Anda di halaman 1dari 1

Kisah Nabi Hagai AS

Hagai (bahasa Ibrani: ַּ‫גַחגַגי‬, Ḥaggai atau "Hag-i") adalah salah seorang dari dua belas nabi-nabi kecil
dan penulis Kitab Hagai. Beliau adalah nabi pertama dari tiga nabi (bersama Nabi Zakaria yang
hidup sezaman dengannya dan Malakhi yang hidup sekitar seratus tahun kemudian) yang hidup
pada zaman sejarah Yahudi yang bermula setelah kepulangan mereka dari pembuangan di
Babylon.

Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan peribadinya. Beliau mungkin adalah salah
seorang daripada mereka yang dibuang ke Babel oleh Nebuchadnezar. Beliau memulakan tugas
kenabiannya sekitar 16 tahun setelah kepulangan kembali orang Yahudi ke Yehuda. Usaha
pembangunan kembali Bait Suci telah dihentikan kerana gangguan-gangguan orang Samaria.
Setelah ditunda selama 15 tahun, pekerjaan itu dilanjutkan kembali melalui usaha Hagai dan
Zakaria (Ezra 6:14). Mereka mengimbau rakyat dan membangkitkan mereka daripada kemalasan
dan mendorong mereka untuk memanfaatkan perubahan dalam kebijaksanaan yang diambil oleh
pemerintah Parsi di bawah Darius I dari Parsi.

Anda mungkin juga menyukai