Anda di halaman 1dari 5

Nama : Hendrick Khazol Durahim

Program : Diploma Teknologi Automotif


Tugasan : T3 (tugasan teori dan
pembentangan)

Tajuk : Keruntuhan Rumah


Tangga
Jodoh dan alam perkahwinan merupakan salah satu isu yang membelenggu
jiwa masyarakat sejak beberapa dekad lalu. Banyak forum dan ceramah di media
massa mengupas hal sedemikian. Rata-rata responden mengutarakan soalan
dan juga luahan hati tidak kira melalui lorong media cetak mahupun elektronik
bahkan media sosial seperti Facebook dan Twitter turut menjadi tapak semaian
perasaan sendu sendawa. Setelah meniti gerbang perkahwinan dan membina
sesebuah institusi keluarga, setiap pasangan perlu menelusuri tanggungjawab
serta peranan yang digalas agar mahligai dibina kekal hingga ke hujung nyawa.
Namun, langit tidak selalu cerah, hidup tidak selalu indah. Diksi ini menunjukkan
kehidupan kita tidak sentiasa tenang dan gembira, kadangkala badai dan duka
turut melanda samudera. Persoalan yang ingin dikupas ialah perkara yang
menjadi asbab keruntuhan institusi keluarga pada masa kini.

1. Pasangan tiada persefahaman


Serasi dan memiliki persefahaman merupakan salah satu resepi
kebahagiaan sesebuah institusi keluarga. Tidak semestinya pasangan
memerlukan persamaan minat atau karakter untuk mendefinisikan keserasian
sebaliknya perbezaan sifat menjadi pelengkap hidup suami isteri. Kuncinya
adalah saling menghormati antara satu sama lain. Hal ini penting kerana
kehidupan berumah tangga bukan untuk sehari dua sebaliknya harapan
melanjutkan hubungan hingga ke hujung usia dan nyawa. Apabila berdepan
dengan sesuatu kemelut, pasangan perlulah bijak untuk menangani situasi
kesukaran yang menjadi asam garam sebuah kehidupan. Misalnya, apabila
berhadapan dengan masalah berkaitan sikap anak-anak, ibu bapa perlu cepat
bertindak secara rasional bagi menangani kemelut tersebut agar tidak
berlarutan. Jika hal ini berlaku, pelbagai rantaian masalah lain akan timbul lalu
menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan.

2. Pasangan tidak bertanggungjawab


Selain itu, keruntuhan isntitusi keluarga turut berpunca daripada sikap tidak
bertanggungjawab. Setiap pasangan harus sedar bahawa perkahwinan bukan
sekadar memenuhi nafsu diri, bahkan mereka memikul amanah dan
tanggungjawab yang besar. Hal ini dapat dilihat terhadap peranan suami yang
berperanan mencari nafkah demi komitmen terhadap isteri dan anak-anaknya.
Begitu juga dengan si isteri yang membantu suami dari segi penjagaan rumah
tangga. Gabungan tugas ini bisa mengukuhkan aura positif dalam melahirkan
sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah. Justeru, ketiadaan nilai
tanggungjawab dalam empunya diri menjurus kepada keruntuhan rumah tangga.

3. Pasangan curang
Apabila kita tidak bersyukur akan kurniaan tuhan, kita akan terus menggali
dan terus mencari kesempurnaan. Dalam rumah tangga, sifat tidak pernah puas
memiliki apa yang ada boleh mewujudkan bibit-bibit yang membawa kepada
kecurangan dengan pasangan tidak kira lelaki mahupun isteri. Amat
menyedihkan suami bermain kayu tiga dengan mencari pasangan yang lebih
muda dan bergetah sedangkan isteri yang menjadi suri rumah berhempas-pulas
menjaga hal ehwal di rumah. Tidak kurang juga isteri yang tidak menjaga
maruah suami yakni tidak menjaga batasan pergaulan yang sepatutnya.
Kecurangan sebegini memberi impak negatif terhadap kerukunan mahligai
keluarga.
4. Campur tangan keluarga
Tidak dinafikan apabila sah lelaki dan wanita itu bergelar suami isteri,
pasangan itu bukan sahaja bakal hidup dengan seseorang yang sebelum ini
asing dalam hidupnya, tetapi seluruh keluarga pasangan yang baru dinikahinya.
Tiada salah memberi pendapat dan nasihat, tetapi terlalu menjaga tepi kain
anggota keluarga yang sudah berkahwin boleh memberi kesan mendalam yang
menyakitkan. Sebagai contoh, jika ibu atau bapa kepada pasangan terlalu masuk
campur dalam pertelingkahan suami isteri, masalah tersebut bakal mengundang
penyakit kudis berjangkit dan melarat hingga perpecahan dan penceraian dalam
institusi keluarga. Siapa yang menjadi mangsa? Pasangan itu sendiri yang
merana malahan anak-anak menanggung akibat perbuatan orang tua mereka.
Natijahnya, anak-anak terabai dan merasakan kurangnya kasih sayang hingga
menjatuhkan mereka ke kancah sosial yang dasyat. Tepuk dada, tanya selera.

5. Masalah ekonomi
Kita selalu dengar, wang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya
memerlukan wang untuk hidup. Jangan terlalu percaya mitos Romeo dan Juliet,
Laila dan Majnun. Kadangkala kita perlu sedar diri dalam hidup ini tiada yang
segalanya indah dan sempurna. Kita bukanlah maksum umpama nabi. Apabila
dijentik sedikit dugaan kewangan, kepercayaan dan kesetiaan pasangan suami
atau isteri sudah seakan-akan goyah. Masalah ekonomi dalam rumah tangga
sedikit sebanyak menggugat hati dan perasaan bahagia. Sekiranya ujian kecil
tuhan itu tidak ditangani secara berhemah dan penuh kesabaran, kita akan
kecundang dan lemah serta gagal dalam peperiksaan rumah tangga. Sudah
terang lsgi bersuluh bahawa kestabilan ekonomi tetap memainkan peranan
penting dalam mewujudkan kerukunan rumah tangga walaupun kata orang,
wang bukan penentu kebahagiaan dalam menerajui kehidupan.

Konklusinya, setiap individu mendambakan hubungan cinta yang kekal


hingga ke jannah. Sudah menjadi lumrah setiap manusia memerlukan teman
untuk menemani mereka menjalani bahtera kehidupan. Persoalannya, adakah
bahtera tersebut dilanda badai atau selamat kunjung tiba ke akhir destinasinya?
Hakikatnya, cara mengemudi bahtera itu menjadi penentunya. Sebagai manusia,
kita perlu sehabis baik cuba mengendalikan bahtera tersebut walaupun ombak
dan gelora datang menjelma. Usah dituding jari ke wajah orang lain, sebaliknya
lihat dan perbaikilah kelemahan diri untuk memajukan diri. Bidalan ada
menyebut, hari ini sepatutnya lebih baik daripada semalam. Marilah menyatukan
tenaga bagi mewujudkan institusi kekeluargaan yang penuh dengan kasih
sayang.
IMPLIKASI PENCERAIAN TERHADAP ANAK-ANAK
Seperti kita sedia maklum, penceraian memberi pelbagai
kesan terhadap anak anak. Hal ini kerana, pertelingkahan yang
berlaku dalam kalangan suami isteri yang mendorong kepada
berlakunya penceraian menjadikan anak-anak mereka merasa
tertekan dengan situasi yang berlaku seterusnya memberi
impak yang tidak baik dalam diri anak-anak tersebut. Antara
implikasi penceraian terhadap anak-anak yang boleh kita lihat
adalah hilang tumpuan dalam pelajaran, mengubah sikap
mereka kepada arah yang negatif dan ia juga menyebabkan
mereka mudah terpengaruh dengan aktiviti yang tidak sihat.

