Anda di halaman 1dari 7

Ukhuwwah, Syiar Dakwah Kita

Bertasbih ketika waktu sahur yang amat berharga dan berinteraksi secara ukhwwah keimanan, merupakan dua paksi
yang saling memerlukan yang menjadi binaan sesebuah jamaah Islam. Kedua-duanya juga adalah mata air yang sentiasa
memancarkan kebaikannya kepada para pendakwah, tidak pernah kering.
Kedua-duanya merupakan paksi penting yang menjadi asas binaan sesebuah jamaah Islam. Dengan keduanya,
jamaah tersebut dapat melaksanakan tugasnya yang amat berat dan sukar. Jika salah satu daripada keduanya runtuh, maka
tidak terdapatlah apa yang dinamakan sebagai jamaah Islam. Sehubungan dengan itu, tiadalah tugas atau peranan yang
boleh dimainkannya.1

 

Bertaqwa Terlebih Dahulu



Tasbih yang dilakukan menjadi lambang keimanan dan penyerahan diri kepada Allah swt. Keimanan pula adalah
lambang kepada tasawwur yang seimbang dan jaminan kepada peneguhan pendirian berhadapan dengan mara bahaya
perjalanan.
“Paksi keimanan dan ketaqwaan yang pertama ialah ketaqwaan yang mencapai tahap menyempurnakan segala hak
Allah yang maha mulia… Iaitu taqwa yang berterusan, yang sentiasa sedar, yang tidak lalai dan tidak menjadi lemah
walaupun seketika, sehinggalah menemui ajal. Firman Allah swt:
‫ﻖ ﺗُﻘَﺎﺗِ ِﻪ‬‫ ﻳَﺎﺃَﻳﱡﻬَﺎ ﺍﻟﱠ ِﺬﻳﻦَ ﺁ َﻣﻨُﻮﺍ ﺍﺗﱠﻘُﻮﺍ ﺍﻟﻠﱠﻪَ َﺣ ﱠ‬
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa...”
Maksudnya, bertaqwalah kepada Allah sebagaimana sepatutnya. Demikianlah perintah taqwa itu dibiarkan begitu
sahaja tanpa mempunyai batasan had tertentu agar hati dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai had taqwa yang
ditanggapinya sendiri dan yang termampu olehnya. Setiap jarak yang dijalani oleh hati melalui taqwa ini, akan
menyebabkan terbuka baginya beberapa ufuq dan menimbulkan beberapa keadaan kerinduan. Setiap kali dia dapat
menghampirkan dirinya kepada Allah dengan perasaan taqwanya, maka perasaan rindu dendamnya akan bangkit untuk
menuju kepada maqam atau martabat yang lebih tinggi daripada apa yang telah dicapainya. Akhirnya dia akan sampai
kepada maqam yang menyebabkan hatinya sentiasa berjaga, tidak tidur lagi!
Firman Allah swt:
َ‫ َﻭﻻَ ﺗَ ُﻤﻮﺗُ ﱠﻦ ﺇِﻻﱠ َﻭﺃَ ْﻧﺘُ ْﻢ ُﻣ ْﺴﻠِ ُﻤﻮﻥ‬
Maksudnya: “…dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”
Kematian adalah perkara ghaib yang tidak diketahui oleh seseorang bila dia akan menghadapinya. Sesiapa yang
mahu agar dia tidak mati melainkan dalam keadaan Islam, maka caranya ialah dengan dia menjadi muslim bermula saat ini
dan dalam setiap keadaan dan masa seterusnya. Dalam ayat di atas, perkataan Islam disebut selepas perintah supaya
bertaqwa. Ini bagi menunjukkan makna Islam yang luas; menyerah diri. Menyerah diri kepada Allah dengan mentaatiNya,
mengikut manhajNya dan berhukum dengan kitabNya. Inilah pengertian yang dipertegaskan oleh seluruh isi surah Ali
‘Imran pada setiap ayatnya.
Ini merupakan paksi pertama yang menjadi asas sesebuah jamaah Islam agar kewujudannya direalisasikan dan
peranannya dapat dilaksanakan dengan baik. Kerana tanpa paksi ini, semua perkumpulan akan bertukar menjadi
perkumpulan jahiliyyah. Dengan itu, tiada kepimpinan yang boleh memandu kemanusiaan di atas muka bumi. Cuma yang
ada ialah kepimpinan jahiliyyah.”2  

Iman kepada Allah adalah suatu perkara yang diperlukan bagi memberikan neraca yang benar terhadap nilai-nilai. Ia
juga diperlukan bagi memberikan definisi yang betul terhadap perkara ma’ruf dan mungkar. Istilah yang diberikan oleh
sesuatu kumpulan manusia sahaja tidak memadai, kerana mungkin kefasadan telah melata hingga menyebabkan neraca
mengenai kebaikan dan keburukan telah rosak dan tidak dapat berfungsi lagi. Oleh itu, kita hendaklah merujuk kepada
tanggapan yang thabit (tetap) mengenai kebaikan dan kejahatan, mengenai kepujian dan kekejian, mengenai ma’ruf dan
mungkar. Ia pula hendaklah bersandarkan kepada suatu kaedah yang lain daripada istilah sesuatu generasi manusia.
Inilah apa yang dipastikan oleh iman, iaitu menegakkan tanggapan yang benar bagi kewujudan ini dan hubungannya
dengan penciptanya. Sebagaimana ia juga menegakkan tanggapan yang benar bagi manusia dan matlamat kehidupannya
serta kedudukannya yang sebenar di dalam dunia ini… Daripada tanggapan yang umum ini, lahirlah segala kaedah-kaedah
akhlak. Daripada matlamat untuk memperolehi keredhaan Allah dan mengelakkan daripada terkena kemurkaanNya,
manusia terdorong untuk merealisasikan kaedah-kaedah tersebut. Melalui penguasaan Allah terhadap perasaan manusia dan
melalui kekuasaan syariatNya terhadap masyarakat, kaedah-kaedah ini juga dapat dipelihara.

1B Sayyid Qutb, Fi Zilal al-Qur’an, jil. 4, hlm. 22-32.

2B Ibid.

- !1 -
Iman juga diperlukan agar para pendakwah yang menyeru kepada kebenaran dan mencegah kemungkaran dapat
meneruskan perjalanan mereka yang amat sukar ini dan menanggung bebanan kesulitannya, iaitu ketika mereka menghadapi
taghut kejahatan yang banyak melakukan kejahatan dan kekejian. Dalam masa yang sama mereka juga terpaksa menghadapi
taghut syahwat yang menggila dan membujuk. Mereka juga menghadapi semangat yang menjunam, ketumpulan keazaman
dan ketamakan yang mencengkam… Bekalannya mereka hanyalah keimanan. Persediaan mereka ialah keimanan. Sandaran
mereka hanyalah Allah… Segala bekalan selain daripada bekalan iman pasti akan habis. Segala persediaan selain daripada
persediaan iman adalah tumpul. Segala sandaran selain daripada sandaran Allah akan runtuh.3  

Iqbal telah berbicara tentang apa yang dapat dilakukan oleh iman iaitu penyatuan tasawwur (tanggapan) yang
disedari juga oleh Sayyid Qutb. Iqbal berkata:
“Disatukan bagi kita pandangan dan pemikiran, dijadikan seperti satu mata panah yang dihimpunkan di dalam bekas
menyimpan anak panah.
Kita adalah pemikiran dan khayalan yang sama. Serta pengharapan dan kesudahan yang sama.”4  

Inilah tahap penyatuan yang paling maksimum boleh dicapai dengan wasilah yang paling minimum. Dengan
penyatuan tersebut, pandangan menjadi satu, bahkan pemikiran dan khayalan juga satu. Di samping itu, pengharapan dan
kesudahan juga satu. Semuanya dikurniakan oleh iman. Alangkah mudahnya dialog yang berlaku antara hati-hati yang
memiliki iman yang mempunyai kurniaan-kurniaan yang amat berharga ini.

Keduanya Ialah Ukhuwwah
“Manakala paksi kedua pula ialah ukhuwwah… Ukhuwwah kerana Allah, berdasarkan manhaj Allah, demi
merealisasikan manhaj Allah.
ِ ‫َﺼ ُﻤﻮﺍ ﺑِ َﺤﺒ ِْﻞ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ َﺟ ِﻤﻴﻌًﺎ َﻭﻻَ ﺗَﻔَ ﱠﺮﻗُﻮﺍ َﻭ ْﺍﺫ ُﻛﺮُﻭﺍ ﻧِ ْﻌ َﻤﺔَ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ َﻋﻠَ ْﻴ ُﻜ ْﻢ ﺇِ ْﺫ ُﻛ ْﻨﺘُ ْﻢ ﺃَ ْﻋﺪَﺍ ًء ﻓَﺄَﻟﱠﻒَ ﺑَﻴْﻦَ ﻗُﻠُﻮﺑِ ُﻜ ْﻢ ﻓَﺄَﺻْ ﺒَﺤْ ﺘُ ْﻢ ﺑِﻨِ ْﻌ َﻤﺘِ ِﻪ ﺇِ ْﺧ َﻮﺍﻧًﺎ َﻭ ُﻛ ْﻨﺘُ ْﻢ َﻋﻠَﻰ َﺷﻔَﺎ ُﺣ ْﻔ َﺮ ٍﺓ ِﻣ ْﻦ ﺍﻟﻨﱠ‬
‫ﺎﺭ‬ ِ ‫َﻭﺍ ْﻋﺘ‬
َ‫ﻚ ﻳُﺒَﻴﱢﻦُ ﺍﻟﻠﱠﻪُ ﻟَ ُﻜ ْﻢ ﺁﻳَﺎﺗِ ِﻪ ﻟَ َﻌﻠﱠ ُﻜ ْﻢ ﺗَ ْﻬﺘَ ُﺪﻭﻥ‬
َ ِ‫ ﻓَﺄ َ ْﻧﻘَ َﺬ ُﻛ ْﻢ ِﻣ ْﻨﻬَﺎ َﻛ َﺬﻟ‬
Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-
berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah
menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat
Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran
kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu daripada neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah
Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”
Jadi ukhuwwah ini sebenarnya lahir daripada taqwa dan Islam… Iaitu daripada paksi yang pertama… Asasnya ialah
berpegang teguh dengan tali Allah (iaitu janji, manhaj dan agamaNya), bukan sekadar perkumpulan atas apa-apa tasawwur
atau matlamat lain, dan tidak juga dengan perantaraan tali lain yang merupakan tali jahiliyyah yang banyak itu.
‫َﺼ ُﻤﻮﺍ ﺑِ َﺤﺒ ِْﻞ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ َﺟ ِﻤﻴﻌًﺎ َﻭﻻَ ﺗَﻔَ ﱠﺮﻗُﻮﺍ‬ ِ ‫ َﻭﺍ ْﻋﺘ‬
Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-
berai.”
Ukhuwwah yang berpegang teguh dengan tali Allah ini merupakan salah satu daripada nikmat Allah swt yang
diungkit oleh Allah swt terhadap jamaah Islam yang pertama. Ia adalah nikmat yang dikurniakan Allah kepada sesiapa
sahaja daripada kalangan hamba yang dikasihinya.5  

“Demikianlah bagaimana jamaah Islam yang pertama di Madinah tertegak di atas dua paksi ini… Iaitu paksi
keimanan kepada Allah, dengan keimanan yang lahir daripada makrifat kepada Allah, penggambaran sifatNya di dalam
perasaan, serta taqwa dan muraqabah kepadaNya. Di samping kesedaran dan kesensitifan yang luar biasa, serta kecintaan
yang melimpah dan suci. Juga kemesraan yang manis dan indah, di samping tolong menolong (takaful) yang serius dan
mendalam… Jamaah tersebut berjaya mencapai tahap yang tinggi di dalam semua perkara tersebut. Jika bukan kerana
keadaan tersebut telah memang berlaku, necaya ia hanya dianggap sebagai angan-angan orang yang bermimpi! Kisah
persaudaraan yang berlaku di antara kaum Muhajirin dan Ansar merupakan satu kisah yang memang telah berlaku di alam
realiti. Tetapi pada tabiatnya, ia lebih menyerupai mimpi sahaja, sedangkan ia memang sebuah kisah yang telah berlaku di
atas muka bumi ini. Tetapi dari segi tabiatnya, ia lebih menyerupai kisah yang berlaku di alam kekal abadi dan alam syurga.
Hanya dengan keimanan dan ukhuwwah yang seumpama ini sahajalah, manhaj Allah akan dapat ditegakkan di atas
muka bumi pada setiap ketika.”6  

3B Ibid.

4B Iqbal, Diwan al-asrar wa al-rumuz, hlm. 89.

5B Sayyid Qutb, Fi Zilal al-Qur’an, jil. 4, hlm. 23-28.

6B Ibid.

- !2 -
Oleh itu, percubaan untuk kembali menegaskan semula pengertian ukhuwwah merupakan satu bahagian daripada
proses menghidupkan fiqh dakwah. Ini kerana ukhuwwah merupakan deklarasi dakwah kita, bahkan ia adalah syiar dan
nama dakwah kita. Ia juga merupakan perjanjian yang kita meterai dan ketetapan yang telah ditetapkan. Dakwah kita yang
diberkati ini sentiasa didatangi oleh pandangan-pandangan baru yang mempunyai pelbagai pengalaman yang segera mencari
setiap wasilah yang boleh membawa kepada kelebihan ukhuwwah serta menghimpunkan para pendokongnya di atas dasar
berkasih sayang dan saling memaafkan. Garis penyempurna kepada batu tanda yang besar ini ialah selepas anda dapat
melihat kesatuan pandangan, pemikiran, khayalan, pengharapan dan kesudahan, anda dapat melihat pula kesatuan hati dan
ruh, bahkan kadang-kadang kesatuan lafaz yang digunakan. Mereka melaungkan slogan yang sama menggunakan huruf
yang hampir serupa dan menggambarkan kefahaman yang sama. Ia sebagaimana dikehendaki oleh Iqbal, ketika beliau
berkata:
“Disebabkan nikmatNya, kami adalah saudara yang bersetia. Hati, ruh dan lafaz kami adalah sama.”7
 

Iqbal tidak berpuas hati dengan kesatuan hati sahaja, bahkan dia juga mahukan kesatuan lafaz dan perkataan.

