Anda di halaman 1dari 55

USTAZ DON DANIYAL BIN DON BIYAJID A.M.

IBRAH1 BULAN REJAB


(EDISI KEMASKINI)

AGAMI GROUP

1
Perkataan ibrah adalah dari bahasa Arab iaitu (‫)عبة‬.
‫ر‬ Ibrah merupakan
pengajaran dari kehidupan Nabi ‫ﷺ‬, sirah peperangan, sejarah tempat,
biodata para ulama’ dan sebagainya.
َّ ‫ٱلر ۡح َم ٰـن‬
‫ٱلر ِح ِيم‬ ِ ‫ِب ۡس ِم‬
َّ ‫ٱهلل‬
ِ
Ertinya: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani.”2

َ
Surah al-Fatihah (‫ )الف ِات َحة‬1:1.
2
IBRAH BULAN REJAB (EDISI KEMASKINI)
Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid, 1984 -
© Agami Group
Terbitan Pertama, 2023
Terbitan Kedua, 2024

Hak cipta terpelihara. Namun dipersilakan untuk disebarkan


dengan niat memanjangkan amalan dan berkongsi manfaat
dengan menyebut sumber rujukan demi keberkatan ilmu.

Penerbit:
AGAMI GROUP SDN BHD
No. 37-2, Jalan Seri Putra 1/8
Bandar Seri Putra, Bangi
43000 Kajang, Selangor

Penerbit bersama:
MALIZA VENTURES
No. 5, Jalan Puteri 2A/1
Kubica Square
Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor
malizaventure@gmail.com

Editor Syariah : Imam Muda Megat


Editor : Akmal Puteh
Daripada Saidina Abdullah bin Amr R.A., bahawa
Rasulullah ‫ ﷺ‬telah bersabda:
َ َ ُ ِّ
‫َبلغوا ع ِّّ ين َول ْو َآية‬
“Sampaikanlah daripadaku walau hanya satu ayat.”3

3
Hadis riwayat Imam Bukhari (no. hadis 3202 & 3461) status hadis sahih.
ISI KANDUNGAN

Mukadimah.............................................................................. 1
Apakah bulan Rejab itu? .......................................................... 3
Kalendar Masihi vs Kalendar Hijriah ...................................... 16
Tanda Syiar Islam ................................................................... 18
Lazatnya Dapat Menyebut Nama Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬........ 21
Amalan-Amalan di Dalam Bulan Rejab .................................. 26
Ibrah Daripada Bulan Rejab ................................................... 30
Himpunan Doa Mustajab....................................................... 39
Kesimpulan ............................................................................ 47
Mukadimah4

َّ ‫ٱلر ۡح َم ٰـن‬
‫ٱلر ِح ِيم‬ َّ ‫ٱهلل‬ِ ‫ِب ۡس ِم‬
ِ
ِ ِ ْ َ ‫الس َل ُم َع‬
َ ْ‫ى َا ر‬ َّ ‫الص َال ُة َو‬ َّ ‫ي َو‬ َّ ْ ‫الع َالم‬
ِ
َ ‫ّٰلل َر ِّب‬ ّّ ُ َ ْ َ
ِ ‫الح ْ َمد‬
ٰ ََ َٰ َ َّ ْ ‫ْالأل ْنب َياء َو ْال ُم ْر َسل‬
‫ي َس ِّي ِدنا َو َم ْولنا ُم َح َّم ٍد َوعى ا ِل ِه‬ ِ ِ ِ
َ‫ي‬ ّ ْ ‫َو َص ْحب ِه َا ْج َم ِع‬
ِ
ُ َ
‫ا َّما َب ْعد‬
‫ه‬ َ ّ ً۬ َ َ َ‫َ ه ۡ َ َ ر‬ ُّ َ َّ َّ
‫ٱّٰلل َي ۡو َم‬
ِ ‫ڪت ٰـ ِب‬ ِ ‫ش ش ۡہرا ِف‬ ‫ٱّٰلل ٱثنا ع‬
ِ ‫ور ِعند‬
ِ ‫ِإن ِعدة ٱلش ُہ‬
ً۬ ‫ۡ أ َ ح‬ َۡ َ َ َّ َ َ َ
ۚ‫ٲت َوٱل ۡر َ ِمن َہا ر ۡرَع َعة ُح ُر حم‬
ِ ‫خلق ٱلسم ٰـو‬
Ertinya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di
sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang
telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia
menciptakan langit dan bumi, di antaranya
empat bulan yang dihormati.”5
Apakah empat bulan yang dihormati atau yang
istimewa atau yang dimuliakan itu?

4
Risalah ini adalah berdasarkan kepada ceramah Ustaz Don
Daniyal Don Biyajid di Masjid al-Ukhwah, Kampung Padang Pokok
Mangga, Melaka pada 30 Januari 2023.
5 ّ
َ ‫)الت‬
Surah at-Taubah (‫وعة‬ 9:36.

1
Baginda Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬menjelaskannya
menerusi hadis daripada Abu Bakrah bahawa
Nabi ‫ ﷺ‬telah bersabda:
َ ْ ُ َ َّ َ ْ َ ْ َ َّ ‫ان َق ْد ْاس َت َد َار َك َه ْي َئة َي ْو َم َخ َل َق‬
ُ َ َّ
‫السنة اثنا‬ ‫ات والر‬ِ ‫الس َم َو‬ ِ ‫الزم‬
َ
ُ َ َ ْ َ ْ ُ ‫َ رَ َ َ ْ ً ْ َ ْ َ َ ح ُ ُ ح َ َ َ ح ُ َ َ َ ح‬
‫عش شهرا ِمنها ررععة حرم ثلثة متو ِاليات ذو القعد ِة وذو‬
َ َ َ
‫ي ُج َمادى َوش ْع َبان‬ َّ ْ ‫ض هالذي َب‬ َ ُ ُ َ َ َ ُ َ ُ ْ َ َّ ْ
ِ َ ّ ‫ال ِحج ِة والمح َّرم ورجب م‬
Ertinya: “Waktu berputar sebagaimana
keadaannya semula ketika Allah menciptakan
langit dan bumi. Tahun terdiri dari dua belas
bulan, empat di antaranya adalah bulan suci,
tiga berurutan, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan
Muharam, dan yang keempat adalah Rejab
Mudhar yang teletak di antara bulan
Jamadilakhir dan Sya’ban.”6
Dan apabila masuk sahaja bulan Rejab, biasanya
orang akan berbincang mengenainya. Ini kerana
sebahagian besar di kalangan kita akan
ّّ َ َْ
mengucapkan ‫( رهل َو َس ْهل َيا ش ْه ُر اّٰلل‬selamat
datang bulan Allah).

66
Hadis riwayat Imam Bukhari (no. hadis 4054) status hadis sahih.

2
Apakah bulan Rejab itu?

Rejab adalah daripada perkataan rujūb (‫ُ)ر ُج ْو حب‬


yang membawa makna agung (‫)عظيم‬. Maknanya
adalah bulan yang agung7.
Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya
Latā'if al-Ma'ārif, menukilkan bahawa ada
ulama menyatakan bahawa bulan Rejab adalah
bulan menanam. Bulan Sya’ban adalah bulan
menyiram dan bulan Ramadan adalah bulan
menuai hasilnya.
Ini bermakna, sesiapa yang tidak menanam di
bulan Rejab, tidak pula menyiram di bulan
Sya’ban8, bagaimana mungkin dia akan menuai
hasilnya di bulan Ramadan?

7
Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan maksud Rejab ialah
agung (Latā'if al-Ma'ārif, hlm. 117). Oleh sebab itu, bulan Rejab
adalah bulan yang agung dan mulia.
8
Di dalam kitab al-Badrut Tamām Syarah Bulūghul Marām min
Adillati al-Ahkām, hal. 132, juz 5 dinyatakan bahawa bulan Sya’ban
adalah bulannya Rasulullah ‫ﷺ‬. Ungkapan tersebut adalah
berlandaskan dalil yang diterima oleh kalangan umat Islam, hal itu
adalah dirujuk kepada hadis Baginda ‫ ﷺ‬yang diriwayat oleh al-
Hasan:

3
Dalam ertikata lain, sekiranya kita tidak
mulakan lagi beribadah contohnya berpuasa,
membaca al-Quran, membanyakkan berzikir, di
bulan Sya’ban pula kita tidak memperkemaskan
lagi ibadah kita, bagaimana di bulan Ramadan
kita dapat melaksanakan amal ibadah dengan
jayanya?
Sesungguhnya hidup kita di atas muka bumi ini
adalah untuk memenuhi apa yang Allah SWT
firmankan iaitu:
ُ ُ ۡ َ َّ َ ۡ َ َّ ۡ ُ ۡ َ َ َ َ
‫ون‬
ِ ‫وما خلقت ٱل ِجن و ِٱۡلنس ِإَّل ِليعب‬
‫د‬
Ertinya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan
jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepada-Ku.”9
Dalam ayat di atas Allah mendidik kita agar di
dalam kehidupan dunia ini hendaklah kita

‫رمن‬
‫ ورمضان شهر ي‬،‫ وشعبان شهري‬،‫عن الحسن مرسل رنه قال ﷺ رجب شهر هللا‬

Ertinya: “Diriwayatkan daripada al-Hasan (hadis mursal) Rasulullah


‫ ﷺ‬bersabda, ‘Bulan Rejab merupakan bulannya Allah dan bulan
Sya’ban adalah bulanku (Nabi Muhammad), sedangkan bulan
Ramadan merupakan bulannya umatku (Nabi Muhammad).”
ّ
Surah Az-Zariyat (‫ )الذا َریات‬51:56.
9

4
beribadah kepada-Nya. Apa sahaja yang boleh
mendorong kita untuk melakukan ibadah
kepada-Nya, lakukanlah asal sahaja ia berada di
atas landasan syariat agama Islam.
Sesungguhnya nama bulan Rejab itu sendiri pun
sudah bermakna agung atau mulia. Dan ia
diiktiraf sendiri oleh Nabi Muhammad ‫ﷺ‬.
Sebagaimana hadis daripada Anas bin Malik
R.A., beliau berkata bahawa Baginda Nabi ‫ﷺ‬
apabila memasuki bulan Rejab sahaja, maka
Baginda Nabi ‫ ﷺ‬akan berdoa:
َ َ ّ ََ ْ َ َ ّ ََ ْ ‫َ ه‬
‫الل ُه َّم َب ِارك لنا ِ يف َر َج ٍب َوش ْع َبان َو َع ِارك لنا ِ يف َر َمضان‬
Ertinya: “Ya Allah, berkatilah kami di dalam
bulan Rejab dan Sya’ban dan berkatilah kami di
dalam bulan Ramadan.”10
Sekiranya kita fikir secara logik, iaitu di dalam
banyak-banyak bulan, Allah SWT telah memilih
bulan Rejab untuk berjumpa dengan Nabi ‫ﷺ‬.
Kenapa tidak bulan Ramadan atau Muharam?

10
Hadis riwayat Imam Ahmad (no. hadis 2228).

5
Ini kerana nama bulan Rejab itu sahaja adalah
‘Bulan yang Agung’.
Di dalam al-Qāmūs al-Muhīth (‫)قاموس المحيط‬
pengarangnya iaitu Al-Fīrūzābādī menjelaskan
suatu benda yang ada banyak nama,
menandakan bahawa nama itu mulia dan
sempurna dan elok.
Contohnya Allah SWT sendiri mempunyai
banyak nama, dan siapa yang menghafal asmāul
husna (‫الحسن‬ ّ ‫ )رسماء‬akan masuk ke syurga.
Sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah R.A.
bahawa Nabi ‫ ﷺ‬bersabda:
َ َ َْ ْ َ
َ ‫اها َد َخ‬ َ َ َّ ‫إ َّن هّٰلل ت ْس َعة َوت ْسع‬
‫ي ْاس ًما ِمائة غ ْ َب َو ِاح ٍد من رحص‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ َّ َ ْ
‫الجنة‬
Ertinya: “Sesungguhnya Allah memiliki sembilan
puluh sembilan nama, seratus kurang satu.
Barang siapa yang menghafal, mengamalkan,
membenarkan, dan menjaganya, akan masuk
Syurga.”11

11
Hadis riwayat Imam Tirmidzi (no. hadis 3428) status hadis sahih.

6
Begitu juga dengan nama Nabi Muhammad ‫ﷺ‬.
Penulis telah mengambil sanad daripada anak
kepada al-‘Allamah al-Faqeh al-Muhaddis
Maulana Muhammad Musa Ruhani al-Bazi
Rahimahullah menerusi kitabnya al-Barakāt al-
Makkiyyah fi as-Salawāt an-Nabawiyyah. Di
dalam kitab tersebut dinyatakan bahawa nama
Baginda Nabi ‫ ﷺ‬adalah sebanyak 805 nama.
Manakala untuk bulan Rejab, ada empat belas
nama. Ianya ada disebut di dalam kitab
Mawāhibu al-Jalīl li-Sharh Mukhtasar Khalīl
iaitu:
َْ
1. Al-Asham (‫)ال َص ُّم‬ kerana mereka
meninggalkan peperangan padanya.
َ
ُّ ‫)ال َص‬
2. Al-Ashab (‫ب‬ kerana orang kafir
Makkah mengatakan diturunkan rahmat
padanya
3. Rajam (‫ َ)ر ْج حم‬kerana syaitan direjam
padanya
ْ َّ
4. As-Shahr Al-Haram (‫)الش ْه ُر ال َح َر ُام‬
ْ
ُ ‫)ال ُمق‬
5. Al-Muqim (‫يم‬ ِ kerana pengharaman
kekal dan tidak digugurkan

7
‫ْ ه‬
6. Al-Mu’alla (‫ )ال ُم َعى‬kerana bulan ini tinggi
(mulia) berbanding bulan-bulan yang lain
ُ َْ
7. Al-Fardu (‫)الف ْرد‬
َّ َ ْ ُْ
8. Munshilu al-Asinnah (‫)من ِص ُ ال ِسن ِة‬ disebut
oleh Imam Bukhari dari Abi Raja’ al-
‘Uthāridi
ْ ُْ
9. Munshilu al-Āli (‫)من ِص ُ اْل ِل‬
َّ َ ْ ُ ْ
10.Munzi’u al-Asinnah (‫) ُم ّ ِّبع ال ِسن ِة‬
ْ َ
11.Syahru al-‘Athīrah (‫ )ش ْه ُر ال َع ِت َب ِة‬kerana
mereka menyembelih ‘athirah (nama bagi
sembelihan yang dilakukan oleh orang
kafir pada zaman jahiliyyah)
ْ
12.Al-Mubdī (‫)ال ُم ْب ِدي‬
13.Al-Mu’ash’ish (‫ش‬ ُ ‫)الم َع ْش ِع‬
ُ
‫َ ْ ه‬
ِ ‫)شه ُر‬
14.Syahrullah (‫اّٰلل‬
Dan menurut satu penulisan seorang ulama,
beliau menyatakan bahawa ada tujuh belas
nama lain bagi bulan Rejab.
Namun demikian, ianya menjadi pelik apabila
ada sebahagian orang di zaman kita ini yang
menjadikan bulan Rejab ini sebagai topik untuk
menyuruh kita mengurangkan amal ibadah kita
di dalam bulan yang mulia ini.

