Anda di halaman 1dari 1

Sejak kebelakangan ini, masalah sosial sering menjadi isu hangat di dada akhbar

dan media massa. Antara masalah sosial yang sering diperkatakan ialah seks bebas di
kalangan pelajar bawah umur. Pada masa kini, pendidikan seks bukan lagi hanya untuk
orang dewasa malah ia perlu diterapkan kepada remaja dan kanak-kanak bagi mengelakkan
perkara tidak diingini berlaku. Oleh hal demikian, pendidikan seks sangat diperlukan kerana
untuk menyelamatkan generasi muda agar lebih berwaspada dan menyedari batas
pergaulan yang telah ditetapkan. Justeru, masalah ini apabila dikaitkan dengan masalah
remaja, maka dirujuk sebagai perbuatan melakukan hubungan seks tanpa ikatan
perkahwinan yang sah atau juga dipanggil sebagai seks bebas. Bagi remaja yang
melakukan aktiviti seks dengan bertukar-tukar pasangan pula dipanggil sebagai seks
rambang. Remaja mudah terjebak dengan masalah seks ini disebabkan berlaku proses
perubahan antara zaman anak-anak dengan zaman dewasa. Pada masa perubahan ini,
emosi remaja agak tidak stabil sehingga mereka mudah terdorong dengan dorongan ke arah
memenuhi keinginan seks ini. Masalah yang paling utama daripada masalah seksual remaja
ini adalah disebabkan kesediaan remaja itu sendiri terhadap kesan daripada aktiviti seks
tersebut sedangkan mereka masih lagi tidak bersedia daripada segi fizikal, mental, dan
ekonomi (Sari Banun & Soedijono, 2013). Bahkan aspek sosial merupakan aspek sangat
memberi kesan kepada remaja yang terlibat dengan aktiviti seksual pada usia muda ini
(Sarnon et al., 2012).

Pelbagai faktor telah dikenal pasti menyebabkan delinkuen dalam kalangan pelajar
sekolah. Berasaskan banyak kajian dan pengalaman penulis sendiri terdapat beberapa
faktor berlakunya delinkuen dalam kalangan pelajar. Antaranya yang utama ialah sikap
pelajar itu sendiri, faktor latar belakang keluarga, rakan sebaya, pengaruh media massa dan
persekitaran. Faktor-faktor tersebut berhubung kait antara satu sama lain dan tidak harus
dilihat sebagai faktor yang terpisah antara satu sama lai

Anda mungkin juga menyukai