Anda di halaman 1dari 2

‫الر ِحي ِْم‬

َّ ‫الرحْ َم ِن‬
َّ ‫هللا‬
ِ ‫س ِم‬
ْ ِ‫ب‬

‫سالَ ُم‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ َّ ‫ َوالعَاقِبَة ِل ْل ُمت َّ ِقي َْن َال‬, ‫ب العَالَ ِمي َْن‬ ِ ‫ا َ ْل َح ْم ُد‬
ِِّ ‫هلل َر‬
‫ص َحا ِب ِه أَجْ َم ِعي َْن‬
ْ َ ‫علَى آ ِل ِه َوأ‬ َ ‫س ِيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬
َ ‫علَى‬ َ
Ya Allah , Tuhan Semesta Alam

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami


untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru pada pagi yang berbahagia ini.

Ya Allah Ya Aziz Ya Sattar

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni, justeru
kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas untuk menyempurnakan
tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami
agar menjadikan seluruh
aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah, mengharapkan rahmat dan
keredhaan-Mu semata-mata .

Ya Allah Ya Mudabbiral Amri

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan
pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik
yang kami sayang ini. Kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan ,
semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan
dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul
tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea
dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar
sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .

Ya Allah Ya Mukauwiral Laili Wan Nahar

Pada kesempatan ini , berkat kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah kami


mohon kurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-
mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami
, mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , sentiasa mengharapkan teguran
dan bimbingan guru-guru kami , semoga kami
menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama ,
bangsa dan negara yang tercinta .

، ‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬
‫ش ِقيًّا َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َمحْ ُر ْو ًما‬ َ ‫ َوالَ تَجْ عَ ِل اللَّ ُه َّم ِف ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن يَتْ َبعُنَا‬.
ِ ‫اب النَّار‬َ ‫ع َذ‬ َ ‫سنَة ًَوقِنَا‬ َ ‫األخ َر ِة َح‬ِ ‫سنَة ً َوفِي‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬
َ ‫علَى َءا ِل ِه َوصَحْ بِ ِه َو‬
، ‫سلَّ َم‬ َ ‫علَى ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ُ‫صلَّى هللا‬ َ ‫َو‬
‫ب العَالَ ِمي َْن‬ ِ َّ ِ ‫َوا ْل َح ْمد‬
ِِّ ‫َُلِل َر‬

Anda mungkin juga menyukai