8
Mereka mengatakan bahawa bulan Rejab ini
sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain.
Apabila ini berlaku, sebahagian daripada kita
akan berfikir, apa patut kita buat?
Apabila timbul persoalan seperti ini, pertama-
tamanya kita kena kembali kepada al-Quran12.
Apabila kita hendak terjemah apa-apa perkara
mesti dirujuk kepada al-Quran terlebih dahulu.
Ini kalāmullah.
Dunia ini berjalan mesti selari dengan firman
Allah SWT. Oleh itu kita kena rujuk apa yang al-
Quran sebutkan. Apabila disebut tentang alam
ini, Allah SWT akan sebutkan berkaitan dengan
sesuatu benda yang berpusing.
Contohnya firman Allah SWT di dalam surah az-
Zumar:

12
Sebagaimana yang dijelaskan di dalam sebuah hadis:
َ َ َّ ‫َ َ ه‬ ُْ َ َ ْ ُّ َ ْ َ ْ ْ َ ُ ُ ْ َ
‫ َو ُسنة ن ِب ِّي ِه‬،‫اّٰلل‬
ِ ‫ ِكتاب‬:‫ لن ت ِضلوا ما ت َم َّسكت ْم ِب ِه َما‬،‫تركت ِف ْيك ْم رم َري ِن‬
Ertinya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak
akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab
Allah (al-Quran) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi ‫* ”)ﷺ‬Hadis
riwayat Malik (no. hadis 1594)].

9
‫َ ه‬ َّ َ َّ َ ‫َ ه‬
ۖ ِ ‫ُيك ِّو ُر ٱل ۡي َ َعى ٱلن َہ ِار َو ُيك ِّو ُر ٱلن َه َار َعى ٱل ۡي‬
Ertinya: “Ia pula menjadikan malam melingkari
(berputar) siang (dengan gelapnya) dan
menjadikan siang melingkari (berputar) malam
(dengan cahayanya).”13
َ
Perkataan ‫ ُيك ِّو ُر‬digunakan untuk benda atau
sesuatu yang berputar.
Berbalik semula kepada bulan-bulan dalam
kalendar hjiriah ini, adakah disebut di dalamnya
bulan-bulan istimewa ataupun tidak?
Seperti mana yang disebut oleh penulis di awal
risalah ini, di dalam surah at-Taubah Allah SWT
telah berfirman:
‫ه‬ َ ّ ً۬ ۡ َ َ َ‫َ ه ۡ َ َ ر‬ ُّ َ َّ َّ
‫ٱّٰلل َي ۡو َم‬
ِ ‫ڪت ٰـ ِب‬ِ ‫ش ۡش َہرا ِف‬ ‫ٱّٰلل ٱثنا ع‬
ِ ‫ور ِعند‬ ِ ‫ِإن ِعدة ٱلش ُہ‬
َّ ‫َخ َل َق‬
َ ‫ٱلس َم ٰـ َوٲت َوٱل ۡر‬
ِ
Ertinya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di
sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang

13 ُّ 39:5.
Surah Az-Zumar (‫)الز َمر‬

10
telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia
menciptakan langit dan bumi.”14
Adalah Allah SWT telah tetapkan dua belas
bulan ini melalui ilmu Allah SWT sejak azali lagi
di dalam Luh Mahfuz telah pun tercatat.
Seterusnya sambungan ayat tersebut, Allah
SWT telah berfirman:
ً۬ ‫ۡ أ َ ح‬
ۚ‫ِمن َہا ر ۡرَع َعة ُح ُر حم‬
Ertinya“Di antaranya empat bulan yang
dihormati.”
Iaitulah terdapat empat bulan yang haram atau
istimewa. Ia disebut sendiri oleh Allah SWT.
Bukan kita yang menyebutnya.
Ini bermaksud, sekiranya Allah SWT tidak suruh
kita merainya, pasti Allah SWT tidak akan
menyebut sepertimana sambungan ayat di atas
iaitu “Di antaranya empat bulan yang
dihormati”.
Kenapa empat bulan ini istimewa dan menjadi
bulan-bulan yang dihormati?
14 ّ
َ ‫)الت‬
Surah at-Taubah (‫وعة‬ 9:36.

11
Ini kerana Allah SWT menghendaki kita untuk
membuat sesuatu kerana bulan tersebut sangat
istimewa.
Seperti contohnya Hari Kemerdekaan dan Hari
Malaysia dikira istimewa dan kita merainya
dengan sebaik-baik keraian. Adakah ia ada
disebut oleh Allah SWT di dalan al-Quran? Ia
dikira istimewa kerana Nabi ‫ ﷺ‬ada menyuruh
kita mencintai Negara maka kita meraikannya.
In berdasarkan kepada hadis daripada Ibn
Abbas R.A. bahawa Nabi ‫ ﷺ‬berkata kepada
Makkah:
ْ ّ ُ َ ْ َ ْ َ َّ َ َ ْ َ َ َّ َ َّ َ َ َ َ َ ْ َْ َ
‫ون ِمن ِك َما‬
‫ِي‬ ‫ج‬‫ر‬‫خ‬‫ر‬ ‫م‬
‫ِي‬ ‫و‬‫ق‬ ‫ن‬ ‫ر‬ ‫َّل‬ ‫و‬ ‫ل‬‫و‬ ،‫ل‬ ‫إ‬ ‫ك‬
‫ِ َِي‬ ‫ب‬‫ح‬ ‫ر‬‫و‬ ،‫د‬ٍ ‫ل‬‫ب‬ ‫ن‬‫م‬ ‫ك‬
ِ ِ
َ
‫ب‬ َ
‫ي‬ ‫ط‬ ‫ما ر‬
ْ َ ُ ْ َ
‫سكنت غ َب ِك‬
Ertinya: “Alangkah baiknya dirimu wahai Mekah
dan betapa cintanya diriku terhadapmu,
seandainya kaumku tidak mengeluarkanku
darimu, nescaya aku tidak akan tinggal selain
daripadamu.”15

15
Hadis riwayat Imam Tirmidzi (no. hadis 3926) status hadis hasan
sahih gharib.

12
Kita ikut sunnah Nabi ‫ ﷺ‬mencintai Mekah,
maka kita meraikannya tanda mencintai Negara
kita.
Apabila ada perkara yang tiada di dalam al-
Quran tetapi selari dengan ajaran Islam, maka
kita meraikannya. sedangkan perkara ini ada
disebut di dalam al-Quran, kenapa kita tidak
meraikannya?
Adakah kita adakan kuliah semata-mata untuk
melarang jangan raikan keistimewaan bulan
Rejab?
Kita seolah-olah hendak mengikut sunnah Nabi
‫ ﷺ‬dengan cara tidak meraikannya. Namun
secara tidak langsung kita mengajar kepada
orang lain untuk take it easy iaitu bulan Rejab
ini tiada apa-apa keistimewaan untuk diraikan.
Sedangkan dengan jelas Allah SWT menyuruh
kita merainya kerana ianya adalah salah satu
bulan yang penuh dengan keistimewaan:
‫ه‬ َ ّ ً۬ َ َ َ‫َ ه ۡ َ َ ر‬ ُّ َ َّ َّ
‫ٱّٰلل َي ۡو َم‬
ِ ‫ڪت ٰـ ِب‬ِ ‫ش ش ۡہرا ِف‬ ‫ٱّٰلل ٱثنا ع‬ِ ‫ور ِعند‬
ِ ‫ِإن ِعدة ٱلش ُہ‬
َ َ َ ۡ ُ ِّ َ َ ً۬‫َ ۡ َ ۡ َ ۡ َ أ َ ۡ َ َ ح ُ ُ ح‬ َّ ‫َخ َل َق‬
‫ين ٱلق ِّي ُمۚ فل‬ ‫ٲت وٱلر ِمنہا ررععة حرمۚ ذ ِٲلك ٱلد‬ ِ ‫ٱلس َم ٰـ َو‬
ُ ُ َ ْ ۡ َ
ۚ‫تظ ِل ُموا ِف ِيہ َّن رنف َسڪ ۡم‬

13
Ertinya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di
sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang
telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia
menciptakan langit dan bumi, di antaranya
empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang
demikian itu ialah agama yang betul lurus,
maka janganlah kamu menganiaya diri kamu
dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan
melanggar larangan-Nya).”16
Seterusnya Nabi ‫ ﷺ‬jelaskan apakah empat
bulan yang istimewa ini menerusi hadis
daripada Abu Bakrah bahawa Nabi ‫ ﷺ‬telah
bersabda:
َ ْ ُ َ َّ َ ْ َ ْ َ َ َ َّ َ َ َ َ ْ َ َ ْ َ َ َ َ َ ْ ْ َ ُ َ َّ
‫السنة اثنا‬ ‫ات والر‬
ِ ‫الزمان قد استدار كَهيئ ِ حة يوم خ َلق ح السمو‬
ُ َ َْ ُ ‫ح‬ َ َ َ ْ َ َ َ‫َ ر‬
‫ش ش ْه ًرا ِمن َها ر ْرَع َعة ُح ُر حم ثلثة ُمت َو ِال َيات ذو الق ْعد ِة َوذو‬ ‫ع‬
َ َ ْ َ َ َ َ ُ َّ ْ َ ‫ْ َّ َ ْ ُ َ َّ ُ َ َ َ ُ ُ َّ َ ه‬
‫ال ِحج ِة والمحرم ورجب مض ال ِذي بي جمادى وشعبان‬
Ertinya: “Waktu berputar sebagaimana
keadaannya semula ketika Allah menciptakan
langit dan bumi. Tahun terdiri dari dua belas
bulan, empat di antaranya adalah bulan suci,
tiga berurutan, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan

16 ّ
َ ‫)الت‬
Surah at-Taubah (‫وعة‬ 9:36.

14
Muharam, dan yang keempat adalah Rejab
Mudhar17 yang teletak di antara bulan
Jamadilakhir dan Syaaban.”18

17
Mudhar dinisbatkan terhadap kabilah sebagai penghormatan.
18
Hadis riwayat Imam Bukhari (no. hadis 4054) status hadis sahih.

15
Kalendar Masihi vs Kalendar Hijriah

Adapun kalendar masihi dan juga kalendar


hijriah, kedua-duanya Allah SWT meraikannya
seperti yang tercatat di dalam surah al-Kahfi
iaitu:
ً۬ ْ ُ َ ۡ َّ ً۬ َ ْ َ َ َ َ ّ ْ ُ َ
‫ي َوٱزدادوا ِت ۡسعا‬ ‫َول ِبثوا ِف ك ۡه ِف ِه ۡم ثل ٰـث ِمائ ٍة ِس ِن‬
Ertinya: “Dan mereka (ashabul kahfi)19 telah
tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus
tahun (dengan kiraan Ahli Kitab) dan (tambah)
sembilan (tahun) lagi (dengan kiraan kamu).”20
Di dalam hal ini para ulama berfikir kenapa Allah
SWT tidak terus menyebut 309 tahun tetapi
disebut 300 tahun dan ditambah 9 tahun lagi?
Sesungguhnya para ulama ini Allah SWT
kurniakan ilham buat mereka. Setelah
berbincang sesama mereka, mereka bertemu
dengan jawapan bahawa siapa yang
19
Kisah Ashabul Kahfi (Arab: ‫ )رصحاب الكهف‬merupakan suatu kisah
mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah
gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudiannya.
20
Surah al-Kahfi (‫ )الکهف‬18:25.

16
menghitung tahun hijrah yang mengikut bulan,
mereka akan bertemu bahawa ashabul kahfi
telah tidur selama 309 tahun. Manakala bagi
mereka yang menghitung mengikut matahari,
jawapannya bahawa ashabul kahfi telah tidur
selama 300 tahun.
Ini menunjukkan secara tidak langsung Allah
SWT meraikan kedua-dua kalendar iaitu
kalendar masihi dan juga kalendar hijriah.
Oleh itu untuk mengguna pakai kalendar masihi
dibolehkan dan kalau ingin menggunakan
kalendar hijriah pun dibolehkan.

17
Tanda Syiar Islam

Di dalam surah al-Hajj, Allah SWT telah


berfirman:
ُُۡ ََۡ َ َّ َ ‫َذٲل َك َو َمن ُي َع ِّظ ۡم َش َع ٰٓـ َب ه‬
‫وب‬
ِ ‫ٱّٰلل ف ِإنها ِمن تقوى ٱلقل‬
ِ ‫ر‬ ِ
Ertinya: “Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa
yang menghormati syiar-syiar agama Allah
maka (dialah orang yang bertakwa) kerana
sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari
sifat-sifat takwa hati orang mukmin.”21
Kepada siapa-siapa yang meraikan kebesaran
atau keagungan atau kemuliaan atau
mengutamakan22 syiar-syiar23 Allah SWT,
mereka termasuk di dalam hati-hati orang yang
bertakwa.

21 ّ َ
Surah al-Hajj (‫)الحج‬ 22:32.
22
Empat bulan yang Allah SWT sebutkan di dalam ayat 36 surah
at-Taubah adalah termasuk di dalam syiar-syiar Allah SWT ini.
23
Perkataan syiar (‫ )شعار‬adalah bermaksud lambang kebesaran,
keagungan, atau kemuliaan (rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat).
Buya Hamka menyatakan bahawa syiar itu ertinya tanda. Kata
ٓ َ
jamaknya ialah sya’air (‫)ش َع ٰـ ر َب‬. Sya’āirallah ertinya tanda-tanda
peribadatan kepada Allah SWT.

18
“Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang
bertakwa, āmīn yā robbal’ālamīn”.
Sebab itu siapa-siapa yang menghidupkan
majlis-majlis yang bermanfaat seperti majlis
maulid nabi ‫ ﷺ‬pada kelahirannya, majlis-majlis
ilmu di dalam bulan Rejab contohnya israk dan
mikraj. Begitu juga majlis-majlis ilmu di dalam
bulan Ramadan contohnya Nuzul Quran
malahan sepanjang bulan Ramadan itu sendiri
istimewa. Dan adalah ia termasuk tanda-tanda
‫ه‬ ٓ َ
ِ ‫ )ش َع ٰـ ر َب‬yang menggambarkan
sya’āirallah (‫ٱّٰلل‬
bahawa mereka itu adalah orang-orang yang
bertakwa.
Ini adalah syllabus atau sukatan pelajaran yang
Allah SWT aturkan sepanjang tahun untuk kita
supaya kita sentiasa bertakwa.
Kenapa Jamadilawal dan Jamadilakhir tidak
begitu terserlah?
Ini adalah kerana Allah SWT hendak memberi
kita sedikit kerehatan dan masa untuk membuat
persediaan agar kita dapat all out beribadah
dengan sedaya upaya dan bersungguh-sungguh

19
selama tiga bulan iaitu bermula dari bulan
Rejab, Sya’ban dan Ramadan.
Dan adalah mereka yang menghidupkan bulan-
bulan ini merupakan tanda orang yang
bertaqwa.
َ َ ْ ِّ َ َ َ َ َ ْ ّ َ َ ْ َ َّ ُ ‫َ ه‬
‫ب َوش ْع َبان َو َعلغنا َر َمضان‬ ‫اللهم ب ِارك لنا ِ يف رج‬
Ertinya: “Ya Allah, berkatilah kami di dalam
bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah
kami ke bulan Ramadan.”

20
Lazatnya Dapat Menyebut Nama Nabi
Muhammad ‫ﷺ‬

Sesungguhnya menyebut nama Nabi ‫ ﷺ‬itu


merupakan satu kelazatan dan satu kenikmatan
yang tidak ternilai. Sebab itu dalam sejarah
makhluk yang tiada mulutpun nak sebut juga
nama Nabi ‫ﷺ‬.
Contohnya seketul batu yang terletak
berdekatan dengan rumah Nabi ‫ﷺ‬. Ketika
mana Nabi ‫ ﷺ‬keluar dari rumah Siti Khadijah
R.Aha. menuju ke Kaabah, batu tersebut
memberi salam kepada Baginda ‫ﷺ‬. Batu itu
makhluk mati yang tiada mulut, pun berusaha
mengeluarkan suara ingin menyebut nama Nabi
Muhammad ‫ ﷺ‬sedangkan kita umat Nabi ‫ﷺ‬
susah untuk mengucapkan selawat apabila
namanya disebut.
Contoh seterusnya, ada satu tunggul pohon
tamar yang menjadi mimbar (ia selalu menjadi
tempat baginda berdiri) di Masjid Nabawi
bersebelahan tempat Nabi ‫ ﷺ‬solat (mihrab). Ia

21
sebatang pokok yang mati (ditebang kemudian
diletakkan di situ) dan sudah pasti tiada mulut.
Bila mana Nabi ‫ ﷺ‬tidak pijak tunggul pokok
tamar itu, ia menangis seperti bayi yang
menangis.
Ini ada diceritakan di dalam sebuah hadis
daripada Jabir bin Abdullah R.A.:
َ َ ْ ُ ‫ان َي ُق‬ َ َ َ ‫َ َّ َّ َّ َ ه ه ُ َ َ ْ َ َ ه‬
‫وم َي ْو َم ال ُج ُم َع ِة ِإل ش َج َر ٍة‬ ‫رن الن رن صى اّٰلل علي ِه وسلم ك‬
‫َ ْ َ ْ َِ ي َ َ َ ْ ْ َ َ ح ْ ْ َ ْ َ َ ْ َ ُ ح َ َ ُ َ ه‬
ُ ‫اّٰلل َر ََّل َن ْج َع‬
ِ ‫رو نخلة فقالت امررة من النصار رو رج يا رسول‬
َ ُ ُ ْ َ ْ َ َ َ َّ َ َ ً َ ْ ُ َ ِ ُ َ َ َ ْ ُ ِ ْ ْ َ َ ً َ ْ ٍ َ َ
‫لك ِمن ربا قال ِإن ِشئتم فجعلوا له ِمن ربا فلما كان يوم الجمع ِة‬
‫ُ َ َ ْ ْ َ َ َ َ ْ َّ ْ َ ُ َ َ َّ ِّ ُ َّ َ َ َ َّ ُّ ه‬
‫ن َصى‬ ‫صياح الص ِر ين ثم نزل الن ِر ي‬ ‫دفع إل المنب فصاحت النخلة‬
َ‫ن هالذي ُي َس هك ُن َقال‬ َّ َ َ ِ ُّ َ ْ َ ُ َّ َ َ َ ‫ِ ه ُ ِ َ َ ْ ِ َ ر ِ َ ه‬
ِ ِّ ‫ي الص ر‬ ّ ‫ي ر ِن‬ ّ ِ ‫اّٰلل علي ِه وسلم فضمه إلي ِه ت‬
َ َ ْ ْ ِّ ‫َ َ ْ َ ْ َ َ َ ِ َ َ ْ َ ْ َ ُ ْ ِ ي‬
‫كانت تب ِ يك عى ما كانت تسمع ِمن الذك ِر ِعندها‬
Ertinya: “Bahawa Nabi ‫ ﷺ‬pernah di suatu hari
Jumaat berdiri di atas sebatang pohon atau
pohon kurma lalu ada seorang wanita atau
seorang laki-laki Anshar berkata, Wahai
Rasulullah, ‘Bagaimana kalau kami buatkan
mimbar untuk baginda?’. Baginda menjawab,
‘Silakan, bila kalian kehendaki’. Maka mereka
membuatkan untuk Baginda sebuah mimbar.
Ketika hari Jumaat Baginda naik ke atas mimbar

22
lalu batang pohon kurma tadi berteriak
bagaikan teriakan bayi. Maka kemudian Nabi
‫ ﷺ‬turun menghampiri batang pohon tersebut
lalu memeluknya sehingga teriakannya
melemah hingga bagaikan rintihan bayi yang
akhirnya diam dengan sendirinya. Baginda
bersabda, ‘Batang kayu itu menangis kerana
mendengar zikir di sekelilingnya.’”24
Baginda turun daripada mimbar dan
menghampiri tunggul pokok tamar yang tidak
jauh dari mimbar tersebut. Baginda Nabi ‫ﷺ‬
meletakkan tangan pada batang pokok tamar
dan memeluk sambil dan berbisik berkata
kepada tunggul pohon tamar tersebut,
“Mahukah kamu kalau aku jadikan engkau
pokok atau kekal duduk dan menjadi jiranku di
syurga nanti?”
Apakah pilihan tunggul pohon tamar tersebut,
iaitu tumbuh sebagai pohon tamar atau hidup
berjiran dengan Nabi ‫ ﷺ‬di syurga nanti?

24
Hadis riwayat Imam Bukhari (no. hadis 3584) status hadis sahih.

23
Ini boleh kita jadikan dalil apabila meminta
dimasukkan ke dalam syurga bersama dengan
Nabi ‫ﷺ‬.
Barangsiapa yang memohon masuk syurga
tetapi tidak meminta untuk masuk ke syurga
bersama dengan Nabi ‫ﷺ‬, menunjuk betapa
teruknya kita daripada pohon tamar tersebut.
Betapa hebat pohon tamar ini kerana di dalam
keadaan susah untuk menyebut nama Nabi
Muhammad ‫ﷺ‬, ia hanya mampu menangis
kerana sangat merindukan Nabi ‫ﷺ‬.
Sebab itu apabila dapat menyebut nama Nabi
Muhammad ‫ﷺ‬, terasa sangat lazat.
Subhanallah!
Bagi orang yang bukan Islam, menyebut nama
Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬merupakan satu
kekeliruan.
Katakan kita ambil satu nama, contohnya nama
Abu Lahab. Ketika Nabi ‫ ﷺ‬turun daripada
peristiwa Israk dan Mikraj, Abu Lahab telah
berkata, “Tabbaka ya Muhamamad!”

24
Apabila diterjemahkan seruan Abu Lahab di
atas, ia bermaksud “Celaka kamu wahai yang
mulia (atau yang terpuji atau yang dirahmati)!”
Ini menunjukkan kaum musyrikin keliru apabila
disebut nama Nabi ‫ﷺ‬. Iaitu, kenapa dipanggil
dengan nama yang mulia tetapi diseru celaka ke
atasnya?

25
Amalan-Amalan di Dalam Bulan Rejab

Antara amalan-amalan yang dikongsi di sini


adalah dipetik daripada Risalah Amalan Bulan
Rejab yang disusun oleh al-Fadhil Ustaz Muhadir
bin Haji Joll. Semoga pahala yang berpanjangan
buat Al-Fadhil Ustaz.
َّ ْ ‫الع َالم‬
‫ي‬ َ ‫ي َيا َر َّب‬
ّ ْ ‫ِآم‬
ِ
1. Membaca doa
َ َ ّ ََ ْ َ َ ّ ََ ْ ‫َ ه‬
‫الل ُه َّم َب ِارك لنا ِ يف َر َج ٍب َوش ْع َبان َو َع ِارك لنا ِ يف َر َمضان‬
Ertinya: “Ya Allah, berkatilah kami di
dalam bulan Rejab dan Sya’ban dan
berkatilah kami di dalam bulan
Ramadan.”
َّ َ َ َ َ ْ ِّ َ َ َ َ َ ّ َ َ ْ َ َّ ُ ‫َ ه‬
‫ َور ِعنا‬،‫ َو َعلغنا َر َمضان‬،‫ب َوش ْع َبان‬ ‫اللهم ب ِارك لنا ِ يف رج‬
َ‫ يا‬،‫ َيا َرح ْي ُم َيا َر ْح َم ُن‬،‫الص َيام َو ْالق َيام َوق َر َاءة ْال ُق ْ أران‬
ِّ ‫َع َى‬
ِ ِ ِ َِ ِ ِ ِ
ُ َّ
‫ك ِر ْي ُم َيا َمنان‬
Ertinya: “Ya Allah, berkatilah kami pada
bulan Rejab dan Sya’ban, dan
sampaikanlah kami ke bulan Ramadan,
dan bantulah kami untuk berpuasa,

26
qiyam Ramadan25 dan membaca al-
Quran, wahai (Allah) Yang Maha
Pengasih, wahai Yang Maha Pemurah,
wahai Yang Maha Mulia, wahai Yang
Maha Mengurniakan.”26
2. Berpuasa sebanyak mana hari yang dia
mahu atau sepanjang bulan.
Di dalam kitab Latā'if al-Ma'ārif, bahawa
sebahagian daripada para salaf, berpuasa
sepenuh-penuh bulan-bulan Haram di
antara mereka adalah Ibn Umar, al-Hasan
al-Bashri dan Abu Ishaq as-Subaili. Sufyān
ath-Thaurī berkata yang bermaksud:

25
Makna qiyam Ramadan ialah menghidupkan malam di dalam
bulan Ramadan dengan melakukan amal ibadah dan solat.
Ganjaran bagi yang melakukan qiyam Ramadan ialah mereka
dijanjikan ampunan dosa kecil berkaitan hak Allah sebagaimana
dengan hadis daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Nabi ‫ﷺ‬
bersabda:
َْ َّ َ َ ُ َ ُ ْ ‫يم ًانا َو‬ َ َ ََ َ َ ْ َ
‫اح ِت َس ًابا غ ِف َر له َما تقد َم ِم ْن ذن ِب ِه‬ َ ‫ان إ‬
ِ ‫من قام رمض‬
Ertinya: “Barang siapa menegakkan Ramadan kerana iman dan
mengharap pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah
lalu.” *Hadis riwayat Imam Bukhari (no. hadis 36) status hadis
sahih].
26
Sangat baik dibaca setiap kali selepas solat di sepanjang bulan
Rejab dan Sya’ban.

27
Ertinya: “Bulan-bulan haram, aku
menyukai untuk berpuasa dalamnya.”
3. Membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu
Istighfar) tiga kali pagi dan tiga kali
petang.
ََ َ ُ َ َ ْ ّ َ ْ َ َ َ ْ َ َّ َ َ َ ْ ِّ َ َ ْ َ َّ ُ ‫َ ه‬
‫ َورنا‬،‫ن َورنا َع ْبدك‬ ‫خل ق ت ِ ي‬ ،‫اللهم رنت ر رن ال ِإلـه ِإال رنت‬
َ‫ْ ما‬ِّ َ‫ َر ُع ْو ُذ ب َك ِم ْن ر‬،‫ت‬ ُ ْ َ َ ْ َ َ ْ َ‫َ َ َ ْ َ َ ي‬
‫عى عه ِدك ووع ِدك ما استطع‬
ْ‫اغ ِف ْر ل‬ْ َ ْ ْ ِ َ ُ ْ ُ َ َ َّ َ َ َ َ ْ َ َ ُ ْ ُ َ ُ ْ َ َ
‫ِي‬ ‫ وربوء ِبذن ِر ين ف‬،‫ ربوء لك ِب ِنعم ِتك ع يى‬،‫صنعت‬
َ ْ َ َّ ُ ُّ ْ َ ُ َّ َ
‫ف ِإنه ال َيغ ِف ُر الذن ْو َب ِإال رنت‬

4. Membaca sebanyak tujuh puluh kali pada


waktu pagi dan tujuh puluh kali petang,
dengan mengangkat kedua tangan:
‫ى‬َّ َ ‫ب َع‬
ْ ‫اغف ْر ل َو ْار َح ْم ّن َو ُت‬
ِ
ْ َّ ُ ‫َ ه‬
‫اللهم‬
‫ي‬ ِ ‫ِي‬

