Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2019

Yang Berusaha Tuan Guru Besar,


Tuan Haji Ismail bin Mohamad

Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan,


SK Dato’ Seri Mahajalela,

Guru-guru, AJK PIBG dan murid-murid.

Assalammualaikum dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang mulia.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru 2019 Peringkat Sekolah


Kebangsaan Dato’ Seri Maharajalela..
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di dewan yang mulia ini untuk
meraikan Sambutan Hari Guru bagi Tahun 2019 dengan tema : GURU, OBOR
HEMAH MENYINARI PERTIWI

Awal Bismillah pembuka bicara


Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.

Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan
dilafazkan oleh Ustaz Haji Ma’asom bin Mansor. Dijemput dengan
hormatnya….
(bacaan doa)

Amin Ya Rabbal Alamin.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi.
Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.
______________________________________________________________________________________

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian 2 buah


lagu, Lagu Bangsa Johor, dan Lagu Negaraku. Sidang dewan dipersilakan
berdiri.
(rakaman nyanyian)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dewan dipersilakan duduk.


Hadirian yang dihormati sekalian,
Seterusnya Bacaan Perutusan Sambutan Hari Guru oleh barisan pentadbir..

Dipersilakan, Cikgu Normadzalan bin Abdul Manap, GPK Hal Ehwal Murid
untuk membacakan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Dipersilakan...
(ucapan perutusan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


.Seterusnya dipersilaka Cikgu Zainal bin Yahaya, GPK 1 untuk membacakan
Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia. Dipersilakan.
(ucapan perutusan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sidang hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu
dipersilakan Amsyar Hadif bin Mohd Nizam dari 6 Bijak, selaku Ketua
Pengawas untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan...
(ucapan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan TUAN GURU BESAR,


TUAN HAJI ISMAIL BIN MOHAMAD untuk menyampaikan ucapan
beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.
(ucapan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan .................itu tadi.


______________________________________________________________________________________

Sidang DEWAN yang dimuliakan,

Paluan gendang pembuka majlis,


Moden tradisional bersatu senada;
Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.
Untuk itu, dijemput semua guru berdiri bagi acara melafazkan ikrar diketuai
oleh Cg. Mohamed Farid bin Mahfodz, PENGERUSI KEBIRU 2019.
Dipersilakan....
(bacaan ikrar)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dewan sekalian,

Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan nyanyian oleh barisan guru-guru kita...

Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia, nyanyian Lagu Tema


Hari Guru dan Biarku Menjadi Lilin oleh barisan pentadbir dan guru-guru.
Dipersilakan....
(nyanyian guru)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Sidang hadirin sekalian,


MAJLIS MENYERAHKAN ACARA INI KEPADA AJK HADIAH

Seterusnya majlis penyampaian PERTUKARAN hadiah GURU & MURID


KEPADA GURU

Sidang dewan sekalian ;

Maju Bangsa Kerana Bahasa,


Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Sidang dewan yang dimuliakan,


Andai berkayuh dah sampai ke seberang
Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,


Sisir pelepah meraut lidi,
Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada
Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala
kekurangan dan kepincanganmajlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami
dan kemaafan jua yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah


hiwabarakatuh dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU”

Anda mungkin juga menyukai