Anda di halaman 1dari 5

HAJI dan UMRAH

Ibadah Haji mengikut kebiasaan sebutan orang adalah ‘haji besar’ dan
ibadah Umrah pula disebut ‘haji kecil’. Musim Haji bermula daripada 1
Syawal hingga 10 Zulhijjah (hari raya puasa hingga hari raya haji), manakala
Umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa termasuk di luar musim haji. Dari
segi syarak pula ianya adalah mengunjungi Baitullahil Haram di Mekah untuk
mengerjakan ibadat-ibadat yang tertentu di sana.

Haji secara bahasa bermakna al-qoshdu (sengaja/bermaksud) yaitu


mengunjungi tempat yang dimuliakan. Secara istilah haji bisa diartikan sebagai
serangkaian ibadah yang dilakukan pada waktu tertentu dan dengan tata-cara
tertentu untuk mendapatkan keridhaan Allah SWT. Haji menjadi rukun Islam
ke-enam dimana itu adalah kewajiban dan menjadi salah satu indikator bagi
kesempurnaan keislaman seseorang dengan ketentuan mereka mampu secara
lahir maupun batin dalam menjalankannya.
Sedangkan umroh adalah ibadah sunah yang apabila dilakukan akan
mendapatkan kemuliaan disisi Allah SWT. Umroh juga disiratkan dalam Al-
Qur’an sebagai salah satu ibadah maliah atau ibadah yang menuntut adanya
pengorbanan harta benda. Meskipun ada perbedaan mengenai hukum umroh,
namun kebanyakan ulama di Indonesia sepakat bahwa umroh hukumnya
adalah sunah dan dilakukan sekali seumur hidup.
.
A. Menunaikan Haji
Menunaikan haji adalah rukun Islam kelima dan ia dikerjakan
hanya di sekitar tanah suci Mekah serta masanya hanya dari 9 hingga 13
Zulhijah. Haji menurut syarak adalah mengunjungi Baitullah (Rumah
Allah) di Mekah untuk beribadat ‘manasik’ (tawaf, saie, bergunting) dan
wukuf pada waktu serta syarat-syarat tertentu dalam bulan Zulhijah.
.
Firman Allah SWT: “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia
mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang
mampu dan berkuasa untuk sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur
(ingkar kewajipan haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak
berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.” (Surah Al-Imran, ayat
97)
.
Ibadat haji hanya diwajibkan kepada Muslim
yang berkemampuan dari segi kewangan, kesihatan fizikal dan juga
mental. Allah membuka ruang dan memudahkan semua hamba-Nya
menziarahi, mendekatkan diri dan bermunajat kepada-Nya serta
memohon limpah Rahmat-Nya dan Hidayah-Nya. Ibadat haji adalah satu-
satunya peluang keemasan untuk kita mengadap Allah secara lebih dekat.
.
Firman Allah dalam surah al-Hajj: “Dan serulah manusia untuk
mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada-Mu dengan
berjalan kaki, atau mengenderai setiap unta yang kurus, mereka datang
dari segenap penjuru yang jauh agar mereka menyaksikan berbagai-bagai
manfaat untuk mereka dan agar mereka menyebut nama Allah pada
beberapa hari (hari raya haji dan tasyrik) yang telah ditentukan.”
.
Pemergian ke kota Makkah atau Arafah bukan semata-mata
perjalanan jasad, tetapi perjalanan‘rabbani’ iaitu perjalanan berserta
ketulusan hati dan rohani ke arah menemui Allah SWT serta mengeratkan
jalinan hubungan antara Allah sebagai Khalik (Pencipta) yang menjadikan
alam sebagai makhluk-Nya dan manusia sebagai khalifah-Nya.
Firman Allah SWT.: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan
umrah kerana Allah.” (Surah al-Baqarah, ayat 196).
.
Haji dan Umrah, kedua-duanya hanya wajib
sekali saja seumur hidup dan sunat dikerjakan berulang-ulang kali.
Perbezaan jelas antara kedua-duanya ialah haji hanya boleh dikerjakan
dalam bulan haji iaitu mulai 1 Syawal hingga naik fajar hari 10 Zulhijah.
.
Allah menyediakan ganjaran cukup besar bagi sesiapa yang
mengerjakan umrah dan haji pada bulan ini. Rasulullah SAW
bersabda: “Daripada satu umrah ke umrah berikutnya adalah penghapus
semua kesalahan serta dosa yang berlaku antara keduanya. Haji yang
mabrur (yang dilakukan dengan ikhlas dan sempurna) itu tidak ada
ganjarannya yang setimpal melainkan syurga.” (Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim).
.
.
B. Niat Haji dan Umrah
1. Niat mengerjakan Haji:

ُ ‫ت ْال َح‬
ُ‫ج ن ََويْت‬ ُ ‫لِلِ ِب ِهُ َوأ َ ْح َر ْم‬
ُ ِ ‫تَعَاَلَى‬
Daku mengerjakan Haji dan berihram dengannya kerana Allah Ta’ala.
2. Niat mengerjakan Umrah:

ُ‫ت ْالع ْم َر ُة َ ن ََويْت‬


ُ ‫لِل ِب َها َوأ َ ْح َر ْم‬
ُِ ِ ‫تَعَاَلَى‬
Daku mengerjakan Umrah dan berihram dengannya, kerana Allah Ta’ala.
3. Niat mengerjakan Haji dan Umrah serentak (Haji Qiran):

ُ‫لِلِ بِـ ِه َما َوأ َ ْح َر ْمتُ َو ْالع ْم َرُةَ ْال َحجُ ن ََويْت‬
ُ ِ ‫تَعَاَلَى‬
Daku mengerjakan Haji dan Umrah serta berihram dengan kedua-
duanya, kerana Allah Ta’ala.
.
.
C. FADILAT HAJI
Antara hadis Rasulullah SAW yang menghuraikan mengenai kelebihan
ibadat haji, umrah dan tanah suci Makkah ialah:
1. Ibadat haji itu dapat menghilangkan dosa sebagaimana air dapat
menghilangkan segala daki.
2. Setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat untuk orang yang
mengerjakan haji di Baitullah; 60 rahmat untuk orang
yang bertawaf, 40 rahmat untuk orang yang bersolat dan 20
rahmat untuk yang memandang kepada Kaabah.
3. Haji yang mabrur ialah pekerjaan haji yang tidak bercampur dengan
dosa sejak ihram hingga Tahalul.
4. Sesiapa yang mengerjakan haji kerana Allah dan dia tidak
merosakkannya dengan sebab bersetubuh dan tidak membuat
sebarang maksiat, maka pulangnya kelak seperti bayi yang baru
dilahirkan oleh ibunya.
5. Iringilah hajimu dengan melakukan umrah, kerana kedua-duanya
akan menghapuskan kemiskinan dan dosa, laksana relau yang
membakar hangus segala kotoran besi, emas dan perak.
6. Tiadalah ganjaran lain bagi haji yang mabrur melainkan Syurga.
7. Hujjaj dan Ummar (Jemaah Haji dan Umrah) semuanya tetamu Allah,
jika mereka berdoa kepada-Nya akan diperkenankan, jika mereka
pohonkan keampunan akan diampunkan.
8. Dari umrah ke umrah adalah penghapus dosa antara keduanya. Haji
yang mabrur tiadalah lain ganjarannya melainkan syurga.
9. Sesiapa yang sabar menanggung sakit sehari di Makkah, maka Allah
tulis pahala amal soleh yang dikerjakan olehnya di luar Makkah
sebanyak 60 tahun.
10. Sesiapa yang bersabar menanggung satu saat panas siang hari di
Makkah, Allah akan menjauhkan dia 100 tahun lamanya di neraka
Jahanam.
11. Sesiapa yang meninggal dalam pelayaran ke Tanah Suci Makkah sama
ada waktu pergi atau balik, segala dosanya tidak akan dipamerkan
dan tidak akan dikira pada hari kiamat (diampunkan).
12. Siapa yang meninggal di Makkah seolah-olah dia telah meninggal di
langit dunia.
13. Baitullah ini adalah tunjang Islam, siapa yang keluar kerana
mengunjunginya untuk mengerjakan haji atau umrah, dia dijamin
Allah, jika dia meninggal ia akan dimasukkan ke syurga-Nya, jika dia
pulang, pulang dengan ganjaran dan harta.
14. Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk ibadat haji adalah seperti
perbelanjaan untuk fisabilillah, satu dirham digandakan dengan 700
X.
15. Satu dari tanda-tanda haji yang diterima ialah; Apabila ia melakukan
kebaikan dan amalan melebihi dari sebelum pemergian ke Makkah dan
tidak lagi terdorong ke arah perkara-perkara maksiat.

D. SYARAT WAJIB SAH HAJI


Haji diwajibkan sekali sahaja seumur hidup, apabila memenuhi syarat:
1. Islam
2. Baligh dan berakal (Mukallaf).
3. Merdeka
4. Berkemampuan dan berkuasa.
5. Wanita mesti mendapat izin suami atau wali, dan ditemani oleh suami,
mahram atau wanita yang dipercayai.

E. RUKUN HAJI
1. Niat ihram
2. Berwukuf di Arafah.
3. Tawaf Ifadah.
4. Saie di antara Shafa dan Marwah.
5. Bercukur atau bergunting rambut (Tahalul).
6. Tertib pada kebanyakan rukun.
Jika tertinggal salah satu rukun atau tidak mengikut syaratnya maka
Haji / Umrahnya TIDAK SAH (BATAL) dan terpaksa mengqadakannya
semula dengan segera kerana masih di dalam ihram (pantang larang).

F. BATAL HAJI
1. Tidak melakukan semua rukun haji dengan sempurna mengikut
syarat-syaratnya.
2. Tidak melakukan dan hadir sendiri di tempat ibadat dan dalam masa
yang ditetapkan, walaupun boleh dengan bantuan orang lain.
3. Melakukan persetubuhan semasa ihram kecuali sesudah tahallul awal.
4. Hilang akal atau pengsan sepanjang menunaikan haji.
5. Membatalkan niat ibadat oleh sesuatu keadaan.
6. Murtad.

G. SYARAT WAJIB MENGERJAKAN HAJI


1. Niat ihram di Miqat.
2. Menjaga larangan dalam ihram.
3. Bermalam di Mudzalifah.
4. Melontar Jamrah Al-Aqabah.
5. Bermalam di Mina.
6. Melontar ketiga-tiga jamrah pada hari-hari Tasyriq.
Sekiranya tertinggal salah satu daripadanya HAJI / UMRAHNYA SAH
tetapi diwajibkan dam

H. HIKMAH HAJI
1. Menghapuskan dosa dan membersihkan jiwa.
2. Mendapat keampunan dan ganjaran daripada Allah.
3. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
4. Memahami dan mengayati sejarah kecemerlangan Islam dengan
mendalam.
5. Melahirkan rasa syukur atas nikmat harta dan kesihatan yang
diberikan Allah.
6. Menimbulkan rasa keinsafan di dalam hati kerana ketika
mengerjakan haji, kerana semua hamba Allah itu sama saja
keadaannya dan tanggungan beban sama ada yang kaya, miskin, raja
atau rakyat biasa.

Anda mungkin juga menyukai