5. Istighfar Shoghīr (Istighfar Kecil) sebanyak


tujuh puluh kali, terutamanya pada waktu
sahur:
،‫وم‬ َّ َ ‫ هال ِذي ََّل إ َل َه إ ََّّل ُه َو ْال‬،‫يم‬
َ ‫ح ْال َق ُّي‬ َ ‫اّٰلل ْال َعظ‬
ِ
َ ‫َا ْس َت ْغف ُر ه‬
ِ
‫ي‬ ِ َِ َُ َ
ْ
‫ورتوب ِإليه‬ُ

6. Membaca sebanyak tiga puluh lima kali


pada hari Jumaat terakhir dalam bulan

28
Rejab, ketika khatib berada di atas
mimbar27:
ّّ ُ ُ َ ‫َ ْ َ ُ َ ُ ُ ّّ ُ َ ح‬
ِ ‫ مح َّمد رسول‬،‫اّٰلل‬
‫اّٰلل‬ ِ ‫رحمد رسول‬

27
Syaikh Ali al-Ajhuri berkata: “Sesiapa membaca pada Jumaat
terakhir dalam bulan Rejab akan bacaan ini sebanyak 35 kali, maka
tidak akan terputus rezekinya dari dalam tangannya pada tahun
itu.” Sila rujuk Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan, Syaikh Ahmad bin
Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linggi, ms. 74.

29
Ibrah Daripada Bulan Rejab

Peristiwa Israk dan Mikraj (yang berlaku di


dalam bulan Rejab) telah melahirkan tiga jenis
manusia28 iaitu, iaitu:
1. Saidina Abu Bakr as-Siddiq R.A.
Respon beliau apabila diberitahu bahawa
Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬baru turun dari
Baitulmaqdis, “Kalau berita atau cerita itu
daripada Muhammad, lebih daripada
sampai ke langit pun aku percaya.”
Sebagai seorang Islam, kita kena percaya
dan yakin 100% apa yang disampaikan
oleh al-Quran dan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬.
Dan apabila menyentuh perkara agama
dan hawa nafsu, pasti akan berlaku
‘perlawanan’.

28
Ini berdasarkan apa yang dikongsikan oleh Almarhum Tuan Guru
Dato’ Dr. Haron Din dengan penulis.

30
Ada hari kita akan berlawan dengan nafsu
dan kita menang. Ada hari kita akan
kalah. Namun janganlah kita risau.
Apa yang penting, kita mesti terus
melawan. Sememangnya manusia akan
berlawan dengan nafsu sampai hari
kiamat atau manusia meninggal dunia.
Ikut mana yang datang dahulu.
Nabi ‫ ﷺ‬sendiri tidak pernah mengatakan
yang kita akan menang ke atas hawa
nafsu kita sepanjang 24 jam.
Sebab itu kita kena ada amalan yang kita
sendiri yang kita kena buat.
Imam al-Ghazali berkongsi dengan kita
seribu satu amalan yang boleh kita
amalkan. Jika tidak boleh berzikir, kita
boleh membaca al-Quran. Jika tidak boleh
membaca al-Quran, kita boleh berpuasa.
Jika tidak boleh berpuasa, kita boleh
bersedekah. Apa yang penting, ada
pelbagai amalan yang mampu kita buat.

31
Oleh itu apa yang penting, kita mesti
melawan hawa nafsu kita itu dengan
amalan-amalan yang kita ada dan
ketahui.
Oleh itu, usahakan untuk ada zikir-zikir
dan selawat-selawat yang menjadi
kesukaan atau favourite kita. Bila mana
kita tengah lemah semangat atau down,
zikir-zikir dan selawat-selawat inilah yang
akan kita baca dan amalkan.
Buya Hamka memberitahu kepada kita
menerusi bukunya Tasawuf Moden iaitu
bagaimana untuk mengubat hati
melawan hawa nafsu.
Antara ungkapan yang boleh kita ambil
iktibar dan pengajaran daripadanya:
“Kemenangan di dalam peperangan
dengan (hawa) nafsu ialah induk dari
segala kemenangan.”
“Kelazatan hati ialah teguh makrifat
kepada Allah kerana hati itu dijadikan
buat mengingat Tuhan.”

32
2. Abu Jahal
Orang yang memperlekeh akan baginda
‫ﷺ‬. Jika di zaman kita ini mereka yang
memperlekeh hadis-hadis Nabi ‫ﷺ‬,
asatizah dan para alim ulama.
“Semoga kita dilindungi daripada menjadi
sebahagian daripada orang yang seperti
Abu Jahal.
Na’ūzu billahi min zālik.
3. Beberapa orang sahabat yang telah
goyang hati mereka
Ada seorang sahabat selepas mendengar
Nabi ‫ ﷺ‬menceritakan peristiwa Israk dan
Mikraj yang baru berlaku, dia pergi
berjumpa dengan Baginda ‫ ﷺ‬yang waktu
itu berada di atas Bukit Safa.
Dia berkata, “Saya boleh percaya cakap
Nabi bahawa Nabi telah pergi ke
Baitulmaqdis dan kemudian balik semula
ke Makkah dengan dua syarat.”
Baginda ‫ ﷺ‬bertanya, “Apakah syarat-
syaratnya itu?”

33
“Yang pertama, tolong angkat kaki kanan
Nabi” sahabat tersebut menyuruh.
Lalu Nabi ‫ ﷺ‬mengangkat kaki kanan
baginda ‫ﷺ‬.
Untuk syarat yang kedua, sahabat
tersebut menyuruh Nabi ‫ ﷺ‬mengangkat
kaki kiri tetapi jangan jatuhkan kaki kanan
Baginda ‫ ﷺ‬yang telah diangkat tadi.
Mana boleh Nabi ‫ ﷺ‬terapung. Nabi ‫ﷺ‬
orang biasa seperti kita.
Lalu Nabi ‫ ﷺ‬berkata, “Saya tidak boleh
berbuat seperti itu.”
“Ya Nabi, kalau angkat kaki kiri dan
kemudian tidak jatuhkan kaki kanan, di
sini pun Rasulullah tidak boleh buat,
macam mana boleh pergi ke
Baitulmaqdis?” Soal sahabat tersebut.
Lalu Baginda ‫ ﷺ‬menyuruh sahabat itu
pergi bertanya tentang jawapan kepada
soalannya itu dengan Saidina Umar al-
Khattab R.A.

