Anda di halaman 1dari 14

KARNIVAL TINGKATAN 6

PERINGKAT NEGERI JOHOR

DRAMA
(SKRIP)

TAJUK : HANAT
DAERAH: KLUANG
Babak 1

Tempat: Penjara
Pelakon: Pak Din

Sinopsis:

Pak Din sedang menunaikan solat Isyak. Selepas selesai solat Isyak, terdengar suara menyuruh
Pak Din masuk ke dalam sel penjaranya kerana masa rehat telah pun tamat. Pak Din balik ke
sel penjara. Beberapa org banduan mengucapkan selamat malam kepada Pak Din dan Pak Din
mengucapkan selamat malam kembali kepada mereka. Selepas beberapa ketika, terdengar suara
oranng mengira turun waktu kemerdekaan diselangi dengan bunyi sambutan bunga api. Pak Din
bermonolog mengenai dirinya di dalam penjara.

Skrip:

PELAKON TEKS

Narrator Banduan 701, sila kembali ke sel anda sekarang kerana waktu rehat telah pun
tamat.

Pak Din Baik cikgu.

Selamat malam Pak Din.

Pak Din Selamat malam Ajis, selamat malam Adul, selamat malam Samy.

(Terdengar bunyi sambutan kemerdekaan)

Pak Din Ya tuhan, aku hampir lupa. Malam ni 31 Ogos rupanya. Hari merdeka. Tetapi, aku
di dalam penjara ini seperti burung yang dikurung di sangkar. Hanya dapat
mendengar laungan kemerdekaan, tetapi tidak dapat mengecapi nikmatnya.

Telah hilang kemerdekaanku sejak lima tahun dahulu. Tak pernah ku sangka
begini jadinya. Ya Allah, kau ampunkanlah segala dosa yang telah aku lakukan.
Berikanlah aku ketabahan agar aku dapat mengharungi dugaan seberat ini ya
Allah. Bagaikan pungguk rindukan bulan, aku dambakan kebebasan.

(Pak Din menunjukkan rasa yang amat sedih kerana terkenang akan dosanya
yang telah lalu)

(Tamat Babak 1)
Babak 2

Tempat: Kopitiam Rose


Pelakon: Pak Din, Mr Lee, Rose

Perkara ini terjadi 5 tahun sebelum Pak Din dipenjarakan. Kelihatan di Kopitiam Rose, Mr Lee
sedang membaca surat khabar. Rose pula sedang menyediakan air minuman. Kemudian datang
Pak din yang baru pulang daripada menyaksikan perarakan Hari Kemerdekaan dan berbual-
bual mengenai tanah rizab melayu di hujung kampung. Mr Lee ingin membeli tanah tersebut
untuk dijadikan tapak kilangnya yang terbaharu. Pak Din berjanji akan membantu Mr Lee untuk
mendapatkan tanah tersebut. Mr Lee menghadiahkan Pak Din beg berisi wang.

Skrip:

PELAKON TEKS

Mr. Lee Haaaaa, sampai pun Pak Din. Dari jam tujuh tadi saya dah berada di sini.

Pak Din Maaflah Mr. Lee. Saya tadi pergi ke perarakan Hari Merdeka di Dataran Merdeka
mewakili ahli jawatankuasa kampung. Dah tugasnya mcm tu, kenalah pergi. Lagi
pun, hari ini kan 31 Ogos, kita kenalah sambut hari kemerdekaan ini dengan penuh
semangat.

Mr. Lee Pak Din nak minum apa?

Pak Din Buatkan Pak Din teh tarik satu.

Rose Ok Pak Din.

Mr. Lee Wahh, semenjak jadi ketua kampung yang baru ini, Pak Din nampak makin sibuk
ya. Ke sana ke sini untuk hadiri program. Tahniah Pak Din atas pelantikan sebagai
kampung kita yang baru. Tapi, dah jadi ketua kampung tu, janganlah lupa kawan
lama ni ha….

Pak Din Mane boleh lupa Mr. Lee. Kalau awak tak tolong saya hari itu semasa pemilihan
ketua kampung, mereka dah tentu pilih orang lain. Nasib baik bos awak baik
dengan Pengerusi JKKK negeri. Maka dapatlah saya pegang jawatan ini.
Mr. Lee Haaaa, itu sikit hal sajalah Pak Din. Janji Pak Din tak lupakan saya sudahlah. Saya
tolong Pak Din, Pak Din tolong saya. Pak Din, inilah kontrak yang saya cakap hari
itu. Tanah kat hujung kampung yang 20 ekar tu nampak macam dah terbengkalai.
Harap Pak Din dapat tolong saya beli tanah tu, sbb saya memang dah lama
berhajat untuk naikkan kilang tayar saya di situ. Bila kilang saya dah siap nanti,
dapatkan anak-anak muda kampung ini bekerja di situ.

Pak Din Mr. Lee, awk tau kan tanah tersebut tanah rizab melayu. Tak boleh dijual.

Mr. Lee Pak Din, semua benda boleh kawtim lah. Ni yang saya nak mintak tolong Pak Din
selaku ketua kampung ini untuk luluskan kontrak ini di peringkat jawatankuasa
kampung, selebihnya saya akan uruskan dengan pegawai di pejabat tanah. Settle
nanti adalah komisen untuk Pak Din.

Pak Din Kalau macam tu baiklah. Saya ni mengenangkan jasa awak Mr. Lee yang bantu
saya dapat jawatan Ketua Kampung ni.

Mr. Lee Macam ni lah Pak Din, dalam beg ni ada sikit duit. Duit ni Pak Din pakai lah dulu.
Bukan ape sangat ni. Kalau dah selesai hal tanah tu nanti, saya akan bagi komisen
yang lagi besar daripada ni.

Pak Din Ok lah kalau macam tu.

Mr. Lee Ok lah Pak Din, saya beransur balik dahulu. Terima kasih.

Pak Din Ok, jumpa lagi Mr Lee.

(Mr Lee pun pulang)

Pak Din Rose, teh tarik satu lagi ye.

Rose Pak Din, lelaki cina tadi dia nak apa?


Pak Din Ohhh, dia tu businessman, dia nk buat business di sini tolong bagi kerja untuk
orang kampung kita. Wau,memang kaw betul lah teh tarik ini. Walaupun awk ni
cina muslim Rose, tapi pandai ya buat teh tarik dengan citarasa orang Melayu.

Rose Saya dan keluarga saya kan dah meniaga di sini sejak zaman lepas merdeka lagi.
Masa atuk saya buka gerai ini dahulu, memang ramai orang melayu cina dan india
yang datang. Kampung kita ini ada bangsa yang berbilang kaum, patutnya gerai
ini saya namakan Gerai Satu Malaysia. Hahahaha…

Pak Din Huishhh, tak boleh pakai nama itu. Kena tukar lah. Rose, nama sebenar you apa?

Rose Nama sebenar saya Rosyatimah. Ayah saya kan mualaf. Dia masuk Islam semasa
kahwin dengan ibu saya.

Pak Din Ye saya tahu tu. Pak Din dulu ada datang masa ayah ibu kamu menikah 23 tahun
dulu. Rose kerja apa di KL?

Rose Saya kerja biasa-biasa sahaja di KL sana. Ni ada peluang cuti panjang, saya balik
kampung bantu ayah saya meniaga.

Pak Din Ok Rose.

(Tamat Babak 2)

Babak 3
Tempat: Rumah Pak Din
Pelakon: Pak Din, Wati, Anis

Sinopsis:

Anis yang baru bangun tidur meminta untuk ibunya,Wati untuk membuatkan sarapan. Wati
memarahi Anis kerana bangun tidur terlalu lewat dan menyuruh Anis supaya berubah menjadi
seorang perempuan Melayu yang baik. Anis tidak mengendahkan ibunya. Pak Din balik dan
memberikan hadiah kepada mereka berdua.

Skrip:

PELAKON TEKS

Wati Haaaa…. Dah pukul 12 baru bangun ye Anis. Apa punya perangai ni anak
perempuan sorang ni. Tau lah awak tu tengah cuti semester, tapi janganlah bangun
lewat sangat. Sampai solat subuh pun tak bangun. Patutnya Anis bantu mak di
dapur.

Anis Alaaaa mak Anis penat lah. Malam tadi kan Anis balik lewat sebab ikut kawan
pergi sambut merdeka, ada konsert ambang sambutan kemerdekaan. Sampai
rumah pukul 3 pagi. Memanglah bangun lambat pagi ini.

Wati Haaa itulah,. Ikutkan sangat budaya barat tu. Sambut merdekalah, konsert ambang
merdeka lah. Budaya barat semua tu. Bercampur lelaki perempuan. Tak elok Anis.
Awk tu lah sorang anak dara mak, risau jadi apa-apa kat awk je nanti.

Anis Ayah mana mak?

Wati Ayah kau kan pergi perarakan kemerdekaan. Semenjak ia jadi ketua kampung ni,
sentiasa sibuk sahaja. Tapi tak apa lah, dah macam tu khidmat bakti dia pada
masyarakat. Mak sebagai isteri menyokong sahajalah ape ayah kau buat.

Anis Haaaa, bila ayah buat macam tu mak tak bising plak dia pergi perarakan hari
merdeka tu.

Wati Itu lain Anis, perarakan hari merdeka tu memang sejak dulu dah diadakan di
dataran merdeka sana. Semua agensi kerajaan pun turut serta. Yang awak tu Anis,
pergi sambutan ambang kemerdekaan, tengah malam pulak tu. Ade pulak konsert
yg ntah apa-apa tu, bergaul sesama lelaki perempuan. Pelik budak-budak sekarang
ni, minda dan sikap masih lagi mengikut barat, langsung tak merdeka. Nama je
sambut merdeka, tapi peel remaja macam awak ni macam tu jugak.

Anis Haih, yelah mak.

(Anis mengeluarkan telefon dan mula membuat live facebook)

Wati Haaaa haaaa, ni satu lagi perangai mak tak suka. Ape yg ada dalam media sosial tu
itulah yang asyik nk diikut. Sampai nak makan pun kena nak bagitau satu dunia
ke? Tiap jam sibuk dengan telefon bimbit. Tak ke awak rasa diri awak tu mcm
terkongkong dengan benda-benda mcm ini?

Anis Alaaa mak. Anis buat live di facebook ni supaya senang semua follower Anis tau
apa yang Anis buat. Takdelah penat nak reply kalau dierang tanya Anis tengah
buat apa. Lagi pun ini trend lah mak.

Wati Bukan apa Anis. Awak tu dah lah kat rumah, belum mandi, aurat terdedah macam
ni buat live pulak. Semua tengok nanti berdosa tau Anis.

Anis Yelah mak. Anis makan dulu.

(Pak Din masuk)


Pak Din Assalamualaikum

Wati / Anis Waalaikumsalam

Wati Abang meh makan sekali.

Pak Din Haaa yelah.

Anis Macam mane tadi ayah? Ramai tak orang di dataran?


Pak Din Macam biasa, memang ramai. Lagipun kali ini perarakan yang dibuat agak besar.
Dapatlah tengok kereta kebal terbaru. Haaaa kamu tu balik pukul berapa
semalam?

Wati Pukul 3 pagi bang. Bertuah sungguh anak dara kita ni

Pak Din Ya Allah… Anis tak elok anak dara balik lewat sangat.

Wati Yelah ayah, mak dah cakap tadi. Ayah janganlah tambah lagi ye.

Pak Din Bukan apa, awak tu lah soraang anak kami, jadi apa-apa kat awak nanti, nangis tak
berlagu ayah dan mak kamu. Haaa ini, ayah ade belikan sesuatu untuk kamu dan
mak kamu.

Anis Waaahhhh cantiknya, terima kasih ayah. Mesti mahal ni.

Pak Din Memang mahal ni, tp Alhamdulillah ada rezeki lebih ayah belikan lah.

Anis Terima kasih ayah. Ayah, Anis nak duit sikit. Kejap lagi nak keluar tengok wayang
dengan kawan.

Wati Haiii, malam tadi balik pukul 3 pagi, ni pukul 12 tengah hari dahh nak keluar
balik?

Pak Din Alaaa biarkanlah. Budak tu kan tengah cuti. Nah ambil ni.

Anis Terima kasih ayah, anis nk pergi mandi kejap.

Wati Bang, buat ape dimanjakan sangat Anis tu?

Pak Din Dah dia je sorang anak kita. Ni ada duit lebih sikit, apa salahnya bagi die untuk
buat belanja.
Wati Duit daripada mane tu bang? Rasanya pencen belum keluar lagi. Tengah bulan ni.
Tiba-tiba dapat beli rantai untuk saya ni.

Pak Din Alaaaaa ada rezeki lebih pun awak persoalkan. Kang Allah tarik rezeki baru tau.
Awak doa jelah moga kita makin senang lepas ni abang dapat jawatan ketua
kampung ni.,

Wati Baiklah bang.

(Tamat Babak 3)

Babak 4

Tempat: Tanah rizab hujung kampung


Pelakon: Mr. Lee, Majid, Rose

Sinopsis:
Mr. Lee dan Majid berbincang tentang tanah yang bakal diusahakan oleh syarikat Mr. Lee. Mr.
Lee menawarkan pekerjaan kepada Majid sebagai pengurus di kilang yang akan dibangunkan
tersebut. Majid pada mula menolak kerana beliau tidak yakin kilang tersebut dapat dibina kerana
tanah yang dimaksudkan adalah tanah yang berbukit dan telah diwartakan tanah rizab. Mr. Lee
menawarkan gaji yang tinggi kepada Majid, lalu Majid bersetuju. Rose baru pulang daripada
gerainya telah terserempak dengan mereka dan Rose menyatakan perbuatan itu salah. Majid
bertengkar dengan Rose.

Skrip:

PELAKON TEKS

Mr Lee Awak jangan risau Encik Majid, tanah ini telah pun diluluskan untuk saya
bangunkan kilang saya. Saya tau tanah awak ada di sebelah tepi sana, sebab itu
saya nk tunjukkan pelan ini pada awak.
Majid
Mr. Lee, awak tak boleh buat begini. Ini tanah rizab. Lagipun ini tanah bukit.
Takut kalau hujan lebat, tanah ni runtuh nanti. Ada sebab tanah ini diwartakan jadi
rizab, untuk menguatkan struktur kawasan ini. Kalau kawasan bukit ini awak
musnahkan, saya takut jadi banjir kilat, atau tanah runtuh nanti. Habis rumah-
Mr Lee
rumah kat lereng bukit tu termasuk rumah saya nanti akan kena timbus.

Encik Majid, syarikat saya ini dah berpuluh tahun buat kerja ini. Kami memamg
professional. Saya dah buat kajian, memang takkan berlaku bencana yang yang
Majid
awak cakap itu. Awak tengok, jentera-jentera yang saya gunakan pun diimport dari
luar negara. Staff saya pun sangat cekap. Takkan berlaku masalah punya.

Ini bukan perkara main-main Mr. Lee. Memang sekarang ni masih ok. Lagi 10
tahun, 20 tahun? Awak dah meletakkan orang kampung ini dalam bahaya.
Mr Lee

Majid Saya rasa awak ini risau tak tentu pasal. Cuba awak tengok projek saya di
kampung sebelah, lebih besar kawasan bukit yang saya tarah, takde masalah apa
Mr Lee
pun. Dah 5 tahun dah. Makin ramai yang duduk di kampung sebelah adalah sebab
banyak sudah kilang-kilang dibina di sana selepas saya majukan tanah rizab sana.

Mungkin saya yang silap. Betul jugak kata awak Mr. Lee.
Majid
Macam inilah Encik Majid. Esok Encik Majid datang pejabat saya, kita bincang
Mr Lee hal ini. Saya sebenarnya bercadang untuk melantik orang kampung ini untuk
menjadi pegawai yang menguruskan kilang-kilang saya nanti. Saya rasa Encik
Majid orang yang sesuai.

Betul ke ini Mr. Lee?


Majid

Mr Lee Betul. Saya perlukan orang tempatan untuk bantu saya menguruskan para pekerja
kilang. Haaaaa… kalau Encik Majid ada kenal budak-budak kampung yang tidak
bekerja, melepak sahaja, suruh mereka datang ke kilang saya nanti, saya akan
Majid
sediakan kerja dan gaji lumayan untuk mereka. Encik Majid akan jadi boss
Rose mereka. Komisen pun lumayan nanti.

Mr Lee Terima kasih Mr. Lee. Baik sungguh Mr. Lee bantu orang-orang kampung saya.

Saya memang suka buat amal Encik Majid.


Rose
(Rose masuk)

Majid Haaaa, Rose baru pulang dari gerai ke?

Ya lah, Majid. Ohh Mr. Lee apa khabar.


Rose
Khabar baik.

Mr Lee
Ehh, nampaknya mesin-mesin dah mula masuk ke kawasan tanah rizab tu. Setahu
saya, mereka mana boleh masuk.
Rose
Rose, Mr. Lee dah beli tanah-tanah itu. Dia berhak untuk melakukan apa yang die
nak pada tanah tu.

Majid Ini semua salah ni, Majid. Kalau pihak berwajib tau, memang tak akan lulus
projek ini. Tanah bukit tu tanah rizab. Bahaya. Banyak rumah di lereng bukit.
Rose
Heyy perempuan, jangan masuk campur yaa. Saya dah uruskan semua kelulusan
dari bawah sampai lah atas. Hak saya untuk bangunkan tanah ini.
Mr Lee
Majid, lakukan sesuatu. Ini tanah untuk orang kampung kita. Rizab orang
Majid
kampung. Tak sayang ke dengan tanah kita ini? Sewenang-wenangnya kita jual
Mr Lee pada orang lain. Nenek moyang kita bergolok gadai usahakan agar tanah ini
diwartakan sebagai rizab untuk keselamatan kita dan anak cucu kita.

Rose, sudahlah. Mr Lee pun dah berjanji akan bantu orang kampung ini dengan
bagi mereka kerja di kilangnya nanti.

Saya rasa kamu dah terhasut dengan pujukan Mr. Lee. Pak Din pun sama. Mesti
dia dah janjikan kamu sesuatu.

Heyy, lebih baik kamu balik sekarang.

Rose, saya rasa baik kamu balik

Kamu jangan datang lagi di kawasan ini. Duduk diam-diam di gerai kamu itu.

(Tamat Babak 4)

Babak 5

Tempat: Rumah Pak Din


Pelakon: Pak Din, Watie, Anis

Sinopsis:

Pak Din pulang membawa kereta baharu. Kereta itu diberikan oleh Mr. Lee. Wati tidak bersetuju
kerana beranggapan itu adah seperti suatu bentuk rasuah. Anis telah pun habis belajar tetapi tidak
bekerja. Pak Din menyuruh Anis berjumpa dengan Mr Lee untuk mendapatkan kerja di kilang
beliau.

Skrip:

PELAKON TEKS

Wati Siapa pulak yang kuat sangat horn tu depan rumah kita? Anis, ooo Anis cuba
tengok kejap. Macam ada kereta besar parking depan rumah tu.

(Pak Din masuk sambil melambungkan kunci)


Wati
Ehhh abang. Kereta siapa yang abamg bawak ni?
Pak Din
Kereta baru kita lah. BMW tau. Bukan calang-calang orang boleh pakai kereta ni.
Ketua kampung kenalah ada gaya pakai kereta mahal.

(Anis pun masuk bersiap-siap untuk pergi temuduga kerja)


Anis
Ayah, mak, Anis pergi dulu ye.
Wati
Eh kejap-kejap. Baju apa kamu pakai ni Anis? Tak sesuai langsung untuk pergi
temuduga kerja.
Anis
Alaa mak. Ini trend baru.
Wati
Hmm.. trend lagi. Ikut kamulah Anis.
Anis
Waaaaaa, ayah beli kereta baru!

Pak Din
Ye Anis. Senanglah nak bawak Anis jalan-jalan nanti. Ohh ye, nanti kamu dah
sampai di kilang Mr. Lee untuk temuduga tu, kamu terus je pergi ke pejabat Mr.
Anis Lee ye. Ayah dah aturkan agar kamu dapat jawatan tu.

Wahhhh, inilah untungnya bila ayah baik dengan orang lain. Anis pergi dulu ye
ayah.
Wati
(Anis berlalu pergi)

Bang, saya nak tanya sikit boleh? Mana abang dapat duit ni beli kereta ni? Mahal
Pak Din
kereta ni.

Bukan abang beli. Ini Mr Lee bagi sebagai tanda penghargaan. Hari tu kan abang
Wati
tolong dia masa hal tanah tu. Ni kilang dia dah siap. Die rasa berterima kasih pada
Pak Din abang.

Wati Bang, saya tak sedap hatilah. Ini dah macam rasuah ni.

Mana ada rasuah. Ini namanya tanda tolong menolong sesama kawan.

Mana boleh bang. Abang ingat saya tak tau ke? Masa saya pergi kenduri hari itu,
isteri si Majid ada bagitau saya pasal perjanjian abang dengan Mr Lee. Dia kata
Pak Din
tanah rizab tu memang tak boleh dijual, tapi abang gunakan kuasa abang sebagai
ketua kampung untuk dapatkan kelulusan di pejabat tanah. Itu salah bang. Saya
Wati
takut abang kena tangkap nanti.

Awak jangan sibuk lah hal saya. Cakap benda bukan-bukan pulak. Kena tangkap
lah rasuah lah… Awak tak suka ke kita ni hidup senang?
Pak Din
Hidup senang dengan duit rasuah ke bang? Saya tak suka bang. Rasuah ini lah
yang menjatuhkan negara. Saya sayang negara kita bang. Sama macam saya
sayang abang dan keluarga kita. Saya takut kita merana di kemudian hari dengan
perbuatan abang ni. Baik abang pulangkan balik kereta tu sebelum terlambat.
Wati

Buat apa nak pulangkan, ini hak abang. Kereta ni sikit je Wati. Komisen yang
Pak Din
abang dapat berlipat kali ganda Mr. Lee bagi. Kamu ni dengar sangat cakap si
isteri Majid tu. Majid dan isteri die tu cemburu dengan kita. Sepatutnya dia yang
dipilih jadi ketua kampung, tapi sebab abang ni lebih berkelayakan, mereka pilih
abang.
Wati Bukan ape bang. Saya takut tengok abang ini dah macam mabuk kuasa sebagai
ketua kampung. Apa yang abang buat ni salah. Saya tak setuju.

Awak jangan naikkan darah saya. Apa tak cukup ke barang kemas yang abang beli
Pak Din kat awak? Bersyukurlah kita ada rezeki macam ni. Siapa nak bagi. Orang lain kais
pagi makan pagi. Kita hidup mewah sejak abang jadi ketua kampung. Tu, awak
tengok Anis anak kita. Senang-senang je dapat kerja dengan jawatan besar di
kilang Mr. Lee tu. Awak ingat zaman sekarang ni kerja senang dapat ke? Untung
Majid ada Mr. Lee bantu kita dan Anis senang-senang dapat kerja sana.

Saya doakan agar keluarga kita dijauhkan daripada malapetaka dan bencana bang.
Hari pun dah nak hujan. Saya nk pergi angkat kain.
Wati
(Majid datang ke rumah Pak Din dalam keadaan yang tergesa-gesa)

Haaaa berani kamu jejakkan kaki ke rumah aku ini. Lepas kamu dan isteri kamu
hasut isteri aku, cerita macam-macam pasal tanah hujung kampung tu, ini berani
pulak datang sini ye. Aku parangkan kamu nanti. Kamu memang dah melampau
Majid. Apa masih belum habis lagi cemburu kamu pasal pemilihan ketua
kampung?

Pak Din, saya datang ni bukan nak bergaduh. Saya datang ni nak bagitau yang
anak Pak Din ditimpa kemalangan masa tanah dekat bukit hujung kampung tu.
Cepat Pak Din.

Ya Allah Anis. Cepat bang!!


(Tamat Babak 5)

Babak 6

Tempat: Tanah rizab hujung kampung


Pelakon: Pak Din, Wati, Anis, Majid, Rose

Sinopsis:

Pak Din dan Wati menangis melihat anak mereka yang terkorban dalam kemalangan. Rose
datang sebagai polis dan menahan Pak Din.

Skrip:

PELAKON TEKS

Anda mungkin juga menyukai