Bertakbir Bukan Waktu Hari Raya
Bertakbir Bukan Waktu Hari Raya
APAKAH hukum mengalunkan takbir pada waktu selain daripada Hari Raya Aidilfitri dan
Aidiladha? Benarkah jika dialunkan selain daripada waktu tersebut mereka yang sudah
meninggal dunia akan menangis seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak?
JAWAPAN:
Bertakbir pada kedua-dua hari raya adalah sunat hukumnya, namun jika dialunkan selain
daripada hari raya ia dikira khilaful aula iaitu perbuatan menyalahi yang utama.
Adapun tentang ahli barzakh menangis itu adalah salah kerana mana mungkin sebutan yang
baik-baik seperti takbir, zikir dan sebagainya itu boleh mengakibatkan kesedihan bagi ahli
barzakh.