AKTIVITI 11 - Modul Kem Eureka

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 9

MODUL

Kem Eureka
(AKTIVITI 11)

‘Merealisasikan Pendidikan Berasaskan Komuniti Bagi


Murid yang Ketinggalan’

BIRO PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


MAJLIS ISLAM SARAWAK
ISI KANDUNGAN

Muka
Perkara
Surat
Rasional 1

Objektif 1

Kumpulan Sasar 1

Pengisian 2

Kaedah Penyampaian 2

Panduan Pelaksanaan 4

Petunjuk Kejayaan 5

Kaedah Penilaian 5

Contoh Jadual 6
1.0 RASIONAL
BPP-MIS menyedari bahawa pembelajaran sains akan diminati, menjadi
lebih bermakna dan menyeronokkan apabila murid dapat memahami
fenomena alam di sekeliling mereka melalui pengalaman, pemerhatian dan
pengamatan mereka sendiri. Kem Eureka bertujuan membimbing murid-
murid yang ketinggalan secara sistematik untuk memahami proses sains
supaya mereka meminati dan memiliki kemahiran asas proses sains bagi
membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains secara
berkesan. Melalui Kem ini, murid dibimbing untuk memahami dengan mudah
proses sains seperti mengenalpasti masalah, membuat hipotesis,
mengumpul, menganalisis dan mentafsir data, membuat kesimpulan serta
menyediakan laporan.

2.0 OBJEKTIF
Selepas mengikuti Kem ini, para peserta dapat
2.1 Menyatakan keseronokan belajar Sains dengan menzahirkan
tindakbalas atau tingkahlaku yang positif semasa aktiviti dijalankan;
2.2 Menyatakan dengan betul jawapan soalan-soalan kemahiran proses
Sains yang terdapat di dalam modul melalui lisan atau bertulis secara
bersendirian atau berpandu; dan
2.3 Menyatakan dengan betul konsep sains yang diperolehi di dalam
aktiviti modul melalui lisan atau bertulis, secara bersendirian atau
berpandu

3.0 KUMPULAN SASAR


Murid Tahun 4, 5 dan 6 yang ketinggalan.

1
4.0 PENGISIAN

Kem ini diisi dengan sesi penerangan, perbincangan, permainan, dan


pelbagai jenis aktiviti ‘hands-on’ yang dirangka untuk merangsang minda dan
kreativiti murid di samping membina perasaan ingin tahu mereka terhadap
alam sekeliling. Perkara yang diberi tumpuan dalam Kem ini adalah:
4.1 Konsep Sains;
4.2 Kemahiran proses Sains; dan
4.3 Amalan kemahiran proses Sains.

5.0 KAEDAH PENYAMPAIAN

Cara
Bil. Perkara Kandungan
Penyampaian
5.1 Konsep Diterapkan dalam Pengenalan konsep Sains.
Sains aktiviti modul
secara kumpulan Contoh Aktiviti:
atau individu a. Kajian lapangan
(bersifat hands- b. Perbincangan dalam
on) kumpulan
Penerangan
5.2 Kemahiran Diterapkan dalam 1. Kemahiran Proses-proses
Proses- aktiviti modul Sains.
proses secara kumpulan 2. Proses-proses Sains:
Sains atau individu  Memerhati.
(bersifat hands-  Mengelas.
on)
 Mengukur dan
IBSE
menggunakan nombor.
Penerangan

2
 Menghubungkan ruang
dan masa.
 Mendefinisi secara operasi.
 Membuat inferens.
 Berkomunikasi.
 Membuat ramalan.
 Membanding dan
membeza.
 Mentafsir maklumat.
 Membuat eksperimen.
 Membuat kesimpulan.
(Pilih KPS mengikut
kesesuaian aktiviti dalam
modul : berikan lebih
penekanan untuk
menginferens bagi
meningkatkan sikap inkuiri
peserta)
Contoh Aktiviti:
 Hoop Glider.
 Ilusi Pergerakan.
 Diet Coke and Mentos
Eruption.
 Belon Berkuasa Jet.
 Rotor-Copter.
 Magic Water-Well.
 Belon Air yang Degil.
 Hoverkraf.
5.3 Amalan Aktiviti dalam 1. Mengenal pasti konsep Sains
Kemahiran Kumpulan dengan aktiviti yang
3
Proses (bersifat hands- dijalankan.
Sains on) 2. Aplikasi proses Sains dalam
Penerangan kehidupan seharian.
aktiviti

Contoh Aktiviti:
a. Mengenal pasti proses Sains
melalui aktiviti amali.
b. Menjawab soalan secara lisan
dan bertulis.
c. Perbincangan dalam
kumpulan.
d. Membuat rumusan.

6.0 PANDUAN PELAKSANAAN

Bil. Perkara Aktiviti Rasional


6.1 Pengenalan / Urus setia Penting bagi para peserta
Taklimat menjelaskan memahami tujuan, objektif, isi
Mengenai tentang tujuan, kandungan, dan aktiviti yang akan
Kem isi kandungan dijalankan supaya mereka dapat
dan peraturan- menghayati peranan serta
peraturan kem tanggungjawab yang dijangkakan
yang perlu daripada mereka sebagai peserta.
dipatuhi.
6.2 Taaruf Fasilitator Aktiviti ini bertujuan memberi
mengendalikan peluang kepada peserta untuk
sesi perkenalan berkenalan dan mengenali serta
antara para menghargai satu sama lain supaya

4
peserta. mereka bukan sahaja dapat
berinteraksi dan bergaul dalam
suasana yang mesra dan harmoni
semasa menyertai kem, tetapi juga
memupuk ukhwah dan rasa
persaudaraan selepas itu.
6.3 Konsep Fasilitator Pengetahuan para peserta
Sains menerangkan mengenai konsep Sains dapat
konsep Sains membantu menimbulkan rasa
kepada para minat dan seronok untuk
peserta mempelajari Sains.
berdasarkan
aktiviti modul.
6.4 Kemahiran Fasilitator Kefahaman para peserta tentang
Proses- menerangkan Sains dan proses-proses Sains
Proses Sains kepada para akan menjadikan murid lebih peka
peserta tentang tentang hubungan Sains dengan
Sains dan kehidupan seharian mereka.
kemahiran
proses-proses
Sains
berdasarkan
aktiviti modul.

7.0 PETUNJUK KEJAYAAN

Kejayaan kem ini boleh diukur melalui kefahaman para peserta dengan
menyatakan jawapan yang betul mengenai konsep-konsep dan proses-
proses Sains serta kebolehan mereka menghubungkaitkan dan

5
mempraktikkan kemahiran proses-proses Sains di dalam aktiviti seharian
mereka di dalam melaksanakan aktiviti modul.

8.0 KAEDAH PENILAIAN

Penilaian dibuat melalui:


8.1 Laporan ringkas eksperimen (bertulis)
8.2 Pemerhatian dan sesi refleksi (secara lisan); dan
8.3 Laporan daripada fasilitator dan komuniti yang terlibat.

9.0 CONTOH JADUAL

Hari Masa Aktiviti


0730 – 0800 Pendaftaran & Pre-Test
0800 – 0830 Sesi 1: Taklimat & Taaruf
0830 – 0930 Sesi 2: Kemahiran Proses Sains
0930 – 1000 Modul 1: Gelas Ajaib
1000 – 1020 Rehat
1020 – 1100 Modul 2: Hoop glider
Hari 1100 – 1130 Modul 3: Rotor-copter
Pertama 1130 – 1200 Modul 4: Belon Ajaib
1200 – 1230 Modul 5: Ilusi Optikal
1230 – 1400 Rehat dan Solat Berjemaah
1400 - 1630 Sesi 3: Aktiviti Lapangan
0800 - 0830 Modul 6: Refleksi aktiviti hari pertama
0830 - 0900 Modul 7: Magic Swing

6
Hari 0900 - 0930 Modul 8: Belon Otomatik
Kedua 0930 - 1000 Modul 9: Belon Kuasa Jet
1000 - 1020 Rehat
1020 - 1100 Modul 10: Kuiz Am Sains
1100 - 1130 Modul 11: Anggaran Luas
1130 - 1200 Post –Test
1200 - 1230 Rumusan dan penangguhan

Anda mungkin juga menyukai