Anda di halaman 1dari 3

Tokoh-tokoh Neoplatonisme

Nama Plotinus sangat sinonim dengan Neoplatonisme sebagai pembawa


fahaman Neoplatonisme semasa zaman falsafah klasik di barat. Plotinus dan
falsafah Neoplatonismenya telah memberikan impak dan sumbangan yang besar
pada zaman tersebut sehingga ia menyingkirkan fahaman pemikiran Yunani
yang hanya bersifat intelektual dan rasional. Secara amnya, teori-teori dalam
falsafah yang dihasilkan oleh Plotinus agak bertentengan dengan pemikiran
Yunani, iaitu bersifat mistik, irrasional dan hanya boleh difahami kewajarannya
melalui

perasaan.

Walaupun

falsafah

Neoplatonisme

banyak

memberi

sumbangan, usaha Plotinus hanya disambung oleh beberapa tokoh sahaja.


Dalam

sebilangan

tokoh-tokoh

tersebut,

hanya

tiga

tokoh

yang

telah

membuahkan hasil tulisan yang penting dan berpengaruh. Tokoh-tokoh tersebut


ialah Porphyry, Iamblichus dan Proclus.
1) Porphyry (233-301)
Tokoh pertama, iaitu Porphyry merupakan anak murid kepada Plotinus
sendiri di Athens (Smith, 1974). Keakraban mereka boleh dikaji melalui hasil
penulisan Porphyry, Life of Plotinus. Porphyry mempunyai rasa hormat yang
sangat tinggi terhadap Plotinus dan falsafah klasik. Sifat hormat ini telah
menyebabkan Plotinus menggelarnya sebagai light , yang membawa erti
seorang yang mempertahankan falsafah (Smith, 1974). Porphyry merupakan
seorang penceramah Greek yang sangat aktif di Rom. Berbeza dengan
Iamblichus dan Proclus, Porphyry sangat terkenal dan berpengaruh di barat. Ini
ialah disebabkan, menurut Smith (1974), hasil-hasil dan hujah-hujah yang
disampaikan

oleh

Prophyry

sangat

meyakinkan

kepada

para

pembaca,

pendengar dan penonton. Salah satu sumbangan beliau dalam Neoplatonisme


ialah melalui bukunya Life of Plotius dalam bab 13 yang menerangkan
hubungan di antara jiwa dan badan, dimana Porphyry telah menghabiskan tiga
hari hanya untuk bersoal-jawab dengan Plotinus berkenaan tentang topic
tersebut (Smith, 1974). Ini menunjukkan bahawa Porphyry merupakan seorang
yang komited dalam melakukan kerjanya. Melalui sesi soal-jawab tersebut,
Porphyry berpendapat bahawa perpaduan bukan dimusnahkan oleh badan
manusia, tetapi jiwa dan akal. Beliau juga menolak idea Numenian tentang jiwa
yang plural, dan mengaku akan kebenaran bahawa ada jiwa yang bersifat dualiti
(Smith, 1974). Selain daripada itu, Porphyry juga merupakan orang yang
menyusun hasil-hasil tulisan Plotinus kepada enam Enneads, dimana dalam

setiap Ennead tersebut mengandungi sembilan hasil tulisan Plotinus (Smart,


2008). Menurut Smart(2008), Porphyry juga

menganggap bahawa melalui

falsafah, manusia akan selamat daripada pegangan paganism iaitu pemikiran


Yunani dan falsafahnya. Beliau menafikan bahawa Nabi Musa merupakan penulis
Pentateuch. Antara karya-karya yang dihasilkan oleh Porphyry ialah Life of
Plotinus, Life of Phytagoras dan Letter to Marcella.

2) Iamblichus (240-325)
Lahir daripada keluarga yang berada, Iamblichus merupakan tokoh kedua
dalam Neoplatonisme selepas Porphyry. Kedua tokoh ini pernah belajar bersamasama ketika di Rom (Afonasin, Dillon & Finamore, 2012). Menurut Simplicius
dalam Remes & Griffin(2014), teori teori yang dihasilkan oleh Iamblichus banyak
dipengaruhi oleh Porphyry, lalu ditambah dengan teori intelektif yang dihasilkan
olehnya

sendiri.

Teori-teori

dan

ulasan

yang

dihasilkan

oleh

Iamblichus

kebanyakkannya ditolak dan dianggap sesat (Remes, 2014). Sikap dan cara
pemikiran Iamblichus yang sangat berbeza dengan Porphyry menyebabkan
golongan Neoplatonist yang lain kurang yakin akan hasil-hasil beliau. Sebagai
contoh, berbeza dengan Porphyry, Iamblichus mengikuti pandangan Peripatetic
dalam mentafsir teori Aristotle tentang teori Neoplatonic (Remes, 2014). Ini jelas
menunjukkan

perbezaan

Porphyry

dan

Iamblichus.

Isu

ini

juga

telah

menyebabkan golongan Neoplatinist di Athen mengasingkan Iamblichus dalam


isu ini. Antara karya-karya yang dihasilkan oleh Iamblichus ialah Life of
Phytagoras, dan The Protepric.

3) Proclus (410-485)
Proclus

merupakan

seorang

yang

berpengetahuan

luas

tentang

kehudupan. Sebelum menceburi bidang falsafah di Athens, beliau pernah belajar


dalam bidang guaman dan matematik di Alexandria (Reme, 2008). Berbeza
dengan Iamblichus, teori-teori yang dihasilkan oleh Proclus banyak memberi
tumpuan kepada kehidupan bertafakur (Smart, 2008). Walaubagaimanapun,
dalam beberapa teori falsafah, Proclus lebih memihak kepada pendapat
Iamblichus berbanding Plotinus. Akan tetapi, Proclus mendapatkan penjelasan
bagi hampir kesemua teori-teori yang dihasilkan oleh beliau daripada hasil-hasil

peninggalan Plotinus dan Iamblichus. Setiawan (2011) menyatakan bahawa


Proclus berpendapat manusia tidak akan selamat tanpa iman. Selain daripada
itu, Proclus juga menyatakan bahawa amalan dan kehidupan manusia sedang
berundur ke belakang yang merupakan gambaran sebenar emanasi. Menurut
Proclus, tiga aspek yang diambil kira untuk seseorang kembali ke tempat asal,
iaitu tempat Pencipta merupakan kawalan diri, kezuhudan, ilmu yang tinggi dan
visi yang bersatu tentang yang Satu (Smart, 2008). Antara hasil karya beliau
ialah Platonic Theology, Elements of Physics dan Platos Timaeus.

RUJUKAN
Remes, P., & Griffin, S. S. (2014). The Routledge Handbook of Neoplatonism. New
York, Routledge.
Smith, A., (1974). Porphyrys place in the Neoplatonic Tradition, A study in postplotinian Neoplatonism. The Hague, Martinus Nijhoff.
Afonasin, E., Dillon, J., & Finamore, J. F., (2012). Iamblichus and the Foundations
of
Late Platonism. The Netherlands, Library of Congress Cataloging.
Smart, N., (2008). Falsafah Dunia. Kuala Lumpur, Institut Terjemahan Negara
Malaysia.
Setiawan, M. D. R., (2011). Plotinus. Falsafah Barat Klasik.
Remes, P., (2008). Ancient Philosophies : Neoplatonism. Third Avenue New York,
Acumen.

Anda mungkin juga menyukai