Anda di halaman 1dari 7

Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang

melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani
masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak
seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan
pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta
agama.

Seks bebas adalah hubungan seksual yang dilakukan diluar ikatan pernikahan, baik suka
sama suka atau dalam dunia prostitusi. Seks bebas bukan hanya dilakukan oleh kaum remaja
bahkan yang telah berumah tangga pun sering melakukannya dengan orang yang bukan
pasangannya. Biasanya dilakukan dengan alasan mencari variasi seks ataupun sensasi seks
untuk mengatasi kejenuhan.

Seks bebas sangat tidak layak dilakukan mengingat resiko yang sangat besar. Pada remaja
biasanya akan mengalami kehamilan diluar nikah yang memicu terjadinya aborsi. Ingat aborsi
itu sangatlah berbahaya dan beresiko kemandulan bahkan kematian. Selain itu tentu saja
para pelaku seks bebas sangat beresiko terinfeksi virus HIV yang menyebabkan AIDS,
ataupun penyakit menular seksual lainnya.

http://izzaucon.blogspot.com/2014/06/pendidikan-seks-di-sekolah-dasar.html

https://anymiehanzz.wordpress.com/punca-punca-gejala-sosial-dan-langkah-langkah-
mengatasi/

Sifat mudah dipengaruhi

Murid bermasalah pembelajaran didapati bersifat terlalu mudah dipengaruhi atau ’vulnerable’,
dan naif. Ini secara

langsung telah mengundang banyak masalah kepada diri mereka (Rashikj 2009; Skarbek,
Hahn & Parrish, 2009;

Yacoub & Hall, 2008). Murid ini bukan sahaja mudah terdedah kepada penganiayaan seksual,
malah sering

menunjukkan masalah tingkah laku seksual yang tidak sesuai di depan khalayak ramai
(Fyson, 2008; Peckham,
2007). Selain itu, murid ini juga sering tidak dapat membezakan perkara yang betul atau salah,
kurang kemahiran

untuk melaporkan kepada pihak yang berkenaan apabila mengalami eksploitasi seksual
(Kellogg, 2009; Murphy

& Elias, 2006; Peckham, 2007). Ini menunjukkan keperluan pendidikan mengenai bagaimana
penjagaan

keselamatan diri khususnya daripada segi penganiayaan dan eksploitasi seksual, kemahiran
komunikasi, nilai serta

moral perlu dibekalkan kepada mereka

Sikap dalam kalangan guru dan ibu bapa Di samping guru, pihak ibu bapa juga memikul
tanggungjawab untuk menyampaikan pendidikan seksualiti kepada anak mereka. Kedua-dua
pihak guru-guru dan ibu bapa masih menghadapi dilema untuk menangani masalah tingkah
laku seksual kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Brunnberg et al., 2009; Gougeon, 2009;
Khadijah Rohani Mohd. Yunus, 2008; ). Ibu bapa didapati sukar, tidak selesa dan terlalu
bersikap konservatif untuk menyampaikan maklumat seksualiti kepada anak bermasalah
pembelajarannya (Cuskelly & Bryde, 2004). Manakala ramai guru dikatakan tidak bersedia
dan memberi pelbagai alasan untuk tidak mengajar pendidikan seksualiti kepada muridnya
(Amir, 2007; Garbutt, 2008; Veiga, Teixeira, Martins & Melico-Silvestre, 2006;). Guru-guru
PKBPmengalami konflik untuk menyampaikan pendidikan seksualiti kepada murid
bermasalah pembelajaran disebabkan dilema moral dan sistem kepercayaan, serta sikap
(Garbutt, 2008; Veiga et al., 2006). Di samping itu, kekurangan pengetahuan seksualiti,
ketiadaan sumber pengajaran dan ketiadaan keyakinan untuk menyampaikan pendidikan
seksualiti kepada murid-murid bermasalah pembelajaran juga menghadkan pendidikan
seksualiti daripada disampaikan kepada murid ini (Aparecida, 2009; Aunos dan Feldman,
2002). Faktor-faktor ini telah menyebabkan guru PKBP dikatakan cuba mengelakkan diri atau
membiarkan sahaja masalah ini terus berlaku di sekolah kerana beranggapan isu ini akan
menggugat integriti diri sebagai seorang pendidik.

FAKTOR-FAKTOR DELINKUEN Pelbagai faktor telah dikenal pasti menyebabkan


delinkuen dalam kalangan pelajar sekolah. Berasaskan banyak kajian dan pengalaman penulis
sendiri terdapat beberapa faktor berlakunya delinkuen dalam kalangan pelajar. Antaranya yang
utama ialah sikap pelajar itu sendiri, faktor latar belakang keluarga, rakan sebaya, pengaruh
media massa dan persekitaran. Faktor-faktor tersebut berhubung kait antara satu sama lain dan
tidak harus dilihat sebagai faktor yang terpisah antara satu sama lain

Rakan Sebaya Rakan sebaya merupakan remaja yang sama umur ataupun remaja yang
mempunyai paras kematangan yang sama. Pada peringkat umur remaja, rakan sebaya
memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang remaja. Mereka berpengaruh
dalam membentuk akhlak dan peribadi remaja. Hal ini kerana masa remaja adalah merupakan
masa peralihan antara zaman kanak-kanak dengan zaman kedewasaan dalam kehidupan
seseorang, justeru rakan sebaya menjadi sumber paling kuat dalam mengubah nilai dan
sikap, sementara pengaruh keluarga semakin berkurang (Azizi Yahaya et. al 2009). Pengaruh
rakan sebaya signifikan dalam mempengaruhi remaja untuk menyertai kegiatan mereka.
Sebagai remaja, semangat ingin mencuba sesuatu perkara dan mudah rasa tercabar
menyebabkan mereka mudah terjebak dalam kegiatan salah laku dan keruntuhan moral.
Menurut kajian Suseladevy a/p Muthusamy (2004) pengaruh rakan sebaya adalah ejen
sosialisasi dan merupakan komponen yang signifikan (95.2 peratus) terhadap individu yang
membawa kepada tingkah laku ponteng kelas dan ponteng sekolah. Selain itu, hubungan
rapat, bilangan kawan yang menjadi ‘klik’ dan kelompok, menetapkan norma-norma dan
berkongsi pemikiran juga turut mempengaruhi tingkah laku remaja. Asmah dan Zulekha
(2004), dalam Zakiyah Jamaluddin (2008) faktor rakan sebaya adalah paling dominan diikuti
oleh perasaan suka mencuba, melepaskan tekanan, pengaruh media dan ingin mendapatkan
perhatian. Dapatan yang sama diperoleh dalam kajian Rozmi (2004) dalam Zakiyah
Jamaluddin (2008) yang mendapati rakan sebaya mempunyai hubungan yang positif terhadap
perlakuan lumba haram.

Pengaruh Media Massa Pengaruh media massa yang merangkumi media cetak dan
elektronik memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat. Antara bentuk media
massa iaitu radio, televisyen, video, pawagam, majalah, akhbar dan Internet, secara tidak
langsung memberi ilmu pengetahuan dan tidak ketinggalan juga memberi impak negatif.
Media massa seperti televisyen dan Internet kini mempunyai pengaruh yang sangat meluas
terutama terhadap golongan remaja. Pelbagai konsep dan cara hidup seperti cara hidup
‘happy go lucky’, melepak, mengunjungi pesta hiburan, seks bebas dan sebagainya adalah
termasuk dalam istilah budaya hedonisme. Budaya hedonisme hanya mementingkan
kepuasan nafsu tanpa wujudnya sebarang panduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran
agama. Gejala ini timbul lagi adalah berikutan kegagalan manusia memahami konsep ajaran
agama yang menekankan keseimbangan antara keserakahan nafsu dan pertimbangan akal
fikiran.

Punca Keruntuhan Akhlak

Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja
masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara
punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;

Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam
jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang
miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada
keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.

Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah
kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga.
Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial
lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk
bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua
muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan
pengawasan ibu bapa.

Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja.
Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku
yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja
lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan
sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak
mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada
kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang
mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga
merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.

Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan
adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap
berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang
tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan
anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.

Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya
menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi
nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak
sepanjang masa.

Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para
remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang
kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka
terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka
merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak
langsung terlibat dalam pergaulan bebas.

Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang
dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta
guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya
menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan
terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang
perhatian daripada ibu bapa di rumah.

Cara Mengatasi Masalah


Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja.
Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini.
Berikut beberapa saranan:

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap
anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan
anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah
tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa
memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai
kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian
daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan,
keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu
tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak
cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan
keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi
anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role modelkepada anak.

Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan


akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan
perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video,
bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat


sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping
mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam
pengawasan disiplin.

Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang
sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.
Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini
kepada pihak polis.

Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di


peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja
mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor
yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan
keberkesanan kaunseling tersebut.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan
yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-
pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan
sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS
LOMPAT TINGGI-TINGGI”

Kesimpulan

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa
mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan
akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-
mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

https://my.theasianparent.com/cara-memandikan-bayi-2-bulan

https://elizato.com/pengertian-aqil-baligh-mukallaf-mumayyiz/

http://www.aktual.com/mengenal-tanda-tanda-baligh/

Anda mungkin juga menyukai