Pendahuluan
Pendahuluan
1
2.0 Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial.
2.1 Perkembangan Fizikal
2
serta perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanak-
kanak tersebut.
Pemikiran kognatif yang tinggi dianggap penunjuk yang kuat kejayaan dan
kesejahteraan dalam segala bidang hidup. Namun demikian, kanak-kanak pintar
cerdas menghadapi pelbagai masalah sosio-emosi yang disebabkan oleh ciri-ciri
unik dalam dirinya sendiri serta lingkungan faktor seperti kehidupan keluarga,
persekitaran sekolah, dan salah faham dari orang lain.
3
EMOSI
Rajah 2 : Emosi
4
Lewis, (1995) Lewis Books Gunn (1979), menyatakan perkembangan sosial
juga merupakan satu proses apabila anak-anak belajar berhubung dengan orang
lain mengikut cara lain, penghargaan kendiri, kawalan kendiri dan juga
pembentukan kendiri. Identiti sosial dan juga kefahaman kanak-kanak yang
berkembang dalam dua peringkat iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri.
Faktor Baka.
Faktor baka ini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotien
yang menentukan baka atau ciri keturunan. Gen-gen mempunyai sifat
baka dibawa oleh DNA dan RNA yang terdapat dalam kromosom. Gen
tersebut merupakan penentu utama sebagai pewarisan ciri-ciri
perkembangan individu. Perbezaan fizikal dapat dilihat apabila setiap
individu mempunyai ciri fizikal seperti saiz badan, tinggi, berat serta
kemahiran fizikal yang unik. Kajian menujukkan ciri fizikal ini diwarisi
daripada gen-gen ibu bapa. Perbezaan dari segi mental pula adalah
setiap individu mempunyai tahap kecerdasan dan kebolehan intelek
yang berbeza diantara satu sama lain. Berdasarkan kajian yang
dijalankan ahli psikologi, ibu bapa yang pintar cerdas melahirkan anak-
anak yang pintar cerdas. Emosi seseorang individu juga adalah diwarisi
daripada baka kedua-dua ibu bapa.
Faktor Persekitaran
5
mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem
yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Mikrosistem merujuk
kepada persekitaran yang kebanyakan masa kanak-kanak berinteraksi
secara langsung dengan ibu bapa, rakan sebaya, guru-guru dan orang
dewasa serta alam persekitaran manakala mesosistem merujuk kepada
perkaitan antara dua mikrosistem iaitu antara keluarga dan sekolah.
3.0 Teori.
3.1 Teori Perkembangan Sosio-Emosi
6
(awal kanak-kanak Bergerak cepat
tadika) Peka kepada yang betul dan salah
Inisiatif lawan serba Merasa serba salah jika ketawa
salah Membina sikap negative jika merasa serba salah
6-11 Keinginan menguasai sesuatu
(kanak-kanak) Keinginan Berjaya
Kerajinan lawan Menguasai kemahiran asas fizikal dan sosial
Kompleks Memerlukan peneguhan positif/ penghargaan terhadap
tugas yang disempurnakan
Merasa komplek rendah diri jika dikritik
12-20 Cuba memahami diri
(remaja) Menghadapi krisis identity
Identiti lawan Sensitive kepada perubahan badan dan imej diri
Kuliruan Identiti Membentuk konsep kendiri positif dan juga negative
Perkembangan emosi berlandaskan emosi dari
peringkat-peringkat dahulu
21-25 Berusaha terus mencari identity
(awal remaja) Berusaha membentuk ikatan kemesraan
Kemesraan lawan Sesetengah individu yang gagal kerana pengalaman
Keterasingan kecewaan, terus keterasingan
26-60 Generativiti bernaksud memberi sumbangan kepada
generasi berikutnya atau melakukan aktiviti produktiviti
Individu akan merasa kecewaan kerana gagal dalam
pencapaian yang bermakna
61 keatas Integrity adalah hasil kebanggan terhadap kehidupan
yang berharga
Orang tua yang kurang puas hati dengan kehidupannya
akan takut mati
7
4.0 Kes Kajian Ketagori Pintar Cerdas.
8
4.2 Perkembangan Fizikal Responden
9
Mempunyai tahap tumpuan yang tinggi.
Menurut Gottfried & Gottfried (1996), antara ciri-ciri emosi kanak-kanak
pintar cerdas adalah menunjukkan ketekunan, perhatian, perasaan
ingin tahu, kenikmatan belajar dan orientasi terhadap penguasaan dan
cabaran dari tahun-tahun awal mereka melalui masa remaja.
