Anda di halaman 1dari 4

SKRIP JURUACARA MAJLIS HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN 2010 SMK BALABAN JAYA BELURAN

MASA TEKS CATATAN


7.30 Selamat pagi dan salam sejahtera . Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan Persediaan dan
pagi kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke majlis HUPH. Untuk makluman tuan ketibaan murid
dan puan, majlis akan bermula sebentar lagi. Dijemput tuan-tuan dan puan- dan ibubapa
puan mengambil tempat. Majlis juga memohon kerjasama daripada hadirin
sekalian untuk meletakkan telefon bimbit anda dalam mod senyap sebaik
sahaja ketibaan tetamu jemputan iaitu Encik Zainal Abidin Mahmud. Sekali lagi,
dijemput semua utk mengambil tempat bagi melancarkan lagi majlis ini. Dan
mohon kerjasama dari semua hadirin untuk sama-sama berdiri sebaik sahaja
ketibaan perasmi sebagai tanda aluan.
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Zainal Abidin Mahmud, wakil Ketibaan
Pegawai Pelajaran Daerah Beluran.
8.00 Majlis dengan sukacitanya menjemput para hadirin sekalian untuk berdiri bagi Nyanyian lagu
menghormati nyanyian lagu ‘Negaraku’. ‘Negaraku’

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian tadi. Hadirin dipersilakan


duduk.
8.05 Daun layu di tengah gurun,
Nampak jalur pohon cemara;
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.
Hari ini menugal jagung,
Hari esok memetik peria;
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria.
Yang Berusaha, Encik Zainal Abidin, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Beluran. Protokol
Yang Berusaha, Puan Myrene Gidung, Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Balaban Jaya,
Yang Berbahagia, Encik Omar bin Sampidoh, Yang DiPertua PIBG SMK Balaban
Jaya,
Yang Dihormati, Puan Hanisah Obing, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati, Puan Rashidah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati, Encik Senguan Musa, Penolong Kanan Kokurikulum,
barisan guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya pelajar SMK Balaban Jaya yang
dikasihi sekalian.

Assalamualaikum, salam sejahtera, dan salam 1Malaysia.


Sebelum kita meneruskan acara pada pagi ini, izinkan saya bagi pihak
jawatankuasa majlis, membingkiskan ucapan selamat datang dan setinggi-
tinggi penghargaan atas sudinya tuan-tuan dan puan-puan datang ke majlis
Hari UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH
SMK BALABAN JAYA SESI 2010.
8.15 Kalau pergi Tanjung Keramat, Bacaan doa
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput Hadzneer bin Abdul Rahim,
pelajar Tingkatan 2 Arif, untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Hadzneer bin Abdul Rahim.


8.20 Hadirin sekalian, untuk tidak melengahkan masa lagi, majlis dengan segala Ucapan
hormatnya menjemput Pengetua SMK Balaban Jaya, Puan Myrene Gidung, Pengetua
untuk mengungkap bicara sepatah dua kata aluan. Majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Myrene Gidung atas
ucapan alu-aluannya sebentar tadi.
8.30 Terbang di awan burung jentayu, Ucapan
Di atas papan batang jerami; Perasmian
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Bagi menyempurnakan upacara kita pada pagi yang berbahagia ini, majlis
dengan penuh takzimnya mempersilakan Encik Zainal
Encik Zainal Abidin, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Beluran untuk
menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan Hari Ucapan dan
Penyampaian Hadiah SMK Balaban Jaya Sesi 2010.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Zainal


Abidin Mahmud atas ucapan perasmian itu tadi. Dengan itu, maka rasmilah
sudah Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah SMK Balaban Jaya Sesi 2010.
9.00 Ucapan sudah perasmian pun sudah, Persembahan
Hanya tunggu penyampaian sijil dan hadiah. pertama

Sebelum majlis diteruskan, sama-samalah kita saksikan persembaha silat dan


tarian zapin daripada pelajar-pelajar SMK Balaban Jaya. Dipersilakan.
9.15 Berkebaya batik berwarna merah,
Diserikan dengan permata berlian;
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Tuan-tuan dan puan-puan, sesungguhnya sekolah bukan sahaja tempat


melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan tetapi juga
merupakan wadah menggilap bakat dan potensi diri anak-anak agar
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan juga sahsiah agar
mampu menerajui negara kita pada masa akan datang.

Tanpa melengahkan masa lagi, kita teruskan dengan acara Penyampaian


Anugerah Bidang Kokurikulum. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya Penyampaian
mempersilakan Yang Dihormati, Puan Hanisah Obing, Penolong Kanan Anugerah
Pentadbiran, diiringi oleh Puan Rashida Ahmad, Penolong Kanan Hal Ehwal Bidang KOKUM
Murid SMK Balaban Jaya. Dengan sukacitanya, dipersilakan.

Untuk makluman para hadirin, penerima-penerima anugerah merupakan


pelajar-pelajar yang aktif dan cemerlang dalam penglibatan kokurikulum serta
banyak menyumbangkan usaha dan tenaga dalam kelab atau persatuan
masing-masing.
Begitulah tadi sempurnanya penyampaian sijil dalam bidang kokurikulum
kepada semua pelajar. Terima kasih diucapkan kepada Puan Rashida Ahmad
dan Puan Hanisah Obing kerana sudi menyampaikan sijil. Syabas dan tahniah
diucapkan kepada semua penerima.

Sebelum kita meneruskan acara, majlis diserikan lagi dengan persembahan


nyanyian dari pelajar-pelajar Tingkatan 1 Bijaksana. Dengan sukacitanya, Persembahan
dipersilakan. Kedua

Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 Bijaksana atas


persembahan yang bersemangat itu tadi.
10.20 Pergi sekolah seawal pagi,
Melintas jalan berhati-hati;
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerima sabar menanti.
Sesungguhnya, memperkasakan ilmu pengetahuan, kebolehan berkomunikasi,
serta penerapan pelbagai kemahiran yang lain di kalangan pelajar-pelajar
menjadi agenda utama sesebuah sekolah agar mampu melahirkan generasi
pewaris kepimpinan.

Acara seterusnya ialah Penyampaian Anugerah Bidang Hal Ehwal Murid. Untuk Penyampaian
itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Puan Myrene Anugerah
Gidung, diiringi Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hanisah Obing, untuk Bidang HEM
menyampaikan sijil dan hadiah. Majlis mempersilakan.

Demikianlah, penyampaian hadiah dan sijil dalam Bidang Hal Ehwal Murid
kepada para pelajar. Terima kasih diucapkan kepada Puan Hanisah Obing
dan Puan Myrene Gidung kerana sudi menyampaikan sijil serta hadiah kepada
para penerima. Syabas dan tahniah diucapkan.

Hadirin yang dikasihi sekalian, kita berhenti seketika untuk memberi laluan
kepada persembahan sajak dan medley penuh rentak dan alunan merdu Persembahan
daripada pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMK Balaban Jaya. Dengan sukacitanya, Ketiga
dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 atas persembahan


menarik itu tadi.
11.00 Melati kuntum berhias rotan,
Tumbuh melata di tepi kali,
Anugerah cemerlang kita teruskan lagi ,
pelajar bertuah kita hargai.

Kita teruskan majlis dengan Penyampaian Anugerah Bidang Kurikulum. Majlis Penyampaian
dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Encik Zainal Abidin Mahmud, Anugerah
diiringi Puan Myrene Gidung, untuk menyampaikan sijil dan hadiah. Majlis Bidang
mempersilakan. Kurikulum

Anugerah Kedudukan Terbaik Dalam Tingkatan

Bagi Tingkatan 1,
Tempat Ketiga...
Tempat Kedua…
Tempat Pertama…
Demikianlah, penyampaian hadiah dan sijil dalam Bidang Akademik kepada
para pelajar. Terima kasih diucapkan kepada Puan Myrene Gidung dan Encik
Zainal Abidin Mahmud kerana sudi menyampaikan sijil serta hadiah kepada
para penerima.

Dengan itu, majlis mempersilakan Puan Myrene Gidung, diiringi Puan Hanisah Cenderamata
Obing, untuk menyampaikan sekalung penghargaan berupa cenderamata
kepada Encik Zainal Abidin Mahmud. Terimalah tanda terima kasih daripada
kami, warga SMK Balaban Jaya, atas kesudian Yang Berusaha untuk hadir
bersama-sama meraikan majlis gilang gemilang ini.

Demikianlah berakhirnya penyampaian anugerah sijil dan hadiah kepada


pelajar yang telah menunjukkan usaha cemerlang dalam bidang masing-
masing. Semoga hari ini menjadi dorongan dan sokongan kepada pelajar-
pelajar untuk mengejar, meningkatkan, serta mengekalkan prestasi yang
cemerlang.
Hadirin sekalian, Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah SMK Balaban Jaya Penutup
Sesi 2010 telah pun sampai ke penghujungnya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya sampaikan kepada semua
warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Bagi pihak Ahli
Jawatankuasa Pengelola dan seluruh warga SMK Balaban Jaya, saya
menyusun jari sepuluh, memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan
dan keterlanjuran kata sepanjang majlis ini berlangsung.

Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua
hadirin yang sudi melapangkan masa untuk hadir memeriahkan majlis ini.
Sebelum kita bersurai, tirai Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Sesi 2010
ditutup dengan beberapa rangkap pantun.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Terima kasih murid sekalian
Persembahan kalian menghiburkan kami.
Subur padi Allah kurnia,
Hidup mula di dalam air,
Sudah menjadi lumrah dunia,
Setiap yang bermula akan berakhir.
Bunga seroja di atas para ,
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Dari simpang ke jaya bakti,
Singgah membeli perencah kari,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Wabillahi taufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Dijemput Puan Pengetua bersama penolong-penolong kanan mengiringi Yang
Berusaha, Encik Zainal Abidin untuk menikmati jamuan. Pihak majlis juga
menjemput ibubapa untuk menikmati jamuan ringan di kantin sekolah.
12.00 Jamuan.
tghari Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai