Anda di halaman 1dari 2

10 Jenis Kompas

Bil Kompas Penerangan

1 Kompas Biasa/Analog Kompas analog adalah kompas yang umum


digunakan dalam kehidupan harian, termasuk oleh
para anggota pencinta alam. Penggunaan kompas
analog secara manual, iaitu dengan menyelaraskan
jarum kompas yang terdapat di dalamnya.

2 Kompas Bidik/Kompas Prisma Kompas bidik atau disebut juga sebagai kompas
prisma adalah kompas yang berfungsi untuk
mengukut sudut atau bearing suatu tempat ataupun
objek secara langsung. Cara menggunakannya yaitu
dengan cara membidik langsung kompas terhadap
sasaran dan sekaligus membaca bearing kompas.
Besar sudut yang dihasilkan oleh arah bidikan serta
arah jarum ke arah utara itulah bearingnya.

3 Kompas Silva/Kompas Orientasi Kompas orientaring atau kompas silva adalah kompas
yang digunakan dalam orientasi seperti mengukur
jarak, menentukan kedudukan dan mencari arah
kompas ini umumnya memilik sifat bentuk transparan
yang memudahkan pembacaan terhadap peta yang
diletak di bawahnya.

4 Thumb Compass Strap pada kompas akan dipakai pada ibu jari.
Kompas ini dipakai pada ibu jari tangan kiri, yang
melekatkannya pada peta. Peta dan kompas biasanya
dibaca secara bersamaan. Pembacaan peta adalah
lebih mudah dan cepat kerana satu tangan bebas
bergerak.

5 Kompas Digital Kompas ini semakin popular digunakan oleh mereka


yang suka melancong atau mengembara. Kompas
digital ini biasanya disertakan sebagai sistem navigasi
dalam dunia robotik atau dalam gadget-gadget
elektronik.
Bil Kompas Penerangan

6 Kompas GPS/Satelit Kompas ini memerlukan bantuan satelit dan boleh


digunakan di kawasan yang “blank spot”. Kompas
ini digunakan untuk membaca pergerakan arah peta
yang ada dalam GPS.

7 Kompas Kiblat Kompas ini digunakan oleh sebahagian besar umat


Muslim dalam menentukan arah kiblat.

8 Kompas Nahkoda/AL Kompas ini sesuai digunakan oleh nakhoda dalam


pelayaran. Kompas ini mempunyai kelebihan daya
tahanan dalam pelayaran yang mengalami pelbagai
cabaran seperti gegaran dan ombak besar.

9 Kompas Solid State Kompas solid state menjadi popular dalam


dunia digital moden yang canggih. Kompas ini
menggunakan banyak sensor magnetik elektronik
yang dapat menunjukkan atau mengukur secara tepat
ke mana arah kompas menunjuk.

10 Kompas Astronomi Kompas yang dapat menunjukkan utara sebenar dan


bukan utara kompas. Kompas ini digunakan oleh
pertubuhan astronomi yang biasanya berjelajah ke
kutub. Kompas ini memiliki sifat penggabungan
waktu dan juga letakan garisan longitud dan latitud.

Anda mungkin juga menyukai