Anda di halaman 1dari 13

 

“​Kajian Kes : RM100,000 Jualan Produk Yang 


Ramai Pesaing, Tanpa Memerlukan FB Ads & 
Follow Up Whatsapp 

” 
 
Artikel Ini Dipetik Dari Artikel Blog
www.fahdighazali.com

 
 
Tahun 2016 akan jadi tahun yang mencabar bagi mereka yang berniaga.

Betul ke? Bagi saya, saya terpaksa akuinya. Pada saya, ia bermula diawal pengenalan
GST pada April 2015. Sale turun mendadak bermula Mac 2015 kerana sentimen ‘panik
melampau’ orang ramai tentang kesan buruk ekonomi pasca GST.

Tahun 2015 juga menyaksikan orang yang berduit berduyun-duyun membuat produk

jenama sendiri yang mengakibatkan persaingan yang sengit. Walaupun ia adalah


persaingan sangat sihat, ia juga memberi impak yang besar.

Keadaan lebih buruk jika produk yang dikeluarkan adalah hampir sama dengan
jenama-jenama produk yang sudah ada dipasaran. Tidak ada USP (Unique Selling
Point) yang menarik untuk buatkan pelanggan membeli.

Contohnya, produk kurus.. hampir semua yang menjual gunakan copywriting yang
hampir sama. (Produk pun hampir nak sama) “Kurus cepat dalam masa 7 hari”, “Kurus
cepat dalam 30 hari”, “Kurus tanpa senaman”… dan the list goes on and on. Tak ada
kelainan.

Akibatnya… pelanggan muak dan rasa produk tidak lagi ‘menerujakan’.

Untuk peniaga? Perkara yang akan dilakukan adalah turunkan harga. Siapa yang jual
dengan harga lebih murah dia akan dapat pelanggan. A jual murah, B terpaksa lagi
murah, C lihat A dan B jual murah, C terpaksa lagi murah dari A dan B…

Begitulah…
FB ADS MEMBAZIR
Pada 2012-2013, masih belum ramai peniaga yang menggunakan FB ads. Seingat saya,
dengan kos hanya RM15 sahaja sehari, tanpa copywriting yang power, senang-senang
sahaja untuk dapat untung bersih RM100-RM150 (bergantung kepada produk dan
margin).

Tahun 2016? Kalau kos ads RM1500 pun belum tentu buat sale yang banyak.

Justeru, saya memerlukan satu USP yang lain dari yang lain. Antara projek yang saya
mulakan untuk 2015 adalah produk kurus, ​ASSEZ SLYM​. Ia pada awalnya adalah
projek ‘suka-suka’ kerana pada awal tahun 2015 saya mula untuk berdiet dan cuba
untuk kuruskan badan. Berat badan maksimum saya pada waktu itu adalah 104kg!
Sekarang 85kg. ​Saya rekodkan semua data berat badan di sini.

TANPA USP POWER, BAGAIMANA NAK


MENJUAL?
Ya, saya buat produk yang hebat. Cuma saya perlu cari satu USP yang betul-betul unik
yang belum lagi orang buat.

Ada beberapa cara untuk jadi unik:

1. Produk yang unik (bentuk kotak unik, bahan unik digunakan, dll)
2. Channel marketing yang digunakan. Contohnya pada awal 2013, para
peniaga gunakan radio, TV, surat khabar untuk marketkan produk mereka.
Produk aurawhite antara terawal yang positioning produk menggunakan FB
ads. Jadi mereka yang kuasai pasaran pada ketika itu sehingga sekarang.

Selepas sebulan cuba dengan ‘direct sales’, saya dapati ia gagal. Keuntungan boleh
dijana, tetapi ia tidak setimpal seperti yang diharapkan.

Gagal.

Gagal dari sudut USP produk, gagal dari segi channel marketing. Full stop.

Saya perlu cari idea lain untuk pasarkan produk kurus ASSEZ SLYM ini.

LONG TERM VS SHORT TERM


Saya faham satu perkara, majoriti peniaga terutama online, mereka hanya mencari sale
sahaja. Buat FB ads, masuk whatsapp, close sale, masuk duit dan setel.

