Anda di halaman 1dari 6

HOMEMADE ROTI CANAI SEDAP

Oleh: Sue Norrman


Bahan-bahan
(A)
500ml air suam
1 biji kuning telur A
3 sdm sus pekat manis
2 sdm mentega/marjerin
Garam secukup rasa
(B)
1 kg tepung gandum (Green label)
Cara
1) Satukan bahan (A) dan rasakan lemak manis dan garam secukupnya.
2) Tuang ke dalam bahan (B) dan uli hingga doh lembut. (Sue guna bread maker untuk mudah) Rehatkan
doh selama 30 minit. Bila dan siap tumbuk buang angin dan uli lagi sekejap.
3) Bolehlah di bahagi ikut saiz yang disuka. Biasa 1 kg tepung dapat 20-23 biji dan terpulang pada saiz
yang disuka.
4) Sapu marjerin dalam kontena dan bolehlah di bulat-bulatkan doh tadi.
5) Bila dan siap semuanya, sapu lagi marjerin pada keseluran doh, pastikan semuanya menutupi dan
bolehlah disejukan.
6) Keluarkan doh biar lembut terlebih dahulu sebelum digunakan.
7) Untuk yang tak pandai menebar, Sediakan talam besar dan sapu minyak. Ambil sebiji doh dah tekan-
tekankan dengan jari supaya nipis. Pastikan jangan terlalu kering nanti susah untuk di tarik.
8) Letakkan lagi sedikit minyak atas doh dan tarik-tarikan hingga ke hujung permukaan talam. Tarik
perlahan-lahan supaya tidak koyak. Kalau doh betul-betul lembut ianya mudah dan tidak koyak bila
ditarik.

Bahan – bahan:
1 kg tepung gandum
3 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam halus
3 sudu besar susu pkt
1 biji telur
500ml air
Cara – cara memasak:
Masukkan marjerin, gula, telur, garam, susu pekat dan air ke dalam mixer (saya pukul guna tangan).
Kacaukan sekejap.
Kemudian, masukkan tepung gandum, ulikan ia sampai ianya menjadi doh, kemudian, rehatkan dalam
20 minit.
Selepas 20 minit, uli lagi sekali, uli sekejap sahaja. Rehatkan lagi dalam 20 minit. Selepas 20 minit,
keluarkn doh, letakkan doh di atas meja yang bersih.
Potong doh kepad 23 biji. (Saya buat 27 biji) Ini terpulang kepada anda.
Jika inginkan roti canai besar, buat besar – besar. Bulatkan doh, kemudian sapu marjerin kesemua doh
tadi. Sapu bekas dengan marjerin supaya doh tidak melekat.
Resepi Daging Paprik
Bahan-bahan Yang Digunakan
Bawang putih.
Bawang merah.
Halia sebesar ibu jari.
Cili kering.
(Kisar kesemuanya)
Daun limau.
Babycorn.
Asparagus.
Red/yellow pepper.
Shallot scape.
Tomato.
Carrot.
Brokoli.
Kicap pekat 1 sudu besar.
Lada sulah 1 sudu besar.
Daging dihiris tebal.
Sos tiram 2 sudu besar.
4 sudu besar sos tomato.
4 sudu besar kicap lemak manis.

Cara Memasak Daging Paprik

1. Perapkan daging bersama kicap pekat 1 sudu besar dan lada sulah 1 sudu besar.
2. Tumis sampai garing bahan-bahan kisar bersama daun limau.
3. Masukkan daging ke dalam bahan tumis tadi, kemudian tutup kuali. Biarkan daging masak sehingga
empuk dan air dagingnya keluar.
4. Masukkan sos tiram 2 sudu besar, sos tomato 4 sudu besar dan kicap lemak manis 4 sudu besar.
5. Bila kuah agak pekat masukkan air.
6. Akhir sekali masukkan sayuran campur.
Resepi Kuey Teow Goreng Kerang

Bahan-bahan:
Kuey teow sebungkus
Bawang putih ditumbuk kasar.
Cili kisar
Sos tomato
Kicap mee
Kicap manis
Sos tiram
Kerang siap direbus n dikopek
Tauge
Daun Kucai
Garam perasa
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan cili kisar. Tunggu sehingga masak.
Kemudian masukkan semua bahan-bahan kecuali kuey teow, tauge dan daun kucai. Kacau2 sehingga
rasa semua ok. Lebihkan sedikit garam sebab kuey teow ni tawar.
Kemudian masukkan kuey teow, daun kucai dan tauge. Kacau2 sehingga sebati semua. Kalau tak gelap
boleh masukkan lagi kicap manis.

Resepi Dimsum 1
Bahan-bahan untuk kulit dimsum dan wantan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan air panas
Cara-cara
Campurkan tepung gandum dan jagung masukkan air panas kemudian gaul sampai menjadi doh dan
tidak melekat di tangan.

Resepi Dimsum 2
Ini doh yang sudah siap diuli tadi. So korang boleh warna kan ikut suka korang. Memandang kan tadi
tiada warna hijau jadi Leya campurkan warna biru dan kuning. So jadilah hijau.

Resepi Dimsum 3
Ok, selepas dah uli korang kena canai doh jadi macam ni. Jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat.
Sedang-sedang sahaja.

Resepi Dimsum 4
Bahan untuk isi
Isi ayam
Telur
Lobak merah
Daun sup
Garam secukup rasa
Kalau ada cendawan boleh masukkan sekali lagi sedap
Resepi Dimsum 5
Cara-cara

Gaul semua bahan di atas kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan garam secukup rasa.
Sudah siap gaul masukkan dalam peti sejuk sementara nak buat kuah.

Resepi Dimsum 6
Bahan untuk kuah

1/2 cawan air


Kicap manis
Cili sos
Tomato sos
Sos tiram
1/2sudu cuka mkn
Gula & garam
Air perahan limau
Cara-cara

Masukkan air disusuli semua bahan diatas. Kacau sampai sebati. Masukkan gula dan garam secukup rasa
disusuli air perahan limau. Kalau nak bagi pekat bancuh 1 sudu tepung jagung dan masukkan dalam sos.

Kacau sampai mendidih dan tutup api


Resepi Dimsum 7
Kemudian korang bolehlah buat ikut ‘creativity’ korg. Yang ini yang sebelum masak tau. Bila korang da
buat lepas tu korang bolehlah kukus.

Resepi Dimsum 8
Taraaa nilah hasilnya selepas siap kukus. Sedap gila. Rasa sama sahaja macam korang beli kat kedai.
Spicy Korean Fried Chicken
Bahan-bahan (perapan ayam):
- Kepak ayam
- ½ cawan buttermilk

Campuran tepung:
- ½ cawan tepung ubi kentang
- 1 sudu besar garlic salt
- 1 sudu besar baking powder
- 1 sudu besar lada hitam

Bahan-bahan (sos):
- 1 sudu besar madu
- 4 sudu besar pes cili Korea (Gochujang)
- 2 sudu besar sos tomato
- 3 ulas bawang putih
- ½ sudu besar kicap masin
- 1 sudu besar cuka
- 1 sudu besar minyak bijan

Cara-cara (perapan ayam):


1. Perapkan ayam dengan buttermilk selama 20 minit.
2. Dalam mangkuk lain, gaul tepung ubi, baking powder, lada hitam dan garlic salt.
3. Masukkan ayam dan salut dengan tepung.
4. Goreng ayam hingga keemasan.

Cara-cara (sos):
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan pes cili Korea (Gochujang), sos tomato, kicap masin, madu, minyak
bijan, dan cuka. Gaul.
3. Apabila sudah dimasak, tutup api dan masukkan ayam yang sudah digoreng dan
gaul.
4. Taburkan bijan dan daun bawang ke atas ayam.

Anda mungkin juga menyukai