Anda di halaman 1dari 6

MOHD ROSLAN CHEE 950422-12-5049 2015072340039

PERSPEKTIF GAYA DAN KECANTIKAN TERHADAP KENDIRI, KERJAYA DAN


SOSIAL

1.0 Pengenalan

Sejak beberapa dekad yang lalu, gaya dan kecantikan telah memberikan impak
terhadap kehidupan manusia di seluruh dunia (Hamermesh, 2011). Dari hiasan diri yang
pelbagai, sehinggalah perhiasan diri yang minimalis, dari memperagakan daun sebagai
pakaian, sehinggalah menyarungkan sutera di tubuh badan. Perkembangan gaya dan
kecantikan telah dapat dilihatkan menerusi peredaran zaman (Bowman, 2017).
Kehidupan manusia dalam arus pemodenan kini harus dilengkapi dengan gaya dan
kecantikan yang dapat memberikan impak dalam diri seseorang individu. Impak samada
dalam bentuk kendiri, kerjaya mahupun sosial. Justeru itu, penulisan ilmiah ini akan
menyentuh bagaimanakah gaya dan kecantikan dapat memberikan impak dalam
kehidupan berdasarkan perspektif kendeiri, kerjaya dan sosial.

2.0 Definisi Gaya dan Kecantikan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), gaya didefinisikan sebagai suatu sikap
seseorang individu samada kesukaan ataupun ketidaksukaannya, dan cara kelakuan
yang menjadi ciri seseorang. Terdapat juga definisi lain yang menyatakan bahawa gaya
merupakan suatu dorongan ataupun tarikan terhadap sesuatu perkara ataupun benda
(Hadawiah, 2012). Dalam erti kata lain, gaya seseorang individu berperanan sebagai
faktor pembentukan kemenjadian seseorang individu. Sebagai contoh, gaya bahasa yang
digunakan oleh seseorang individu untuk menyesuaikan diri dalam aktiviti
pengucapannya. Kecantikan pula dapat didefinisikan sebagai kesenangan yang dapat
diterima oleh seseorang individu terhadap dirinya sendiri (Molinary, 2016). Namun, setiap
individu mempunyai definisi kecantikan yang berbeza. Menurut Indirawati, (2018)
kecantikan boleh dinilai daripada aspek luaran juga dalaman. Sebagai contoh, bentuk
tubuh badan yang lebih langsing meletakkan nilai kecantikan yang lebih tinggi dari segi
luarannya, tetapi bentuk tubuh badan yang berisi tetapi mempunyai hati yang baik
meletakkan kecantikannya yang lebih tinggi dari segi dalamannya. Secara amnya, gaya
dan kecantikan dapatlah disimpulkan sebagai suatu cara seseorang individu
memperagakan perwatakannya samada secara dalaman mahupun luaran.

3.0 Peranan Gaya dan Kecantikan dalam Kehidupan

3.1 Perspektif Kendiri

Tidaklah dapat dinafikan bahawa seseorang individu itu menginginkan gaya dan
kecantikan diri yang lebih menarik dan sedap mata memandang (Hamermesh, 2011).
MOHD ROSLAN CHEE 950422-12-5049 2015072340039

Dengan berpenampilan yang lebih bergaya dan cantik, seseorang akan dapat
memuaskan diri sendiri kerana dia telah berjaya mencapai keinginan gaya dan
kecantikan yang ideal terhadap dirinya (Nababita, Etcoff, & Jaeger, 2015). Sebagai
contoh, tubuh badan yang sihat adalah salah satu gaya dan kecantikan yang selalu
di idam-idamkan oleh seseorang individu. Berdasarkan laporan Hidayatul (2018),
perkara ini dapat dilihat menerusi trend masa kini, di mana masyarakat lebih
cenderung untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat untuk mendapatkan
gaya dan kecantikan diri yang lebih ideal. Amalan seperti bersenam, mengambil
pemakanan yang sihat, dan juga pengurusan diri yang baik dapat membantu
seseorang itu mencapai gaya dan kecantikan diri yang lebih menarik. Hal ini kerana,
amalan-amalan tersebut adalah lebih mesra terhadap sistem tubuh badan manusia
kerana kadar perubahannya adalah secara semulajadi dan tidak memberikan kesan
buruk kepada tubuh badan manusia.

Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir individu yang rela mengeluarkan


duit lebih untuk mengambil jalan mudah bagi mendapatkan gaya dan kecantikan diri
yang diingini, iaitu dengan mengambil makanan tambahan seperti vitamin dan
mineral (Norkumala, 2016). Makanan tambahan dapat membantu dalam
mempercepatkan proses perubahan tubuh badan seperti, kulit yang lebih cerah atau
tubuh yang lebih langsing. Namun, tubuh badan manusia telah diciptakan untuk
menampung vitamin yang mineral secara seimbang dimana masalahnya timbul
apabila seseorang itu mengambil makanan tambahan ini secara berlebihan (Joshi,
2010). Hal ini akan menyebabkan tubuh badan akan mengalami perubahan secara
drastik dan menyebabkan kegagalan sistem tubuh badan untuk menyesuaikan diri.
Maka, seseorang itu akan mengalami masalah kesihatan seperti kegagalan sistem
buah pinggang kerana terlalu banyak pengambilan makanan tambahan yang perlu
ditapis dalam tubuh badan. Justeru, tubuh badan seseorang itu akan mengalami
susut berat badan dan tidak dapat membekalkan nutrien kepada seluruh tubuh badan
yang menyebabkan badan menjadi lesu, kurus, dan tidak bermaya seterusnya
menjadikan tubuh badan itu kehilangan gaya dan kecantikan yang diingini.

3.2 Perspektif Kerjaya

Selain itu, kerjaya juga menitikberatkan gaya dan kecantikan lebih-lebih lagi
sekiranya profesion tersebut mempunyai imej yang tersendiri. Menurut Chamola,
(2017) setiap profesion telah menetapkan kod dan etika dalam melaksanakan tugas
masing-masing bagi mencapai objektif firma. Salah satu kod dan etika yang perlu
dipatuhi adalah etika pemakaian. Sebagai contoh, profesion perguruan yang
MOHD ROSLAN CHEE 950422-12-5049 2015072340039

mementingkan kekemasan diri dan kesantunan dalam pemakaian. Hal ini juga dikira
sebagai salah satu gaya dan kecantikan kerana mencerminkan personaliti profesion
tersebut (Abd. Rahim, 2006). Profesion perguruan amat dikenali dengan cara
pemakaiannya yang sangat terikat dengan etika pemakaian sebagai salah satu
profesion professional di Malaysia. Guru seharusnya tidak memakai pakaian yang
menjolok mata kerana guru merupakan suri teladan terhadap pembangunan modal
insan seterusnya mencerminkan kecantikan profesion keguruan. Maka, gaya dan
kecantikan dapat ditonjolkan melalui etika pemakaian dalam profesion perguruan
yang bertujuan untuk membangunkan keperibadian diri modal insan yang terunggul.

Dari sudut perspektif yang lain, gaya dan kecantikan dari aspek kerjaya juga dapat
dilihat menerusi gaya bahasa yang digunakan dalam profesion-profesion yang
tertentu. Gaya bahasa merupakan penggunaan kata, ayat, ataupun penyusunan ayat
mengikut keperluan masing-masing (Mohamad Yazid, 2010). Hal ini adalah
bertujuan agar mesej yang ingin disampaikan adalah lebih jelas dan mudah difahami
berdasarkan perkara yang diperbincangkan. Sebagai contoh, dalam bidang
perniagaan, gaya bahasa yang digunakan adalah gaya bahasa ekonomi. Hal ini
kerana, terdapat istilah ekonomi yang perlu digunakan agar aktiviti perniagaan dapat
dijalankan secara tulus dan telus (M. Z. Azmie, 2008). Kecantikannya dapat dilihat
apabila urusniaga dapat mencapai persetujuan antara dua pihak disamping dapat
menjalinkan hubungan perniagaan yang lebih sihat tanpa sebarang penindasan.
Mereka yang terlibat dalam urusniaga ini juga berkemungkinan memberikan faedah
kepada orang lain terutamanya generasi yang akan dating. Maka, dengan
menggunakan gaya bahasa yang sesuai, urusniaga yang telus dan tulus dapat
dicapai seterusnya dapat mencerminkan gaya dan kecantikan yang menarik dalam
aspek kerjaya.

3.3 Perspektif Sosial

Seterusnya, gaya dan kecantikan juga berperanan dalam membina satu


hubungan sosial yang lebih harmoni. Gaya dan kecantikan dari aspek sosial adalah
lebih cenderung kepada sikap komuniti yang hidup bersama dalam suatu kawasan.
Sikap yang lebih memahami dan toleransi antara satu sama lain membantu dalam
melahirkan persekitaran sosial yang lebih harmoni tanpa gangguan seperti sikap
perkauman ataupun keagamaan (Mohd. Ayop, 2018). Hubungan sosial yang lebih
harmoni dapat dibina melalui persekitaran yang bebas daripada ancaman fizikal dan
mental. Masyarakat yang hidup dalam keadaan majmuk dapat memupuk
keharmonian dalam keadaan di mana setiap individu yang hidup bersama adalah
MOHD ROSLAN CHEE 950422-12-5049 2015072340039

berbeza dari segi latar belakangnya. Sebagai contoh, gaya dan kecantikan dalam
aspek sosial dapat dilihat apabila kaum yang lain dapat bersama-sama merayakan
sambutan Tahun Baru Cina yang dapat menunjukkan kehormanian antara
masyarakat itu wujud dalam kehidupan. Gaya hidup yang lebih terbuka dapat
memperlihatkan kecantikan kehidupan masyarakat yang hidup bersama walaupun
mempunyai latar belakang yang berbeza (Azarudin & Khadijah, 2017). Maka, gaya
hidup masyarakat yang berbilang kaum dapat membantu dalam pembentukan
keharmonian dalam hubungan sosial masyarakat sesuatu kawasan sekaligus
mencerminkan kecantikan kehidupan dalam keadaan yang lebih memahami dan
bertoleransi.

