Anda di halaman 1dari 2

TEKS HARI ORIENTASI TAHUN 1 BAGI TAHUN 2015

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammmualaikum wbt..dan salam sejahtera..

Yang Berusaha, Yang dipertua PIBG SK Hulu Bernam ,En.Hassan Bin Subli

Yang Berusaha ,Naib Yang Dipertua PIBG SK Hulu Bernam, En.Sharul Effendy bin Janudi

Yang Berusaha,En.Mohd Rusli bin Husin PPT Guru Besar SK Hulu Bernam

Yang dihormati,Tn.Hj.Emir Hamzah bin Kordi,Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Pn.Puziah Ano bt Mohd Isa, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Yatimah bt Ahmad Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Puan Wan Norawati binti Wan Othman Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

Yang dialu alukan para ibu bapa,guru-guru dan hadirin sekalian

Selamat datang ke majlis Hari Orientasi Murid Tahun 1 2015

Alhamdulillah ,bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita dapat bersama
sama dalam majlis yang bermakna dan bermanfaat pada pagi ini,dan bersyukur kita semua diberikan
kesihatan dan kelapangan waktu untuk menjayakan program ini.

Hadirin sekalian,Hari Orientasi ini amat penting untuk para pelajar menyesuaikan diri dengan
suasana persekolahan yang sebenar disamping ibu bapa, mendapat penerangan mengenai hal ehwal
sekolah yang patut diketahui terutama kebajikan murid yang disediakan oleh pihak
sekolah.Disamping itu juga ,ibu bapa dapat mengenal persekitaran sekolah dengan lebih dekat dan
mengetahui infomasi kurikulum yang memerlukan kolaboratif sekolah ,guru,murid ,ibubapa dan
masyarakat untuk terus cemerlang.

Saya selaku pengacara majlis ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan tahniah dan
terimakasih khasnya kepada ibubapa kerana telah memilih sekolah kami untuk meneruskan
kecemerlangan akademik anak-anak bermula dari tahun 2015.

Bacaan doa

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini,saya menjemput Ustaz Fadhlur Rahman bin
Ismail untuk membacakan doa.dipersilakan..

Amin.amin.Yarabbalalamin..terimakasih diatas bacaan doa itu tadi.

Ucapan GPK HEM

Tanpa membuang masa ,tibalah masa untuk kita mendapatkan informasi berkaitan dengan Hal
Ehwal Murid yang akan disampaikan oleh Puan Puziah Ano bt.Mohd Isa selaku Penolong Kanan HEM,
dipersilakan..

Majlis mengucapkan ribuan terimakasih atas ucapan yang telah disampaikan itu tadi.
Ucapan GPK Pentadbiran

Majlis diteruskan dengan ucapan yang ke-2 iaitu berkaitan dengan bidang Kurikulum yang akan
disampaikan oleh Tn.Hj.Emir Hamzah bin Kordi selaku GPK pentadbiran.Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terimakasih diatas ucapan yang telah disampaikan itu tadi.

Ucapan Guru Besar

Sekarang tibalah masa, majlis mempersilakan En.Mohd Rusli bin Husin selaku Guru Besar SK Hulu
Bernam untuk menyampaikan ucapannya seterusnya merasmikan program kita pada hari
ini.dipersilakan..

Demikian tadi ucapan penuh pengharapan oleh Tuan Guru Besar En.Mohd Rusli bin Husin.Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih.

Ucapan YDP

Kesempatan bertemu dengan ibubapa dan penjaga pada hari ini tidak akan dilepaskan begitu
sahaja..

Majlis dengan ini mempersilakan yang berusaha tuan Yang Dipertua PIBG untuk memberikan
sepatah 2 kata. dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terimakasih diatas ucapan yang telah disampaikan itu tadi.

Tamat

Dengan ini berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama bagi
menjayakan majlis Hari orientasi murid tahun 1 bagi tahun 2015. Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai