Anda di halaman 1dari 1

Mengapakah senaman dan rekreasi perlu didedahkan kepada murid MBK

Senaman adalah sejenis aktiviti fizikal atau riadah yang selalu dilakukan dalam jangka
masa tertentu, berulang-kali yang bertujuan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan.
Rekreasi pula ialah aktiviti masa lapang, untuk keseronokan, hiburan atau kepuasan dan
dianggap menyeronokkan. Oleh itu, senaman dan rekreasi perlu didedahkan kepada murid
MBK agar mereka memperoleh kehidupan yang bermakna. Hal ini dikatakan demikian kerana
melalui senaman dan rekreasi, kemahiran interaksi sosial MBK semakin meningkat dengan
adanya komunikasi antara MBK dengan guru dan rakan sekelas mereka. Seperti yang kita
sedia maklum, sebahagian daripada MBK menghadapi masalah dalam aspek berkomunikasi
yang akan memberi kesan yang besar kepada mereka apabila mereka tamat persekolahan.
Hal ini demikian kerana, tanpa kemahiran komunikasi yang baik mereka sukar untuk
mndapatkan pekerjaan dan berinteraksi dengan orang ramai. Oleh itu, melalui penglibatan
murid yang normal dan MBK dalam satu aktiviti rekreasi luar seperti perkhemahan dapat
membantu MBK berkomunikasi untuk menyuarakan pendapat dan idea mereka kepada orang
lain. Hubungan baik yang baik ini dapat membantu mereka dalam meningkatkan keyakinan
diri untuk bergaul dengan orang lain tanpa ada rasa kekurangan apabila dihargai oleh orang
lain.

Selain itu, senaman dan rekreasi perlu didedahkan kepada murid MBK kerana dapat
melahirkan MBK yang cergas dan sihat. Aktiviti senaman dan berjalan dapat membantu murid
untuk mengeluarkan toksik di dalam badan yang boleh memberi kesan kepada MBK untuk
menjadi lebih sihat. Contohnya, pengeluaran toksik berlaku melalui peluh yang keluar
daripada badan apabila melakukan aktiviti rekreasi seperti sukaneka dan bersenam. Hal ini
menyebabkan MBK akan berasa lebih cergas dan menjadi lebih proaktif di dalam bilik darjah
di samping membantu meningkatkan jangka hayat MBK.

Di samping itu, senaman dan rekreasi juga dapat mengurangkan tekanan dan memberi
keseronokan serta hiburan kepada MBK. Hal ini dikatakan demikian kerana sekiranya
pembelajaran yang diberikan hanya tertumpu kepada aktiviti di dalam kelas sahaja, maka hal
ini akan membebankan MBK kerana mereka menghadapi masalah untuk mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dan berasa tertekan dengan latihan dan
tugasan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, aktiviti senaman yang rekreasi yang dilaksanakan
oleh guru boleh membantu MBK unutk mengatasi tekanan dengan melakukan aktiviti yang
menyeronokanan seperti menari dan bernyanyi. Aktiviti yang menarik ini dapat menstabilkan
emosi kerana MBK dapat meluahkan perasaan mereka melalui pergerakan badan.

Anda mungkin juga menyukai