Anda di halaman 1dari 8
OiCuzaKarat PAKAR: GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PENGELUARAN FATWA. PERINGKAT KEBANGSAAN 24 OKTOBER 2012/8 ZULHIJJAH 1433H (RABU) DEWAN SENAT, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Ses KEDUA Ke Arah Membangun Garis Panduan dan Piawaian Pengeluaran Fatwa di Malaysia: Skop dan Kandungan Pombentang Y. Bhg. Prof. Dr. Ahmad Hidayat Buang Profesor Jabatan Syariah dan Undang-Undang Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Anjuran Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) Dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kearah Membangun Garis Panduan dan Piawaan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia: Skop dan Kandungan* Oleh: ‘Ahmad Hidayat Buang, LLM, PhD Profesor, Jabatan Syariah dan Undang-undang ‘Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya | Pada masa kini fatwa telah menjadi satu institusi penting dalam negara dan masyarakat Islam. Serentak dengan perkembangan ini terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh institusi fatwa. Ini bukan bermaksud untuk menyatakan tiada terdapat cabaran atau masalah pada masa dahulu. Cuma bentuk cabaran yang dihadapi pada masa kini amat berbeza terutama berhadapan dengan pengaruh barat mengenai kemajuan, cara berfikir serta teori kemajuan yang meliputi seperti pemerintahan atau politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, cara hidup serta lain-lainnya. Di peringkat global cabaran utama fatwa ialah kewujudan pelbagai organisasi dan individu yang memberi fatwa yang mana dalam banyak keadaan perkara ini menimbulkan kekeliruan kepada orang awam. Cabaran ini timbul akibat teknologi di mana perhubungan dan sebaran maklumat berlaku dengan pantas, mudah dan murah, Sesetengah pengkaji mengaitkan ini sebagai satu bentuk kesan globalisasi di’ mana pihak yang mempunyai pengaruh akan menguasai isu dan Keadaan. Dalam hubungan ini ulaia timur tengah dikatakan memipunyai kelebihan daripada ulama yang lain atau apa yang diistilahkan secara misnomer sebagai religious supremacy. 2. Masalah lain yang selalu dibangkitkan terutama ialah pengaruh atau kesan negatif fatwa yang disebarkan oleh kumpulan atau individu tertentu kepada masyarakat terutama fatwa-fatwa yang berkaitan dengan politik dan isu-isu semasa yang sensitif. Sebagai contoh fatwa kafir mengkafir akibat perbezaan politik atau aliran dalam menafsirkan sesuatu kefahaman atau amalan dalam agama, Manakala di peringkat lokal, terdapat beberapa cabaran antaranya bagaimana untuk memantapkan fatwa proses pengeluaran fatwa oleh badan-badan rasmi fatwa, penyelarasan fatwa supaya penerimaan dan pelaksanaannya lebih berkesan dan peranan fatwa sebagai instrumen kestabilan dan perpaduan umat islam dalam negara. Mengikut kajian-kajian yang dilakukan pada masa lalu masalah fatwa yang dikeluarkan secara rasmi ialah penerimaan masyarakat, di mana ada di antara fatwa tersebut tidak dikuti Sungguhpun mengikut pengertian figh fatwa itu bukanlah sesuatu yang mengikat sebagaimana perintah hakim atau qadi, namun fatwa yang dikeluarkan sekarang adalah berbentuk quasi perundangan kerana ianya dikeluarkan oleh badan yang ditubuh rasmi oleh pemerintah atau kerajaan bagi memelihara kepentingan umum. Pun begitu alasan sesetengah kalangan masyarakat untuk tidak menerima fatwa itu perlu juga diperhatikan. Antara alasan yang ddikemukakan ialah fatwa berkenaan tidak mempunyai hujah yang kukuh atau berbeza dengan *Muzakarah Pakar Garis Panduan dan Piawaan Pengeluaran Fatwa Peringkat Kebangsaan di Dewan Senat,ang Uunan Canselori, Universiti Sains islam Malaysia (USIM) pasa 24 Oktober 2012 1 fatwa-fatwa di tempat lain. Oleh itu amatlah