Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Pada masa kini, penyampaian ilmu kepada kanak-kanak amat cenderung dilakukan dalam
bentuk lagu. Ini kerana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa mereka dengan
mendengar dan menonton video-video di alam maya seperti aplikasi Youtube. Perkara ini
tidak perlu dikhawatiri, kerana banyak lagu atau video yang dipaparkan dalam aplikasi
tersebut mempunyai unsur positif yang merangkumi setiap lapisan umur. Unsur positif
tersebut termasuklah pengajaran dan pembelajaran yang berguna dalam kehidupan
seharian. Contohnya, pembelajaran abjad kepada kanak-kanak yang berusia dua hingga
empat tahun terbukti lebih berkesan melalui video dan lagu kerana ia dapat menarik
perhatian mereka lebih baik daripada membaca buku semata-mata. Kebanyakkan pelajar
kurang berminat dengan teknik pengajaran yang hanya melibatkan penulisan nota atau
pengajaran secara tradisional iaitu hanya menggunakan papan hitam semata-mata tanpa
ada elemen-elemen yang lebih menarik seperti animasi, grafik, bunyi dan sebagainya
(Ahmad, Baharom & Siti Nasrah, 2007) . Menurut Ahmad et al. (2007) turut menyatakan
bahawa, pembelajaran menggunakan lima deria utama manusia adalah lebih berkesan jika
dibandingkan dengan pembelajaran yang pasif, iaitu hanya menggunakan deria penglihatan.
Apabila kita menonton video ataupun mendengar lagu, deria yang kita gunakan adalah deria
penglihatan dan pendengaran. Oleh itu, pembelajaran akan lebih efektif jika kita
menggunakan sumber seperti video ataupun lagu.

2.0 HURAIAN LAGU BERKAITAN DENGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Terdapat banyak lagu masa kini yang mempunyai isi pembelajaran yang amat berkesan
untuk kanak-kanak. Sebagai contoh, lagu kanak-kanak yang mengandungi unsur pengajaran
ialah lagu “Please and Thank you” yang terdapat di laman Youtube melalui pautan
(https://www.youtube.com/watch?v=ANChOA4SyL0). Lagu ini mendidik kanak-kanak untuk
mengucapkan terima kasih dan meminta pertolongan dengan cara yang sopan iaitu dengan
menggunakan perkataan please yang bermaksud “tolong” dalam Bahasa Melayu dan “thank
you” yang bermaksud terima kasih. Seperti yang dapat dilihat dalam video tersebut, seorang
kanak-kanak ingin mengambil patungnya yang berada di atas meja. Namun, dia tidak
mampu untuk mencapai patungnya tersebut lalu dia meminta pertolongan daripada
kakaknya dengan mengucapkan perkataan “tolong”. Perkataan ini diulang berkali-kali agar
dapat mendidik kanak-kanak yang menonton video ini untuk mengucapkan perkataan
“tolong” ketika mereka memerlukan bantuan untuk mendapatkan ataupun melakukan
sesuatu. Kemudian, dalam video ini pula, setelah kanak-kanak tersebut ditolong oleh
kakaknya, dia seterusnya mengucapkan “terima kasih” secara berulang-ulang yang juga
bertujuan untuk mendidik kanak-kanak yang menonton video tersebut untuk menggunakan
adab yang betul ketika mereka memerlukan pertolongan dan juga apabila mereka diberi
bantuan oleh orang lain. Seperti yang dapat kita lihat, video ini memaparkan pelbagai
contoh situasi dimana kanak-kanak dalam video tersebut memerlukan bantuan dan diberi
bantuan oleh orang lain. Dalam setiap situasi, kanak-kanak tersebut mengucapkan terima
kasih dan meminta pertolongan kepada orang yang terlibat dalam video tersebut. Dengan
menonton video seperti ini, penonton, terutamanya golongan kanak-kanak yang
menontonnya akan dapat mengaplikasikan perbuatan mulia tersebut. Ini kerana, menurut
Halim Masnan (2014), pembelajaran akan lebih mudah dilakukan jika sesuatu itu dilakukan
secara berulang-ulang. Ini kerana, dengan melakukan suatu perkara secara berulang,
ingatan kita akan terlatih dan dengan secara tidak langsung, kita akan dapat mengingati
sesuatu tersebut dengan mudah.

Selain daripada itu, konsep pembelajaran melalui lagu ataupun konsep pengulangan
seperti yang ditunjukkan dalam lagu ini juga boleh digunakan untuk mempelajari benda
yang lain seperti adab atau perlakuan, pembelajaran dan sebagainya. Sebagai bukti, umat-
umat Islam mampu untuk menunaikan solat pada umur yang muda kerana mereka telah
berulangkali dilatih untuk menunaikan solat sama ada di sekolah, di surau ataupun di
rumah. Oleh yang demikian, konsep seperti ini amatlah berperanan penting dan berkesan
digunakan dalam proses pembelajaran bukan sahaja dalam golongan kanak-kanak, tetapi
juga dalam golongan remaja.

3.0 MELODI DAN IRAMA LAGU


4.0 UNSUR UNIK DALAM LAGU
5.0 KESIMPULAN
6.0 RUJUKAN
Ahmad, E., Baharom, M., & Siti N. M. (2007). Peranan multimedia di dalam pembelajaran kanak-
kanak. Teknologi Dalam Pendidikan, 1(1), 3.

Abdul, H. M. (2014). Amalan pedagogi guru prasekolah permulaan. Perak: Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI).

Anda mungkin juga menyukai