Anda di halaman 1dari 2

17 nilai-nilai murni:

1. Baik hati
Sikap mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara
ikhlas yang dapat dilihat dengan menilai tindak tanduk seseorang terhadap
orang lain.

2. Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada
orang lain yang terjelma juga melalui rasa tanggungjawab, berupaya
bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada diri sendiri

3. Hemah Tinggi
Budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta budi
bahasa yang patut diamalkan oleh seseorag dalam hubungannya dengan
anggota masyarakat yang lain. Terlihat melalui kesopanan, mengakui
kesalahan diri dan ramah mesra.

4. Hormat menghormati
Menghargai dan memuliakah seseorang dan institusi sosial dengan
memberikan layanan yang sopan. Antaranya melalui ketaatan terhadap ibu
bapa, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin.
Terserlah juga melalui penghormatan kepada raja dan negara, patuh
kepada undang-undang dan menghargai maruah diri.

5. Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan yang
lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu termasuklah sayang dan
cinta akan nyawa, alam sekitar, negara dan keamanan.

6. Keadilan
Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat
sebelah termasuk juga saksama.

7. Kebebasan
Dapat melakukan sesuatu tanpa batasan asalkan kebebasan itu tertakluk
pada peraturan dan undang-undang agama, masyarakat dan negara yang
terhasil melalui kebebasan di sisi undang-undang dan sistem demokrasi.

8. Keberanian
Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan
tabah hati. Berani tanpa membuta tuli, berani kerana benar, berani
mempertahankan pendirian dan berani bertanggungjawab.

9. Kebersihan fizikal dan mental


Kebersihan diri dan kebersihan persekitaran terjelma melalui pertuturan,
kelakuan, pemikiran dan amalan kerohanian.
10. Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan termasuklah amanah, bercakap benar
dan ikhlas.

11. Kerajinan
Usaha secara berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan dan
dedikasi dalam melakukan sesuatu perkara, terlihat melalui kecekalan, daya
usaha, dedikasi, gigih dan tekun.

12. Kerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama-sama pada
peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai
sesuatu matlamat termasuk persaudaraan.

13. Kesederhanaan
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama
ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan
norma dan nilai masyarakat. Secara umumnya, sederhana dalam
mempertimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.

14. Kesyukuran
Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas nikmat dan
kesenangan yang diperoleh termasuk berterima kasih, mengenang budi dan
menghargai seseorang. Fokus utama ialah kesyukuran kepada Tuhan.

15. Patriotisme
Semangat cinta akan negara, taat, taat setia kepada raja dan sanggup
berkorban demi negara.

16. Rasional
Dapat berfikir dengan berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat
melakukan tindakan yang wajar tanpa dipengaruhi oleh perasaan termasuk
mampu membuat pertimbangan, berfikir logik dan bersifat terbuka.

17. Semangat bermasyarakat


Kesediaan melakukan sesuatu berdasarkan semangat kekitaan seperti
bermuafakat, kejiranan dan peka tentang isu sosial dan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai