Anda di halaman 1dari 7

Bulan-bulan Haram dalam Islam ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Menurut Imam al-Razi RH: Maksud al-haram (samada bulan haram atau tempat haram) ialah
maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat, dan ketaatan dibalas dengan pahala
yang lebih besar. (al-Razi, jil.16, ms. 53).

Diriwayatkan dari Mujibah al-Bahiliyah, Rasulullah bersabda, "Puasalah pada bulan-bulan


haram." (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Imam Al-Nawawi menyatakan “Memang benar tidak ditemukan hadis sahih mengenai puasa
Rejab, namun telah jelas dan sahih riwayat bahwa Rasulullah menyukai berpuasa dan
memperbanyak ibadah di bulan haram, dan Rejab adalah salah satu dari bulan haram, maka
selama tak ada larangan khusus puasa dan ibadah di bulan Rejab, maka tak ada satu kekuatan
untuk melarang berpuasa dan ibadah lainnya di bulan Rejab.” (Syarh Nawawi ‘ala Shahih
Muslim).

Berkata Imam Syafii rahimahullah : “Doa mustajab adalah pada 5 malam iaitu malam jumaat,
malam idul Adha, malam Idul Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban”.
(Sunan Al Kubra Imam Baihaqi juz 3 hal 319).

Wallahu a'lam. Rejablah masanya bulan menabur benih. Amalan pada Rejab dapat
menyucikan badan dan pahala amalan baik dalam bulan ini dilipat-gandakan.

Rejab adalah bulan Allah, bulan maghfirah (keampunan) dan bulan bertaubat.
Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah
akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam Rejab,
diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
Kelebihan Rejab daripada bulan lain seperti kelebihan al-Quran daripada kitab lain.
Seseorang yang memuliakan bulan Rejab, maka Allah akan muliakannya dengan seribu
kemuliaan di hari kiamat.
Rejab adalah pembukaan kepada bulan kebaikan dan berkat. Jika tahun diibaratkan sebagai
pohon, Rejab ibarat waktu bercucuk-tanam dan keluarnya daun.
Rasulullah SAW bersabda: “Rejab adalah bulan bertanam, maka berniagalah kamu semoga
Allah merahmati kamu pada bulan Rejab kerana ia adalah musim untuk berniaga dan
makmurkanlah waktu kamu (dengan beramal) dalamnya kerana ia adalah waktu berbuat
amal.”
AMALAN

Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai
satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini
Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.

Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan


ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa
sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan
keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam
bulan mulia, iaitu Rejab.”

Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga
mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat. Beberapa amalan yang baik
dilakukan dalam bulan Rejab ialah:

Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun


Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan
bersedekah
Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-
Nya
Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan
Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah
berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur
dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat
kejahatan.”
‫هللا الْ َع ِظمْي ُ ادَّل ِ ْى آل ِاهَل َ ِاالَّ ه َُو الْ َح ُّي الْ َقيُّ ْو ُم َو َات ُْو ُب ِال َ ْي ِه ت َْوب َ َة َع ْب ٍد َظا ِل ٍم َال ي َ ْمكِل ُ ِلنَ ْف ِس ِه رَض ًّ ا‬
َ ‫َا ْس َت ْغ ِف ُر‬
َ ‫َو َال ن َ ْف ًعا َو َال َم ْواًت َو َال َحيَا ًة َو‬
.‫ال ن ُ ُش ْو ًرا‬

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan
melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat
kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada
menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan
manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

Lafaz Niat Puasa Rejab 2022 Yang Tepat Serta Tarikh Berpuasa, Amalan
Dan Kelebihan Setiap tahun, tarikh puasa sunat Rejab amatlah dinanti-
nantikan oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia mahupun sedunia.
Rejab merupakan antara bulan-bulan haram di dalam Islam yang
terkandung keistimewaan dan keutamaannya yang tersendiri selain
dianggap sebagai persediaan menuju Ramadhan. Tiada Hadis Sahih
Mengkhususkan Puasa Sunat 1 Rejab Hasil daripada pencarian serta
rujukan editor dengan sumber yang berkredibiti tinggi mendapati bahawa
tiada hujah dan sandaran serta hadis sahih yang mengkhususkan umat
Islam berpuasa sunat di bulan Rejab. Walaubagaimanapun, sebahagian
pendapat ulama memberi saranan kepada umat Islam agar
memperbanyakkan puasa sunat di keseluruhan bulan haram tanpa
mengkhususkan di bulan Rejab sahaja. Rejab Termasuk Dalam Bulan-
Bulan Haram Bulan Rejab merupakan di antara satu bulan yang mulia dan
bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan Haram. Apakah Bulan-Bulan
Haram Bulan-bulan Haram adalah terdiri daripada empat buah bulan di
dalam Islam iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Tiada Hadis
Yang Melarang Puasa Sunat Di Bulan Rejab Sebagai pengetahuan, tiada
hadis sahih yang melarang mahupun menganjurkan secara khusus
berpuasa di bulan Rejab. Oleh itu, hukumnya sama di bulan lainnya iaitu
anjuran berpuasa secara umum.

Ⓒ Sumber Artikel Di : https://www.infosentral.my/puasa-sunat-rejab/


Keistimewaan bulan Rejab

Salah satu daripada keistimewaan bulan Rejab ialah bulan ini merupakan salah satu
daripada bulan Haram dalam Islam. Bulan Haram bermaksud bulan Zulkaedah, Zulhijah,
Muharam, dan Rejab. Bulan ini dihormati dalam agama Nabi Ibrahim A.S dan orang
Arab amat memuliakan bulan ini dengan tidak dibenarkan untuk berperang dalam bulan
ini. Hal ini sebagaimana Hadis yang dijelaskan oleh Nabi S.A.W seperti berikut :

‫ ((إن الزمان قد استدار‬:‫عن أيب بكرة – ريض هللا عنه – عن النيب – صىل هللا عليه وسمل – قال‬
ً ‫ اثنا عرش‬:‫ السنة‬،‫كهيئته يوم َخلَق هللا السموات واألرض‬
ٌ ‫ مهنا أربعة ُح ُرم؛‬،‫شهرا‬
‫ ذو‬:‫ثالث متواليات‬
))‫ ورجب ُمرض اذلي بني جامدَى وشعبان‬،‫ واحملرم‬،‫ وذو احلجة‬،‫القعدة‬
“Abu Bakrah berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda: “Zaman (masa) terus berjalan
dari sejak awal penciptaan langit dan bumi. Satu tahun ada dua belas bulan
antaranya ada empat bulan haram (suci), tiga bulan berurutan, iaitu Zulkaedah,
Zulhijah dan Muharam serta Rejab yang berada antara Jamadilakhir dan
Syaaban.””

(al-Bukhari)

Masyarakat Arab sangat memuliakan bulan haram sekalipun dalam kehidupan mereka
dipenuhi dengan kebodohan dalam penyembahan berhala. Mereka juga melarang sama
sekali daripada berperang dalam bulan tersebut. 

Tatkala Islam datang, Islam masih lagi memuliakan bulan Haram dengan diberikan
pahala yang besar bagi orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat,
tetapi Islam memansuhkan peperangan dalam bulan ini melalui firman Allah dalam
surah at-Taubah ayat 9.

Bulan Rejab juga merupakan bulan yang diiktiraf oleh Allah sebagai bulan Allah
sebagaimana Hadis riwayat dari Aisyah R.A:

))‫ ((ٳن رجب شهر هللا‬:‫قالت رسول هللا صىل هللا عليه وسمل‬,‫عن عائشة‬
“A’ishah R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Rejab
merupakan bulan Allah S.W.T.”

(al-Baihaqi)
Peristiwa bulan Rejab

Banyak peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah antaranya:

(1) Peristiwa Isra’ Mikraj.

