Anda di halaman 1dari 2

USLUB BERBINCANG DENGAN CARA BAIK

Rujukan : Laman Web Tarbiah Dewan Pemuda PAS Johor

Para da’i hendaklah menjalankan dakwahnya dengan mengikuti cara yang lemah-lembut dalam
perkataan dan menjauhkan kelakuan yang kasar dan kesat.

Gunakanlah sebaik-baik cara berhubung dengan tujuan untuk menjauhkan pendengar-pendengar


yang didakwahkan itu dan merasa bahawa pendakwah itu menyerang aqidah yang mereka
mempertahankannya. Perancangan cara begini adalah lebih kuat, berpengaruh dan berkesan.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali
orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka) : “Kami beriman
kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan
kepada kamu; dan Tuhan kamu, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh
dengan berserah diri.” (Al-Ankabut: 46)

Inilah juga firman Allah s.w.t. kepada Nabi Musa a.s. dan saudaranya Harun a.s. ketika mereka
diutuskan oleh Allah s.w.t. kepada Firaun yang sombong. Sungguhpun begitu, Allah s.w.t.
memerintahkan mereka supaya berlemah-lembut. FirmanNya yang bermaksud:

“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.
“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia
beringat atau takut.” (Taha: 43-44)

Apabila Allah s.w.t. menyatakan supaya dalam berbincang mestilah dengan cara yang baik, maka
para da’i perlulah membuat persiapan terlebih dahulu dan segi hujah, latihan, teknik, berbincang
yang terbaik, supaya lahir seorang da’i yang mempunyai karisma yang tinggi dalam berdiskusi.

Kalau tidak adalah lebih baik jika dia tidak memberikan kesanggupan dari awal semasa proses
temujanji dilakukan.

Kalau ia mempunyai fakta yang lengkap dan cukup jitu, maka ia tidak akan mudah panas baran dan
melenting apabila dicemuh atau diserang kerana dia tahu peluru yang ada padanya mencukupi serta
mampu menjawab semua hujah musuh atau orang-orang yang diseru kepada Islam.

Pendakwah kadang-kadang mudah naik angin dengan berbagai-bagai soalan kerana tiada persiapan.
Dia akan bimbang sekiranya persoalan itu mematikan ideanya untuk berhujah.
Boleh jadi ada orang bertanya, jika pendakwah selalu berlembut dan memilih perbincangan dengan
cara yang baik maka bilakah masanya akan berlaku keras. Kita menjawab keras boleh berlaku tetapi
dalam kadar dan ruang lingkup membalas setara dengan apa yang mereka lakukan.

Kalau dalam peperangan sekalipun Islam tidak cenderung kepada kekasaran tetapi lebih kepada
unsur membalas setara dengan apa yang dilakukan. Maka di dalam dakwah sifat ini lebih dituntut
kerana peringkat ini ialah peringkat dakwah iaitu seruan dan pemberian maklumat perintah Islam.
Manakala, peringkat perang ialah peringkat jihad.

Lagi pula kalau kasar merugikan dan lemah lembut tidak merugikan maka baiklah kita berlaku
lembut kerana kita tidak akan cepat kehabisan peluru. Barangkali peluru akan digunakan dengan
begitu waspada sekali. Kalau peluru dilepaskan dilepaskan bertubi-tubi dengan begitu kasar sekali
boleh jadi kehancuran akan berlaku.

Sedangkan pendakwah tidak lebih dari seorang doktor untuk merawat pesakit supaya ia sembuh
bukan bertujuan untuk membunuhnya.

Satu hakikat yang sering berlaku ialah musuh lebih mudah hilang pertimbangan dalam menghadapi
dakwah samada mereka dari awal-awal lagi menolak apa-apa perbincangan atau mereka lebih
mudah cenderung kepada hilang pertimbangan.

Kerana mereka tahu bahawa mereka tidak mampu menghadapi hujah-hujah dari golongan Islam.
Contoh mudah ialah mana- mana forum di universiti tempatan yang menjemput wakil PAS maka
wakil UMNO pasti akan menolak atau menarik diri dari hadir. Sedangkan mereka adalah pemerintah
dan mereka dianggap sebagai orang yang berkuasa.

Contoh kedua ialah peristiwa pembunuhan anak Nabi Adam a.s. iaitu antara Qabil dan Habil. Qabil
sanggup membunuh adik kandungnya sendiri lantaran kerana hilang pertimbangan antara akal dan
nafsu.

Anda mungkin juga menyukai