Anda di halaman 1dari 4

TERMA DAN SYARAT

PERTANDINGAN SSPN GOT TALENT (PERINGKAT NEGERI)


BULAN MENABUNG SSPN 2020

Pertandingan SSPN Got Talent merupakan pertandingan untuk mencungkil dan


mengetengahkan bakat kanak-kanak dalam 2 kategori berikut:-

i) Kategori 1 : Peserta berumur 6 - 8 tahun


ii) Kategori 2 : Peserta berumur 9 - 12 tahun

TEMPOH PERTANDINGAN

1 Oktober 2020 sehingga 15 Oktober 2020.

PTPTN mempunyai hak mutlak untuk menukar atau meminda tempoh pertandingan
ini sekiranya perlu, tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

KELAYAKAN

1. Peserta adalah warganegara Malaysia yang berumur 6 hingga 12 tahun;

2. Pertandingan ini TIDAK LAYAK disertai oleh ahli keluarga kakitangan PTPTN;

3. Peserta mempunyai bakat seperti bercerita, bersyair, berpuisi, menari,


menyanyi, silap mata, berlakon, melakukan aksi akrobatik seperti seni
pertahanan diri (tanpa peralatan), standup comedy dan lain-lain;

4. Pertandingan ini adalah dalam kategori individu sahaja;

5. Persembahan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris;

6. Peserta diberikan markah tambahan sekiranya persembahan yang dilakukan


berkaitan dengan tema Menabung Bersama SSPN atau Penabungan;

7. Masa persembahan tidak melebihi 3 minit;

8. Peserta perlu membuat pembukaan akaun atau penambahan simpanan SSPN


minimum RM50.00 di dalam tempoh pertandingan.

CARA PENYERTAAN

9. Penyertaan pertandingan mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:-

a. ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook PTPTN Negeri;


b. Profil Facebook ditetapkan kepada “Public”;
c. Memuatnaik video SSPN GOT TALENT ke laman Facebook peribadi dan
menyalin URL video yang dimuatnaik;
d. Mengisi borang penyertaan di http://bit.ly/SSPNGotTalent.

1
10. Peserta juga boleh menghantar softcopy video dalam bentuk file Mp4 ke pejabat
PTPTN yang berhampiran;

11. Peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) penyertaan sahaja untuk setiap
individu yang menyertai pertandingan.

PERATURAN LAGU IRINGAN, PAKAIAN DAN PERALATAN TAMBAHAN

12. Pakaian para peserta hendaklah bersesuaian, kemas, sopan dan TIDAK
DIBENARKAN memakai pakaian yang menjolok mata;

13. Peralatan tambahan yang mendatangkan risiko keselamatan adalah tidak


dibenarkan;

14. Pilihan lagu atau sebarang audio dan peralatan mestilah yang tidak menyentuh
sensitiviti masyarakat/ kaum dan agama;

15. Pihak urusetia tidak bertangungjawab dalam urusan penyediaan lagu iringan/
pakaian/ peralatan untuk peserta yang mengambil bahagian.

PEMILIHAN PEMENANG

16. Lima (5) video terbaik bagi setiap kategori akan disenarai pendek dan akan
ditayangkan di Facebook PTPTN Negeri;

17. Pemenang akan dipilih berdasarkan ‘Like’ paling tinggi di dalam tempoh penilaian.
Sekiranya bilangan ‘Like’ adalah sama, pihak PTPTN berhak menentukan
pemenang berdasarkan keputusan panel juri;

18. Keputusan pemenang yang diumumkan oleh PTPTN adalah muktamad. Sebarang
surat menyurat, pertanyaan, rayuan, bantahan atau apa-apa cubaan untuk
mempertikaikan keputusan adalah tidak akan dilayan bagi mana-mana situasi.

HADIAH PERTANDINGAN DAN TUNTUTAN HADIAH

KATEGORI PEMENANG HADIAH TUNAI


Pertama RM300 x 1 pemenang
Kedua RM200 x 1 pemenang
Kategori 1
Ketiga RM150 x 1 pemenang
(6 - 8 tahun)
Keempat RM100 x 1 pemenang
Kelima RM 50 x 1 pemenang

2
KATEGORI PEMENANG HADIAH TUNAI
Pertama RM300 x 1 pemenang
Kedua RM200 x 1 pemenang
Kategori 2 RM150 x 1 pemenang
Ketiga
(9 - 12 tahun)
Keempat RM100 x 1 pemenang
Kelima RM 50 x 1 pemenang

19. Pemenang akan dimaklumkan melalui surat/ e-mel/ panggilan telefon atau apa-
apa kaedah penyampaian lain yang bersesuaian;

20. Hadiah yang dimenangi tidak boleh dipindah milik atau ditukar sama ada
sebahagian atau keseluruhannya kepada bentuk lain selain yang ditetapkan oleh
PTPTN;

21. Hadiah tunai yang dimenangi akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan
Pendidikan Nasional (SSPN) dalam tempoh DUA (2) BULAN dari tarikh
pengumuman pemenang;

22. Pemenang perlu menanggung semua kos tuntutan hadiah dan kehadiran ke majlis
penyampaian hadiah jika berkenaan.

PERUNTUKAN UMUM

23. Sebagai peserta yang mempunyai akaun aktif, peserta dianggap telah membaca,
memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan dan
membenarkan butiran peribadi mereka termasuk tetapi tidak terhad kepada data
peribadi untuk digunakan bagi tujuan promosi;

24. Peserta perlu memberi jaminan bahawa hasil karya yang diberikan kepada PTPTN
adalah bukan dipinjam, diciplak serta tidak melanggar hak cipta intelek, paten,
trademark, copyrights, trade secret atau lain-lain pihak lain;

25. Peserta juga bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat apa-apa tuntutan


daripada mana-mana pihak di atas pelanggaran hak cipta intelek, paten,
trademark, copyright, trade secret atau lain-lain sekiranya ada semasa menyertai
pertandingan;

26. PTPTN berhak meminda, membatalkan atau menambah mana-mana terma dan
syarat di dalam pertandingan ini sama ada secara keseluruhan atau sebahagian
tanpa notis terlebih dahulu. Pindaan, pembatalan atau penambahan tersebut
adalah dianggap mengatasi pernyataan sepertimana yang terkandung di dalam
bahan promosi pengiklanan yang berkaitan dengannya;

27. PTPTN berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menangguhkan


pertandingan ini dengan atau tanpa notis terlebih dahulu dan / atau tanpa
memberikan apa-apa sebab kepada mana-mana peserta. Untuk mengelakkan
keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan pertandingan
ini oleh PTPTN tidak akan memberi hak kepada mana-mana peserta untuk apa-
3
apa tuntutan atau pampasan terhadap PTPTN ke atas apa-apa dan / atau
keseluruhan kehilangan, kos, perbelanjaan atau kerosakan yang ditanggung atau
dialami sebagai kesan langsung atau tidak langsung daripada pembatalan,
penamatan atau penggantungan tersebut;

28. PTPTN tidak bertanggungjawab ke atas penghantaran penyertaan yang lewat,


hilang, tidak lengkap, tidak diserahkan, ditangguhkan, rosak atau salah arah sama
ada disebabkan kesilapan, peninggalan, pengubahan, gangguan, penghapusan,
kecurian, pemusnahan atau sebaliknya;

29. PTPTN berhak membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis,


sekiranya didapati peserta tidak layak dan tidak mengikut terma dan syarat yang
telah ditetapkan;

30. Jika pemenang didapati tidak memenuhi syarat-syarat untuk mengambil bahagian
dalam pertandingan ini atau menebus hadiah yang diberikan, PTPTN berhak untuk
membatalkan atau mengambil semula hadiah dan menganugerahkan hadiah yang
sama kepada pemenang yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh PTPTN;

31. Penyertaan peserta dalam pertandingan ini adalah atas risiko peserta sendiri.
PTPTN tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan,
kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan tersebut;

32. Segala terma dan syarat yang terdapat di dalam dokumen ini dan juga sebarang
keputusan yang dibuat oleh PTPTN berhubung pertandingan ini adalah muktamad
dan konklusif. PTPTN tidak akan melayan sebarang rayuan atau pertikaian
melibatkan keputusan yang telah dibuat;

33. PTPTN boleh menggunakan penyertaan peserta termasuk tanpa terhad kepada
gambar, video, lukisan, teks, dan kandungan atau maklumat lain yang
dikemukakan untuk tujuan promosi (secara kolektif dinamakan “Bahan”), dan
nama peserta, dan/atau persamaannya, untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan
promosi mana mana barangan atau perkhidmatan PTPTN, untuk tempoh tidak
terhad di seluruh dunia tanpa pampasan, dan dalam mana-mana media. Peserta
hendaklah melakukan segala perkara yang perlu untuk tujuan ini jika diminta oleh
PTPTN;

34. Segala surat-menyurat yang dihantar ke alamat terakhir mengikut rekod PTPTN
adalah dianggap telah diserahkan kepada peserta.

Maklumat dikemaskini pada 12 Oktober 2020

Anda mungkin juga menyukai