penting juga kepada badan fatwa mencari jalan untuk mempertingkatkan kualiti fatwa supaya alasan seperti di atas boleh dielakkan 4 Di Malaysia sudah terdapat undang-undang yang memperuntukkan mengenai kaedah pengeluaran fatwa, Begitu juga terdapat garispanduan yang telah ditetapkan oleh sesetengah badan fatwa. Mungkin apa yang akan diperkatakan di sini akan mengulangi perkara yang sudah ditetapkan dalam peratuan berkenaan. Terdapat dua perkara utama yang baleh diperkatakan apabila membincangkan garispanduan fatwa i Malaysia iaitu: (1) pengurusan dan pentadbiran dan {2} pengeluaran fatwa. Sebagai ringkasan utama peraturan atau garispanduan berkenaan ialah fatwa yang dikeluarkan mestilah berasaskan kepada gaw! mu ‘tamad dalam mazhab Syafii, namun jika ada kepentingan tertentu maka rujukan kepada mazhab lain yang diiktiraf dibolehkan. Memandangkan Malaysia mengamalkan pemerintahan yang bercorak federalisme maka perbezaan dari segi amalan tidak dapat dielakkan lagi. Ini ditambah lagi dengan peruntukan undang-undang yang berkaitan adalah agak ringkas dan umum menyebabkan setiap pihak mempunyai tafsiran dankefahaman yang tersendiri, Kesan ketara perbezaan ini sudah tentu dalam perkara fatwa terutama di kalangan masyarakat terutama fatwa-fatwa sensitif seperti hukum melabur di dalam ASB dan ASN. Perkara ini disedari dan cuba untuk diatasi mefalui penubuhan Jawatankuasa FatwaKebangsaan dan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan dengan kesedaranperbincangan di peringkat persekutuan ini boleh menggalakkan kesefahaman danpengeluaran fatwa yang selaras atau sekurang-kurangnya akan mengurangkan jarak perbezaan. 6. Sungguhpun peruntukan undang-undang dalam masakah fatwa adalah ringkas, namun terdapat sekurang-kurangnya tiga perkara yang dipersetujui atau diperjelaskan secara tuntas iaitu: (1) penggunaan mazhab syafi'i, (2) maksud fatwa sebagai yang dikeluarkan oleh Mufti dan (3) Mufti sebagai pihak berkuasa atau yang berautoriti dalam perkaraagama. Namun begitu melalui Akta Bank Pusat 2009 terdapat peruntukan yang memberi ruang kepada Majlis Kebangsaan Penasihat Syariah Perbankan Islam danTakaful yangditubuhkan di bawah Akta berkenaan berperanan sebagai pihak berkuasa yang memberi penerangan dalam urusan perbankan Islam dan takaful Bahkan melebihi daripada Muftisendiri kerana pandangan mereka melalui peruntukan Akta 2009 juga turut mengikatiiahkamah. Tujuan perkara ini difahami iaitu supaya perkara yang berkaitan kewangan dan perbankan itu dapat diuruskan oleh mereka yang mahir dan pakar dalam bidang berkenaan, Namun mungkin terdapat percanggahan dalam peruntukan undang, undang terutama yang menyatakan Mufti adalah pihak yang berautoriti dalam perkara agama Pelantikan ahli majlis penasihat berkenaan oleh Yang Di Pertuan Agong, pada pandangan saya tidak mengubah status peruntukan ini, Ini juga bermakna apabila terdapat keperluan tertentu yang khusus satu badan penasinat Syariah boleh ditubuhkan sebagai tambahan kepada badan fatwa atau Mufti 7. Terdapat juga persamaan dan penyelarasan dari segi pengurusan dan pentadbiran iaitu penubuhan sebuah jabatan kerajaan yang khusus tentang fatwa dan pelantikan mufti di negeri. Sungguhpun terdapat cadangan untuk menubuhkan sebush jabatan khas mengenai fatwa di peringkat persekutuan sebagaimana jabatan kehakiman syaiah dan jabatan urusan haji, zakat 10 dan wakaf, namun ianya tidak diterima dengan alasan urusan fatwa selama ini diurusetiakan oleh JAKIM. Begitu juga dengan cadangan pelantikan Mufti Negara sebagaimana pelantikan Ketua Hakim Syariah Persekutuan yang mempunyai perjawatan di peringkat tertinggi, tidak diterima dengan alasan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan boleh menampung tugas tugas sebagai Mufti Negara. Pada masa sekarang kelihatannya Mufti Wilayah Persekutuan seperti memegang tugasan ini dalam acara rasmi di peringkat persekutuan, Dengan perkembangan semasa dan timbulnya kesedaran untuk menyelaras amalan fatwa dalam satu bentuk standard atau piawal yang tertentu cadangan ini pada pandangan saya perlu dikaji semula. Perkara ini telah disedari dan percubaan telah dibuat dengan menghendaki jawatankuasa fatwa negeri-negeri merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan melalui peruntukan negeri masing-masing. Peruntukan undang-undang tidak menyatakan dengan jelas apakah skop dan kandungan fatwa Yang dimaksudkan dengan skop ii, setakat kefahamian penulis ialah perkara-perkara yang boleh difatwakan (maja! al-fatwa). Manakala kandungan fatwa itu mungkin bermaksud apakah item item yang perlu ada di dalam deklarasi sesuatu fatwa, Dalam perbincangan kertas ini maksud fatwa ialah fatwa yang diputuskan oleh Mufti secara formal baik secara bersendirian mahupun ‘melalui keputusan jawatankuasa fatwa. Ini termasuk juga jawapan yang ditierikan oleh pegawai Mufti atas nama Jabatan. Di sesetengah negara keputusan fatwa rasmi itu perlu melalui jawatankuasa fatwa terutama yang melibatkan perkara Kepentingan awam. Oleh itu pandangan Mufti secara perseridirian perlu juga dimasukkan dalam garispanduan yang akan dibincangkan nant. Peruntukan undang-undang menyatakan bahawa Mufti boleh menasihati Sultan atau Raja dalam semua perkara hukum Syarak. Begitu juga Mufti boleh membuat dan menyiarkan dalam Warta suatu fatwa atau pendapat atas apa-apa persoalan yang belum selesai atau yang menimbulkan pertikaian atau persoalan yang belum muktamad. Jika kita boleh menerima maksud nasihat itu juga adalah fatwa maka ini bermakna skop fatwa mengikut undang-undang adalah kesemua perkara hukum Syarak yang termasuk di dalamnya perkara Akidah dan Usuluddin. ini juga bersesuaian dengan maksud fatwa yang hanya bersifat sebagai penerangan kepada hukum Syarak dan selaras dengan amalan yang berlaku ketika ini di mana kebanyakan fatwa terutama dalam bentuk warta adalah dalam perkara Akidah dan Usuluddin. Ini berbeza dengan ijtihad di mana perkara dalam skop ijtihad adalat persoafan zanni sahaja. Oleh yang demikian peruntukan undang-undang yang menyatakan fatwa adalah suatu perkara yang belum selesai mempunyai persamaan dengan jjtihad dan oleh itu perlu dipinda supaya skop fatwa ini boleh diluaskan kepada perkatan akidah dan Usuluddin, Perkara seterusnya yang amat penting ialah apakah dasar-dasar yang digunakan untuk membuat fatwa, Perundangan menyatakan bahawa Mufti hendaklah menggunakan qaw/ mu tamad dalam mazhab Syafi'isebagaimana yang dinyatakan di atas. Jka tidak terdapat pandangan dalam mazhab Syaf"i maka hendaklah merujuk kepada gaw! mu tamad dalam mazhab yang lain, Jika tidak adajuga maka hendaklah menggunakan hematnya sendiri tanpa merujuk gaw! my tomad mazhab. Apa yang dimaksudkan dengan gaw! mu tomed itu falah pandangan yang kukuh dan kuat di dalam mazhab. Ini bermakna pandangan mazhab yang berasaskan kepada al-Quran, al Sunnah, lima‘ dan Qiyas. Peruntukan yang membolehkan Mufti menggunakan hematnya sendiri pada pandangan sesetengah penulis membenarkan Mufti menggunakan ijtihad dalam fatwa. Pada pandangan saya peruntukan tersebut masih menghendaki Mufti bertaglid kepada mazhab iaitu berpindah daripada gow! mu'tamad kepada aqwal yang tidak kuat atau rajih dalam mazhab, bak samada dalam mazhab Syafi'i atau lain-lainnya, Peruntukan ini secara tidak langsungnya mengiktirat penggunaan ta/fig dalam fatwa serta prinsip magasid atau maslahah. Memandangkan prinsip- prinsip ini terutamanya magasid tidak dinyatakan secara jelas di dalam perundangan maka adalah dicadangkan perkara ini dimasukkan di dalam undang-undang atau peraturan termasuk juga lain-lain dasar seperti al-Quran, al-Sunnah, ima dan Qiyas. Dasar-dasar yang digunakan untuk memahami nas-nas ini boleh dipetik atau diikuti sebagaimana yang terdapat di dalam penulisan Usul al-Fiqh mazhab Syat Memandangkan terdapat banyak penulisan yang berkaitan dengan figh amatlah wajar ditunjukkan apakah bahan-bahan rujukan yang perlu digunakan semasa memberikan fatwa. Ini bertujuan supaya fatwa yang diberi itu merujuk benar-benar kepada autoriti mazhab. Mengikut kajian dan soalan yang dikemukakan kepada Mufti antara kitab-kitab figh Syafi‘i yang dirujuk adalah al-Tuhfat, al-Nihayat, Sharh Qalyubi wa Umairah, al-Majmu’, l'anah al-Talibin dan al Iqna’ serta lain-lain lagi. Begitu juga satu ciri utama dalam mazhab Syafi’ iaitu penggunaan Qawa’id Fighiyyah tidak diterangkan dalam peraturan atau perundangan. Perkara ini juga jika terdapat keperluan boleh dihuraikan kaedah penggunaannya iaitu sebagai sokongan: kepada dalil-dalil, utama Syariah. ni termasuklah juga penggunaan hujah atau bukti bukan Syariah seperti data statistik, faporan penyelidikan ilmiah dan lain-lain. Pengalaman negara Islam yang lain serta Jawatankuasa Fatwa di peringkat antarabangsa menunjukkan rujukan kepada mazhab tertentu bukan lagi menjadi dasar kepada membuat fatwa. Arab Saudi sebagai contohnya yang pada masa dahulu mengikut! mazhab Hanbali telah menukarkan dasar berkenaan pada tahun 1992 kepada al-Quran dan al-Sunnah. Begitu juga dasar fatwa yang digunakan oleh al-Majma* al-Fighi al-tslami adalah dalil daripada al-Quran, al- Sunnah serta pandangan dari ahli-ahli figh mazhab yang bertepatan dan bersesuaian dengan rnas-nas Syarak dan selaras dengan maslahat serta magasid Syariah. Dasar ini sebagaimana yang dinyatakan di atas ada di dalam perundangan dan panduan fatwa di Malaysia namun tidak dinyatakan secara langsung Malaysia mungkin masih periu kepada mazhab Syafi‘i sebagai rujukan dalam dasar fatwanya Bagi saya tidak menjadi masalah kepada keperiuan ini kerana peraturan fatwa telah membolehkan jalan keluar untuk merujuk kepada mazhab-mazhab lain yang diiktiraf. Oleh itu ‘apa yang mungkin diperlukan ialah menjelaskan dasar-dasar ity secara febih jelas dan teratur supaya fatwa yang dikeluaskan itu tidak disalah tafsirkan sebagai bertentang dengan nas-nas Syariah. Para ulama Usul berpendapat sesuatu hukum Syarak itu perlu diperhatikan bukan sahaja setakat kepada hukumnya sahaja, tetapi kesan yang akan berlaku sekiranya sesuatu perbuatan yang dilarang itu ditinggalkan atau melakukan sesuatu perbuatan yang nampaknya sah atau halal namun memberi kesan kepada tujuan atau maqasid Syariah Fatwa yang diputuskan oleh jawatankuasa fatwa lazimnya melalui perbincangan kertas kajian 16. 17. yang disediakan secara terperinci yang lengkap dengan hujah-hujah. Namun begitu jawapan yang diberikan kepada pemohon mungkin tidak dimasukkan semua hujah berkenaan. Apatah lagi sekiranya fatwa ity hendak diterbitkan hanya soalan dan jawapan hukum yang diber Memandangkan rungutan yang dibuat itu banyak menyentuh tentang jawapan fatwa yang dikatakan tidak jelas dan kukuh, maka amatlah wajar kandungan jawapan fatwa itu dimantapkan dengan mengandungi perkara-perkara berikut: Ringkasan soatan dan keputusan fatwa serta dalil-dali! yang digunakan. Nyatakan sama ada fatwa tersebut diperoleh secara konsensus atau ada pandangan berbeza. ~ Fakta lengkap soalan seperti butiran fakta satu persatu yang berkaitan dengan fatwa yang hendak dikeluarkan, butiran penyoal/pemohon, tarikh dan lain-lain maklumat yang berkaitan. Huraian lengkap dan terperinci hujah dan dalil_ yang digunakan. Ini termasuk juga menjelaskan pandangan yang berbeza (dissenting opinion) semasa membincang hujah dan dali, Sungguhpun huraian hendaklah lengkap dan dit, namun ianya harus tidak mengandungi perkara-perkara yang tidak perlu atau relevan dengan persoalan fatwa. Huraian hujah di atas hendaklah mengikut urutan kekuatan dalil seperti al-Quran, al-Sunnah, lima’, pandangan atau jjtihad ulama terdahulu atau kontemporari, serta hujah-hujah akal - Alasan atau justifikasi yang mencukupi hendaklah diberikan sekiranya sesuaty keputusan fatwa itu meninggalkan mazhab Syafi‘i ataupun prinsip maslahah atau magasid ingin digunakan. Jika terdapat penggunaan qawa‘id fiqhiyyah huraian hendaklah diberikan bagi ‘mengaitkan kaedah berkenaan dengan masalah fatwa. + Nama fengkap rujukan kita yang digunakan serta fatwa-fatws lepas yang menyamai dengan fatwa yang dikeluarkan (termasuk fatwa dari negeri-negeri jika mempunyai keiampuan untuk membuat rujukan), ~ Tanda tangan pengerusi dan ahli-ahli fatwa yang terlibat, tarikh dan tempat fatwa serta kuasa perundangan di bawah mana fatwa ini dibuat Senarai kandungan fatwa seperti yang dicadangkan di atas sudah tentu tidaklah lengkap dan boleh mengandungi perkara-perkara lain yang tidak disebut di sini. Namun begitu kandungan deklarasi fatwa tidak boleh mengandungi kesalahan dalam ejaan dan mengguna laras bahasa yang mudah dan sesuai untuk difahami. Ayat-ayat al-Quran dan petikan teks-teks boleh ditulis dalam bahasa Arab namun perlu diterjemahkan bagi membolehkan mereka yang tidak memahami bahasa Arab memahaminya. Bagi memudahkah rujukan fatwa-fatwa yang dibuat dengan kandungan seperti di atas maka sewajarnya ia mempunyai nombor rujukan tersendiri sebagaimana nombor-nombor warta ataupun kes-kes mahkamah, Adalah diharapkan dengan adanya dekelarasi fatwa dalam bentuk yang sebegini akan meningkatkan kewibawaan fatwa sebagai satu sumber rujukan perundangan yang beraautoriti di dalam negara Memandangkan fungsi fatwa yang begitu penting dalam masyarakat, mereka yang berkelayakan haruslah dibenarkan memberi fatwa atau jawapan soal jawab agama. Namun begitu mereka tidak boleh atau dibenarkan member’ fatwa dalam perkara yang berkaitan dengan kepentingan umum atau nasional yang mana jawapan hukum boleh menimbulkan keresahan atau perpecahan dalam masyarakat. Oleh itu sebagai panduan kepada masyarakat umum fatwa- fatwa yang tidak memenuhi syarat-syaratnya atau yang dikeluarkan oleh mereka yang tidak berkelayakan mesti ditolak dan mereka yang terlibat sewajarnya dihukum oleh undang-undang, ‘Antara kriteria fatwa yang mesti ditolak adalah seperti berikut - Fatwa yang bercanggah dengan nas-nas Syarak yang sahih seperti bercanggah dengan ijmra’. - Fatwa yang menghukum orang Islam sebagai kafir akibat fahaman yang berbeza - Fatwa yang menyeru pertumpahan darah dan kacau bilau dalam negara 18. Bagi memantapkan kertas-kertas penyelidikan fatwa dan menyediakan barisan pelapis kepada institusi fatwa dan Mufti, proses perbincangan dan penyelidikan hendaklah melibatkan mereka yang mempunyai Kelayakan namun kekurangan pengalaman untuk dilantik sebagai anggota penuh jawatankuasa fatwa. Sebagai contoh graduan PhD yang menjalankan penyelidikan dalam bidang fatwa atau tenaga muda dalam sektor pengajian tinggi atau madrasah boleh dilihatkan dalam perbincangan fatwa sebagai ahli jawatankuasa kerja atau ahli pemerhati dalam mesyuarat fatwa. Dengan cara ini fatwa yang akan diputuskan akan menjadi lebih mantap di samping dapat melahirkan barisan pelapis Mufti yang benar-benar berkualiti Sekian terima kasih dan ipa lei

Anda mungkin juga menyukai