Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Program Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur dirancang sebagai satu aktiviti santai tetapi
berinfomasi, dengan menyasarkan untuk mendekatkan murid-murid dengan dunia sains dan alam
pekerjaan. Pemilihan tempat-tempat yang penuh dengan maklumat diharapkan dapat membantu
murid-murid membuat perancangan yang serapi mungkin untuk mengarahkan langkah ke arah cita-
cita yang diimpikan.

OBJEKTIF

Diharapkan dapat:

 meningkatkan pengetahuan murid tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar


Kuala Lumpur.
 memberi peluang murid-murid melakukan penerokaan maklumat yang terdapat di tempat-
tempat yang dilawati.
 memberi peluang murid-murid melihat sendiri situasi sebenar tempat yang pernah dipelajari
oleh mereka.
 Membuka minda murid tentang pelbagai peluang pekerjaan yang boleh diceburi.

MATLAMAT

 Menimba ilmu dan pengetahuan daripada aktiviti yang dijalankan.


 Mendedahkan murid dengan dunia luar.

TEMA

“MELAWAT SAMBIL BELAJAR”

PESERTA

Murid Tahun 6 (38 orang)

Guru Pengiring – Guru Tahun 6 (5 orang)

TEMPOH PELAKSANAAN

2 hari 1 malam

CADANGAN PESERTA

Murid Tahun 6

TARIKH DAN MASA

20 – 21 September 2013 (Jumaat – Sabtu)

1
JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn
Naib Pengerusi I : Pn.
Naib Pengerusi III : Pn.
Setiausaha : Pn.
En.
En.
En.
En.
En.
En

CADANGAN AKTIVITI

TENTATIF PROGRAM
HARI PERTAMA (20/09/2013 - Jumaat)

4.30 a.m. Bertolak dari Sekolah Kebangsaan Semeling


6.15 a.m. Singgah di R&R untuk solat dan sarapan
7.30 a.m. Bertolak ke Kuala Lumpur
11.00 a.m Makan tengahari
11.30 a.m Melawat ke PETROSAINS
1.30 p.m Melawat KLCC
4.00 p.m Chech in hotel
7.00 p.m Makan malam
8.00 p.m Bertolak ke ICT Shah Alam
11.30 p.m Balik ke Kuala Lumpur untuk tidur

HARI KEDUA (21/09/2013 - Sabtu)

7.30 a.m. Check out hotel


Sarapan pagi
9.00 a.m Lawatan ke KIDZANIA
Makan tengahari
4.00 p.m. Bertolak balik ke sekolah

PERUNTUKAN KEWANGAN

ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA ANGGARAN
1 SEWA KENDERAAN RM 3000.00
2 SEWA TEMPAT PENGINAPAN RM 1500.00
3 MAKAN/MINUM RM 1500.00
4 *TIKET DAN LAIN-LAIN PERBELANJAAN RM 4930.00
JUMLAH RM 10 930.00

2
SUMBER KEWANGAN
BIL SUMBER JUMLAH
1 KUTIPAN DARIPADA MURID (38 X RM 210.00) RM 7980.00
2 KUTIPAN DARIPADA GURU (5X RM210.00) RM 1050.00
3 SUMBANGAN SEKOLAH (RM 50 X 38) RM 1900.00
JUMLAH RM 10 930.00

*TIKET
- Kidzania
- Pertosains
- ICT

PENUTUP

Adalah diharapkan agar program yang dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sokongan daripada semua pihak amatlah diharapkan supaya peringkat perancangan, pengurusan
dan pelaksanaan program ini dipermudahkan bagi tujuan mencapai objektif yang diharapkan.

Mudah-mudahan peluang untuk mengikuti lawatan sambil belajar ini dapat dimanfaatkan
sepenuhnya oleh murid-murid tahun 6 yang terlibat untuk menambahkan ilmu pengetahuan
terutamanya dalam menerokai dunia sains serta alam pekerjaan, bagi membantu mereka
merancang cita-cita dan impian pekerjaan yang mereka inginkan, InsyaAllah.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan oleh:

--------------------------------- ------------------------- ---------------------------------------------------------


(AMALINA BT MOHD ALI) (ROSMAH BT DESA) (SHARIFAH ANISAH BT SYED ZAINOL ABIDIN)
SU Peningkatan UPSR PK Kurikulum Guru Besar

3
KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE
KUALA LUMPUR
PADA:
20 - 21 SEPTEMBER 20…

DISEDIAKAN OLEH:

…………………………………………………………..

Anda mungkin juga menyukai