Peristiwa agung 27 Rejab iaitu Baginda Rasulullah S.A.W telah diperjalankan oleh Allah
dari Makkah ke Baitul Maqdis di waktu malam dan ketika itu juga sekali lagi dibelahnya
dada Baginda Rasul S.A.W. Kemudian diangkatnya Baginda Rasul ke langit bertemu
Allah, dan Allah telah memerintahkan kewajipan ibadah solat 5 waktu kepada umat
Baginda Rasul.

(2) Penghijrahan pertama ke Habsyah.

Akibat ditekan oleh Musyrikin Makkah, para Sahabat mengadu kepada Baginda
Rasulullah S.A.W, lalu Baginda Rasul menyarankan umat Islam berhijrah buat kali
pertama ke Wilayah Habsyah walaupun Raja Habsyah ketika itu bukanlah seorang
Muslim, namun Raja Habsyah seorang yang baik dan menjamin keselamatan orang
Islam.

(3) Peperangan Tabuk.

Berlaku pada tahun 9 Hijrah, dan tiada pertempuran apabila tentera Rom telah
melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan serta kecekalan tentera Islam
yang sanggup menghadapi sebarang kesukaran, menempuh musim panas, terik, serta
lokasi Tabuk yang sangat jauh (di antara Hijjaz dan Syam).

(4) Imam Syafie meninggal dunia.

Beliau merupakan salah seorang dari empat imam mazhab besar dalam dunia feqah
dan pengasas kepada Mazhab Syafie. Beliau berasal dari Gaza dan dilahirkan juga
pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan tahun pemergian Imam Abu Hanifah.

(5) Pembebasan kedua Baitul Maqdis.

Tentera Islam yang dipimpin oleh Solahuddin Al-Ayubi telah Berjaya menawan kembali
Baitul Maqdis kali kedua (583 Hijrah) menewaskan tentera Salib yang menjajah
kawasan tersebut selepas pembukaan pertama oleh Saidina Umar Al-Khattab R.A.

Amalan sunnah di bulan Rejab

keutamaan bulan Rejab, ianya terdapat beberapa amalan yang dituntut untuk dilakukan
pada bulan Rejab ini. Ringkasnya, terdapat beberapa amalan sunat yang dituntut untuk
diperbanyakkan pada bulan Rejab ini, iaitu menghidupkan dengan Qiamullail seperti
solat sunnah, membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, berselawat ke atas Nabi S.A.W,
dan berdoa. Manakala siang hari bulan Rejab pula dituntut untuk berpuasa dan
bersedekah. Pada asasnya semua amalan ini boleh dihidupkan di sepanjang bulan
Rejab.

Seseorang boleh mengamalkan kesemua amalan ini dan tidak menentukan bahawa
mesti dilakukan pada bulan Rejab dan apa yang lebih penting amalan tersebut semata-
mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Bagi tujuan mengamalkan ajaran Islam yang
menggalakkan umatnya meningkatkan amal soleh dan sebagai bekalan menuju Allah
S.W.T.

Kesimpulan

Terbukti bahawa bulan Rejab merupakan bulan Haram yang merupakan bulan Allah
S.W.T. Selaku hamba-Nya, umat Islam wajar membesarkan bulan ini dengan amalan
yang dianjurkan dalam Islam untuk mengambil keberkatan.

Ringkasnya, seseorang Muslim boleh memilih untuk beramal mengikut kemampuan


mereka masing-masing dengan mengusahakan semaksimum mungkin bagi
mendapatkan keberkatan serta keredhaan dari Allah S.W.T dengan memperbanyakkan
ibadah. 

Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi S.A.W apabila memasuki bulan Rejab, maka
Baginda mengatakan: 

” “C‫اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان‬

“Ya Allah, berkatilah kami di Rejab dan Syaaban dan berkatilah kami di bulan
Ramadan).”

(Al-Bazzar, al-Tabrani, dan al-Bayhaqi)

Justeru, selaku hamba yang taat dan sebagai persediaan untuk menuju kepada
bulan Ramadan yang bakal tiba, maka wajar bulan ini dihidupkan dengan amalan yang
dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Wallahu A’lam.

