Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KEMAHANG

27310 BENTA, PAHANG.

KERTAS KERJA

TAMAN HERBA DAN ORKID

ANJURAN

PANITIA SAINS
SEKOLAH KEBANGSAAN KEMAHANG
KERTAS CADANGAN PROGRAM
TAMAN HERBA DAN ORKID
SK KEMAHANG 2015

1. 0 PENDAHULUAN

Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains SK Kemahang yang
merupakan julung-julung kalinya dianjurkan. Memandangkan terdapat satu tapak yang
tidak diguna pakai di kawasan sekolah, maka dicadangkan agar tapak tersebut
dijadikan sebagai taman herba dan orkid. Taman ini akan ditanam dengan berbagai
jenis tanaman herba dan orkid. Tumbuhan herba banyak memberi manfaat kepada
kesihatan manusia. Tanaman ini juga senang dijaga dan tidak memerlukan penjagaan
yang rutin. Hasilnya akan memberi manfaat kepada warga sekolah. Program ini juga
bertujuan untuk menarik minat pelajar SK Kemahang terhadap mata pelajaran Sains
dan dapat melahirkan pelajar yang berketerampilan, kreatif dan inovatif.

2.0 MATLAMAT
2.1 Untuk melahirkan pelajar yang kompeten dalam bidang sains herba, inovatif dan
kreatif selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang
berdaya saing tinggi.
2.2 Untuk melahirkan pelajar yang bertolerasi dan bekerjasama melalui pertandingan
bagi penjagaan secara berkumpulan yang terdiri murid-murid pra, tahun 1,
tahun 2, tahun 3 tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.
2.3 Untuk meningkatkan pengetahuan murid-murid tentang nama-nama santifik bagi
tanaman herba.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


3.1 Menambahkan keceriaan kawasan sekolah.
3.2 Memenuhkan kawasan yang kosong dengan pelbagai tumbuhan herba dan orkid.
3.3 Mencetuskan semangat inkuiri pelajar tentang Sains dalam nama-nama saintifik
tanaman herba dan orkid.
3.4 Menarik minat pelajar dalam menerokai bidang Sains khususnya dalam tanaman
herba dan orkid.
3.5 Meningkatkan daya saing pelajar melalui pertandingan antara kelas yang
dianjurkan.
3.6 Mengisi masa pdp murid tahun 6 selepas peperiksaan UPSR.
3.7 Membekalkan sumber ubatan dan ulaman kepada warga sekolah.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua pelajar, warga pendidik dan staf-staf
SK Kemahang.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN


Mulai dari bulan Jun 2015

6.0 TEMPAT
Tapak taman permainan pra lama.

7.0 PELAN TAPAK


Lihat lampiran

8.0 PERALATAN DAN BAHAN YANG DIPERLUKAN


8.1 Pasu tembikar
8.2 Pasu plastik
8.3 Polybag
8.4 Tanah hitam
8.5 Baja
8.6 Penyembur racun
8.7 Penyembur bunga
8.8 Penyiram bunga
8.9 Racun serangga
8.10 Racun siput
8.11 Jaring plastik hitam
8.12 Tiang 3’ x 5’
8.13 Kayu para-para 2’ x 3’
8.14 Kayu para-para 1’ x 2’
8.15 Paku
8.16 Gergaji
8.17 Cat
8.18 Batu bata
8.19 Rumah herba
8.20
8.21
8.22
8
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

9.0 JAWATANKUASA KERJA

10.0 PENUTUP
Diharapkan agar program akan berjalan dengan lancar dan sistematik seperti yang
dirancang. Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan agar objektif dan
matlamat program dapat direalisasikan dengan jayanya.

Disediakan oleh,

…………………………………………
(NOOR SAIDI BIN ABDULLAH)
Ketua Panitia Sains

Diluluskan oleh,

..............................................
(PN SALWA BINTI MOHD AMIN)
Guru Besar SK Kemahang

Anda mungkin juga menyukai