Anda di halaman 1dari 4

Apa Itu Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana dan PHD ?

byFI ZI E S SS onJULY 23, 2011

16

Mungkin ada yang mengetahui apa itu pengajian diperingkat sijil, peringkat ijazah, sarjana dan PHD. Namun demikian masih ada yang bertanya dan minta penjelasan lebih lanjut mungkin tentang pengertian, contoh, tempoh pengajian, kos pengajian dan sebagainya. Untuk hari sabtu ni Saya ada sediakan sedikit info tentang peringkat pembelajaran ni, peringkatperingkat kelulusan atau iktisas sebenarnya sangat penting untuk dimaklumkan kepada setiap penuntut ilmu kerana ia merupakan pengetahuan asas yang mana pengetahuan ini memberikan motivasi ataupun penunjuk arah dalam menentukan halatuju kerjaya hidup. Peringkat kelulusan dan dipanggil iktisas ini dibahagikan kepada 5 peringkat utama. peringkat tersebut terdiri dari sijil, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan PHD. Peringkat pertama/ permulaan Peringkat mula-mula yang ramai orang ambil/belajar ialah peringkat Sijil ( Certificate ), Kebiasaan yang

popular diambil ialah Sijil Pelajaran Malaysia. Manakala kursus lain seperti Sijil elektrik, Sijil kejuruteraan awam, Sijil pembantu perubatan dan banyak lagi. Pendek kata, apa sahaja yang nama kursus yang dimulakan dengan perkataan sijil itulah menunjukkan peringkatnya. Tempoh pengajian peringkat sijil pula memakan masa maksima 2 tahun dan ada juga kursus peringkat sijil memerlukan tempoh paling minima 6 bulan. Yuran pengajian kebiasaanya RM 500 untuk sekali belajar dan kebiasaanya RM 450 dan biasiswa pula bergatung kepada penaja kursus tersebut. Jika kursus itu ditaja oleh agensi berkaitan kerajaan kebiasaanya biasiswa disediakan menerusi latihan dalam pembelajaran yang dilaksanakan. Peringkat kedua Peringkat ini kelulusan lebih tinggi dari peringkat sijil iaitu peringkat Diploma. Peringkat diploma ini merupakan peringkat separa profesional. Peringkat ini memerlukan syarat mempunyai sijil untuk memohon kursus-kursus yang ditawarkan. Kursus diploma ini dinamakan seperti Diploma kejuruteraan awam, Diploma perakaunan dan banyak lagi. Tempoh pengajian peringkat diploma ini kebiasaanya 3 tahun dan kos pengajian kira-kira 15

ribu. Jika pengajian di universiti swasta mungkin lebih dari Rm 15 ribu tu. Peringkat ketiga Peringkat ini adalah paling popular sekarang iaitu kelulusan diperingkat Ijazah, Nama penuh peringkat ini dinamakan Ijazah Sarjana Muda. Peringkat ini adalah peringkat profesional dengan memerlukan kelulusan sekurang-kurang mempunyai diploma ataupun kursus persediaan seperti di Matrikulasi ataupun SIjil Tinggi Pelajaran Malaysia STPM. Contoh kursus ialah Ijazah Sarjana muda perubatan. Tempoh pengajian pula ialah sekitar 5-3 tahun kebiasaannya adalah 4 tahun, tetapi kebanyakan kursus perubatan mungkin memakan masa 6-5 tahun bergantung kepada bilangan matapelajaran yang diambil. kos pengajian pula tidak tetap dan kebiasaannya sekitar 20ribu ringgit bagi sepanjang kursus diambil. Peringkat keempat Peringkat ini adalah peringkat lebih mencabar, Peringkat ini dinamakan sebagai kelulusan Ijazah Sarjana atau Master . Peringkat ini kebiasaanya mengambil masa kira-kira 2-3 tahun kerana ia melibatkan pembelajaran lebih khusus dan lanjutan dari ijazah tadi. Kebiasaanya peringkat ini

mengambil masa 2 tahun boleh dibuat secara sepenuh masa atau Sambilan. Kos pengajian Peringkat ini kebiasaannya sekitar 15 ribu bergantung kepada institusi yang dimohon. Peringkat Lima Peringkat ini merupakan peringkat terakhir dalam kelulusan pendidikan iaitu peringkat PHD atau Doktor Falsafah, Peringkat ini pengajian lebih mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi dalam mentelaah dan membuat kajian. Peringkat ini memerlukan syarat mempunyai Sarjana untuk diterima menyambung pengajian. Kos belajar peringkat ini kira-kira 20 ribu dan tempoh pengajian 5-4 tahun. Tetapi kebiasaanya adalah 4 tahun kecuali kursus yang sukar atau mempunyai masalah dalam menyelesaikan kajian ataupun bilangan matapelajaran yang banyak. Sebenarnya ada banyak lagi info yang boleh dihuraikan oleh 5 peringkat ini termasuk peluang kerjaya, contoh kerjaya, bentuk pengajian dan sebagainya. Tetapi untuk hari cuti ni cukuplah dengan yang dinyatakan tu kita akan sambung lain kali.

Sumber :Apa Itu Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana dan PHD ?

Anda mungkin juga menyukai