Anda di halaman 1dari 4

ARIT 28 Julai - Kementerian Pendidikan akan menerapkan tiga perkara

asas iaitu keseronokan, kasih-sayang dan hormat-menghormati semasa


proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam usaha menjadikan
pendidikan sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, pendidikan harus dilihat sebagai


proses yang menggembirakan dan bukannya memberi tekanan serta
membebankan pengajar dan pelajar sama ada di sekolah mahupun
institusi pengajian tinggi.

Katanya, kegagalan golongan tersebut menangani tekanan menyebabkan


ada dalam kalangan mereka yang terjejas kesihatan seperti menghadapi
kemurungan.

“Belajar sepatutnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan dan bukannya


menjadikan pelajar dan guru tertekan.

“Hari ini, ada dalam kalangan mereka menghadapi pelbagai tekanan


kerana merasakan pendidikan sebagai sesuatu yang membebankan dan
akhirnya ramai yang kesihatannya terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penganugerahan


Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) kepada 210 penerima di
Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan


Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Naib Presiden Kanan
Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas, Datuk Raiha Azni Abd.
Rahman.

Menurut beliau, tidak dinafikan memang terdapat beberapa perkara yang


memerlukan guru dan pensyarah menangani sesuatu perkara dengan
serius tetapi urusan itu tidak patut berlangsung dalam suasana dan situasi
yang boleh memberikan tekanan.

Justeru itu katanya, aspek kasih sayang tidak seharusnya diabaikan dalam
memastikan hubungan guru, murid dan ibu bapa dapat dipertingkatkan dan
diperbaiki.

“Ketika ini hubungan antara guru dan murid juga dilihat semakin kurang
kasih sayang, hubungan guru dan ibu bapa penuh dengan prejudis
(prasangka), manakala ibu bapa pula tidak lagi mempercayai guru.

“Anak murid juga tidak lagi menghormati guru dan guru tidak lagi mencintai
anak murid. Kementerian akan ubah situasi ini dan kita mahukan
pendidikan disemarakkan dengan cinta dan semua pihak saling
menyayangi,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tiga-perkara-asas-


kurangkan-tekanan-dalam-pendidikan-1.718311#ixzz5dAAz3Eua
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kaedah P&P menyeronokkan, lahir


murid kuasai pelbagai bahasa
Oleh Mohamad Fahd Rahmat
fahd@nstp.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share

Tweet

Share

SIMPANG RENGGAM: Kementerian Pendidikan berharap


dapat melahirkan lebih ramai murid yang mampu menguasai
pelbagai bahasa, selain berasa seronok melalui proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P), pada masa depan.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata ia susulan langkah


kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu menekankan
kepentingan berbahasa Inggeris selain penggunaan
teknologi dalam aktiviti P&P.

ADVERTISING
"Yang penting kita menekankan pembudayaan bahasa
Inggeris dengan tidak mengetepikan Bahasa Melayu dan
menggalakkan bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan
Tamil selain bahasa keperluan dunia di sekolah.
"Dalam tempoh lima tahun ini kita berharap dapat
menghasilkan murid yang 'multilingual' dengan
membudayakan pembelajaran secara suka dan seronok. Kita
tidak mahu beban," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas


menyampaikan barangan keperluan harian kepada 40
penerima terdiri daripada golongan asnaf termasuk fakir
miskin di Masjid al Huda Bandar Baru Ibrahim Majid, di sini,
hari ini.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, beliau sendiri


bersama sektor berkenaan akan memastikan hasrat
berkenaan mencapai matlamat menerusi pendekatan
kebahagiaan, kasih sayang, hormat menghormati selain
kerja kesukarelaan.

"Kita akan galakkan banyak kerja kesukarelaan, tidak jadi


dasar tetapi menjadi budaya. Kita mahu, pembelajaran kita
berteraskan literasi dan saya sendiri akan cuba memastikan
bersama sektor terbabit untuk membawa literasi seperti
filem, dokumentari, kartun, untuk pembelajaran bahasa.

"Pokoknya ialah hendak jadikan pembelajaran bahasa


sesuatu yang menggembirakan. Kita hendak pelajar datang
ke sekolah dengan gembira, mereka hendak datang sekolah,
mereka tak mahu ponteng," katanya.

Beliau berharap menerusi pendekatan itu juga nanti dapat


menghapuskan budaya curiga mencurigai, prejudis, dengki
mendengki dan saling tidak percaya dalam kalangan
masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.

"Tiga pokok utama dan harap sampai bila-bila, kita mahukan


kebahagiaan, saling berkasih sayang antara murid dan guru,
kaum, bangsa, agama, bandar dan luar bandar dan saling
hormat menghormati.
"Perkara ini menjadi tonggak dasar dalam sesi P&P, menjadi
budaya di sekolah, kita suka belajar bahasa kerana kita
sayang satu sama lain dan saling menghormati," katanya.

78 dibac

Anda mungkin juga menyukai