Anda di halaman 1dari 1

Psikologi Warna

Hitam/Kelabu hitam adalah warna formal dan dipakai oleh ramai wanita sebagai
uniform dalam sesuatu organisasi atau bisnes. memakai warna hitam dari kepala hingga
kaki (dari hijab hingga kasut dan aksesori) adalah mudah. Tidak perlu fikir kombinasi
warna lain yang sesuai. Namun, ia membawa maksud seseorang itu kurang imaginasi
dan kreativiti. Tidak digalakkan bagi mereka yang terlibat dalam industri yang
memerlukan mereka untuk jadi kreatif. juga membawa maksud mahu sembunyi atau
'invisible'. pakai bersama aksesori berwarna lain untuk menyerlahkan penampilan.
warna hitam juga bermaksud istirehat.

Coklat coklat adalah 'earth colour', warna yang melambangkan mood relaks coklat
melambangkan peribadi yang peramah, rendah diri, juga serius. orang yang memakai
warna ini akan kelihatan 'less threatening'. warna ini akan kelihatan lebih menarik jika
dipadankan dengan warna lain yang sesuai. Beige Warna ini sesuai bagi menggantikan
warna hitam dan coklat. Beige adalah kategori warna natural. Pemakai akan kelihatan
peramah dan mudah didekati. Warna ini sangat ideal bagi mereka yang terlibat dalam
bidang kaunseling, Human Resource dan kejururawatan. Warna ini perlu dipakai
dengan warna yang kontra untuk kelihatan lebih menarik.

Putih semua orang harus memiliki pakaian yang berwarna putih, sama ada dipakai dari
hijab ke kasut dan aksesori lain ataupun dipakai bersama warna yang kontra. agak
sedikit sukar mendapatkan warna putih yang asli, kerana warna putih ada beberapa
tona yang berbeza, iaitu putih lembut (soft white), 'ivory' dan krim. warna putih
melambangkan kesucian, tenang dan relaks. pakaian berwarna putih sesuai dipakai
dalam cuaca yang panas kerana warna putih memantulkan haba dan cahaya. namun,
ada cabaran dalam memakai pakaian berwarna putih; iaitu mengekalkan kebersihan
dan warnanya. Biru warna biru adalah warna komunikasi, melambangkan logik dan
mengaktifkan minda. biru juga melambangkan kepercayaan, kedamaian dan selamat.

Anda mungkin juga menyukai