Kontrak Ukhuwwah

Kesatuan ini terus berkembang sehingga menjadi suatu kontrak yang mesti dipenuhi. Ibn Taymiyyah telah berbicara
tentang kontrak ukhuwwah ini. Beliau menjelaskan bahawa hak-hak yang diterbitkan oleh kontrak tersebut jika ia daripada
jenis yang diperakukan oleh Rasulullah saw dalam hadith-hadith baginda saw bagi setiap orang mukmin terhadap orang
mukmin yang lain, maka ia adalah: Hak-hak yang wajib ditunaikan berdasarkan keimanan itu sendiri. Hukum berpegang
atau komitmen dengannya juga adalah sama dengan hukum berpegang dan komitmen untuk melakukan sembahyang, zakat,
puasa dan haji. Berjanji setia terhadapnya adalah sama dengan berjanji setia terhadap sesuatu yang telah diwajibkan oleh
Allah swt dan RasulNya. Tanggungjawab ini sudah memang terpikul ke atas bahu setiap orang mukmin sekalipun tidak
berlaku sebarang janji setia atau kontrak ukhuwwah tersebut.8  

Kontrak atau janji setia yang dilakukan hanya untuk menguat dan mempertegaskan sahaja. Tidak berlaku
perselisihan dalam masalah ini, kecuali dalam masalah pewarisan ketika tidak ada hubungan kerabat (qarabah). Golongan
Muhajirin dan Ansar saling mewarisi berdasarkan kontrak ukhuwwah yang diperakukan oleh Rasulullah saw ketika awal
kedatangan baginda ke Madinah. Tetapi kebanyakan fuqaha’ mengatakan hukum tersebut telah dinasakhkan. Namun, Abu
Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal dalam salah satu riwayat daripadanya mengatakan ia (pewarisan antara dua orang
mukmin yang dipersaudarakan melalui kontrak ukhuwwah dan tidak mempunyai hubungan qarabah) boleh dilakukan.
Kontrak ukhuwwah yang dilakukan ini menambah kuatkan lagi kewajipan keimanan ini. Kami berpendapat ia adalah
sama dengan bay’ah kedua yang dilakukan oleh Salamah ibn al-Akwa’ r.a. bagi menegaskan lagi bay’ah pertama, kerana
kedua-duanya berlaku pada masa yang sama pada hari al-Hudaybiyyah semasa memberi bay’ah di bawah sebuah pohon. Ini
sebagaimana diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhariyy. Kata Salamah:
“Kami berbay’ah dengan Rasulullah saw di bawah pohon. Lalu baginda bersabda kepadaku: “Wahai Salamah!
Tidakkah engkau mahu berbay’ah?” Aku menjawab: “Wahai Rasulullah! Aku telah berbay’ah pada kali yang pertama.”
Rasulullah berkata: “Untuk kali kedua?”9  

Demikianlah juga dengan orang-orang Islam. Islam mewajibkan kepada mereka beberapa hak yang perlu ditunaikan
kepada sebahagian mereka yang lain. Lalu mereka saling berbay’ah terhadap kontrak ukhuwwah untuk kali keduanya, demi
menambah kebaikan, mencari penegasan dan sebagai elemen peringatan. Ini agar jamaah yang ditubuhkan menjadi suatu
jamaah yang kukuh, mantap dan kuat sebagaimana disifatkan oleh Iqbal r.h. dalam bukunya:
“Setiap orang yang bersatu dengan saudaranya, umpama permata yang diikat kemas pada kalung.
Pertarungan hidup menjadikan mereka bersatu. Setiap orang berpegang pada saudaranya.
Akibat tarikan yang bertalu-talu daripada bintang-bintang. Iaitu bintang-bintang yang amat kuat tarikannya.”10
 

Demikianlah, tiada tugas yang dilaksanakan oleh pendakwah hari ini yang lebih berharga daripada dia keluar
berpagi-pagian demi kerana dakwahnya dengan kurniaan daripada Allah swt. Dia bertindak aktif menyemai dirinya, lalu
meneguhkannya. Dirinya akan terus kuat dan kukuh di atas kontrak ukhuwwah, lalu ia mengagumkan para pendakwah yang
lain dan menyebabkan golongan kuffar merasa marah.

Neraca Persahabatan

7B Iqbal, Diwan al-asrar wa al-rumuz, hlm. 89.

8B Ibn Taymiyyah, Majmu’ fatawa Ibn Taymiyyah, jil. 11, hlm. 101.

9B al-Bukhariyy, Sahih al-Bukhariyy, jil. 9, hlm. 98.

B Iqbal, Diwan al-asrar wa al-rumuz, hlm. 84.


10

- !3 -
Demikianlah bagaimana ukhuwwah di kalangan para pendakwah menjadi rukun yang penting dalam pentarbiahan
kita selepas sembahyang dan tasbih. Mana-mana bahagian harakah Islamiyyah yang menerjahkan dirinya ke dalam aktiviti
umum sebelum memperkukuhkan hakikat ukhuwwah keimanan ke dalam diri anggotanya pasti akan merasa akibat buruk
daripada sikap bermudah-mudah dan kecuaiannya itu. Oleh itu, ia hendaklah memulakan langkahnya dalam jalan keimanan
ini dengan mengambil kesempatan daripada minit-minit malam yang berharga. Dalam masa yang sama, segala adab
ukhuwwah juga diterjemah melalui saling menasihati, saling membantu dan saling berkasih sayang yang menghimpunkan
hati dan mengajarkannya bersifat lemah lembut (jika tidakpun hanya berpura-pura bersifat lemah lembut) ketika orang yang
cuai lambat melaksanakan tugas atau orang yang terlalu mendesak melampau batasan sepatutnya. Sebagaimana adab
ukhuwwah itu juga mengajarkan bahawa ganjaran, balasan dan kesyukuran akan diperolehi oleh orang yang segera
melaksanakan tugas dan apabila orang merendah diri bersikap adil.
Imam Hasan al-Banna menggalakkan adab ini dipraktikkan oleh para pendakwah. Beliau menggariskan suatu
manhaj bagi sesuatu jamaah agar mereka mempertingkatkan ukhuwwah mereka daripada tahap perkataan dan teori kepada
tahap perbuatan dan amali.11  

Beliau r.h. melihat bagaimana ukhuwwah yang berlaku di kalangan para pendokong awal dakwah yang
menenangkan hatinya ketika beliau masih hidup lagi. Selepas kematiannya, beliau juga melihat bukti kesetiaan para sahabat
yang mengasihinya bahawa mereka mesti sentiasa mempraktikkan adab yang baik ini. Mereka juga hendaklah kembali
kepadanya sebaik sahaja mereka sedar setelah terjerumus ke lembah kealpaan.

Itulah nikmat ukhuwwah.
Umar ibn al-Khattab r.a. menjadikannya sebagai kurniaan rabbani yang paling berharga untuk hambaNya selepas
nikmat Islam. Beliau berkata: “Tiada kurniaan yang lebih baik selepas Islam selain daripada seorang sahabat yang salih.
Oleh itu, jika seseorang daripada kamu mendapati saudaranya mengasihinya, maka dia hendaklah berpegang teguh
dengannya.”
Sementara itu, Malik ibn Dinar, seorang tabi’iyy, menamakannya sebagai ruh dunia. Beliau berkata: “Tidak ada lagi
ruh dunia melainkan tiga sahaja: Bertemu dengan sahabat, bertahajjud dengan al-Quran dan berzikir kepada Allah di dalam
rumah yang sunyi.”
Ukhuwwah ini juga dikhususkan dengan sifat khazanah, sebagaimana dinyatakan oleh seorang penyair:
“Demi sesungguhnya, harta seseorang pemuda bukanlah khazanah yang dimilikinya, tetapi sahabat yang dipercayai
itulah khazanah yang sebenar baginya.”
Oleh itu, banyak terdapat pesanan daripada golongan salaf agar kita bijak memilih rakan untuk dijadikan sahabat,
agar kita memperolehi khazanah dan ruh yang betul. Antara pesanan al-Hasan al-Basriyy, penghulu golongan tabi’in ialah:
“Sesungguhnya engkau mempunyai bahagian pada rakan engkau… Engkau juga mempunyai bahagian apabila rakan
engkau disebut… Oleh itu, anda hendaklah pandai memilih rakan, taulan dan majlis yang dihadiri…”12  

Pada peringkat pertama, mereka menyebutkan sifat baik secara umum dengan menggesa agar pemilihan dilakukan
sebaiknya. Mereka menggambarkan tentang perkara ini dengan berkata:
“Kedudukan engkau di sisi manusia disukat berdasarkan siapakah orang yang engkau jadikan rakan taulan.
Bersahabatlah dengan golongan yang baik, agar anda memperoleh ketinggian dan pujian.”13
 

Kemudian mereka mengkhususkan kebaikan itu dengan taqwa. Mereka berkata:


“Bersainglah, jika anda ingin bersaing, dengan penuh hikmah. Jika anda ingin berakan dan bersahabat, pilihlah ahli
taqwa.
Tiada kebaikan pada orang yang tidak diharapkan kebaikannya, dan tidak pula terselamat daripada gangguannya.”14
 

Kemudian mereka menambah dan pergi lebih jauh lagi. Mereka membilang sifat-sifat golongan baik yang sepatutnya
dijadikan rakan dan taulan itu agar anda dapat membuat pilihan dengan sebaiknya.
* Sifat mereka yang paling tinggi ialah mempunyai perkataan yang baik. Umar r.a. berkata:
“Jika bukan kerana aku dapat berjuang pada jalan Allah, atau jika bukan kerana aku dapat meletakkan dahiku di atas
tanah, atau jika bukan kerana aku dapat duduk bersama satu golongan yang hanya mengeluarkan perkataan-perkataan yang
baik sebagaimana pepohon mengeluarkan buah-buahan yang enak, nescaya aku lebih suka menemui Allah sahaja (mati).”15  

11
B Hasan al-Banna, Majmu’at al-rasa’il, hlm. 28.

12
B Ibn al-Mubarak, Kitab al-zuhd, hlm. 232.

13
B al-Maqarri, Nafh al-tib, jil. 8, hlm. 67.

B Abu al-‘Utahiyyah, Diwan Abi al-‘Utahiyyah, hlm. 25.


14

B Ibn al-Mubarak, Kitab al-zuhd, hlm. 416.


15

- !4 -
* Antara sifat mereka lagi ialah bahawa mereka tidak terlalu bersusah payah (takalluf) dengan engkau dan engkau
pula tidak perlu mengambil sikap amat berhati-hati (tahaffuz) ketika berhadapan dengan mereka. Ja’far ibn Muhammad al-
Sadiq r.a. berkata: “Sahabatku yang paling membebankan aku ialah seseorang yang terlalu memberat-beratkan dirinya
(takalluf) ketika berhadapan denganku, dan aku pula terpaksa mengambil sikap terlalu berhati-hati (tahaffuz) ketika
berhadapan dengannya. Sementara sahabatku yang paling menyenangkanku ialah sesiapa yang jika aku bersamanya pun,
aku merasa seperti aku berada seorang diri.”16  

* Antara sifat mereka lagi ialah meninggalkan segala perkara duniawi yang hina itu di samping mempertingkatkan
diri ke arah ketinggian. Dalam hal ini, mereka menjadikan Imam Ahmad sebagai bandingan ketika beliau memilih para
sahabatnya. Beliau berkata:
“Semua sahabatnya yang rendah darjatnya menjadi orang yang mendapat taufiq. Mereka mematuhi segala titah
perintah Allah dan menuju ke arah ketinggian.”17  

* Antara sifat mereka lagi ialah sentisa saling memperingati tentang akhirat, sebagaimana kata-kata al-Hasan al-
Basriyy:
“Sahabat-sahabatku lebih aku kasihi daripada anak dan isteri. Kerana keluarga hanya mengingatkan kita tentang
dunia, tetapi sahabat mengingatkan kita tentang akhirat.”18  

* Antara sifat mereka lagi ialah mementingkan orang lain (al-ithar). Ia adalah salah satu rukun bay’ah oleh seorang
penyair, Salih Hayawiyy kepada sahabat-sahabatnya. Beliau berkata:
“Selamanya aku bersama golongan bertaqwa, pendakwah yang amilin.
Yang menyebarkan panji Muhammad agar sentiasa tinggi di pelusuk dunia.
Yang bersikap adil dan mementingkan orang lain.
Bersama merekalah aku akan terus bersama. Iaitu bersama golongan bertaqwa, pendakwah Islam.”19  

* Antara sifat mereka juga ialah sentiasa menasihati. Salah seorang daripada mereka adalah seorang salih yang
sentiasa membantu anda dalam perkara berkaitan agama Allah dan sentiasa memberikan nasihat kerana Allah.

Penyakit-penyakit Majlis
Ketenggelaman ini membawa kepada perhimpunan dan perkumpulan juga. Oleh itu, adalah wajib mengenali
manakah majlis yang boleh mendatangkan manfaat dan menjauhi daripada sesetengah keaiban yang terdapat padanya.
Ini disimpulkan oleh keinginan mencari manfaat dalam perkara agama. Ia adalah istilah yang lengkap dan fasal yang
ringkas dalam undang-undang ukhuwwah. Ia ditetapkan oleh Zayn al-Abidin Ali ibn al-Husayn ibn Ali r.a. Beliau berkata:
“Seseorang hanya boleh duduk di samping seorang lain yang boleh memberikan manfaat dalam perkara agamanya.”20  

Oleh itu setiap pendakwah yang baru hendaklah menghadiri majlis-majlis yang boleh menambahkan iman dan
ilmunya. Dia juga hendaklah hanya mencari majlis yang boleh mendatangkan manfaat kepadanya. Dia tidak boleh
menghadiri mana-mana majlis yang melaghakan, dipenuhi permainan, hiburan dan hanya bertujuan untuk menghabiskan
masa sahaja.
Perkara ini telah dihuraikan oleh Iqbal dengan satu bayt yang tegas. Beliau mahu agar kita tidak memperpanjangkan
lagi perbincangan selepas itu. Beliau berkata ketika berdoa kepada Allah swt:
“Ya Allah pemberi nikmat! Kurniakan kepadaku seorang sahabat yang menjaga kehormatan dan mengetahui tabiat
diriku.
Kurniakan kepadaku seorang sahabat yang fasil berkata lagi berakal, yang tidak mempunyai hubungan dengan
dunia.”21

 

Kesimpulannya:

Sesunggunya sahabat bagi seseseorang pendakwah Islam ialah seorang pendakwah lain yang tidak mempunyai
sebarang hubungan dengan dunia.

16
B al-Ghazaliyy, Ihya’ ulum al-din, jil. 2, hlm. 188.

17
B Ibn al-Jawziyy, Manaqib al-Imam Ahmad, hlm. 114.

18
B al-Ghazaliyy, Ihya’ ‘ulum al-din, jil. 2, hlm. 176.

19
B Majallat al-tarbiyah al-Islamiyyah, jil. 7, hlm. 55.

B Ibn Hajar, Tahzib al-tahzib, jil. 3, hlm. 396.


20

B Iqbal, Diwan al-asrar wa al-rumuz, hlm. 71.


21

- !5 -
Hubungannya hanya dengan akhirat. Kerinduannya hanya kepada syurga.
Tiada hubungan langsung antaranya dengan dunia.
Jika anda mencarinya, pasti anda akan menemuinya.
Kerana dia adalah sahabat anda.
Bersaudaralah dengannya. Kasihilah dia. Berkawanlah dengannya. Berikan kepadanya sebagaimana Allah memberi
kepada anda. Jika tidak, anda adalah seorang yang lemah. Ada orang berkata:
“Manusia yang paling lemah ialah sesiapa yang cuai daripada mendapatkan sahabat. Lebih lemah lagi ialah sesiapa
yang mensia-siakan sahabat yang sudah diperolehinya.”
Maka carilah sahabat. Kami akan hilangkan sifat lemah daripada anda.
Ibn al-Qayyim mempunyai kata-kata yang ringkas dan merangkumi tentang hal ini. Ia menunjukkan kepada
pengalaman seorang pendakwah yang mempunyai kesedaran. Beliau mendiagnos perkara-perkara bahaya yang terdapat di
dalam sesuatu majlis. Beliau berkata:
“Terdapat dua jenis perkumpulan bersama sahabat: Pertama: Perkumpulan berdasarkan kejinakan tabiat dan bagi
tujuan menghabiskan waktu. Perkumpulan jenis ini lebih banyak mengundang keburukan daripada manfaat. Paling kurang
pun, ia akan merosakkan hati dan membuang waktu. Kedua: Perkumpulan di atas dasar tolong menolong bagi memperoleh
sebab untuk mendapat kejayaan, saling menasihati atas dasar kebenaran dan kesabaran. Perkumpulan jenis ini mengandungi
faedah dan manfaat yang amat besar. Namun tersembunyi di dalamnya tiga jenis penyakit:
Pertama: Berhias sesetengah daripada mereka untuk sesetengah yang lain.
Kedua: Bercakap dan bercampur lebih daripada keperluan.
Ketiga: Ia mungkin akan menjadi syahwat dan kebiasaan yang menyebabkan maksud sebenarnya tidak tercapai.”22
 

Apa yang mendukacitakan ialah kita dapati kebimbangan Ibn al-Qayyim ini menjadi kenyataan yang berlaku kepada
sesetengah majlis para pendakwah sekarang. Kita dapati berhias-hias telah lahir pada sesetengah sahabat kita. Kita juga
dapati para pendakwah bercampur dan bertemu lebih daripada kadar yang diperlukan oleh dakwah. Bahkan kadang-kadang
ia bertukar menjadi umpama menghabiskan masa dan syahwat keinginan yang melalaikan daripada memenuhi maksud
sebenar, iaitu perkumpulan serta perhimpunan yang dilakukan bagi melakukan pemantauan terhadap amal yang kita lakukan
terhadap para pendakwah baru juga sebagai langkah permulaan melalui masyarakat umum bagi menyampaikan kalimah
Islam.

Setiap Orang Merasa Hairan Terhadap Kesalahan Kecil Orang Lain!

Jika kebiasaan berhias dan tidak melakukan kerja ini hanya berhenti setakat itu sahaja, maka rawatan terhadap
keduanya amat mudah dilakukan, iaitu dengan hanya memberikan sedikit semangat dan peringatan sahaja. Tetapi jika
kedua-dua penyakit ini telah merebak ia akan melahirkan perangai sukar memberikan kemaafan, sedangkan kajian terhadap
kehidupan secara berjamaah menunjukkan bahawa akhlak memaafkan dan toleransi adalah suatu keperluan yang tidak dapat
dielakkan.
Sesetengah orang mungkin menyangka bahawa peringatan seumpama ini lebih sesuai ditujukan kepada orang awam,
bukan berbentuk kajian dalam masalah fiqh dakwah. Tetapi sesiapa yang terlibat dalam pengurusan amal harian dakwah
Islam akan memahami tentang kepentingannya dan mengetahui alangkah melampau bahkan alangkah besar bahaya yang
tersembunyi di sebalik sesiapa yang merasa bongkak untuk mendengar nasihat ini. Nasihat tentang hakikat seni
perancangan dan amal siyasi hendaklah sentiasa dibisikkan kepada telinga mereka yang merasa sempit dada daripada
memiliki sifat toleransi dan memaafkan orang lain yang telah melakukan kesalahan atau kesilapan. Penyedaran secara amali
kepada pendakwah muslim hendaklah dilakukan serentak dengan tarbiyah akhlak dan keimanan. Kedua-duanya mestilah
seiring berjalan.
Inilah yang menjadi punca kenapa golongan pendakwah terdahulu bahkan kini juga amat mementingkan pesanan
agar selalu berlapang dada dan berkasih sayang sesama sahabat.
Mereka diketuai oleh al-Fudhayl ibn ‘Iyadh yang berkata: “Sesiapa mencari sahabat yang tidak mempunyai aib,
maka dia akan menjadi seorang yang tidak mempunyai sahabat.”
Oleh itu, anda hendaklah meletakkan di dalam perkiraan anda ketika melakukan kontrak ukhuwwah bahawa orang
yang anda lakukan kontrak dengannya itu adalah seorang yang bukan maksum.
Kemudian datang pula giliran para penyair untuk memberikan nasihat. Seorang penyair dari timur berkata:
“Tidak mengapa tidak sesuatu dilakukan secara tersalah atau tidak sengaja.”
Berkata pula seorang penyair dari barat:
“Maafkanlah sahabatmu jika dia melakukan suatu kesilapan.”
Berkata seorang lagi penyair:
“Jika terdapat kesilapan pada sahabat anda, maka hendaklah anda berusaha mencari keuzuran kepada kesilapannya
itu.