Fasa mencari client baru berjalan setiap hari dengan tool yang dirasakan ‘super power’,
FB ads tanpa mereka perasan yang ia sudah makin lama makin tidak releven. Ia ibarat
snow ball effect. Setiap hari jika tidak ada penambah baikan, ia akan menjahanamkan
dan membakar duit.

Kita perlu long term business.

Kalau hari ini dapat RM1000 sehari, kalau boleh esok pun nak RM1000 dan makin
membesar. Jadi, kalau nak long term, satu keyword sahaja – Follower atau die hard fan.
Full stop! 
SUAP 10 KALI, MINTA BALIK 1 KALI
Ok, cuba bayangkan anda berjumpa dengan 2 orang kawan buat kali pertama. Kita
namakan mereka sebagai Ali dan Abu.

Pada perjumpaan pertama, Ali tidak langsung memperkenalkan diri. Tahu-tahu satu
penapis air di atas meja dan diterangkan fungsi dan kebaikannya dari A-Z. Diakhir
perbualan, Ali meminta anda membeli penapis air tersebut dengan harga RM2500.

Berlainan dengan Abu. Pada kali pertama perjumpaan, Abu mengajak anda minum dan
beramah mesra. Abu pandai mengambil hati. Abu bertanya latar belakang anda,
bertanya khabar ibu ayah anda, pekerjaan anda dan lain-lain. Anda selesa dengan Abu.
Abu langsung tidak menjual. Di akhir perbulan, Abu memberi bisnes kadnya.

Semasa dalam perjalanan pulang, anda terlihat satu billboard besar terpampang muka
Abu. “MUKA PENAPIS AIR YANG DIPERCAYAI”

Dengan berlandaskan 2 karekter jadi, penjual yang mana satu akan jadi pilihan kalbu?
Sudah pasti Abu!

Abu memberi dan menjual pada masa sama.

BINA FANPAGE + VIRAL CONTENT + BLOG


+ EMAIL MARKETING
Saya berpegang satu perkara.
Apabila kita mati, salah satu yang kita akan tinggalkan adalah ilmu yang bermanafaat.

Jadi saya cipta satu jenama/fanpage untuk sharing tentang cara untuk kurus. Saya cipta

fanpage ​Diari Kurus.

Di fanpage ini, saya hanya kongsikan tips-tips kurus.

Disini saya juga kongsikan tips-tips dan content yang viral. Team penulis akan diberi
tanggungjawab untuk mencari artikel ini.

Sebagai contoh, salah satu post yang paling menerima jumlah share terbesar adalah
posting ini:
2300 shares, 1000 likes, 69 komen, dan 273,550 reach​ tanpa memerlukan
 
apa-apa kos. Zero. Dan di blog, ia juga di share hampir ​89,000 kali
Untuk makluman, pada waktu ini, fanpage likers bertambah dengan sangat cepat.
Tanpa FB ads!

100% viral content.

KENAPA NAK FB SAHAJA? GOOGLE PUN


POWER!
Berikut adalah trafik blog diarikurus.com sepanjang tahun 2015. Data ini valid kerana
saya gunakan Google Analytics. Terima kasih kepada sifu Adly Mukhtar yang tunjukkan
kelebihan google analytic ini.
Seperti yang anda lihat, blog ini mendapat trafik (pageview) sebanyak 893, 175
sepanjang tahun. 63,468 adalah dari Organic search atau erti kata lain, Google.

Sekali lagi, zero kos!

EMAIL MARKETING
Teknik dan tips email marketing saya peroleh dari Sifu saya tuan ​Faisal Abdullah​ dan
beberapa international marketer seperti ​Patt Flynn​ dan ​Russel Brunson​.

Setiap visitor yang datang ke blog diarikurus.com tidak akan pulang dengan ‘tangan
kosong’. Saya sediakan satu panduan ringkas bagaimana boleh kuruskan badan 10kg
dalam masa 30 hari. Panduan ini ditulis oleh seorang rakan yang berjaya turunkan
berat 20kg.
100% tips berguna untuk pembaca.

Selepas download panduan, mereka akan dapat email selama 30 hari diarikurus.com

Email mengandungi tips dan juga marketing/promotion untuk produk ASSEZ.

Share, share, share dan jual.

Proses follow up ini berjalan secara automatik. Saya set kan semua email follow up
untuk dihantar pada jam 9pagi setiap hari untuk 5 hari pertama.

Untuk tujuan email marketing ini saya gunakan ​AUTORESPONDER GETRESPONSE​.

Saya fully recommend autoresponder ini.

Total subscriber 9294


Ok, lets do the math

Untuk setiap email yang saya send, biasanya akan dapat open rate (bilangan orang yang
buka email) adalah sebanyak 20% dan bilangan pembeli produk berharga RM99 adalah
sekitar 5%-8%.

Jadi,

Subscriber : 9294 orang (tanpa kos ads. Hanya content yang viral dan bermanafaat)

Open rate: 20% (1858 orang)

Convertion : 8% (744 kotak)

NOTA : pelanggan biasa akan beli lebih dari 1 disebabkan dalam email follow up saya
cadangkan beli lebih dari 1 kotak. Kebiasaan mereka akan membeli 3 kotak keatas untuk
supply sebulan. Convertion lebih besar jika diambil kira untuk repeat order)

Jumlah sale termasuk belian ulangan RM75,000!

Nota : Sehingga hari ini, sale sudah melebihi ​RM100,000!​

KREDIT CARD/ONPAY
Saya menggunakan onpay untuk tujuan autopilot kan pembayaran. Saya tidak mahu
menggunakan whatsapp untuk follow up customer. Saya mahu ‘ajar’ mereka buat
sendiri semua sekali. Jika ada masalah baru hubungi kami.
Jadi saya gunakan sistem ​ONPAY dari WAN MUS​. Ia diintegrasi dengan PAYPAL untuk
tujuan penerimaan kredit kad.

Pembayaran yang lebih fleksible menggunakan kredit kad sebenarnya sangat membantu
untuk meningkatkan sale. Pelanggan yang sudah ‘percaya’ tidak akan teragak-agak
untuk menggunakan kredit kad untuk buat pembayaran. Mereka sudah kenal dengan
jenama diarikurus.com. Tiada masalah untuk transfer hatta RM500-RM1000 tanpa
perlu berbalas whatsapp dan SMS.

Thats the power of trust and relationship business.

Jika anda masih teragak-agak mencari payment gateway terbaik (support pun power),
saya sangat cadangkan anda guna ​ONPAY​.

BELI, BELI DAN BELI LAGI. WOW!


Ini sememangnya menakjubkan saya!

Didalam diarikurus.com saya wujudkan beberapa sales funnel dan produk baru. Ada
jam sukan untuk kira kalori, ada panduan diet, dan lain-lain.

Yang menariknya, biasanya pelanggan yang sudah membeli akan beli, beli dan beli lagi
dari kami! Semacam tak sabar produk apa lagi yang kami nak bagi pada mereka.
Mereka obses untuk membeli!
Average customer value (Belajar dari sifu ​Bukhari Ramli​) dah makin meningkat. Jika
biasa ‘value’ customer untuk belian ASSEZ hanya RM99, tetapi sekarang tambah jam,
RM500, ebook dan lain-lain boleh sampai RM700-RM800 seorang!

KESIMPULAN
Fikirkan long term, jangan short term. Fikirkan benefit kepada pelanggan bukan benefit
kepada kita. Lupakan duit, duit, duit. The moment kita buang perkataan duit dan start
beri benefit kepada orang lain, duit akan flow masuk dengan sendirinya.

Paling penting, anda perlukan blog dan email marketing untuk database.Forget about
whatsapp group dan lain-lain. Ia tidak boleh jadi autopilot.

Akhir kata, saya harap perkongsian ini memberi input yang baik untuk pembaca semua.
Semoga bermanafaat! Amin!

Anda mungkin juga menyukai