Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PENGETUA

HARI KEUSAHAWANAN SMK MULIA

2019

1
Bismillahirrahmanirrahim,

Terima kasih diucapkan kepada pengacara majlis,

Yang Berusaha

En. Rohaizat Bin Abd. Ghani

YDP PIBG SMK Seri Mulia

En. Mohd Jaffri Bin Mohd Yusof

Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum

Pn. Rosmiyati Abdullah Shukor

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Saharrudin Bin Yusof

Penolong Kanan Ko kurikulum

Barisan guru-guru kanan, guru-guru dan murid-murid sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

2
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima

kasih dan tahniah kepada semua guru-guru di atas usaha untuk

merealisasikan Hari Keusahawanan SMK Seri Mulia bagi tahun 2019.

Hadirin sekalian,

Mengikut definisi kamus dewan online, usahawan bermaksud orang

yang memulakan, mengusahakan, menguruskan dan menanggung

segala risiko dalam sesebuah organisasi perniagaan. Oleh itu,kita dapat

membuat kesimpulan bahawa keusahawanan merupakan segala apa

perkara yang berkaitan dengan pengeluaran dan perniagaan selaras

dengan petikan hadis yang mengatakan bahawa 9 daripada 10 pintu

rezeki adalah daripada perniagaan. Kita perlu mencontohi Rasulullah

s.a.w yang berniaga dari usia yang muda lagi. Kita perlu menanamkan

sikap dan budaya keusahawanan di dalam diri kita untuk berjaya sama

ada di dunia mahupun Insya Allah di akhirat.

Maka, bertepatanlah langkah yang diambil oleh pihak sekolah,

mengadakan aktiviti Hari keusahawanan, sebagai acara tahunan, bagi

memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid yang terlibat

dalam aktiviti jual beli. Walaupun peranan murid tersebut hanya

membantu dalam membuat jualan, sedikit sebanyak murid tersebut akan

belajar sesuatu tentang keusahawanan, dari pengalaman itulah nanti

akan menjadi titik tolak permulaan kearah menjadi usahawan.


3
Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Mengalami kerugian adalah perkara biasa bagi seorang yang baru

bertatih dalam bidang ini. Namun apa yang penting bukan bagaimana

kita jatuh tetapi yang lebih penting adalah bagaimana kita bangun.

Bukan bagaimana kita rugi tapi yang paling penting bagaimana kita

menghadapi kerugian tersebut untuk mendapat keuntungan. Pokok

pangkalnya kita perlulah ada sifat sabar, cekal, tidak berputus asa, kuat

berusaha di samping beriman dan bertawakal kepada Allah. Kita harus

percaya bahawa rezeki semuanya daripada Allah.

Maka, apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah betapa pentingnya

mempunyai sifat keusahawanan dalam diri kita semua kerana dengan

sifat itu nanti kita akan menjadi orang yang berjaya seterusnya akan

dapat membela bangsa, Agama dan negara. Untuk menjadi orang yang

berjaya bukan hanya melalui pencapaian akademik semata-mata tetapi

banyak lagi cara lain dan salah satu cara tersebut adalah melalui

perniagaan iaitu dengan menjadi usahawan. Jadi, jika anak-anak suatu

hari nanti berpeluang menjadi usahawan, buat yang terbaik dan

bersungguh-sungguh kerana rezeki tidak akan datang bergolek tanpa

usaha dan tawakal.

Hadirin semua,

4
Akhir kata, saya berharap, semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan

pada setiap tahun dan Insya Allah suatu hari nanti, semua atau

sebilangan anak-anak sekolah ini akan menjadi usahawan yang berjaya.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai