Anda di halaman 1dari 2

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
- Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan
sekolah.
2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
 Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.
3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A
dalam peperiksaan percubaan SPM.
 Pelajar itu dihadiahi oleh guru bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh
A dalam peperiksaan percubaan SPM.
4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.
 Penculik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.
5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.
 Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.
6. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.
 Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.
7. Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.
 Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya dibanteras oleh pihak berkuasa.
8. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu.
 Beberapa langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk membantu pengusaha industri
kecil itu /Beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu telah diambil
oleh pihak kerajaan.
9. Ketua kampung menegur sikap Azman dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung.
 Sikap Azman dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung ditegur oleh ketua
kampung.
10. Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah.
 Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh penduduk
setempat.
11. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.
 Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.
12. Hanisah membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.
 Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanisah di kantin.
13. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.
 Gambar itu saya lukis kelmarin setelah diminta oleh Farah.
Arahan : Kenal pasti ayat aktif dan ayat pasif.

a. Ayah menebas semak samun di belakang rumah


b. Dia sedang menjahit baju yang koyak itu
c. Semua kerja sekolahtelah saya siapkan.
d. Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.
e. Beliau akan Merasmikan acara sukan itu
f. Kayu api itu dibelah oleh ayah.
g. Baginda meminta rakyat supaya bersatu padu
h. Mereka sedang membaiki jambatan yang rosak itu
i. Tikar mengkuang itu sedang dianyam oleh mereka.

AYAT AKTIF AYAT PASIF

Anda mungkin juga menyukai