Selain itu, gaya dan kecantikan juga dititikberatkan oleh sesetengah komuniti
dalam kehidupan seharian mereka bertujuan untuk diterima oleh masyarakat lain.
Menurut Berry (2007), sikap sesetengah masyarakat kini adalah untuk menerima
sekumpulan individu yang mempunyai taraf yang sama rata dengan mereka, iaitu
gaya dan kecantikan yang dimiliki oleh sekumpulan individu tersebut. Dalam aspek
gaya, ianya melibatkan gaya hidup sekumpulan individu tersebut. Sebagai contoh,
sekiranya gaya hidup mereka adalah bersenam, maka, mereka akan lebih mudah
bergaul dan diterima dalam kalngan masyarakat yang amalan gaya hidupnya juga
bersenam. Manakala, kecantikan pula melibatkan penampilan diri masing-masing.
Sesetengah masyarakat tidak dapat menerima kehadiran sekumpulan individu yang
penampilannya ketinggalan dan tidak setaraf dengan yang lain. Hal ini kerana,
mereka merasakan bahawa taraf sosial mereka adalah berbeza dan menyebabkan
hubungan sosial tidak dapat dijalinkan secara sihat . Justeru, wujudnya jurang sosial
dalam kalangan masyarakat yang menyebabkan sikap-sikap negatif seperti
penindasan berlaku dalam sesetengah komuniti. Jelaslah bahawa, gaya dan
kecantikan berperanan untuk menentukan taraf hidup sekumpulan individu dan dapat
diterima dalam suatu kelompok komuniti.

4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, kehidupan manusia juga ditentukan dengan amalan gaya dan
kecantikan yang dipraktikkan. Gaya hidup yang sihat seperti bersenam, keperibadian yang
terpuji, pakaian yang kemas, sikap keterbukaan dan toleransi adalah antara elemen yang
boleh membantu manusia untuk terus hidup dalam kehidupan yang lebih baik di samping
menjaga aspek-aspek kendiri, kerjaya dan sosial agar lebih seimbang dan mempu
mencapai keinginan dalam kehidupan.
MOHD ROSLAN CHEE 950422-12-5049 2015072340039

Rujukan
Abd. Rahim, A. (2006). Agenda perubahan: pengurusan sumber budaya dan kerjaya. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Azarudin , A., & Khadijah, M. (2017). Apresiasi dialog kehidupan berhikmah komuniti cina
muslim di Terengganu. Asian Journal of Humanities, 1(24), 1-22.

Berry , B. (2007). Beeauty Bias: Discrimination and Social Power. United States of America:
Praeger Publishers.

Bowman, O. (2017, August 1). The Evolution of Beauty Standards and Fashion Over The
Years. Retrieved January 27, 2019, from The Odyssey Online:
https://www.theodysseyonline.com/evolution-beauty-standards

Chamola, S. (2017). Applied Ethics: Some Dimensions. New Delhi: Studera Press.

Hadawiah, J. (2012). Penggunaan bahasa dan pemaparan gender dalam iklan majalah. Kuala
Lumpur: University of Malaya.

Hamermesh, D. S. (2011). Beauty Pays: Why Attractive People Are More Successful. New
Jersey: Princeton University Press.

Hidayatul, A. A. (2018, Oktober 4). Senaman lebih mudah. Retrieved Januari 27, 2019, from
Press Reader: https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20181004

Indirawati, Z. (2018). Definisi kata cantik: analisis kolokasi. Issues in Language Studies, 7(1),
13-36.

Joshi, S. A. (2010). Nutritions & Dietetics 3E. New Delhi: Tata McGraw Hill Education Private
Limited.

M. Z. Azmie. (2008). Sopan: daripada perspektif pengurusan organisasi. Kuala Lumpur:


Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohamad Yazid. (2010). Perbandingan bahasa kiasan dalam cerpen Arab dan Melayu. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd Yusof, H., Muhammad Shaharudin, S., Suraiya, I., & Abd. Hair, A. (2011). Hubungan
kejiranan dalam membentuk kesejahteraan hidup masyarakat 'kampung bandar': Kes
Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Malaysia. Malaysian Journal
of Society and Space, 7(3), 36-44.
MOHD ROSLAN CHEE 950422-12-5049 2015072340039

Mohd. Ayop, A. (2018, Mac 2). Model silang budaya mampu perkasa perpaduan kaum anak
muda. Retrieved Januari 27, 2019, from Press Reader:
https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian5831/20180302

Molinary, R. (2016). Beautiful You: A Daily Guide to Radical Self-Acceptance. Berkeley: Seal
Press.

Nababita, D. G., Etcoff, N. L., & Jaeger, M. M. (2015). Beauty in mind: the effects of of physical
attractiveness on psychological well-being and distress. Journal of Happiness Studies,
17(3\), 1313-1325.

Norkumala, A. (2016, April 11). Cantik: Di mana tahap kesedaran pengguna. Retrieved
Januari 27, 2019, from Utusan Online:
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/cantik-di-mana-tahap-kesedaran-
pengguna-1.239920

Pustaka, D. B. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai