Anda di halaman 1dari 3

AMALAN SEPANJANG BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban adalah bulan mulia iaitu bulan yang terletak di antara bulan Rejab
padanya Nabi Muhammad s.a.w. melakukan Isra' dan Mikraj dan bulan Ramadhan
dimana padanya seluruh umat Islam diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan salah
satu dari rukun Islam yang mulia. Ketika bulan tersebut di hubungkait yang rapat kerana
sesungguhnya orang yang mensucikan badannya pada bulan Rejab maka ia akan
mensucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang mensucikan hatinya pada
bulan Syaaban akan mensucikan rohnya pada bulan Ramadhan.

Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon keampunan dari segala dosa dan bulan
Syaaban pula untuk memperbaiki hati dari segala cacat dan bulan Ramadhan pula
untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri
kepada Allah s.w.t.

Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah peristiwa
pertukaran kiblat. Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat
sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam
satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-
Bara' bin Azib maksudnya: ''Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah,
baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmakdis al-selama lebih
kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan
wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di
dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang
bersembahyang Asar.

Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil


kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat
142 Surah al-Baqarah. Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya:
''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis)
yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur
dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang
lurus.

Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran
daripada Allah swt untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah
yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat
tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah.
Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan
Syaaban.
Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim
dengan firmannya:

Yang bermaksud: Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-


ulaang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat
yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah Al-Masjidil Haram (tempat
letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke
arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan
kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke kaabah) itu adalah perintah
yang benar dari tuhan mereka, dan Allah s.w.t. tidak sekali-kali lali akan apa yang
mereka lakukan.

Oleh sebab bulan Syaaban adalah diantara bulan-bulan yang mulia dan mempunyai
keistimewaan yang tertentu, maka wajar sekali jangan kita biarkannya berlalu begitu
sahaja tanpa mengerjakan amal-amal soleh yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad
s.a.w..

Diantara amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan oleh kaum muslimin didalam


sepanjang bulan Syaaban adalah seperti berikut:

1. Berpuasa Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud: Dari Aishah r.a., katanya : " .....
Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sebulan genap, sesuatu bulan melainkan
bulan Ramadhan, dan aku tidak melihatnya mengerjakan puasa pada bulan yang lain
lebih banyak daripada yang dikerjakan dalam bulan Syaaban ".

2. Banyak melakukan amalan takwa dan taat. Menahan dan menjauhkan diri
daripada melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud: " Barangsiapa mengagungkan bulan Syaaban dan bertakwa kepada Allah
s.w.t. dan melakukan ketaatan kepadanya dan menahan diri berbuat maksiat, maka
Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan memberi keamanan kepadanya dari
kemalangan-kemalangan mahupun penyakit-penyakit yang terjadi pada tahun itu
seluruhnya ".

3. Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat seperti membaca Al-


Quran, bertaubat, beristiqafar, berzikir dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w.
bermaksud: " Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam
pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang
lain mati ".

4. Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti sembahyang sunat


hajat, sunat tahajud, sunat taubat, sunat tasbih dan lain-lain lagi.
5. Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak
yatim.

6. Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan dua ibu-bapa.

7. Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia
dan akhirat. Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. semoga terhindar dari segala bala
bencana, mala petaka dan huru-hara bagi diri sendiri, ahli keluarga, kaum muslimin dan
muslimat, bangsa dan negara.

8. Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. disetiap bidang amal


kebajikan yang kita laksanakan.

Beramallah menurut keimanan masing-masing kalau tidak dapat dilaksanakan semua


janganlah ditinggalkan semuanya, lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit lagi,
hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal-amal sebanyak-banyak yang boleh,
bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak dengan segala kesungguhan untuk
bekal kita di akhirat, kerana yang akan pergi tidak pulang lagi.

“ Sesiapa yang menghendaki(dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat,


kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan
sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikkan dunia itu (sekadar yang
kami tentukan) dan ia tidak akan memperolehi sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”
(Surah as-Syura: 30).

Anda mungkin juga menyukai