Anda di halaman 1dari 4

Bulan Rejab: Peristiwa dan

amalan sunnah

PENGENALAN

Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh dalam tahun Hijrah dan memiliki keutamaan yang
penting dalam Islam. Bulan ini juga dipanggil sebagai bulan Mikraj kerana pada bulan ini
terdapat peristiwa Israk dan Mikraj. Oleh itu, agama Islam menuntut umatnya untuk
menghidupkan bulan ini dengan amalan-amalan ibadat. 

Keutamaan bulan Rejab dan amalan yang wajar dilakukan dalam bulan ini boleh
didapati melalui Hadis yang pelbagai. Bulan Rejab juga antara bulan yang dimuliakan
oleh Islam dengan amalan sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan bulan
Ramadan. Persediaan dalam menyambut bulan Ramadan dengan meningkatkan
amalan pada bulan Rejab adalah amat membantu kepada pembentukan takwa
seseorang Mukmin.

Keistimewaan bulan Rejab

Salah satu daripada keistimewaan bulan Rejab ialah bulan ini merupakan salah satu
daripada bulan Haram dalam Islam. Bulan Haram bermaksud bulan Zulkaedah, Zulhijah,
Muharam, dan Rejab. Bulan ini dihormati dalam agama Nabi Ibrahim A.S dan orang
Arab amat memuliakan bulan ini dengan tidak dibenarkan untuk berperang dalam bulan
ini. Hal ini sebagaimana Hadis yang dijelaskan oleh Nabi S.A.W seperti berikut :

‫ قد استدار كهيئته يوم َخلَق هللا‬9‫ ((إن الزمان‬:‫عن أبي بكرة – رضي هللا عنه – عن النبي – صلى هللا عليه وسلم – قال‬
‫ ورجب مُضر‬،‫ والمحرم‬،‫ وذو الحجة‬،‫ ذو القعدة‬:‫ثالث متواليات‬ ٌ ‫ منها أربعة ُحرُم؛‬،‫ اثنا عشر شهرً ا‬:‫ السنة‬،‫السموات واألرض‬
))‫الذي بين جمادَى وشعبان‬

“Abu Bakrah berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda: “Zaman (masa) terus berjalan
dari sejak awal penciptaan langit dan bumi. Satu tahun ada dua belas bulan
antaranya ada empat bulan haram (suci), tiga bulan berurutan, iaitu Zulkaedah,
Zulhijah dan Muharam serta Rejab yang berada antara Jamadilakhir dan
Syaaban.””

(al-Bukhari)

Masyarakat Arab sangat memuliakan bulan haram sekalipun dalam kehidupan mereka
dipenuhi dengan kebodohan dalam penyembahan berhala. Mereka juga melarang sama
sekali daripada berperang dalam bulan tersebut. 
Tatkala Islam datang, Islam masih lagi memuliakan bulan Haram dengan diberikan
pahala yang besar bagi orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat,
tetapi Islam memansuhkan peperangan dalam bulan ini melalui firman Allah dalam
surah at-Taubah ayat 9.

Bulan Rejab juga merupakan bulan yang diiktiraf oleh Allah sebagai bulan Allah
sebagaimana Hadis riwayat dari Aisyah R.A:

))‫ ((ٳن رجب شهر هللا‬:‫قالت رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬,‫عن عائشة‬

“A’ishah R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Rejab


merupakan bulan Allah S.W.T.”

(al-Baihaqi)

Peristiwa bulan Rejab

Banyak peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah antaranya:

(1) Peristiwa Isra’ Mikraj.

Peristiwa agung 27 Rejab iaitu Baginda Rasulullah S.A.W telah diperjalankan oleh Allah
dari Makkah ke Baitul Maqdis di waktu malam dan ketika itu juga sekali lagi dibelahnya
dada Baginda Rasul S.A.W. Kemudian diangkatnya Baginda Rasul ke langit bertemu
Allah, dan Allah telah memerintahkan kewajipan ibadah solat 5 waktu kepada umat
Baginda Rasul.

(2) Penghijrahan pertama ke Habsyah.

Akibat ditekan oleh Musyrikin Makkah, para Sahabat mengadu kepada Baginda
Rasulullah S.A.W, lalu Baginda Rasul menyarankan umat Islam berhijrah buat kali
pertama ke Wilayah Habsyah walaupun Raja Habsyah ketika itu bukanlah seorang
Muslim, namun Raja Habsyah seorang yang baik dan menjamin keselamatan orang
Islam.

(3) Peperangan Tabuk.

Berlaku pada tahun 9 Hijrah, dan tiada pertempuran apabila tentera Rom telah
melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan serta kecekalan tentera Islam
yang sanggup menghadapi sebarang kesukaran, menempuh musim panas, terik, serta
lokasi Tabuk yang sangat jauh (di antara Hijjaz dan Syam).

(4) Imam Syafie meninggal dunia.

Beliau merupakan salah seorang dari empat imam mazhab besar dalam dunia feqah
dan pengasas kepada Mazhab Syafie. Beliau berasal dari Gaza dan dilahirkan juga
pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan tahun pemergian Imam Abu Hanifah.
(5) Pembebasan kedua Baitul Maqdis.

Tentera Islam yang dipimpin oleh Solahuddin Al-Ayubi telah Berjaya menawan kembali
Baitul Maqdis kali kedua (583 Hijrah) menewaskan tentera Salib yang menjajah
kawasan tersebut selepas pembukaan pertama oleh Saidina Umar Al-Khattab R.A.

Amalan sunnah di bulan Rejab

keutamaan bulan Rejab, ianya terdapat beberapa amalan yang dituntut untuk dilakukan
pada bulan Rejab ini. Ringkasnya, terdapat beberapa amalan sunat yang dituntut untuk
diperbanyakkan pada bulan Rejab ini, iaitu menghidupkan dengan Qiamullail seperti
solat sunnah, membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, berselawat ke atas Nabi S.A.W,
dan berdoa. Manakala siang hari bulan Rejab pula dituntut untuk berpuasa dan
bersedekah. Pada asasnya semua amalan ini boleh dihidupkan di sepanjang bulan
Rejab.

Seseorang boleh mengamalkan kesemua amalan ini dan tidak menentukan bahawa
mesti dilakukan pada bulan Rejab dan apa yang lebih penting amalan tersebut semata-
mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Bagi tujuan mengamalkan ajaran Islam yang
menggalakkan umatnya meningkatkan amal soleh dan sebagai bekalan menuju Allah
S.W.T.

Kesimpulan

Terbukti bahawa bulan Rejab merupakan bulan Haram yang merupakan bulan Allah
S.W.T. Selaku hamba-Nya, umat Islam wajar membesarkan bulan ini dengan amalan
yang dianjurkan dalam Islam untuk mengambil keberkatan.

Ringkasnya, seseorang Muslim boleh memilih untuk beramal mengikut kemampuan


mereka masing-masing dengan mengusahakan semaksimum mungkin bagi
mendapatkan keberkatan serta keredhaan dari Allah S.W.T dengan memperbanyakkan
ibadah. 

Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi S.A.W apabila memasuki bulan Rejab, maka
Baginda mengatakan: 

” “9‫ وبلغنا رمضان‬9‫اللهم بارك لنا في رجب وشعبان‬

“Ya Allah, berkatilah kami di Rejab dan Syaaban dan berkatilah kami di bulan
Ramadan).”

(Al-Bazzar, al-Tabrani, dan al-Bayhaqi)

Justeru, selaku hamba yang taat dan sebagai persediaan untuk menuju kepada
bulan Ramadan yang bakal tiba, maka wajar bulan ini dihidupkan dengan amalan yang
dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Wallahu A’lam.

Anda mungkin juga menyukai