Anda di halaman 1dari 9

semoga membantu semua...

Di sini kongsikan latihan dan


jawapan untuk soalan ulasan
UPSR kertas 2 Bahasa Melayu.
LATIHAN 1

JAWAPAN
Barangan buatan Malaysia ialah barangan yang dihasilkan di negara kita
sendiri. Banyak kebaikan yang kita peroleh dengan membeli barangan
buatan Malaysia. Antaranya, kita dapat menjimatkan perbelanjaan

keluarga kerana harga barangan tempatan lebih muroh berbanding barangan


import. Selain itu, kita dapat menyemai semangat patriotik dalam
kalangan rakyat. Di samping itu, industri tempatan juga dapat dimajukan
dan membantu rakyat menambah pendapatan supaya dapat hidup dengan lebih
selesa. Seterusnya, penghasilan barangan tempatan yang mendapat sokongan
rakyat akan meningkatkan imej negara pada pandangan pelancong dan dunia
luar. Kesimpulannya, belilah barangan buatan Malaysia kerana "Produk
Malaysia Kebanggaan Kita".

LATIHAN 2

JAWAPAN
Rajah menunjukkan kebaikan bekerja sendiri. Banyak kebaikan yang
diperoleh dengan bekerja sendiri. Antaranya, dapat mengubah tatacara
bekerja seseorang itu merijadi lebih positif. Selain itu, dengan
bekerja sendiri kita bebas menentukan waktu bekerja kerana
mempunyai waktu bekerja yang bebas. Di samping itu, bekerja sendiri
tidak membuatkan seseorang tertekan dengan pihak atasannya. Dengan
bekerja sendiri juga kita dapat menentukan rezeki sendiri.
Kesimpulannya, bekerja sendiri lebih baik daripada bekerja dengan orang
lain

LATIHAN 3
JAWAPAN
Peta buih menunjukkan cara-cara menjadi murid cemerlang. Ada banyak cara
yang boleh kita lakukan untuk menjadi murid cemerlang. Antaranya,
kita mestilah membuat jadual belajar harian dan mematuhi

jadual tersebut supaya masa kita terancang. Selain itu, kita juga boleh
mengamalkan teknik mengulang kaji pelajaran yang betul dan berkesan. Di
samping itu, kita mestilah sedar akan kelemahan diri kita dan
berusaha untuk memperbaikinya. Seterusnya, setelah melakukan pelbagai
usaha kita hendaklah berdoa kepada Tuhan supaya kita memperoleh
kejayaan. Kesimpulannya, kejayaan yang cemerlang memerlukan usaha
yang berterusan.

LATIHAN 4
JAWAPAN
Pemimpin negara merupakan individu yang banyak berjasa kepada negara.
Antara cara yang boleh kita lakukan untuk menghargai pemimpin adalah
dengan membina muzium negarawan supaya rakyat dapat

mengenali permimpin dengan lebih dekat. Selain itu, buku biografi


mengenai pemimpin boleh diterbitkan sebagai tanda kita menghargai
pemimpin kita. Di samping itu. bangunan-bangunan dan jalan-jalan boleh
dinamakan sempena nama pemimpin bagi memperingati jasa mereka.
Contohnya, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun HS Lee. Kesimpulannya,
hormati dan hargailah pemimpin yang banyak berjasa kepada negara kita.

LATIHAN 5
JAWAPAN
Gambar rajah menunjukkan cara-cara memupuk perpaduan kaum. Antara cara
memupuk perpaduan kaum adalah mengadakan aktiviti gotong-royong
di kawasan taman perumahan. Selain itu, kita hendaklah

mengamalkan kunjung-mengunjung sempena hari-hari perayaan. Di samping


itu, sambutan hari keluarga boleh diadakan di taman perumahan.
Seterusnya, penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum di
sekolah juga dapat memupuk perpaduan kaum kerana mereka
sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Kesimpulannya, kita
wajarlah membina semangat kejiranan di kawasan kejiranan kita yang
terdiri daripada pelbagai kaum supaya kita dapat hidup dalam keadaan
aman dan harmoni.

Anda mungkin juga menyukai