B Ibn al-Qayyim, al-Fawa’id, hlm. 51.


22

- !6 -
Aku sukakan pemuda yang tidak suka mendengar perkara keji, seolah-olah terdapat pelindung yang melindunginya
daripada setiap kekejian.
Pemuda yang berlapang dada, bukan penyebar keburukan, bukan juga penghalang kebaikan dan bukan juga suka
berkata sia-sia.”
Tetapi hari-hari yang berlalu menunjukkan betapa ramai yang suka berkata sia-sia. Anda juga dapati ada di antara
mereka yang jika anda seru agar berlemah lembut, mereka memasamkan muka dan beredar dalam keadaan marah, seolah-
olah anda menyerunya kepada suatu perkara mungkar. Tetapi itulah sikap spontan yang kita mahu bersihkan daripadanya.
Itulah serangan musuh yang kita mahu jauhkannya daripada terjerat, kerana kita mengetahui bahawa musuh kita memang
sentiasa menunggu-nunggu peluang untuk menyelewengkan jalan ukhuwwah mereka yang lurus.
Kajilah sejarah kita. Berapa ramai orang yang hanya mahu memenangkan dirinya melakukan kegelojohan lalu dia
membuat permusuhan. Dengan itu, dia tidak lagi mampu berdiri dan tidak akan memang dalam pertarungan. Bahkan dia
dihanyutkan oleh pusingan kehidupan yang kompleks lalu dia dilupakan begitu sahaja. Dia hanya makan dan minum sahaja,
sehingga seolah-olah dia sudah tiada lagi.
Kumpulan orang-orang yang marah tadi hanya melakukan kemunduran dan tersesat dalam aliran keduniaan apabila
neraca ukhuwwah yang dibina menjadi cacat. Jika mereka terus istiqamah di atas jalan yang mereka lalui dahulu, dan
mereka terus mempraktikkan fiqh ukhuwwah yang mereka warisi, nescaya mereka tidak akan disentuh oleh kelesuan dan
kepenatan.
Sesungguhnya ilmu yang kita warisi daripada seorang tabi’in, Abu Bakr ibn Abdullah al-Muzaniyy menyatakan
bahawa “jika anda mendapati sahabat anda tidak melayan anda sebagaimana biasa, maka itu adalah disebabkan dosa yang
telah anda lakukan. Maka anda hendaklah bertaubat kepada Allah. Tetapi jika anda dapati sahabat anda memberikan kasih
sayang yang lebih daripada biasa, maka itu adalah kerana ketaatan yang anda lakukan. Maka anda hendaklah bersyukur
kepada Allah.”
Oleh itu, jika anda tidak dilayan dengan baik atau jika anda melihat terdapat sedikit kecuaian terhadap hak diri anda,
maka periksalah diri anda sendiri, sebelum anda terus melakukan serangan.
Semua kenyataan khazanah lama tentang fiqh ukhuwwah keimanan ini telah dibentuk semula oleh Abdul Wahhab
‘Azzam pada zaman sekarang di dalam dua bayt (rangkap) yang melengkapi di dalam antologinya. Beliau berkata:
“Dalam hatiku kedapatan dua lautan: Tawar dan masin. Padanya terdapat badai dan bayu.
Ia pahit dan bertiup kencang kepada golongan pelampau, tetapi manis dan suci bagi sahabatku.”23  

Oleh itu wahai pendakwah Islam! Anda dituntut untuk memenuhkan hati anda dengan segala perasaan ukhuwwah
kerana Allah terhadap sahabat-sahabat anda seakidah sebanyak mana anda dituntut untuk meletakkan kemarahan terhadap
ahli kebatilan yang melampau di dalam hati anda.

B ‘Abd al-Wahhab ‘Azzam, Diwan al-mathani, hlm. 38.


23

- !7 -

Anda mungkin juga menyukai