1) Tercicir Dalam Pelajaran


Keruntuhan institusi kekeluargaan menyebabkan hubungan suami, isteri serta anak-anak
menjadi semakin renggang. Kebanyakkan daripada mereka membuat haluan masing-masing
sehinggakan kadangkala si bapa lupa akan tanggungjawabnya kepada anak-anak dan si ibu
pula membawa diri serta anak-anaknya jauh dari kasihnya seorang bapa. Hal ini menjadikan
anak-anak merasa tertekan sehinggakan anak-anak yang masih bersekolah tidak dapat
menumpukan perhatian dan memberi fokus kepada pelajaran. Mereka menjadi mangsa
keadaan sehingga menjadikan ramai dalam kalangan mereka tercicir dalam pelajaran.
Seharusnya, perkara sebegini tidak boleh berlaku kerana ibu bapa merupakan individu
yang sangat diperlukan oleh anak-anak untuk memastikan mereka membesar dalam
persekitaran yang baik. Selain itu, ibu bapa juga sepatutnya menjadi individu yang
bertanggungjawab dalam memastikan anak mereka diberikan perhatian yang cukup dan
mendapatkan pendidikan yang sempurna. Namun begitu, penceraian yang berlaku
menyebabkan suasana rumah menjadi hambar sehingga menjadikan anak-anak tidak berasa
seronok serta menyebabkan mereka kehilangan minat dan malas untuk belajar. Hal ini
seterusnya menjadikan anak-anak tercicir dalam pelajaran yang akhirnya membawa kepada
kemerosotan prestasi mereka dalam bidang akademik.
2) Perubahan Sikap
Seterusnya, penceraian yang berlaku juga turut memberi impak terhadap perubahan sikap
anak-anak. Hal ini kerana, keruntuhan institusi kekeluargaan yang berlaku menyebabkan
anak-anak ini memberontak serta berubah sikap menjadi seorang yang pemarah dan penuh
dengan sifat kebencian dalam dirinya. Perkara ini mungkin terjadi disebabkan mereka tersepit
dengan situasi yang berlaku seterusnya bertindak untuk menyalahkan diri mereka sendiri
kerana merasakan bahawa mereka merupakan punca kepada terjadinya penceraian di antara
ibu dan bapa mereka. Ia juga mendorong mereka untuk menjadi seorang yang pasif iaitu
seorang yang kerap bermurung, dan kurang akan keyakinan diri. Perkara sebegini juga
mendorong mereka untuk memendam perasaan dan menjadi seorang yang lebih beremosi
sehingga ada diantara mereka menjadi mangsa buli rakan-rakan di sekolah. Natijahnya, anak-
anak ini mengalami tekanan emosi yang teruk dan mendorong mereka untuk memberontak
dan seterunsya menjadi seorang individu yang pemarah dan pendendam terhadap setiap
perkara negativf yang berlaku kepada dirinya. Tambahan lagi, ia juga turut mendorong
mereka untuk hilang rasa hormat kepada kedua ibu bapa mereka.

Holistiknya, isu penceraian ini dilihat seolah-olah telah menjadi barah dalam masyarakat
di Malaysia. Peratus peningkatan pendaftaran kes penceraian juga dilihat semakin tidak
terkawal. Sekiranya perkara ini tidak dikawal dan dicegah ia mungkin akan menjadi semakin
teruk dan akhirnya membawa kepada penularan masalah sosial terutamanya kepada anak-
anak mangsa penceraian. Oleh hal yang demikian, semua pihak hendaklah mengambil
langkah yang sesuai untuk membendung masalah ini dari terus berlaku. Seperti yang kita
sedia maklum, tidak guna sekiranya Negara semakin pesat membangun jika rakyatnya masih
ketandusan akan akhlak dan mundur dari aspek pembangunan mental dan juga spiritual.

Anda mungkin juga menyukai