Anda di halaman 1dari 2

Makna Bulan Bulan Islam

Muharram : ertinya yang diharamkan @ yang dipantangkan. Dinamakan


Muharram kerana pada bulan ini masyarakat Arab Jahiliah dilarang sama sekali
berperang @ berbunuh-bunuhan sesame mereka. Dipilih sebagai bulan pertama
Islam kerana bulan ini Rasulullah saw mula bertekad untuk berhijrah ke Madinah,
setelah menerima ancaman keras daripada kaumnya di Mekah.

Safar : ertinya kosong. Pada bulan ini orang-orang Arab terutamanya lelaki
meninggalkan rumah mereka untuk berdagang, mengembara dan menjalankan
kegiatan ekonomi yang lain di luar tempat mereka tinggal. Ini menyebabkab
rumah mereka kosong terutamanya lelaki dan yang tinggal cuma kanak-kanak
dan perempuan.

Rabiulawal : Rabi ertinya menetap. Awal ertinya pertama. Rabiulawal


ertinya menetap yang pertama. Pada bulan ini, lelaki yang keluar beramai-ramai
mencari nafkah di bulan safar mula pulang ke rumah masing-masing dengan
membawa hasil dagangan dan pertanian.

Rabiulakhir : tempoh penghabisan bagi orang-orang Arab lelaki yang keluar


rumah mencari nafkah pulang ke rumah masing-masing(menetap akhir).
Keadaan kampong mula riuh rendah dan anak isteri masing-masing bergembira
dengan kepulangan suami dan ayah mereka.

Jamadilawal : Jamadil ertinya kering. Jamadilawal ertinya kering yang


pertama. Ini kerana pada zaman dahulu ketika bulan Jamadilawal, tanah Arab
mula menhadapi masalah kekerongan air, parit, perigi dan lembah-lembah
menjadi kering kontang setengahnya menjadi beku.

Jamadilakhir : ertinya kering kali yang terakhir atau penghabisan. Kerana


masalah kekeringan tanah dan lembah yang dialami pada bulan lalu mula
berakhir pada bulan ini apabila air mula mengalir.

Rejab : ertinya mulia atau agung. Rejab dianggap bulan yang mulia kerana
orang-orang Arab pada masa dahulu amat memuliakan bulan tersebut.
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda : Ketahuilah bahawa bulan
Allah SWT, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab
dengan ikhlas, maka ia pasti mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Syaaban : ertinya berkelompok. Orang Arab pada bulan ini lazimnya


berkelompok untuk mencari nafkah. Peristiwa penting bagi umat islam pada
bulan ini adalah pertukaran kiblatvumat islam dari Baitul Maqdis ke Kaabah
(Baitullah). Sanda Nabi SAW : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu
padaNya kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku ke
atasmu. Barangsiapa yang berpuasa pada awal hari Khamis pada bulan Syaaban
dan akhir Khamis daripada Syaaban dimasukkan dia ke dalam syurga (dari kitab
Al Barakah)
Ramadhan : ertinya sangat panas. Merupakan satu-satunya bulan yang
tersebut dalam Al-Quran. Satu bulan yang punyai pelbagai kelebihan dan
keutamaan. Ia melambangkan kesucian dan amat penting bagi umat islam.

Bulan Ramadhan penuh dengan keistimewaan dan kelebihan. Abu Hurairah


menyatakan : telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud : apabila tibanya
Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan diikat
segala syaitan. Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasaie, Ahmad.

Syawal : adalah bulan perayaan dan kemenangan kegembiraan menyambut

Syawal adalah manifestasi kekuatan iman yang telah memenangi pertarungan


melawan hawa nafsu selama sebulan. Satu keistimewaan yang difahami dari
sabda Nabi Muhammad SAW itu ialah satu kebajikan dan peluang yang paling
berharga disediakan kepada orang-orang yang mengejar nikmat dan kemurahan
Allah SWT sepanjang hidup terdapat pula di bulan Syawal iaitu puasa enam di
dalamnya.

Zulkaedah : ertinya yang empunya duduk. Pada bulan ini, orang-orang Arab
semuanya duduk di rumah, tidak ke mana-mana. Mereka tidak musafir atau
meninggalkan rumah seperti pada bulan bulan yang lain. Sebaliknya mereka
duduk-duduk dan beristirehat sahaja di rumah(cuti).

Zulhijjah : ertinya empunya haji. Pada bulan ini umat manusia sejak zaman

Nabi Adam a.s melakukan ibadat haji. Jibril a.s berkata kepadanya 7000 tahun
sebelum anda melakukan ibadah haji ini, malaikat sudah tawaf mengelilingi
Kaabah. ( petikan dari Al Islam Bil 269 Zulhijjah/Muharam 1417/Mei 1996.

Anda mungkin juga menyukai