ۟ةَ أَبُو َح َّدثَنَا‬، ‫ش َح َّدثَنَا‬


۟‫اإل َما ُ۟م قَا َل‬ ُ۟ ‫اْل َ ْع َم‬،
ْ ‫ن‬ ْ۟ ‫ع‬
َ ۟‫شقِيق‬ َ ،‫ن‬ ْ۟ ‫ع‬ َ ‫ع ْب ِ۟د‬ َِّ۟ ‫ل‬
َ ‫َللا‬ َ۟ ‫قَا‬: ‫ل‬َ۟ ‫ل قَا‬ َِّ۟ ‫صلَّى‬
ُ۟ ‫َللا َرسُو‬ َ ُ‫َللا‬ َ ‫سلَّ َ۟م‬
َّ۟ ‫علَ ْي ِ۟ه‬ َ “۟‫مِ نَ۟ أ َ ْغيَ ُ۟ر أ َ َح َ۟د َل‬
َ ‫و‬:
َّ۟ َ۟‫ش َح َّرم فَ ِلذَلِك‬
ِ‫َللا‬، ْ َ
َ۟ ِ‫بَطن َو َما مِ ْن َها ظ َهر َما الف ََواح‬، ‫ل‬ َ َ َ
َ۟ ‫ح إِل ْي ِ۟ه أ َحب۟ أ َح َ۟د َو‬ ْ
ُ۟ ‫”َللاِ مِ نَ۟ ال َم ْد‬.
َّ۟

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Mu’awiyah, telah menceritakan
kepada kami Al-A’masy, dari Syaqiq, dari Abdullah yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. pernah
bersabda: Tidak ada seorang pun yang lebih cemburu daripada Allah, kerana itulah Dia mengharamkan
perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang kelihatan mahupun yang tidak nampak Dan tidak ada seorang
pun yang lebih suka dipuji daripada Allah.
Imam Bukhari dan Imam Muslim mengetengahkannya di dalam kitab Sahihain melalui hadis Sulaiman
ibnu Mahran Al-A’masy, dari Syaqiq (yakni Abu Wail), dari Abdullah ibnu Mas’ud.
Mengenai pembahasan tentang hal-hal yang berkaitan dengan pengertian fawahisy (perbuatan-
perbuatan yang keji), baik yang kelihatan maupun yang tidak kelihatan, telah disebutkan di dalam tafsir
surat Al-An’am.

۟‫ثم‬
َ ‫اإل‬
ِ ‫غي َو‬
َ۟ َ‫َير َوالب‬ ِ۟ ِّ ‫ال َح‬
ِ۟ ‫ق بِغ‬
dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar,

Dan Allah juga melarang kita dari melakukan ‫ثم‬


َ۟ ‫اإل‬
ِ dosa-dosa (dosa kecil).
Dan Allah melarang kita melakukan ‫غي‬
َ۟ َ‫ الب‬kezaliman satu sama lain.

As-Saddi mengatakan, yang dimaksud dengan al-ismu ialah maksiat, sedangkan yang dimaksud
dengan al-bagyu ialah perbuatan melanggar hak orang lain tanpa alasan yang benar.

Mujahid mengatakan bahawa makna al-ismu mencakup semua perbuatan maksiat. Dan menurut suatu
pendapat, yang dimaksudkan dengan al-baghyu ialah perbuatan aniaya seseorang terhadap dirinya
sendiri.

Kesimpulan dari tafsir makna ismu ialah dosa-dosa yang berkaitan dengan pelakunya sendiri,
sedangkan al-bagyu ialah perbuatan pelanggaran hak orang lain. Allah mengharamkan kedua-dua
perbuatan tersebut.

‫ُشركوا َوأَن‬ ََِّ ِ‫سُلطانًا ِب َِه يُنَ ِزل لَم ما ب‬


ِ ‫اَلل ت‬
dan mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu

Dan Allah larang kita buat syirik dengan sesuatu yang lain – yang Allah tidak ada turunkan sebarang bukti
pun (yang ianya boleh dilakukan). Sebagai contoh, Allah tidak suruh kita menggunakan perantaraan
dalam berdoa, Allah juga tidak suruh kita menyembah sesiapa pun selain dariNya, dan Allah tidak suruh
kita menjadikan sesiapa pun sebagai anakNya.

‫علَى تَقولوا َوأَن‬ ََِّ ‫تَعلَمونََ ل ما‬


َ ‫َللا‬
dan mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui”.

Dan larang berkata-kata tentang Allah dalam hal yang kita tidak tahu. Oleh itu, kita kenalah tahu tentang
Allah dari dalil-dalil yang telah diberikan dalam nas. Janganlah kita kata tentang Allah, tanpa ada dalil.

Sebagai contoh, jangan kata Allah ada di mana-mana – ini tidak ada dalil; juga jangan kata Allah itu
wujud tanpa tempat – ini juga tidak ada dalil. Jangan memandai-mandai reka hal tentang Allah yang
tidak ada dalil.

Ayat 34: Ada manusia yang jahil yang tanya kepada Nabi, bila azab yang telah dijanjikan itu akan
diturunkan? Allah jawab dalam ayat ini.

َ‫يَستَقدِمونََ َول ۚ ساع ََةً يَستَأخِ رونََ ل أ َ َجلُهُم جا ََء فَ ِإذا ۚ أَجَلَ أ ُ َّمةَ َو ِلكُ ِل‬
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And for every nation is a [specified] term. So when their time has come, they will not remain behind an
hour, nor will they precede [it].

(MALAY)

Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat
mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya.

َ‫أَجَلَ أ ُ َّمةَ َو ِلكُ ِل‬


Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu;

Bagi setiap umat ada tempoh azab masing-masing. Kalau buat salah, memang akan kena, tapi bila akan
dikenakan dengan azab itu, Allah sahaja yang tahu.

‫ساع ََةً يَستَأخِ رونََ ل أ َ َجلُهُم جا ََء فَ ِإذا‬


maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun

Dan apabila datang kepada mereka ajal azab mereka, mereka tidak boleh lewatkan sesaat pun. Tak
boleh nak minta tangguh lagi.

‫يَستَقدِمونََ َول‬
dan tidak dapat (pula) memajukannya.

Bukan sahaja kita tidak boleh lambatkan ajal dan azab, nak cepatkan pun tidak boleh, walaupun satu
saat. Contohnya, kita nak mempercepatkan azab kepada orang lain, sebab kita nampak dia sudah teruk
sangat buat salah, itu pun tidak boleh. Allah sahaja yang tentukan bila azab akan dikenakan, bukan kita.
Azab dan rahmat bukan atas tangan kita.
SURAH YUNUS
Alif, Laam Raa' ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran
yang tetap teguh.

(Yunus 10:1)

Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan disebabkan Kami telah wahyukan
kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad, dengan berfirman kepadanya): "Berilah
amaran kepada umat manusia (yang ingkar, dengan balasan azab) dan sampaikanlah berita yang
mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh
mulia di sisi Tuhan mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan). (Setelah Nabi
Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang mengembirakan) berkatalah orang-orang
kafir (yang merasa hairan) itu: "Sebenarnya (Al-Quran) ini ialah sihir yang terang nyata."

(Yunus 10:2)

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia
bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi
syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara
dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah
kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?

(Yunus 10:3)

KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang
memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah
matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang
yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak
terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur.

(Yunus 10:4)

Surah Yunus ini adalah Surah Makkiah. Diturunkan selepas Surah Isra’ dan Surah Isra’ itu diturunkan
selepas Nabi Isra’ Mi’raj. Surah Yunus ini menekankan tentang tauhid kepada Allah dan juga tentang
kenabian Nabi Muhammad. Inilah dua perkara yang diulang-ulang di dalam surah-surah Makkiyah. Surah
ini juga mengajar kepada kita tentang Qada’ dan Qadar Allah.

Surah Yunus ini adalah tafsir bagi Surah Zumar. Dalam surah Yunus ini diberikan dengan lebih mendalam
contoh-contoh supaya kita lebih faham lagi dengan perkara-perkara yang sudah disentuh dalam Surah
Zumar.

Surah ini juga berkenaan Syafaat dan juga tentang Berkat. Ia hendak menekankan bahawa Allah tidak
terkesan dengan kedudukan makhlukNya. Jadi kalau kita bodek wali, Nabi, malaikat pun, tidaklah Allah
terkesan. Kalau dalam dunia, ini dinamakan menggunakan ‘orang dalam’ dan rasuah. Kalau ianya terjadi
dalam kehidupan dunia, jangan pula kita rasa yang dalam kerajaan Allah pun begitu juga.
Ramai yang sudah meminta syafaat kepada mereka yang sudah mati. Itu adalah perbuatan yang karut
dan syirik. Kerana yang diminta tolong itu sudah mati, maka itu adalah perbuatan yang sia-sia. Mereka
yang telah mati itu tak tahu pun apa yang kita minta kepada mereka.

Keduanya, kalaulah ada makhluk yang boleh paksa Allah (untuk melakukan sesuatu) itu wujud, mestilah
dia akan duduk di sebelah Allah di Mahsyar nanti. Tapi ayat 4 surah ini memberitahu kita bahawa semua
makhluk akan berada di hadapan Allah menunggu untuk diadili juga. Jadi tidak ada sesiapa yang boleh
tolong sesiapa, melainkan kalau diberikan izin oleh Allah.

Suruh Yunus ini ada banyak kaitan dengan Surah Hud. Ada penyambungan kisah antara keduanya.

Surah Makkiah memberi semangat kepada Muslim yang awal untuk bersabar dan berpegang dengan
agama. Banyak perkara penting diulang-ulang supaya lebih memantapkan lagi pemahaman manusia.

Ayat 1:

‫ب آياتَُ تِلكََ ۚ الر‬


َِ ‫َكيم الكِتا‬
َِ ‫الح‬
Sahih International

Alif, Lam, Ra. These are the verses of the wise Book

Malay

Alif, Laam Raa’ ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Qur’an) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran
yang tetap teguh.

‫الر‬
Alif laam raa.

Kita tidak tahu makna huruf ini kerana ianya adalah perkara ghaib.

Huruf-huruf sebegini dinamakan huruf muqattaah. Dari segi bahasa bermaksud: huruf yang dipotong-
potong. Kita tidak tahu dengan pasti apakah maksudnya. Ia tidak difahami kerana tidak diajar oleh Nabi
dan sahabat pun tidak tanya maksudnya kepada Rasulullah.

Ayat-ayat muqatta’ah ini mengingatkan kita bahawa kita mula belajar tafsir surah ini dengan tak tahu
apa-apa melainkan apa yang Allah dan NabiNya sampaikan kepada kita sahaja. Memang banyak yang
cuba mentafsir maksud huruf-huruf muqatta’ah ini, tapi ianya bukanlah berdasarkan dalil yang sahih.

Hanya ayat kedua dari surah ini sahaja yang kita boleh nak mula tafsir. Pengajaran yang kita boleh ambil
adalah: Kalau Tuhan tak mahu ajar kepada kita, kita tak dapat tahu walau satu benda pun. Maka kita
sangat bergantung kepada Allah apabila Allah beri ilmu pengetahuan kepada kita. Allah akan buka
kefahaman sesuatu perkara itu kepada mereka yang Dia nak berikan pengetahuan.

Ayat ini juga menunjukkan kepada kita bahawa ada banyak lagi perkara yang Tuhan tak beritahu kepada
kita. Ianya merendahkan diri kita supaya kita sedar bahawa kita tidak berilmu sebenarnya, melainkan
apa yang Allah berikan kepada kita sahaja.
Bangsa Arab di zaman Nabi amat mementingkan bahasa. Mereka mengadakan pertandingan sajak dan
syair. Sampaikan kalau sajak atau syair yang memenangi pertandingan akan digantungkan di Kaabah.
Maka, apabila ada ayat-ayat yang dimulai dengan huruf-huruf muqatta’ah ini, ianya menarik perhatian
orang Arab.

Mereka tidak biasa dengan penggunaan bahasa Arab sebegini. Kerana kebiasaannya, kalau dieja huruf
alif, lam dan ra’, tentulah dibaca oleh mereka sebagai ‘alar’. Tapi tidak dalam kes Surah Yunus ini kerana
huruf itu disebut satu persatu. Maka perkara ini membuatkan mereka tertanya-tanya.

Oleh itu, ada mufassir yang mengatakan bahawa salah satu tujuan huruf-huruf muqatta’ah ini adalah
untuk menarik perhatian manusia dan jin untuk mendengarnya. Dan ayat-ayat selepas huruf
muqatta’ah adalah tentang Qur’an, maka mereka mengambil maksud bahawa Allah hendak menarik
perhatian manusia kepada Qur’an.

ََ‫ب آيَاتَُ تِ ْلك‬


َِ ‫ِيم ا ْل ِكتَا‬
َِ ‫ا ْل َحك‬
Itulah ayat-ayat Al Qur’an yang penuh hikmah.

Qur’an ini bukanlah kitab yang biasa. Ianya adalah satu kitab yang penuh hikmah. Jadi jangan kita
pandang ringan kepada Qur’an ini. Sesiapa yang belajar tafsir Qur’an akan mendapat hikmah. Oleh
kerana itu, kalau kita memerlukan panduan dalam kehidupan kita maka kita hendaklah merujuk kepada
Qur’an. Panduan itu bukan hanya untuk dunia sahaja, tapi untuk akhirat.

Adakah Qur’an yang penuh hikmah ini hanya dibaca sahaja tanpa dipelajari isi kandungnya? Tentu tidak,
tapi malangnya, itulah yang banyak dilakukan oleh masyarakat kita. Ada yang hari-hari membaca Qur’an
tetapi mereka tidak mengambil pelajaran daripada apa yang mereka baca itu kerana mereka tidak
faham apa yang dibaca.

Oleh itu, mereka banyak melakukan kesalahan yang bertentangan dengan ayat-ayat yang mereka sendiri
baca. Kerana mereka macam burung kakak tua yang menyebut sahaja dengan mulut mereka, tetapi
tidak faham apa yang mereka sebutkan.

Perkataan َ۟‫( ت ِْلك‬itulah) adalah kata penunjuk yang bermaksud sesuatu yang ditunjuk itu adalah jauh.
Kenapakah begitu? Perkataan َ۟‫ ت ِْلك‬digunakan dalam Bahasa Arab untuk dua kegunaan: Pertama, untuk
memberitahu kepada kita bahawa sesuatu yang ditunjuk itu jauh. Keduanya, untuk memberitahu
kepada kita bahawa perkara yang dimaksudkan itu adalah sesuatu yang tinggi dan mulia.

Penggunaan kedua inilah yang digunakan dalam ayat ini. Dalam perkataan َ۟‫ ت ِْلك‬ini pun Allah sudah
isyaratkan tentang kehebatan Qur’an itu. Jangan kita pandang ringan sahaja Qur’an yang di tangan kita
kerana ia amat hebat. Belajarlah apakah maksud yang hendak disampaikan oleh Allah.

ِ۟ ‫ ْال َحك‬dari katadasar ‫ م ك ح‬yang bermaksud ‘kebijaksanaan’. Oleh itu, perkataan ‫ِيم‬
Perkataan ‫ِيم‬ ِ۟ ‫ ْال َحك‬boleh
bermaksud sesuatu yang ‘penuh kebijaksanaan’.

ِ۟ ‫ ْال َحك‬juga boleh dikatakan diambil dari kata dasar ‫( ُح ُكم‬hukum). Ia bermaksud hukum agama
Kalimah ‫ِيم‬
yang menentukan manakah yang halal dan manakah yang haram. Terdapat banyak sekali ayat-ayat
hukum dalam Qur’an ini. Hukum itu semuanya untuk kebaikan kita juga. Ianya diberikan kepada kita
supaya kehidupan kita selamat dari sengsara dunia dan sengsara akhirat.
Selain dari itu, hukum-hukum yang diberikan adalah untuk memberitahu kita apa yang perlu kita lakukan
dan apa yang kita perlu tinggalkan. Sebagai orang mukmin, perlulah kita mengetahuinya dan taat dalam
mengamalkannya. Kalau tidak belajar tafsir Qur’an, bagaimana kita boleh tahu apakah yang kita perlu
lakukan?

Secara ringkasnya, dalam ayat ini, Allah memperkenalkan Qur’an kepada kita. Dalam ayat yang pendek,
Allah menyebut sifat-sifat Qur’an kepada kita supaya kita tahu dan kita ingat kembali kepentingan
Qur’an.

Ayat 2: Sekarang kita masuk ke Perenggan Makro ke 2 surah ini. Dari ayat ini sampai ke ayat 20 adalah
ayat-ayat dialog dengan Musyrikin Mekah yang menolak Hari Kebangkitan.

ََ‫اس أَكان‬ َ ‫لى أَوحَينا أَن‬


َ ِ ‫ع َجبًا لِلن‬ َٰ ‫ِر أَن مِنهُم َرجُلَ ِإ‬
َِ ‫اس أَنذ‬ َِ ‫لَساحِ رَ ٰهذا إِنََّ الكافِرونََ قا ََل ۚ َربِ ِهم عِن ََد ِصدقَ قَ َد ََم لَهُم أَنََّ آ َمنوا الَّذينََ َوبَش‬
ََ ‫ِر الن‬
َ‫ُمبين‬
Sahih International

Have the people been amazed that We revealed [revelation] to a man from among them, [saying],
“Warn mankind and give good tidings to those who believe that they will have a [firm] precedence of
honor with their Lord”? [But] the disbelievers say, “Indeed, this is an obvious magician.”

Malay

Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan disebabkan Kami telah wahyukan
kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad, dengan berfirman kepadanya): “Berilah
amaran kepada umat manusia (yang ingkar, dengan balasan azab) dan sampaikanlah berita yang
mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh
mulia di sisi Tuhan mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan). (Setelah Nabi
Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang mengembirakan) berkatalah orang-orang
kafir (yang merasa hairan) itu: “Sebenarnya (Al-Qur’an) ini ialah sihir yang terang nyata.”

ََ‫اس أَكَان‬
َ ِ َّ‫ع َجبًا لِلن‬
َ
Patutkah menjadi kehairanan bagi manusia

Allah marah kepada manusia yang rasa hairan bagaimana wahyu boleh diturunkan kepada manusia.
Perkataan َ۟‫ أَكَان‬boleh dibaca: “Adakah patut?” Adakah patut mereka berfikiran begini?

Ayat ini juga bermaksud ‘takjub’. Iaitu takjubnya kita dengan mereka yang rasa hairan dengan
penurunan wahyu ini. Macam kalau ada orang yang melakukan perkara yang pelik, kita akan takjub
dengan dia. Kita kata dalam hati kita: “kenapalah dia buat perkara macam ni?”

َ‫ى أ َ ْو َح ْينَا أ َ ْن‬


َٰ َ‫مِ ْن ُه َْم َرجُلَ إِل‬
bahwa Kami mewahyukan kepada seorang laki-laki dari kalangan mereka:

Kalimah ۟‫( َر ُجل‬lelaki) yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Nabi Muhammad. Mereka yang engkar
merasa hairan bagaimana seorang manusia biasa boleh dapat wahyu? Pada mereka, sepatutnya wahyu
itu disampaikan oleh malaikat. Tapi dakwah tidak sesuai disampaikan oleh makhluk yang lain jenis
kerana ianya tentu tidak sampai. Kerana itu, Nabi-nabi dibangkitkan dari jenis manusia.

Kalimah ‫ ِ ِّم ْن ُه ْ۟م‬bermaksud ‘dari kalangan mereka’. Mereka hairan kenapa ianya diturunkan kepada seorang
lelaki berbangsa Arab. Sudahlah manusia, dari kalangan bangsa Arab pula. Tambahan pula pada mereka,
bangsa Arab dari dulu lagi tidak mendapat wahyu, tidak ada kitab. Ini pun tidak ada masalah sebenarnya
dan tidaklah sepatutnya menghairankan. Kerana sepatutnya yang memberi peringatan hendaklah
datang dari kalangan penduduk setempat, yang tahu bahasa, tahu amalan dan adat resam mereka.
Supaya lebih jelas apa yang hendak disampaikan.

Musyrikin Mekah kata ada lagi yang lebih hebat yang mereka rasa lebih layak untuk mendapatkan
wahyu kalau dibandingkan dengan Nabi Muhammad. Mereka kata ada dua orang lagi yang lebih sesuai
untuk diberikan wahyu oleh Allah. Ini kerana mereka memandang Nabi Muhammad itu tidak ada
kedudukan dalam masyarakat.

Pada mereka, Nabi Muhammad itu membaca tidak tahu, tidak pandai berpuisi, anak yatim piatu, miskin
dan macam-macam lagi kekurangan yang mereka nampak pada Nabi Muhammad pada mata mereka. Ini
sudah kurang ajar – macam lah Allah tidak tahu bagaimana hendak memilih siapa yang Dia hendak
berikan wahyu. Sebenarnya tidak layak mereka bertanya dan mempersoalkan keputusan Allah.

Begini jugalah orang kita sekarang. Kadang-kadang ada antara kita yang asalnya tidak pandai agama,
baca Qur’an pun tak lancar. Tapi mereka telah diberikan fahaman Qur’an kerana mereka belajar. Adakah
kita rasa hairan dengan mereka itu sepertimana Musyrikin Mekah hairan dengan Nabi Muhammad yang
mendapat wahyu?

Kerana sikap yang sama, ramai dari orang kita pun rasa macam tak sesuai kalau seseorang yang dulunya
nakal, tapi sekarang sudah pandai agama? Sudah boleh berdakwah? Sudah boleh menegur mereka?
Mereka pun mulalah mengejek pendakwah itu dengan berkata: “Bukan kau dulu nakal, suka kacau sana
dan sini, kan? Sekarang kau pula nak nasihat kepada kami?”.

Ingatlah bahawa Allah boleh memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Bukan
kedudukan kita untuk mempersoalkan hak Allah itu.

َ‫ِر أ َ ْن‬
َِ ‫اس أَنذ‬
ََ َّ‫الن‬
“Berilah peringatan kepada manusia

Apakah arahan dalam wahyu itu? Dalam wahyu itu ada arahan untuk memberi peringatan dan ancaman
kepada manusia. Memberitahu kepada manusia supaya jangan berbuat syirik, jangan kufur, jangan
buat bidaah. Dan juga beritahu kepada mereka yang kalau engkar arahan Allah, maka mereka akan
mendapat balasan buruk di Akhirat kelak.

Arahan itu memang asalnya diberikan kepada Nabi, tapi kita yang membaca ayat-ayat ini sekarang, telah
disampaikan dengan arahan itu juga. Maka, kita juga hendaklah berdakwah dan menyampaikan
peringatan dan ancaman ini kepada manusia. Kalau kita biarkan sahaja manusia ini dengan kehendak
mereka, mereka akan lalai dan mereka akan melakukan kesyirikan dan bidaah akan berleluasa.

ِ َ‫آ َمنُوا الَّذِينََ َوب‬


َ‫ش ِر‬
dan gembirakanlah orang-orang beriman
Dan kepada yang beriman, berikan berita gembira kepada mereka. Maknanya, yang engkar, berikan
ancaman; kepada yang beriman, berikan berita gembira kepada mereka. Itulah dua tugas Nabi
Muhammad dan juga kepada pendakwah.

Kalau kita lihat dalam susunan, Allah menyebut tentang ancaman sebelum menceritakan tentang berita
gembira. Ini bermaksud, surah ini akan mengandungi banyak ayat-ayat ancaman.

ََّ‫َربِ ِه َْم عِن ََد ِص َْدقَ قَ َد ََم لَ ُه َْم أَن‬


bahawa mereka mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan mereka”.

Inilah balasan yang akan diberikan kepada mereka yang beriman.

Kalimah ‫ قَ َد َ۟م‬dari katadasar yang bermaksud ‘melangkah’. ‫ قَ َد َ۟م‬juga digunakan untuk bermaksud
‘kedudukan’ dan ‘status’ seseorang itu kerana di situlah dia berdiri.

Kalimah ۟‫صدْق‬
ِ pula bermakna ‘kebenaran’. Ia juga digunakan untuk menunjukkan ‘kebaikan’.
Apabila digabungkan perkataan ‫صدْق۟ قَ َد َ۟م‬,
ِ ia boleh membawa maksud beberapa makna. Satu maksudnya
adalah orang yang beriman akan mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Allah.
Dalam Qamar:55 pun telah digunakan perkataan yang hampir sama:

‫صدْق۟ َم ْقعَ ِ۟د فِي‬


ِ ‫م ْقتَدِر۟ َملِيك۟ عِن َ۟د‬
di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa.

َ‫ا ْلكَافِ ُرونََ قَا َل‬


Orang-orang yang engkar berkata:

Majoriti dari manusia akan menolak dakwah yang disampaikan kepada mereka. Macam-macam tuduhan
dan alasan yang diberikan oleh mereka untuk menolak ajakan tauhid itu. Marilah kita lihat salah satu
dari tuduhan-tuduhan mereka untuk menolak seruan dakwah itu.

Hebatnya Qur’an ini, segala bentuk penolakan dari manusia sudah disebut siap-siap dalam Qur’an ini.
Jadi orang yang belajar tafsir Qur’an, mereka tidak hairan dengan cara penolakan manusia kerana
semuanya telah disebut dalam Qur’an. Sebelum manusia sebut pun Allah sudah sebut dalam Qur’an
untuk kita tahu dulu.

ََّ‫مبِينَ لَسَاحِ رَ ٰ َهذَا إِن‬


“Sesungguhnya orang ini (Muhammad) benar-benar adalah tukang sihir yang nyata”.

Lihatlah bagaimana teruknya tuduhan yang mereka berikan kepada Nabi Muhammad. Mereka kata Nabi
Muhammad itu tukang sihir pula. Sedangkan tidak sama seorang Nabi dan seorang Tukang Sihir.

Pangkat kenabian hanya boleh dianugerahkan oleh Allah sahaja. Tidak ada sesiapa yang boleh mencapai
kedudukan seorang Nabi tanpa dilantik sendiri oleh Allah. Sedangkan sesiapa sahaja yang belajar dan
berusaha untuk mengamalkan amalan sesat, boleh menjadi ahli sihir. Itulah sebabnya banyak guru-guru
agama dan guru-guru Pondok yang menjadi tukang sihir kerana mereka boleh melakukan perkara-
perkara yang ajaib.
Ada yang boleh menghilangkan diri, tampar tangan keluar api, tunjuk monyet di pokok boleh jatuh dan
sebagainya. Itu semua adalah ilmu sihir. Mereka mendapat ilmu sihir itu kerana mereka mengamalkan
wirid-wirid keramat yang bukannya daripada ajaran Nabi tapi rekaan manusia dan Syaitan.

Tujuan Nabi adalah untuk membawa manusia kepada iman dan keselamatan mereka di dunia dan di
akhirat. Sedangkan tujuan ahli sihir adalah untuk mendapat duit. Itulah sebabnya guru-guru agama itu
akan menggunakan kelebihan-kelebihan sihir yang mereka ada itu untuk menipu manusia supaya
percaya kepada mereka dan memberi imbuhan kewangan kepada mereka.

Yang jahil agama akan pergi kepada guru itu jikalau mereka ada hajat dan mereka akan beri upah
kepada guru-guru itu. Contohnya, mereka akan minta guru itu buang sial yang ada pada mereka. Maka,
selepas dimandikan dan dibacakan doa, mereka akan beri upah kepada guru itu. Tak jauh beza dari sami
Hindu.

Lihatlah bagaimana jauhnya perbezaan antara seorang Nabi dan seorang ahli sihir. Lalu bagaimana
Musyrikin Mekah itu sampai sanggup menuduh Nabi Muhammad sebagai ahli sihir? Mereka sudah tidak
menggunakan akal mereka lagi, tapi mereka sudah tunduk kepada nafsu mereka yang menolak
kebenaran yang sampai kepada mereka.

Dalam masa yang sama, kalau kita lihat, apabila mereka mengatakan yang Nabi Muhammad
menggunakan sihir apabila baginda membacakan ayat-ayat Qur’an, itu sudah menunjukkan mereka
terpegun dengan Qur’an. Itu bermakna mereka tidak dapat menjelaskan ayat-ayat Qur’an itu sebagai
perkara yang biasa. Ianya tentu perkara yang luar biasa.

Dan selalunya sihir itu adalah dalam bentuk perbuatan, tapi sekarang mereka mengatakan yang
perkataan pun adalah sihir juga. Itu menunjukkan mereka sendiri sudah nampak yang Qur’an itu bukan
perkara yang biasa. Tapi mereka tak boleh nak terima, jadi mereka katakan yang Qur’an itu adalah sihir.

Zaman sekarang, memanggil seseorang sebagai tukang sihir kepada pendakwah tauhid adalah dengan
mengatakan pendakwah tauhid itu sesat. Kerana mereka tidak belajar tafsir Qur’an, apabila disampaikan
ajaran dari Qur’an, mereka akan kata itu adalah ajaran yang sesat.

Mereka kata guru yang mengajar tafsir Qur’an mengamalkan ilmu salah kerana anak murid mereka taat
dengan guru itu. Itu semua adalah antara tohmahan yang diberikan kepada pendakwah tauhid. Kalau
Nabi pun kena tuduh, begitulah juga kepada penyeru tauhid. Akan ada sahaja tentangan dari manusia
yang engkar.

Ayat 3: Dalil kenapa kita kena taat kepada Allah.

ََّ ‫ت َخلَقََ الَّذي‬


ََّ‫َللاُ َربَّ ُك َُم ِإن‬ َِ ‫سماوا‬ ِ َ‫وى ث ُ ََّم أَيام‬
َّ ‫ست َّ َِة في َواألَرضََ ال‬ َٰ َ ‫علَى است‬
َ ‫رش‬ ََ َ ‫ٰذ ِل ُك َُم ۚ ِإذنِ َِه بَع َِد مِ ن ِإلَ شَفيعَ مِ ن ما ۚ األ‬
َ ِ ‫مر يُدَبِ َُر ۚ ال َع‬
ََّ ‫تَذَكَّرونََ أَفََل ۚ فَاعبُدوهَُ َربكُم‬
ُ‫َللا‬
Sahih International

Indeed, your Lord is Allah, who created the heavens and the earth in six days and then established
Himself above the Throne, arranging the matter [of His creation]. There is no intercessor except after His
permission. That is Allah , your Lord, so worship Him. Then will you not remember?
Malay

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian
Dia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi
syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara
dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah
kamu – setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?

ََّ‫َللاُ َربََّ ُك َُم إِن‬


ََّ
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah

Allah mengingatkan manusia siapakah Tuhan mereka. Peringatan ini diberikan termasuk kepada puak
musyrikin yang menyembah juga sembahan yang lain. Walaupun mereka juga menyembah kepada yang
lain, tapi Allah tetap Tuhan mereka.

Rabb bermaksud Tuhan yang mencipta, memelihara dan memiliki semua makhluk. Semua keperluan
makhluk diberi olehNya.

‫ت َخلَقََ الَّذِي‬
َِ ‫اوا‬ َّ ‫َو ْاأل َ ْرضََ ال‬
َ ‫س َم‬
Yang menciptakan langit dan bumi

Alam ini bukan terjadi sendiri seperti kata saintis yang atheis itu, tetapi Allah lah yang menjadikan alam
ini. Adakah lagi tuhan yang lain yang boleh menjadikan alam ini? Tentu tidak ada.

ِ َ‫أَيَّام‬
‫ست َّ َِة فِي‬
dalam enam masa,

Allah beritahu dalam ayat ini bahawa alam ini dijadikan dalam ‘enam masa’. Tapi dengan tepat berapa
lama, kita tidak dapat tahu. Tiada ada sesiapa yang tahu melainkan Allah sahaja. Ada pendapat yang
mengatakan bahawa satu hari itu sama dengan seribu tahun dalam kiraan kita di dunia ini sekarang.

Allah boleh sahaja menjadikan alam ini dalam sekelip mata. Tapi Allah hendak mengajar kita bahawa
dalam melakukan perkara yang penting, perlu mengambil masa yang lama. Maka ini mengajar kita yang
kita perlu ada perancangan dalam kehidupan kita.

َ‫ى ث ُ َّم‬ ْ ‫علَى ا‬


َٰ ‫ست َ َو‬ َ ِ ‫ا ْلعَ ْر‬
َ ‫ش‬
kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy

Ini adalah ayat mutashabihah, yang kita tidak tahu apakah maksudnya. Semua Imam mazhab dan Imam
hadis menerima yang Allah bersemayam di Arash. ‘Bersemayam’ itu dalam bahasa Melayu kita adalah
‘duduk’. Tapi tentulah Allah tidak duduk sama macam kita duduk. Hanya puak Jahmiyah sahaja yang
menolak Allah bersemayam di Arash.

Ayat mutashabihah adalah ayat-ayat yang kita faham apabila kita baca, tapi kita tidak tahu cara
bagaimana. Kita tahu Allah duduk di Arash, tapi bagaimana caranya, kita tidak tahu. Allah bersemayam
selayak dengan kedudukanNya.
Ayat ini adalah antara ayat yang memecah belahkan umat Islam di negara kita. Panjang perbincangan
tentang ayat ini. Kita tidak mahu memanjangkan perbincangan itu di sini. Kita sebagai seorang Islam,
sepatutnya menerima apa sahaja yang Allah sampaikan dalam ayatNya. Bukan layak bagi kita untuk
mengubah maksud yang telah disampaikan oleh Allah. Kalau Allah kata Dia bersemayam di Arash, maka
begitulah yang kita terima. Kita taat dan kita patuh.

Ramai yang menafsirkan ayat ini dengan maksud lain. Antaranya mereka mengatakan yang ‘istiwa’
dalam ayat ini bermaksud ‘memerintah’. Tapi adakah begitu pemahaman Nabi dan para sahabat?

Dalam menafsirkan sesuatu ayat, kita hanya menerima tafsir yang sahih sahaja. Antaranya sesuatu ayat
itu ditafsirkan sendiri oleh ayat Qur’an yang lain; ataupun dari hadis Nabi; atau dari kata-kata sahabat
kerana sahabat faham Qur’an dan mereka belajar sendiri dengan Nabi; jikalau selain dari itu, kita tidak
berani menafsirkan sesuatu ayat itu mengikut pemahaman akal kita.

Oleh itu, secara ringkasnya, kita menerima bahawa Allah bersemayam di Arash, tetapi dengan cara yang
bagaimana, kita tidak tahu. Bukan tugas kita untuk memikirkan. Ini adalah antara perkara yang kita tidak
perlu fikirkan panjang-panjang.

َ‫ْاأل َ ْم ََر يُ َدبِ ُر‬


Dia mengatur segala urusan.

Kerana Dia memiliki makhluk, maka Dia akan menguruskan keperluan makhluk itu. Seperti kita perlu
makan, Allah lah yang beri kita makan. Apabila ada rezeki kita telah disediakan oleh Allah, ianya akan
tersedia untuk kita. Makanan kita itu sudah siap menunggu kita kerana ianya telah ditetapkan oleh
Allah.

Setiap perkara samada kecil atau besar adalah dalam perancangan Allah. Dalam Saba’:3 Allah berfirman:

۟‫ع ْن ۟هُ يَ ْع ُزبُ۟ َل‬ ُ۟ ‫ت فِي ذَ َّرة۟ مِ ثْقَا‬


َ ‫ل‬ ِ۟ ‫س َم َاوا‬ ۟ ِ ‫ل ْاْل َ ْر‬
َ۟ ‫ض فِي َو‬
َّ ‫ل ال‬ ْ َ‫ن أ‬
َ۟ ‫صغ َُ۟ر َو‬ َ۟ ‫ل أ َ ْكبَ ُ۟ر َو‬
ْ۟ ِ‫ل ذَلِكَ۟ م‬ َّ۟ ِ‫ُمبِين۟ ِكت َاب۟ فِي إ‬
Tidak ada tersembunyi daripada-Nya sebesar zarrah pun yang ada di langit dan yang ada di bumi dan
tidak ada (pula) yang lebih kecil dari itu dan yang lebih besar, melainkan tersebut dalam Kitab yang
nyata (Lauh Mahfuzh)”,

Ini bermakna Allah bukan sahaja menjadikan alam kemudian biarkan begitu sahaja. Allah uruskan alam
ini dari sekecil-kecilnya hingga ke sebesar-besarnya. Dia berkuasa atas segalanya. Tidak ada yang berlaku
tanpa pengetahuanNya dan izinNya.

Tidaklah Allah disibukkan oleh satu masalah sampai tidak dapat menyelesaikan masalah yang lain; Allah
tidak bosan dengan desakan makhluk yang meminta kepadaNya; ketika mengatur perkara yang besar,
tidaklah membuatnya lalai untuk mengatur perkara yang kecil.

Kadang-kadang kita tak nampak pun kepentingan perkara-perkara yang terjadi dalam alam ini. Sebagai
contoh, apabila banjir, kita akan marah. Tapi tahukah anda kenapa perlu banjir itu? Kerana banjir lah
baru ikan dapat bertelur. Dan kita pula memerlukan ikan sebagai makanan kita.

Begitu juga dengan hujan yang turun. Kita mungkin tidak suka, tapi dengan hujan itulah yang
menghidupkan rumput sebagai makanan kepada haiwan. Kita memang tidak makan rumput, tapi kita
makan haiwan ternakan itu.
Allah tak peduli kita suka atau tidak, tahu atau tidak keperluan kita kepada sesuatu itu, tapi Allah akan
lakukan juga. Semua itu dalam perancangan Allah untuk mengurus makhlukNya untuk hidup. Allah
Maha Tahu keperluan kita dan Dia akan memberi mengikut keperluan kita.

َ ‫إِ ْذنِ َِه بَ ْع َِد مِ ن إِ ََّل‬


‫شفِيعَ مِ ن َما‬
Tiada seorang pun yang boleh memberi syafa’at kecuali sesudah izin-Nya.

Syafaat bermaksud ‘pertolongan’. Syafaat hanya boleh diberikan apabila Allah izinkan. Sama ada syafaat
di dunia atau di akhirat.

Musyrikin Mekah tahu yang Allah itu Tuhan yang menciptakan mereka dan menjadikan alam ini. Tapi
pada fahaman mereka, mereka akan lebih dekat dengan Allah kalau mereka menggunakan syafaat dari
yang lain. Iaitu mereka akan bertawasul kepada Nabi, wali, malaikat atau jin. Niat mereka adalah untuk
mendekatkan diri dengan Allah. Sebagaimana Allah berfirman dalam Zumar:3

۟‫لِل أ َ َل‬ ُ۟ ‫ل نَ ْعبُ ُد ُه ْ۟م َما أ َ ْو ِليَا َ۟ء دُونِ ِ۟ه مِن ات َّ َخذُوا َوالَّذِينَ۟ ْالخَال‬
َِّ۟ ِ ُ۟‫ِص ال ِدِّين‬ َِّ۟ ۟‫ن ُ۟ز ْلفَى‬
َّ۟ ِ‫َللا إِلَى ِليُقَ ِ ِّربُونَا إ‬ ََّ۟ ‫ن يَ ْخت َ ِلفُونَ۟ فِي ِ۟ه ُه ْ۟م َما فِي بَ ْينَ ُه ْ۟م يَحْ ُك ُ۟م‬
َّ۟ ِ‫َللا إ‬ َّ۟ ِ‫َللا إ‬ َ۟
ََّ۟ ‫ل‬
‫ن يَ ْهدِي‬ ْ۟ ‫َكفَّار۟ كَاذِب۟ ه َُ۟و َم‬
Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil
pelindung selain Allah (berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka
mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya”. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di
antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki
orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar.

Begitulah juga masyarakat Islam yang salah faham dengan hal syafaat ini, maka mereka minta
pertolongan dari wali, kubur, Nabi, malaikat dan sebagainya.

Apabila kita rasa ada orang yang akan beri ‘pertolongan’, maka kita akan rasa selamat. Kesannya kita
sudah tak sembah Allah betul-betul. Sudah tidak mengharap kepada Allah. Begitulah yang terjadi kepada
Musyrikin Mekah. Mereka sangka, kerana mereka sudah selalu puja dan sembah berhala yang mereka
anggap sebagai perantara mereka dan Allah, mereka akan selamat.

Begitu juga mereka anggap malaikat adalah anak-anak perempuan Allah dan mereka ada juga sembah
malaikat. Maka mereka rasa sudah selamat. Mereka sudah tak puja Allah sahaja, mereka sudah tidak
berharap dengan Allah sahaja. Mereka berharap juga kepada Allah tapi dalam masa yang sama mereka
ada sembahan lain dan tempat pengharapan lain.

Masyarakat Islam kita pun sudah bergerak ke arah itu. Sebagai contoh, lihatlah bagaimana semakin
ramai yang suka memuja Nabi Muhammad. Kerana mereka sangka Nabi Muhammad boleh memberi
Syafaat kepada mereka. Maka, mereka buat majlis Mawlid Nabi, majlis selawat satu stadium dan
sebagainya.

Mereka buat semua itu dengan harapan, apabila mereka memuja Nabi Muhammad, minta pertolongan
kepada Nabi Muhammad, mereka akan diselamatkan oleh baginda. Mereka yang buat begitu adalah
mereka yang salah faham dengan maksud Syafaat. Penerangan tentang syafaat ini ada banyak lagi
dalam ayat-ayat lain. Apabila kita kumpulkan semua ayat-ayat itu, maka kita akan dapat pemahaman
yang lebih jitu.

َ‫َللاُ ٰذَ ِل ُك ُم‬


ََّ ‫َرب ُك َْم‬
(Dzat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu,

Allah yang mencipta alam ini, menguruskan segalanya itulah Tuhan kamu, bukannya yang lain. Kalau ada
yang boleh cipta alam lain, boleh pula tadbir alam itu, barulah layak dipanggil tuhan. Tapi tidak ada lain
lagi yang boleh melakukan seperti Allah. Maka, kalau Dia lah Tuhan kita, apa yang perlu lakukan?

ُ‫فَا ْعبُدُو َه‬


maka sembahlah Dia.

Inilah tuntutan hidup kita. Hanya Allah sahaja yang layak disembah. Hanya Allah sahaja yang layak
dipuja, diibadati, tempat kita minta doa, tempat kita tawakal, tempat kita minta pertolongan, tempat
kita berharap. Bukanlah kita lakukan perkara-perkara itu dengan yang selain Allah.

Malangnya, kerana tidak faham konsep ‘sembah’, maka banyak kalangan masyarakat kita telah
melakukan sembahan kepada selain Allah. Mereka telah berdoa kepada selain Allah, puja selain Allah,
mengharap kepada selain dari Allah dan sebagainya.

َ‫تَذَ َّك ُرونََ أَفَ ََل‬


Maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran?

Mengapa kamu tidak faham bahawa hanya Allah sahaja yang layak disembah? Musyrikin Mekah tahu
bahawa Allah yang menjadikan alam ini dan Dia adalah Tuhan. Tapi dalam masa yang sama, mereka
sembah juga ilah yang lain.

Begitu juga lah kebanyakan masyarakat Islam kita yang tidak belajar tafsir Qur’an. Mereka tidak faham
bagaimana konsep *hanya* menyembah Allah. Kerana itu mereka ada amalan ibadat yang dilakukan
kepada selain dari Allah juga.

Antaranya, mereka akan berdoa kepada selain dari Allah. Sebagai contoh, puak-puak Habib sekarang
mengajar masyarakat kita untuk berdoa kepada ahli kubur seperti yang mereka lakukan. Itu adalah satu
perkara syirik.

Anda mungkin juga menyukai