Anda di halaman 1dari 1

Inilah Kisah Nabi Amos AS

Oktober 28, 2012

Kisah Nabi Amos AS


Nabi Amos A.S. adalah seorang Nabi yang berasal dari Tekoa iaitu di sebelah tenggara
Baitulaham. Di dalam Alkitab, kitab Amos ditulis oleh Nabi Amos A.S. Beliau juga adalah Nabi
yang pertama dalam Alkitab yang pesannya dicatat secara terperinci. Beliau berasal dari sebuah
kota di Yehuda, tetapi ia berkhutbah kepada orang-orang Israel di kerajaan utara sekitar
pertengahan abad ke-8 SM.

Pada masa itu banyak orang hidup makmur, ibadah dipentingkan dan negeri Israel nampaknya
damai. Tapi Amos melihat bahawa yang mengecap kemakmuran hanyalah para hartawan yang
memperkayakan diri dengan hasil penindasan dan ketidakadilan terhadap orang miskin. Orang
menjalankan ibadah dengan hati yang tidak ikhlas dan keadaan damai hanya tampak dari luar.
Dengan berani dan penuh semangat, Amos menyampaikan pesan bahawa Tuhan akan menghukum
bangsa Israel. Amos menyeru agar keadilan "mengalir seperti air". Beliau berkata, "Mungkin
Tuhan akan mengasihani orang-orang yang ditindas dari bangsa Israel".

Begitulah sedikit kisah mengenai Nabi Amos A.S. yang lantang menentang ketidakadilan yang
berlaku dalam masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai