Anda di halaman 1dari 1

Faktor – faktor yang mempengaruhi pengundi muda dalam politik Malaysia

Pilihan raya merupakan salah satu komponen yang penting bagi negara yang
mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Ia merupakan saluran utama rakyat melibatkan
diri dalam proses politik negara. Pilihan raya memberi peluang kepada rakyat untuk memilih
pemimpin yang akan memperjuangkan kepentingan dan aspirasi mereka. Pemilihan yang dibuat
akan menetukan nasib negara itu sendiri sama ada dipimpin dengan sewajarnya ataupun
sebaliknya. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemenangan dalam sesuatu parti
politik.

Seterusnya, perjalanan sesebuah parti politik di Malaysia yang yang memimpin negara itu
sendiri kebanyakkannya memperoleh undi dari rakyat yang sebahagian besarnya terdiri dari
pengundi muda. Hal ini demikian kerana manifesto yang dikemukakan oleh parti politik
berkenaan dapat diterima oleh golongan muda. Sebagai contoh, PRU 14 yang dimenangi oleh
parti barisan nasional(BN) yang banyak memperjuangkan hak dan kepentingan golongan belia
dari pelbagai aspek iaitu peningkatan kemahiran selaras keperluan industri dan negara,
perumahan, kos sara hidup, pendapatan dan keusahawanan. Pendekatan BN lebih kepada
memperkasa golongan muda yang kreatif, inovatif dan cerdas untuk menyalurkan idea secara
positif. Dengan memilih parti BN dalam PRU 14, golongan muda beranggapan bahawa
kepentingan mereka akan terjaga.

Peningkatnya arus kemodenan yang dirasai di seluruh negara secara langsung


memberikan impak besar kepada meningkatnya tahap literasi politik atau celik politik dalam
kalangan masyarakat khususnya generasi muda. Medium media sosial yang digunakan semasa
tempoh berkempen juga memberi kesan terhadap persepsi golongan muda kepada politik negara.
Kesedaran meluas terhadap politik juga mampu menjadikan seseorang pengundi lebih
kritikal.Pemilihan seseorang calon wakil rakyat bukan hanya bergantung kepada faktor
personaliti semata-mata, tetapi lebih melebar kepada soal latar belakang calon dan juga parti
yang mereka tandingi. Dengan maklumat yang diperoleh, mereka boleh menilai dengan bijak
parti parti yang bertanding dalam pilihan raya umum.

Anda mungkin juga menyukai