ۡ‫ار َجهَنَّ َم فَتُ ۡك َو ٰى بِهَا ِجبَاهُهُمۡ َو ُجنُوبُهُمۡ َوظُهُو ُرهُمۡۖ ٰهَ َذا َما َكنَ ۡزتُم‬ ِ َ‫يَ ۡو َم ي ُۡح َم ٰى َعلَ ۡيهَا فِي ن‬
‫ ۡه ٗرا فِي‬C‫ َر َش‬C‫ا َع َش‬CCَ‫ َد ٱهَّلل ِ ۡٱثن‬C‫ُور ِعن‬ ِ ‫ه‬C‫ٱلش‬ ُّ َ‫ ِإ َّن ِع َّدة‬٣٥ ‫ون‬ َ ‫وا َما ُكنتُمۡ تَ ۡكنِ ُز‬ ْ ُ‫َأِلنفُ ِس ُكمۡ فَ ُذوق‬
ْ C‫ِّين ۡٱلقَيِّ ۚ ُم فَاَل تَ ۡظلِ ُم‬
‫وا‬C ُ ‫د‬C‫ك ٱل‬ َ Cِ‫ُۚم ٰ َذل‬ٞ ‫ ر‬C‫ض ِم ۡنهَٓا َأ ۡربَ َعةٌ ُح‬ َ ‫ت َوٱَأۡل ۡر‬ ِ ‫ق ٱل َّس ٰ َم ٰ َو‬َ َ‫ب ٱهَّلل ِ يَ ۡو َم َخل‬ ِ َ‫ِك ٰت‬
‫ين‬َ ِ‫ َع ۡٱل ُمتَّق‬C‫و ْا َأ َّن ٱهَّلل َ َم‬C ۡ ‫ونَ ُكمۡ َكٓافَّ ٗۚة َو‬CCُ‫ا يُ ٰقَتِل‬CC‫ين َكٓافَّ ٗة َك َم‬
ٓ C‫ٱعلَ ُم‬ َ ‫ ِر ِك‬C‫وا ۡٱل ُم ۡش‬ ْ ُ‫فِي ِه َّن َأنفُ َس ُكمۡۚ َو ٰقَتِل‬
‫ُوا يُ ِحلُّونَهۥُ َع ٗاما َوي َُح ِّر ُمونَهۥُ َع ٗاما‬ ْ ‫ين َكفَر‬ َ ‫ُضلُّ بِ ِه ٱلَّ ِذ‬ َ ‫ة فِي ۡٱل ُك ۡف ۖ ِر ي‬ٞ ‫ ِإنَّ َما ٱلنَّ ِس ٓي ُء ِزيَا َد‬٣٦
‫ ِدي‬C‫ ٓو ُء َأ ۡع ٰ َملِ ِهمۡۗ َوٱهَّلل ُ اَل يَ ۡه‬C‫ َّر َم ٱهَّلل ۚ ُ ُزي َِّن لَهُمۡ ُس‬C‫ا َح‬CC‫وا َم‬ ْ ُّ‫ َّر َم ٱهَّلل ُ فَي ُِحل‬C‫ا َح‬CC‫وا ِع َّدةَ َم‬ ْ ُٔ‫اط‬
‍ِ ‫لِّي َُو‬
٣٧ ‫ين‬ َ ‫ۡٱلقَ ۡو َم ۡٱل ٰ َكفِ ِر‬
35. pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahannam, lalu dibakar
dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada
mereka: "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka
rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu"
36. Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam
ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan
haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri
kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya
sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya
Allah beserta orang-orang yang bertakwa
37. Sesungguhnya mengundur-undurkan bulan haram itu adalah menambah
kekafiran. Disesatkan orang-orang yang kafir dengan mengundur-undurkan itu,
mereka menghalalkannya pada suatu tahun dan mengharamkannya pada tahun
yang lain, agar mereka dapat mempersesuaikan dengan bilangan yang Allah
mengharamkannya, maka mereka menghalalkan apa yang diharamkan Allah.
(Syaitan) menjadikan mereka memandang perbuatan mereka yang buruk itu. Dan
Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir

Anda mungkin juga menyukai