Responden memiliki tahap tumpuan yang tinggi apabila mempelajari
sesuatu perkara yang baru. Ciri ini dapat diperhatikan apabila
responden dapat menggunakan alatan elektronik atau alatan seperti
komputer, komputer riba, MP3 dengan baik.
Nilai keadilan yang tinggi.
Responden merupakan seorang yang sangat teliti dalam hal-hal betul
atau salah, bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain. Ciri
ini dapat dilihat dalam diri responden apabila melihat guru membuat
sesuatu yang difikirkannya salah, responden akan segera menegur
gurunya.
Pentingkan kesempurnaan.
Sikap yang mementingkan kesempurnaan yang terdapat pada
responden boleh dilihat apabila responden membuat sesuatu yang
diarahkan atau keinginannya sendiri, resonden akan memastikan
hasilnya adalah sempurna. Sekiranya sesuatu yang dihasilkan tidak
sempurna, responden akan terus mencuba membuat sesuatu yang
diinginkannya sehingga responden puas. Sebenarnya ciri
mementingkan kesempurnaan yang terdapat dalam diri responden
bukannya pengaruh atau baka daripada ibu bapa responden.
Dabrowski (1972), Kerr (1991) dan Silverman (1990) menyatakan
bahawa sikap kesempurnaan wujud dalam diri individu sejak lahir lagi
dan tekanan kualiti tinggi dating dari diri anak-anak tersebut.
Mempunyai konsep kendiri yang tinggi.
Responden dalam kajian ini didapati memiliki lebih banyak konsep
kendiri yang positif berbanding negative. Antara jenis-jenis konsep
kendiri yang terdapat pada responden adalah seperti mudah bersosial
10
dengan orang lain, bangga diri dan berani mencuba, mudah diterima
dengan orang lain dan mempunyai keyakinan diri sendiri. Konsep
kendiri yang positif ini dapat dilihat dalam diri responden apabila
terlibat dengan pelbagai program, persembahan dan aktiviti didalam
kelas. Menurut guru kelasnya, responden akan menawarkan dirinya
untuk mengetuai atau mencuba sesuatu semasa aktiviti didalam kelas
dijalankan oleh guru didalam kelas. Situasi ini menunjukkan responden
memiliki konsep kendiri yang positif dan seharusnya diteruskan sikap
ini.
11
UMUR 39 TAHUN
PEKERJAAN BEKERJA SENDIRI
NAMA IBU SUNITA@KARIMAH BT ABDULLAH@MOHD KHIR
UMUR 38 TAHUN
PEKERJAAN SURI RUMAH
Perkembangan Huraian
Fizikal Keupayaan responden mengangkat. Berjalan, berlari
dan melompat tidak sama dengan kanak-kanak biasa.
Sosial Responden tidak dapat membezakan peranan antara
lelaki dan perempuan
Pergaulan responden dengan rakan-rakan sebaya juga
tidak menampakkan kematangan .
Tidak dapat mengikut dan mempraktikkan disiplin
kumpulan dengan baik seperti kanak-kanak normal
Emosi Tidak dapat menguasai perasaan serta mengawal
perasaan ketika marah atau cemburu
Responden kurang mempunyai perasaan malu
berbangding rakan sekelasnya yang lain
Responden selalu menjerit dan menangis tanpa segan
silu.
Kognatif Kurang mempunyai kemahiran bahasa, angka,
12
pemikiran, menaakul, pembentukan konsep dan
ingatan.
Tahap pemikiran yang rendah berbanding kanak-kanak
biasa.
Personality Responden mempunyai personality introvert
Kurang aktif dalam pergaulan dan suka menyendiri.
Pemalu
Sukar untuk berbicara
Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza diantara satu. Menurut Khairul
Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek
perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi dikalangan individu. Oleh yang
demikian, guru-guru perlu memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia
boleh mempengaruhi pembelajaran didalam kelas.
Menurut pandangan Tang (1993), perbezaan individu adalah satu hakikat yang
tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil
tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai seorang guru, adalah betapa
penting untuk mengetahui dan mengambil perhatian terhadap wujudnya perbezaan
individu dengan mengetahui setiap murid adalah berbeza dari aspek budaya, latar
belakang keluarga, tahap sosioekonomi dan lain-lain lagi. Perbezaan individu ini akan
membawa kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Demi mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan memahami dan mengenali
setiap jenis murid di dalam kelas, impaknya murid dapat mencapai kejayaan daripada
hasil pembelajaran mereka di sekolah.
