Anda di halaman 1dari 5

SK ISKANDAR

D/A PPD BERA


28200 BANDAR BERA
PAHANG

KERTAS KERJA

PROGRAM MOTIVASI UPSR


BERSAMA PELATIH IPGM TENGKU AMPUAN
AFZAN, LIPIS
(PERIBUMI)
2017
KERTAS KERJA
PROGRAM MOTIVASI UPSR

1. PENDAHULUAN

Motivasi menjadi satu keperluan di era globalisasi ini. Manusia berlumba-


lumba menjadi yang cemerlang namun ianya bukan mudah kerana memerlukan
kesedaran dan usaha untuk mencapai kecemerlangan yang diimpikan.

Oleh yang demikian, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan


Iskandar bersama Pejabat Pendidikan Daerah Bera telah bekerjasama untuk
menganjurkan program motivasi khusus bagi murid-murid tahun 6 dengan
menjemput tiga orang guru pelatih berketurunan Asli dari IPGM Tuanku Ampuan
Afzan. Ia diharap dapat memberi kesedaran kepada murid-murid tentang pentingnya
untuk berubah menjadi yang terbaik dan mencapai kecemerlangan di dalam
peperiksaan UPSR 2017.

Semoga dengan adanya program motivasi ini, diharap dapat membantu


murid-murid tahun 6 untuk berubah ke arah yang lebih positif demi mencapai
kecemerlangan yang diimpikan.

2. RASIONAL
Pencapaian murid bagi tahun-tahun kebelakangan ini tidak tekal. Berdasarkan
kekuatan dan peluang yang ada, seharusnya sekolah berpotensi untuk mencapai
keputusan yang lebih cemerlang dari kualiti dan kuantiti pada tahun ini.

3. MATLAMAT

Membina keyakinan dan meningkatkan tahap pencapaian di kalangan calon UPSR.

4. OBJEKTIF

1. Membantu murid meningkatkan kemahiran menguruskan diri dalam menghadapi


UPSR
2. Meningkatkan tahap keyakinan diri murid dan persediaan dalam menghadapi
peperiksaan UPSR.
3. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan.
4. Mengenalpasti peluang dan ancaman.
5. Menganalisis kekuatan dan kelemahan diri.

2
5. TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 27 Julai 2017

Hari : Selasa

Masa : 8.00 pagi – 1.30 petang

Tempat: Dewan SK Iskandar.

6. SASARAN

36 orang murid Tahun 6

7. SUMBER TENAGA

1. Guru-guru Tahun 6 SK iskandar


2. Penceramah Jemputan ( Guru Pelatih IPGM Tuanku Ampuan Afzan )

8. PENDEKATAN DAN PENGISIAN

1. Ceramah dan Aktiviti

9. TENTATIF PROGRAM

3
8.00 pagi : Minum pagi

8.25 pagi : Murid-murid berkumpul

8.30 pagi : Sesi ceramah

9.30 pagi : Aktiviti


11.30 pagi : Makan Tengahari
12.00 tengahari : Majlis penutup
1.00 petang : Bersurai

10. SUMBER KEWANGAN


PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling

11. ANGGARAN PERBELANJAAN

Jumlah
Bil Perkara Kuantiti
(RM)
1 Sijil Murid 36 orang x RM 2.50 RM 90.00
2 Minum pagi Murid RM 3.50 x 36 orang murid RM 126.00
3 Makan tengah hari RM 6.50 x 36 orang murid RM 234.00
4 Air minuman 3 kotak x RM 15.00 RM 45.00
5 Pen Marker 4 kotak x RM 35.00 RM 140.00
6 Kertas Mahjong 50 helai x RM 1.00 RM 50.00
7 Hadiah Aktiviti Kumpulan 5 hamper x RM 25.00 RM 125.00
7 Manila kad 50 helai x RM1.50 RM 75.00
JUMLAH RM 885.00

12. JAWATAN KUASA INDUK

Pengerusi : Puan Rosmaina binti Saripp


(Guru Besar SK Iskandar)

Timbalan Pengerusi : Encik Khalid


( Penolong Kanan Kurikulum )

Naib Pengerusi 1 : Encik Wan Azizan


( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )

Setiausaha : Puan Iszanira binti Ismail


( Guru Bimbingan dan Kaunseling )

Penyelaras : Encik Abd Majid bin Ahmad

4
Bendahari : Puan Audi Aiman bt Mohd Azman

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM CERAMAH MOTIVASI UPSR 2017

Jurugambar : En Muhamad Syarizwan b Mohd Shukeri

Dokumentasi : Pn. Audi Aiman bt Mohd Azman

Juruacara Majlis : Cik Wong Mok Lan

Persiapan Tempat : En Amirrullah bin Haridan


En Abdul Rahim bin Alias
Pekerja Pembersihan Sekolah

PA Sistem : En Aluwia Alwi

Cenderamata & sijil : Pn Iszanira binti Ismail

Disiplin dan Kawalan Murid : En Abd Majid B Ahmad

13. PENUTUP

Semoga Program Ceramah Motivasi UPSR ini dapat dijalankan dengan jayanya
serta dapat mencapai objektif seperti yang diinginkan. Di samping itu, ia juga turut
diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara murid-murid dengan guru-
guru. Kerjasama antara ahli jawatankuasa, kakitangan sekolah dan murid-murid adalah
sangat dialu-alukan dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(PN. ISZANIRA BINTI ISMAIL)


Guru Bimbingan Kaunseling
SK Iskandar

Anda mungkin juga menyukai