Anda di halaman 1dari 8

Tender Terbuka sering diamalkan di dalam industri pembinaan oleh kerajaan dan badan

berkanun atau swasta. Tender jenis ini digunakan bagi mendapatkan harga yang paling
musanabah bagi sesuatu kerja kontrak binaan. Persaingan secara Tender Terbuka adalah lebih
adil dan dapat menjamin harga tender yang ditawarkan mengikut pasaran semasa. Pelanggan
akan mengiklankan tawaran dalam akhbar-akhbar tempatan untuk menjemput kontraktor yang
berminat menawarkan harga yang munasabah bagi projek tersebut. Penawaran harga oleh
kontraktor biasanya berdasarkan jumlah anggaran kasar sesebuah pembinaan berdasarkan
pengalaman kontraktor itu sendiri.

Harga ini termasuklah harga bahan binaan, gaji pekerja, bayaran untuk sub-kontraktor,
kerja sampingan dan juga keuntungan. Tujuan tender jenis ini adalah untuk membolehkan
pelanggan mendapatkan seorang kontraktor yang dapat menawarkan harga yang paling
minimum bagi sesuatu projek pembinaan tanpa menjejaskan mutu kerja dan bahan binaan.
Walaupun begitu, harga yang paling rendah tidak semestinya harga yang paling baik dan akan
terpilih. Tender Terbuka mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan jenis-jenis tender
yang lain. Tender Terbuka memberi peluang yang sama rata kepada semua kontraktor
terutamanya kontraktor yang baru mendaftar dan kurang pengalaman. Ini kerana pemilihan
adalah berdasarkan kos yang ditawarkan oleh setiap kontraktor. Di samping itu, ia juga tidak
memerlukan kemahiran dan kelayakan yang khusus. Tender jenis ini bersifat kompetitif dan
ini boleh mewujudkan persaingan yang sihat antara kontraktor yang terlibat.

Tender Terpilih

Tender Terpilih adalah tender yang hanya dikemukakan kepada kontraktor-kontraktor yang
telah dipilih oleh pelanggan. Ini bermakna jumlah kontraktor yang boleh memasuki tender
untuk tender jenis ini adalah kecil tetapi kontraktor ini dipilih berdasarkan kepada
pengalaman dan kemahiran yang luas dalam sesuatu bidang. Kontraktor yang berpengalaman
luas dan mempunyai kemahiran tertentu yang bersesuaian akan dikenalpasti terlebih dahulu
dan hanya mereka sahaja yang akan dipelawa untuk menyertai tender. Persaingan juga
berlaku tetapi dalam jumlah yang kecil. Tender Terpilih mengurangkan risiko kegagalan
pembinaan dan mengurangkan kos penyediaan Dokumen Tender. Ia amat sesuai bagi kerja -
kerja khas yang memerlukan kemahiran tertentu.

Projek dapat disiapkan dengan baik kerana kontraktor yang berpotensi, bereputasi
tinggi serta yang benar-benar layak telah dpilih diperingkat awal lagi. Sistem Tender Terpilih
juga tidak dapat lari dari kekurangannya iaitu tidak semua kontraktor mendapat peluang
dalam tender jenis ini terutamanya kontraktor yang baru berdaftar dan kurang pengalaman
kerana ia terhad untuk kontraktor yang mahir serta berpengalaman. Pelanggan tidak
mempunyai pilihan lain jika semua kontraktor meletakkan harga yang tinggi dari kos yang
ditaksir dari anggaran kasar, maka pemilihan terpaksa dibuat ke atas kontraktor yang
menawarkan harga yang paling rendah antara kontraktor tetapi lebih tinggi dari kos asal.
Biasanya kes ini berlaku jika kontraktor itu mengenali antara satu sama lain. Tender Terhad
hanya boleh dilaksanakan setelah agensi mendapat kelulusan khas Perbendaharaan Malaysia
sebelum ianya dilaksanakan. Tawaran Terhad biasanya terbuka kepada semua kontraktor yang
termasuk di dalam kategori yang telah dinyatakan dalam iklan tawaran. Contohnya tawaran
terhad kepada Kontraktor Bumiputera sahaja.

Tender Rundingan

Dalam Tender Perundingan, pelanggan akan menghantar surat kepada kontraktor tertentu
untuk menjemput kontraktor tersebut menyediakan rangka perbelanjaan bagi projek yang
dirancangkan. Pelanggan akan berunding dengan seorang kontraktor secara langsung
mengenai projek pembinaan yang akan dilaksanakan. Biasanya pelanggan akan menjemput
kontraktor yang mempunyai reputasi dan rekod yang baik yang diketahui latar belakang
projek yang terlibat serta semestinya berkemahiran.

Biasanya, kos yang ditawarkan secara rundingan oleh kontraktor adalah lebih tinggi
jika dibandingkan dengan jenis-jenis tender yang lain. Ini kerana kontraktor akan terlibat
secara langsung dari peringkat awal kitaran hidup projek pembinaan sehinggalah ke peringkat
penyerahan projek kepada pelanggan. Pelanggan akan diberi penerangan yang jelas dan
terperinci mengenai kesesuaian rekabentuk, penggunaan bahan binaan, teknologi yang
digunakan serta cara binaan yang boleh memaksimumkan keuntungan sesuatu projek
pembinaan. Namun begitu, kos bagi membiayai proses tender adalah murah memandangkan
pelanggan telah pun mempunyai kontaktor pilihan yang dirasakan layak tanpa perlu
melibatkan jemputan untuk menender yang mengambil masa yang panjang dan tanpa
melibatkan kontraktor yang ramai.

Tender Prakelayakan

Peraturan Prakelayakan adalah bertujuan untuk menapis kontraktor-kontraktor supaya mereka


yang mempunyai pengalaman, kebolehan teknikal, kewangan secara pengurusan bagi
melaksanakan sesuatu projek sahaja dibenarkan mengambil bahagian di dalam sesuatu tender
yang diadakan setelah agensi mendapat kelulusan khas Perbendaharaan Malaysia. Secara
amnya, Tender Prakelayakan adalah agak sama dengan Tender Terbuka. Perbezaannya cuma
kontraktor yang akan dipilih adalah kontraktor yang mempunyai latar belakang yang kukuh
dan rekod yang baik sahaja akan dipilih berbanding tender terbuka dimana semua kontraktor
mempunyai peluang sama rata. Bagi memastikan kontraktor yang dipilih mempunyai
kelayakan yang sepatutnya iaitu mempunyai kepakaran kerja, modal pusingan yang cukup
dan kemahiran dalam bidang tertentu, satu borang tawaran akan diberi kepada kontraktor
yang memohon. Dalam borang tawaran ini kontraktor dikehendaki memberi maklumat
tentang kenyataan kewangan dan pengurusan untuk memastikan latar belakang diketahui
dengan jelas oleh pelanggan. Notis tawaran Tender Prakelayakan juga sama dengan Tender
Terbuka iaitu dibuat dengan menyatakan skop kerja dan tarikh tawaran dan butir-butir lain
mengenai projek yang akan dijalankan. Tambahannya adalah pelanggan selalunya
menetapkan jangka masa pembinaan bagi projek tersebut. Selain itu, notis tawaran juga
berkehendakkan kontraktor membuat pembayaran tertentu.

4.2.1.1 Tender terbuka (Open tender)

Tender terbuka ditawarkan kepada semua kontraktor dan kebiasaannya kontraktor yang
menawarkan harga terendah akan dipilih. Klien akan mengiklankan notis dalam media bagi
mempelawa kontraktor membuat tawaran harga ke atas projek yang dicadangkan. Kontraktor
perlu membuat penawaran harga berdasarkan jumlah anggaran kasar kos pembinaan yang
perlu dilaksanakan. Klien mungkin menerima banyak harga tawaran sekiranya ramai
kontraktor yang menyertai tender. Klien membuat pemilihan kontraktor yang layak
berdasarkan harga yang sesuai dan munasabah. Jadual menunjukkan kelebihan dan
kekurangan tender terbuka.

Jadual kelebihan dan kekurangan tender terbuka

KELEBIHAN KEKURANGAN
i. Memberi peluang kepada i. Proses penyediaan tender
kontraktor yang baru mendaftar mengambil masa yang lama, tidak
atau tiada pengalaman. sesuai untuk kerja yang perlu
ii. Klien dapat memilih harga disiapkan segera.
tawaran yang terendah tetapi ii. Risiko yang tinggi terhadap
munasabah. penerimaan sebutharga terendah.
iii. Sesuai untuk kos pembinaan iii. Tiada galakan terhadap
yang rendah atau sederhana, penggunaan peralatan dan ternik
bentuk pembinaan tidak sukar terkini.
dan tidak memerlukan atau iv. Kesukaran dalam proses pemilihan
kelayakan khusus. kontraktor kerana penyertaan
terlalu ramai.

4.2.2 Tender Terhad (Limited Tender)

Tender terhad dikeluarkan oleh klien kepada kontraktor yang berada dalam kelas kelayakan
yang dinyatakan dalam kenyataan tawaran (notis tender). Kelas kelayakan kontraktor
diperoleh semasa syarikat kontraktor didaftarkan. Kontraktor perlu mendaftarkan syarikatnya
dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) atau Lembaga Pembangunan Industri Binaan
(CIDB). Kelas kelayakan kontraktor berasaskan kepada had kewangan syarikat. Kontraktor
yang telah mendaftar layak memasuki tawaran projek kerajaan berdasarkan had kewangan
atau kelas kelayakan sewaktu pendaftaran ini.

Jadual 1 menunjukkan kelas pendaftaran kontraktor mengikut kelayakan kewangan.


Dalam tender terhad, klien mempelawakan tawaran secara terbuka tetapi terhad kepada
kontraktor di dalam kelas tertentu, misalnya kontraktor kelas BX bagi yang mendaftar dengan
PKK projek yang ditawarkan bernilai RM1 000 001 hingga RM4 000 000.

Jadual menunjukkan kelas pendaftaran kontraktor mengikut kelayakan kewangan

Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Lembaga Pembangunan Industri Binaan


(CIDB)
Kelas Had kewangan (RM) Kelas Had Kewangan (RM)
A 4 000 001 ke atas I 50 001 ke atas
B 2 000 001 ke 8 000 000 II 1 000 001 ke bawah
BX 1 000 001 ke 4 000 000 III 500 001 ke bawah
C 750 001 ke 2 000 000 IV 150 001 ke bawah
D 150 001 ke 750 000 V 50 001 ke bawah
E 100 001 ke 350 000 VI 20 001 ke bawah
EX 50 001 ke 150 000 - -
F 100 000 ke bawah - -

Jadual menunjukkan kelebihan dan kekurangan tender terhad

KELEBIHAN KEKURANGAN
i. Jumlah yang menyertai tawaran i. Kontraktor mahir atau pakar
adalah terhad kepada kelas daripada kelas lain tidak diberi
tertentu, maka proses pemilihan peluang memasuki tender ini.
lebih cepat. ii. Sebutharga atau tawaran harga
ii. Memberi peluang kepada berkurangan oleh kerana
kontraktor untuk bersaing secara kontraktor dalam kelas lain tidak
adil dengan kontraktor yang sama layak menyertai tender ini.
kelas atau sama kategori
dengannya.
iii. Klien akan memperoleh binaan
yang berkualiti jika kontraktor
yang dipilih benar-benar
berpengalaman luas.

4.2.3 Tender Terpilih (Selected Tender)

Tender terpilih hanya dikemukakan kepada beberapa kontraktor yang telah dipilih oleh klien.
Persaingan merebut tawaran hanya berlaku dalam kalangan kontraktor yang dipilih kontraktor
yang dipilih menyertai tender. Klien biasanya memilih kontraktor untuk menyertai tender
terpilih kerana kontraktor berkenaan mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam
sesuatu bidang kerja. Jadual menunjukkan kelebihan dan kekurangan tender terpilih.

Jadual kelebihan dan kekurangan tender terpilih.

KELEBIHAN KEKURANGAN
i. Kontraktor adalah yang terpilih i. Tawaran yang diperoleh terhad
dikalangan lain-lain kontraktor dan menutup peluang kepada
antara 5-10 orang sahaja. kontraktor yang tidak terpilih.
ii. Klien lebih yakin mendapat hasil ii. Pertandingan merebut tawaran
kerja yang berkualiti berdasarkan berkurangan kerana tidak ramai
pengalaman dan prestasi kerja kontraktor yang memasuki
kontraktor. tender.
iii. Organisasi dan peralatan iii. Kemungkinan berlaku pakatan
kontraktor yang dipilih adalah harga tawaran dikalangan
mantap. kontraktor yang terpilih.
iv. Proses pemilihan lebih cepat
kerana jumlah penyertaan
kontraktor adalah kecil.
v. Kontraktor baru yang belum
berpengalaman tidak mendapat
peluang untuk mendapat tawaran.

4.2.4 Tender Perundingan (Negotiation Tender)

Terdapat projek yang mempunyai ciri kerja yang rumit dan sukar sedangkan klien belum
dapat menentukan skop kerja bagi projek pada peringkat awal. Dalam keadaan ini, klien boleh
memilih untuk menggunakan tender perundingan. Tender perundingan ialah tawaran yang
dipelawakan kepada kontraktor yang telah dikenal pasti oleh klien dengan berpandukan
kepakaran, pengalaman dan rekod kerja yang baik. Klien akan memilih kontraktor
berdasarkan perundingan ini dan borang tender akan diberikan kepada kontraktor. Tender
perundingan mempunyai kebaikannya. Contohnya kontraktor telah menyiapkan projek yang
serupa dengan sempurna sebelum ini, maka masa dan usaha dapat dijimatkan sekiranya
tawaran baru dirundingkan terus dengan kontraktor tersebut atas syarat yang sama.

Jadual menunjukkan kelebihan dan kekurangan tender perundingan

KELEBIHAN KEKURANGAN
i. Kontraktor yang terpilih i. Menutup peluang kontraktor lain
menyertai tawaran mempunyai yang tidak dipelawa secara
kemampuan menjalankan projek perundingan oleh klien.
dengan hasil kerja yang ii. Persaingan menyediakan harga
berkualiti. tawaran adalah terhad dan tiada
ii. Kontraktor yang terpilih juga banyak pilihan.
mempunyai banyak pengalaman iii. Klien menerima harga tawaran
dan kemahiran kerja. yang tinggi daripada kontraktor
iii. Proses tawaran lebih mudah dan kerana kurang persaingan.
cepat kerana tidak perlu
pengiklanan.

4.2.5 Tender Prakelayakan (Pre-Qualification Tender)

Tender prakelayakan dibuat oleh klien kepada kontraktor sebelum kenyataan tawaran
diiklankan. Kontraktor yang mendapat pelawaan awal ini dikehendaki mengisi borang
prakelayakan dan mengembalikan borang tersebut kepada klien. Penilaian dibuat berdasarkan
syarat yang ditentukan oleh klien. Tujuannya supaya klien dapat mengetahui keupayaan, latar
belakang dan rekod kerja kontraktor. Antara syarat yang perlu dimiliki oleh kontraktor yang
ingin memasuki tawaran ini ialah:
i. Pengalaman yang luas.
ii. Kemahiran dalam bidang berkaitan dengan projek.
iii. Kepakaran dalam kerja.
iv. Mempunyai modal kewangan yang besar.
v. Mahir dalam penggunaan teknik pembinaan tertentu.

Tender prakelayakan dibuat untuk projek pembinaan yang mempunyai ciri pembinaan yang
kompleks serta memerlukan kepakaran khusus. Projek jenis ini sukar dilaksanakan oleh
kontraktor biasa. Tender prakelayakan bertujuan memastikan hanya kontraktor yang layak
sahaja dipelawa memasuki tawaran. Susunan sistem tender prakelayakan serupa dengan
susunan tender terbuka kerana iklan kenyataan tawaran (notis tender) dimaklumkan kepada
semua kontraktor.

Jadual menunjukkan kelebihan dan kekurangan tender prakelayakan

KELEBIHAN KEKURANGAN
i. Klien dapat memilih kontraktor i. Memerlukan proses saringan dan
yang layak dengan tepat kerana kos pengiklanan pada peringkat
semua kontraktor yang menyertai prakelayakan, oleh itu proses
tawaran telah melalui proses menjadi lebih panjang.
saringan pada peringkat ii. Tawaran yang diterima mungkin
prakelayakan. tinggi kerana kontraktor yang
ii. Membolehkan klien memperoleh layak sedikit bilangannya.
kontraktor yang berkelayakan
dari segi pengalaman, keupayaan
dan rekod kerja yang baik.

Anda mungkin juga menyukai