Anda di halaman 1dari 11

Resensi

Pilih sebuah cerpen dalam mana-mana majalah Dewan Budaya terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka. Anda dikehendaki menulis resensi bedasarkan cerpen yang
anda pilih.

Resensi anda haruslah menggunakan laras bahasa akademik yang gramatis dan tidak
berlaku plagiat di samping menunjukkan kematangan dan kritikal. Panjang resensi
anda tidak melebihi 1000 patah perkataan.
1.0 Identitas Cerpen

Judul : Nota Norita

Nama pengarang : Ismail Restu

Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka

Tebal cerpen : 3 halaman

Cerpen yang diresensikan : halaman 51 – 53

Cetakan : June 2017

2.0 Sinopsis

Pada pagi, mak cik Mimi menghidangkan sarapan untuk anaknya, Norita.
Namun, Norita masih belum keluar dari biliknya untuk bersarapan kerana dia masih
menghitung duitnya yang ditabung. Dengan panggilan ibunya yang mengatakan
bahawa sudah pukul tujuh, barulah Norita tergesa-gesa mengambil beg sekolahnya
dan keluar dari bilik. Selepas selesai bersarapan, Norita mencium tangan ibunya
seperti biasa. Norita mengatur langkah dengan tenang menuju ke van Pak Yusoff yang
sudah tiba. Selepas van bergerak, Norita segera melambaikan-lambaikan tangan
kepada ibunya.

Pada hari tengah, Norita terus masuk ke dalam biliknya setelah pulang dari
sekolah. Dengan segera, dia mengambil keluar tabung duitnya yang disimpan di
bawah katil. Mulalah dia menghitung semua duit yang terdapat dalam tabung tin bulat
yang setinggi lapan inci itu. Dengan melihat anaknya yang tidak jemu-jemu
menghitung duit itu, mak cik Mimi pun bertanya adakah duit itu beranak. Dengan kata
ibunya itu, Norita turut berasa baguslah kalau duit itu beranak kerana duit yang
ditabung itu mesti menjadi banyak. Kemudian, ibunya mengatakan bahawa sudah
melihat banyak kali Norita menghitung duit itu sejak selepas hari raya puasa minggu
sudah. Namun begitu, Norita hanya merenung wajah ibunya dan tidak memberitahu
sebab dirinya menghitung duit itu. Semasa makan tangah hari, Norita berkata bahawa
zaman dirinya lebih seronok daripada zaman ibunya kerana dia boleh kutip banyak
duit.

Beberapa hari kemudian, selepas Norita tiba di rumahnya daripada sekolah,


dia merungut kepada ibunya bahawa dirinya tidak sihat dan macam dah nak deman.
Oleh itu, Ita disuruh masuk bilik untuk berehat. Sebelum keluar dari bilik, Mak cik Mimi

1
menyelimutkan tubuh Norita dengan sehelai kain batik. Lepas itu, mak cik Mimi telah
pun menyediakan gulai udang untuk anaknya. Tetapi anaknya tidak hendak makan
kerana tidak selera. Selepas membeli Panadol, mak cik Mimi membawa air suam dan
Panadol ke bilik Ita. Walaupun dengan teragak-agak, Norita telankan juga Panadol itu
dan berbaring semula di katilnya. Norita sudah tiga hari tiga malam berturut-turut tidak
makan seulas nasi. Dia cuma minum air suam serta beberapa keping roti dan biskut.
Dengan itu, beberapa orang jiran yang datang melawat Ita mencadang mak cik Mimi
membawa anaknya ke rumah sakit. Tetapi mak cik Mimi rasa hanya biasa saja deman
ni, beberapa hari nanti boleh sembuh.

Pada hari pagi yang keempat Ita deman, Mak cik Mimi mengejutkan anaknya
seperti biasa. Dia mendapati tangan anaknya sejuk semasa menarik-narik sedikit
tangannya. Dengan tidak mendapatkan sebarang tindak balas daripada Norita, mak
cik Mimi mula berasa cemas dan dia segera meluru ke rumah jirannya, Maliah.
Selepas Maliah dan suaminya, Jamal datang ke bilik Norita, mereka menghampiri katil
Norita dan meletakkan tangan mereka di dahi dan tangan serta kakinya. Kemudian,
mereka saling berpandang tanpa bersuara, mereka seolah-olah kelu. Selepas itu,
Jamal telefon kepada pihak klinik dan minta mereka datang lihat keadaan Norita.
Selepas pegawai dari klinik tiba, mereka memastikan Norita telah meninggal dunia
setelah memeriksa beberapa bahagian tubuhnya. Dengan menghadapi peristiwa yang
berlaku ini, mak cik Mimi sembakan mukanya ke tubuh Norita dengan sambil menangis
teresak-esak. Pada hari petang, selepas jenazah Norita selamat dikebumikan, banyak
keluarga, sahabat handai, dan jiran tetangga telah mengunjungi Mimi dan melahirkan
rasa simpati serta mengucapkan takziah kepadanya.

Pada hari esoknya, Mimi teringat akan tabung duit anaknya dan teringat akan
betapa rajinnya anaknya yang berulang-ulang menghitung duitnya itu. Jadi dia segera
mengambil tabung itu dan mengeluarkan semua wang dari dalamnya. Mak cik Mimi
mendapati banyak juga duit yang ditabung oleh anaknya dan di dalam tabung itu
terdapat sehelai kertas yang berlipat rapi. Dalam kertas itu , Norita telah memberitahu
ibunya tujuan diri yang menabung duit itu. Selepas membaca tulisan anaknya itu, mak
cik Mimi terasa berbagai-bagai perasaan menerpa dan menggoncang dadanya.
Dengan suara sebak yang amat sayu, mak cik Mimi bersuara penuh terharu dengan
berterima kasih kepada anaknya dan berjanji akan menunaikan permintaan anaknya
itu.

3.0 Analisis Unsur Intrinsik

2
3.1 Tema :

Cerpen ini bertemakan seorang anak yang mempunyai perasaan cinta yang dalam
terhadap ibunya.

3.2 Latar Tempat :

Bilik Norita, ruang tamu, kedai barang runcit, rumah Maliah, tanah perkuburan.

3.3 Latar Masa :

i. Pagi
- Norita duduk di atas kerusi dan mula minum dan makan karipap yang dihidangkan
oleh ibunya.
- Mak cik meluru ke rumah Maliah untuk minta Maliah dan suaminya, Jamal untuk
pergi ke rumahnya.
ii. Tengah hari
- Sewaktu sedang makan tengah hari, Ita bersembang dengan ibunya dan berkata
hari raya tahun depan, umurnya baru 12, tentu boleh pergi ke rumah orang
mengutip duit raya seperti tahun ini.
iii. Malam
- Mak cik Mimi membawak sepinggan nasi bercampur gulai udang dan sedikit
sayur sawi ke katil Norita.

3.4 Latar Masyarakat :

i. Masyarakat yang saling membantu

Jiran mak cik Mimi iaitu Maliah dan Jamal membantu dia telefon kepada pihak klinik
dan minta mereka datang lihat keadaan Norita.

ii. Masyarakat yang mempunyai perasaan ingin tahu

Mak cik Mimi teringat akan tabung duit Norita. Dia teringat akan betapa rajinnya Norita
berulang-ulang menghitung duitnya itu. Dia bagai terpanggil untuk melihat jumlah
wang yang terkumpul di dalam tabung itu.

iii. Masyarakat yang akur dan patuh kepada agamanya.

Norita menabung duit dengan mengharapkan ibunya, iaitu makcik Mimi boleh membeli
kain tudung untuk memakai.

3.5 Perwatakan:

3
Norita :

Seorang budak perempuan yang berumur 11 tahun serta seorang anak yang amat
menyayangi dan taat kepada ibunya.

Mak cik Mimi :

Seorang ibu yang menyayangi anaknya. Tetapi telah melakukan kesalahan dengan
tidak membawa anaknya yang sakit pergi ke rumah sakit dan hanya memberikan
anaknya makan ubat Panadol kerana menganggap anaknya bersakit demam biasa
sahaja.

Maliah :

Seorang yang mengambil berat dan prihatin terhadap jirannya. Contohnya, semasa
Norita jatuh sakit, dia telah ke rumahnya melawat keadaan dia dan mencadang mak
cik Mimi untuk membawa anaknya ke rumah sakit.

Jamal :

Seorang yang bertanggungjawab dan seorang suami yang baik. Contohnya, dia teman
isterinya untuk ke rumah mak cik Mimi kerana keadaan Norita yang agar pelik. Selepas
itu, dia telefon kepada pihak klinik untuk minta mereka datang.

4.0 Analisis Unsur Ekstrinsik

4
Nilai Moral :

Nilai moral yang hendak disampaikan penulis pada pembaca adalah seperti:

 Nilai cinta terhadap ahli keluarganya amat penting dengan mewujudkan


sesebuah keluarga yang berhubungan baik dan utuh.

Nilai Sosial :

Nilai sosial yang hendak disampaikan penulis pada pembaca adalah seperti:

 Sebarang perkara yang berlaku tentu ada sebabnya dan kita harus mempelajari
untuk menerima apa jua dugaan yang diberi oleh Tuhan.

Nilai Budaya :

Nilai budaya yang hendak disampaikan penulis pada pembaca adalah seperti:

 Dengan sebagai seorang muslim, mereka harus mengikut ajaran agamanya


dan mengikut kata ustazah yang memberitahu bahawa orang perempuan
muslim haruslah memakai tudung.

5.0 Kekurangan:

 Cerpen ini tidak ditulis dengan terperinci tentang keterukan keadaan penyakit
anaknya yang menyebabkan dia meninggal. Hai ini kerana pembaca akan
menimbulkan perasaan yang masih ingin mengetahui secara dalam tentang
kematian Norita.
 Cerpen ini kurang menjelaskan kehidupan mak cik Mimi selepas kematian
anaknya, Norita.
 Cerpen ini tidak memberikan penjelasan tentang ahli keluarga Norita, seperti
ayahnya kerana cerpen ini hanya berkaitkan dua perwatakan dalam sebuah
keluarga,iaitu mak cik Mimi dengan anaknya, Norita.
 Kesudahan cerpen ini amat menyedihkan pembaca dan tidak membawa
perasaan gembira.

6.0 Kelebihan:

5
 Cerpen ini mempunyai kekuatan untuk memberi kesedaran kepada
pembacanya bahawa kepentingan menghargai ahli keluarganya dan sentiasa
mengambil berat kepada mereka.
 Selain itu, penggambaran sebuah keadaan di cerpen ini dijelaskan dengan
cara penulisan yang sangat terperinci sehingga membuat para pembaca dapat
mengerti dengan jelas tentang situasi yang sedang berlaku.
 Cerpen ini menggunakan bahasa yang santai dan tidak menggunakan banyak
kata-kata kiasan yang susah difaham.
 Cerpen ini mempunyai khartasis. Cerita dalam cerpen ini amat menyentuhkan
perasaan pembaca.
 Cerpen ini memberikan ruang kepada para pembaca untuk berfikir sendiri apa
yang terjadi pada kehidupan Mak Cik Mimi selepas kematian anaknya.

7.0 Kesimpulan:

Cerpen ini merupakan bacaan yang menarik dan amat menyentuhkan perasaan
pembaca.. Melalui cerpen ini penulis ingin menyampaikan bahawa perasaan seorang
anak yang amat cinta kepada ibunya dan seorang ibu yang berbuat salah dan
menyebabkan sakit anaknya menjadi teruk sehingga meninggal dunia. Walaupun
Norita meninggal dunia kerana sakit, tetapi dia telah meninggalkan duit yang disimpan
dengan semata-mata ingin ibunya dapat membeli kain tudung. Hal ini menunjukkan
hubungan yang amat erat antara ibu dan anaknya.

6
BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Dewan budaya. (June, 2017). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sk. Mohd Sawpi Bin Lawi et. al. (2014). Wacana Penulisan Bahasa Melayu. Pulau
Pinang: Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau
Pinang.

Rizki Maulana. (Sep, 2014). Contoh Resensi Cerpen. Dimuatturun pada 14 Mar 2019
daripada https://www.scribd.com/doc/240122574/Contoh-Resensi-Cerpen

Wachyou Ramadh. Contoh Resensi Cerpen. Dimuatturun pada 5 Mar 2019 daripada
https://www.academia.edu/5792428/CONTOH_RESENSI_CERPEN

7
LAMPIRAN 1

8
LAMPIRAN 2

9
LAMPIRAN 3

10

Anda mungkin juga menyukai