13
6.1 Aspek-aspek Perbezaan Individu.
Kluckholn, Murray dan Schneider (1953), setiap manusia akan bertindak seperti
manusia yang lain dalam sesuatu perkara, mereka akan bertindak mengikut kumpulan
dalam sesuatu perkara dan mereka akan bertindak mengikut cara sendiri bagi sesuatu
perkara. Ini menunjukkan corak kehidupan bagi setiap manusia adalah unik dan setiap
individu adalah berbeza dari pelbagai aspek. Perbezaan individu boleh dihayati
daripada huraian beberapa aspek perbezaan seperti:
Fizikal.
Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi. Ini dapat kita memerhatikan
perbezaan individu dari segi kelihatan luaran seperti paras rupa, susuk badan dan
sebagainya, serta fizikal yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak
dan jumlah neuron. Ini dapat kita lihat perbezaan perkembangan saiz badan kanak-
kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa mencapai umur lingkungan 10
tahun sehingga 12 tahun semasa belajar di sekolah rendah. Contohnya kanak-
kanak perempuan akan mencapai kematangan lebih cepat dan lebih tinggi daripada
kanak-kanak lelaki.
Kognatif / Mental.
Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul,
menganalisis serta bakatnya. Murid-murid mempunyai aras kognatif yang berlainan.
Mereka mungking memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada
persekitaran dengan cara-cara yang berlainan. Contohnya murid-murid perempuan
mempunyai kemahiran menulis dan memori yang lebih tinggi daripada lelaki. Kajian
Santrock (2001) dapat membuktikan pencapaian murid-murid lelaki lebih baik
berbanding murid-murid perempuan bagi mata pelajaran Matematik, Sains dan
Sukan. Manakala pencapaian murid-murid perempuan adalah baik berbanding
murid-murid lelaki dalam mata pelajaran memasak dan jahitan.
Emosi
Murid-murid mempunyai tahap emosi yang berlainan. Ini adalah kerana mereka
berasal dari keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-
kemahiran sosial yang berlainan. Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa. Tahap
kecerdasan emosi ini adalah berbeza. Contoh emosi, ketakutan, sensitive, cepat
14
marah, pemalu, pasif dan sebagainya. Kanak-kanak lelaki lebih bersifat temperamen
daripada kanak-kanak perempuan.
Guru perlu mengenalpasti perbezaan emosi murid-murid dan menangani dengan
cara yang sesuai serta mendisiplin mereka. Guru-guru perlu merancangkan
pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut personality murid-
murid supaya dapat mempertingkatkan tahap keyakinan mereka semasa
pembelajaran dijalankan.
Tingkah Laku
Tingkah laku juga dikenali sebagai kebolehan khas yang diwarisi tetapi peluang
alam sekitar yang luas juga turut mempengaruhi tingkah laku seseorang. Menurut
Mok Soon Sang (2008), perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi
pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial. Contohnya, terdapat peluang atau galakan
yang positif maka akan wujudnya tingkah laku seseorang itu positif. Dari segi
pengaruh persekitaran adalah seperti dari keluarga, sekolah, rakan sebaya,
media massa dan kebudayaan.
Sosial.
Menurut Guilford (1959), beliau menerangkan perbezaan sosial adalah mengikut
ciri-ciri semulajadi iaitu trait yang akan tentukan sama ada individu itu pemalu,
pendiam, mengasingkan diri, gugup, gelisah, impulsive. Manakala minat, sikap,
keperluan, kecenderungan serta temperamen juga turut mempengaruhi individu.
Manakala Bandura (1997) menekankan pengaruh model keatas tingkah laku
individu yang belajar tingkah laku tertentu melalui pemerhatian terhadap orang lain.
Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi wujudnya latar belakang sosio-
ekonomi seperti murid-murid yang mempunyai kapasiti pendapatan keluarga yang
tinggi, maka nutrisi adalah lebih bagus dan keadaan fizikal terjaga dengan rapi. Di
dalam kelas, guru perlu mengenalpasti tahap sosial murid-murid dan sentiasa
menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
Rohani / Agama.
15
dibesar mengikut sistem agama tertentu dari ibu bapa. Guru-guru
bertanggungjawab lebih sensitif terhadap agama dan menggunakan nilai-niali rohani
am untuk membina kesihatan dan kekuatan minda murid-murid supaya melahirkan
jiwa murid-murid yang stabil dan seimbang.
Selain daripda enam aspek yang utama ini telah menyebabkan perbezaan individu,
maka terdapat juga faktor lain yang turut mempengaruhi perbezaan ini seperti bakat
atau minat, perwatakan, pengunaan bahasa, sosialisasi, lokasi yang berbeza dan
sebagainya. Namun begitu, para pendidik perlu merancang strategi dan teknik
pengajaran dan pembelajaran yang akur dengan gaya pembelajaran yang berbeza-
beza di kalangan murid supaya tahap pencapaian matlamat pengajaran dapat
dipertingkatkan.
7.0 Penutup.
Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti
yang diharap dan dirancang. Terdapat beberapa golongan kanak-kanak yang tidak
bernasib baik sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan
baik dan cemerlang. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang
mempunyai masalah dari segi pemikiran hingga menjejaskan pemahaman,
penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja
dan bermatematik. Mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran
secara formal seperti pelajar lain.
Jesteru, mereka tidak mempunyai kebolehan untuk maju secara normal di
sekolah.
Prestasi mereka menunjukkan mereka tidak ada kebolehan bergerak secara normal
dalam kerja-kerja sekolah. Mereka tidak dapat membuat kerja-kerja kelas yang
sesuai dengan umur mereka.
Beberapa pendekatan haruslah diambil untuk membantu masalah pelajar ini.
Pelajar-pelajar tersebut tidak mampu untuk bergerak dengan sendirinya tanpa
bantuan dan dorongan oleh orang lain. Keperluan pelajar ini harus diambil berat
agar mereka tidak akan rasa disisih dan mampu mendapat tempat dalam kalangan
masyarakat yang lain.
16
8.0 Refleksi.
Saya amat bersyukur kerana akhirnya saya telah mampu menyiapkan tugasan
ini dengan baik. Bantuan dan juga tunjuk ajar yang amat berguna diberikan oleh
pensyarah saya iaitu En. Rosman yang amat saya hargai. Tanpa bimbingan beliau,
saya tidak akan mampu untuk menyiapkan tugasan tepat pada masanya yang telah
ditetapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi
sumbangan idea dalam melengkapkan lagi tugasan ini. Saya amat terharu dengan
jasa baik yang telah diberikan oleh semua orang yang mambantu saya. Terima
kasih saya ucapkan kerana telah membantu saya.
Tugasan ini memerlukan kajian tentang 2 orang pelajar yang bermasalah
pembelajaran. Kajian yang dibuat amat mencabar bagi saya kerana saya tidak
mempunyai pengalaman untuk berdepan dengan pelajar yang berkeperluan khas
nie. Saya telah banyak membuat rujukan terlebih dahulu dan bertanyakan kepada
beberapa guru pendidikan khas tentang cara untuk berdepan dengan pelajar
tersebut. Saya telah mendapat beberapa pendapat dalam memilih pelajar untuk
dijadikan sampel kajian saya. Pelajar yang saya pilih adalah pelajar Sindrom Down
dan juga pelajar Pintar Cerdas. Pelajar ini tidak mempunyai masalah kepada saya.
Dengan bantuan guru disitu, saya dapat menjalankan pemerhatian dan ujian keatas
pelajar tersebut dengan lancar.
Namun, saya mempunyai masalah untuk bertutur dengan pelajar tersebut.
Pelajar berkeperluan khas itu lebih suka berdiam dan dilihat takut dengan orang
yang tidak dikenali. Saya telah mengambil langkah, untuk mendekatkan diri saya
dengan sampel kajian saya. Walaupun pada awalnya pelajar itu sukar untuk
bercakap dengan saya, tetapi apabila sudah lama bersama dengan mereka, mereka
mula menjadi biasa dan senang untuk melakukan aktiviti bersama mereka seperti
mewarna, menulis perkataan dan melukis gambar.
Saya ingin melahirkan rasa bertuah kerana berpeluang untuk melakukan kajian
ini. Kajian ini banyak mengajar saya bagaimana untuk mengenali pelajar-pelajar
berkeperluan khas dengan lebih dekat lagi. Saya sudah mula untuk mengenali dan
memahami pelajar-pelajar tersebut. Saya amat bangga kerana mendapat
17
pendedahan seperti ini. Pengalaman yang telah deperolehi bersama pelajar
bermasalah pembelajaran ini tidak akan saya lupakan dan saya akan jadikan
panduan kepada saya untuk menjadi guru pendidikan khas yang cemerlang pada
suatu hari nanti.
18
9.0 Rujukan.
Mahani Razali, Mahzier Hamzah & Nor Junainah Mohd Isa (2009). Memahami
Tingkahlaku Kanak-kanak. Selangor. YCR Distributurs Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2008). Perkembangan kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Selangor
http://ms.wikipedia.org/wiki/SindromDown
19