34
Dan sahabat tersebut pergi berjumpa
dengan Saidina Umar al-Khattab R.A. lalu
bertanya dengan beliau.
Dipendekkan cerita Saidina Umar R.A.
terus membunuh sahabat tersebut
dengan pedangnya kerana jika apa yang
diceritakan oleh Nabi ‫ ﷺ‬dia tidak
percaya, bagaimana mungkin dia akan
percaya jawapan yang akan diberikan
oleh Saidina Umar R.A.
Ada seorang lagi sahabat yang
berwatakan khawarij yang bernama Zul
َْ ُ ْ ُ
ِ َ ِ ‫ )ذو الخوي‬yang mana dia
Khuwaishirah (‫ضة‬
berani menuduh Baginda ‫ ﷺ‬tidak adil.
Ia ada dikisahkan di dalam hadis yang
panjang daripada Abu Sa'id Al-Khudri RA
berkata:
ُ ‫ه‬ َ ُ‫ه َ ه ه‬ َْ َ َ
‫اّٰلل َعل ْي ِه َو َسل َم َوه َو‬ ‫اّٰلل صى‬ ِ ‫ول‬ ِ ‫َب ْين َما ن ْح ُن ِع َند َر ُس‬
َ ُ َ َْ ُ ْ ُ ُ َ ً ْ ُ َْ
‫ضِة َوه َو َر ُج ح ِم ْن َب ِ ّ ين ت ِم ٍيم‬ ِ ‫َي َق ِسم ِقسما رتاه ه ذو الخوي‬
ْ‫ال َو ْي َل َك َو َم ْن َي ْعد ُل إ َذا َلم‬
َ ‫اعد ْل َف َق‬ ْ ‫ول اّٰلل‬
ِ
َ ‫ال َيا َر ُس‬ َ ‫فق‬
ِ ِ َ َ َ ِ
َ ‫ش َت إ ْن َل ْم ر ُك ْن ر ْعد ُل ف َق‬ ْ ِ ‫ت َو َخ‬ َ ْ َْ ْ َْ
‫ال ُع َم ُر َيا‬ ِ ‫رع ِدل قد خب‬
ُ َ َّ َ ُ ْ َ َ َ َ ُ َ ُ ُ َ ّْ ِ َ َ ْ َِْ ‫َ ُ َ ه‬
‫ضب عنقه فقال دعه ف ِإن له‬ ‫يه فأ‬ِ ‫اّٰلل ائذ َن ِ يل ِف‬ ِ ‫رسول‬
َ‫ح ُد ُك ْم َص َل َت ِ ُه َم َع َص َلته ْم َوص َي َام ُه َمع‬ َ ‫َر ْص َح ًابا َي ْحق ُر ر‬
ِ ِِ ِ
35
َ ُ َ ُ َ َ ُْ َ ْ
‫ِص َي ِام ِه ْم َيق َر ُءون الق ْرآن َّل ُي َج ِاوز ت َر ِاق َي ُه ْم َي ْم ُرقون ِم ْن‬
ََ َ َ َ ْ َّ ‫الس ْه ُم ِم ْن‬ َّ ‫الدين َك َما َي ْم ُر ُق‬ ِّ
‫الر ِم َّي ِة ُينظ ُر ِإل ن ْص ِل ِه فل‬ ِ
ُ َ ُ َ َ َ َ ْ ُ ْ َ‫ر‬ ُ َ ُ
‫يه‬َِ ‫وجد ِف‬ ‫ش حء ث َّم ُينظ ُر ِإل ِر َص ِاف ِه فما ي‬ ‫ي‬ ‫يه‬ِ ‫وجد ِف‬ ‫ي‬
‫شءح‬ ْ ‫يه‬ ‫ر‬ ُ َ ُ َ َ ُ ُ ْ َ ُ َ ِّ َ َ ُ َ ْ ُ َّ ُ ‫ح‬ ْ َ‫ر‬
ِ ‫ف‬ ِ ‫د‬ ‫وج‬ ‫ي‬ ‫ل‬ ‫ف‬ ‫ه‬ ‫ح‬ ‫د‬ ‫ق‬ِ ‫و‬ ‫ه‬ ‫و‬ ‫ه‬ِ ‫ي‬ ‫ض‬ ِ ‫ن‬ ‫ل‬ ‫إ‬ ‫ر‬ ‫ظ‬ ‫ن‬ ‫ي‬ ‫م‬ ‫ث‬ ‫ء‬ ‫ش‬
َ ‫رَ ْ ح َ ْ َ َ َ ْ َ ْ ي‬ ُ َ ُ َ َ َ ِ ُ َ ُ َ ْ ُ ‫ُ َّي‬
‫ث‬َ ْ َ ْ ْ َ ُ ْ ْ َ‫وج َ َ ُ ي‬
‫ر‬ ‫ف‬ ‫ال‬ ‫ق‬ ‫ب‬ ‫س‬ ‫د‬ ‫ق‬ ‫ء‬ ‫ش‬ ‫يه‬
ِ ‫ف‬ ِ ‫د‬ ‫ثم ينظر ِإل قذ ِذ ِهَ فل ي‬
ْ ُ َ ْ ‫َ َّ َ َ ُ ُ ْ َ ُ ح‬
‫ي المرر ِة‬ ِ َ ‫و َالدم ْآيت ْهم ْرج َر َس َود ِإ َح ْدى ع َض َد َي ِه ِمث ث ُد‬
‫ي ف ْرق ٍة ِم ْن‬ ّ ‫ر ْو ِمث ُ ال َبض َع ِة تد ْرد ُر َويخ ُر ُجون عى ِح‬
ِ َّ
‫اس‬ ِ ‫الن‬
Ertinya: “Ketika kami sedang bersama
Rasulullah ‫ ﷺ‬yang sedang membagi-
bagikan pembagian (harta)29, datang Zul
Khuwaishirah, seorang laki-laki dari Bani
Tamim, lalu berkata, "Wahai Rasulullah,
tolong engkau berlaku adil." Maka
Baginda berkata, "Celaka kamu! Siapa
yang boleh berbuat adil kalau aku saja
tidak boleh berbuat adil. Sungguh kamu
telah mengalami keburukan dan kerugian
jika aku tidak berbuat adil." Kemudian
Saidina Umar berkata, "Wahai Rasulullah,
izinkan aku untuk memenggal lehernya!
29
Kejadian in berlaku selepas peperangan Hunain iaitu
peperangan yang terjadi pasca Fathul Mekah (Pembebasan Mekah)
pada tahun 8 Hijriah di kawasan Hunain antara kaum muslim yang
dipimpin oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬sendiri dengan kaum Badwi suku
Hawazin dan Tsaqif yang tinggal di kawasan Thaif.

36
Baginda berkata, "Biarkanlah dia. Kerana
dia nanti akan memiliki teman-teman
yang salah seorang dari kalian
memandang remeh solatnya dibanding
solat mereka, puasanya dibanding puasa
mereka. Mereka membaca al-Quran
namun tidak sampai ke tenggorokan
mereka. Mereka keluar dari agama
seperti melesatnya anak panah dari
sasaran (haiwan buruan). (Kerana sangat
cepatnya anak panah yang dilesakkan),
maka ketika ditelitilah hujung panahnya
maka tidak ditemukan suatu bekas
apapun, lalu ditelitilah batang panahnya
namun tidak ditemukan suatu apapun,
lalu ditelitilah bulu anak panahnya namun
tidak ditemukan suatu apapun, rupanya
anak panah itu sedemikian dini
menembus kotoran dan darah. Ciri-ciri
mereka adalah laki-laki berkulit hitam
yang salah satu dari dua lengan atasnya
bagaikan payudara wanita atau bagaikan
potongan daging yang bergerak-gerak.

37
Mereka akan muncul pada zaman
timbulnya firqah30/golongan”.31

30
Firqah secara bahasa bererti kelompok manusia, yang boleh jadi
mempunyai pemahaman yang berbeza dengan Muslim yang
lainnya.
31
Hadis riwayat Imam Bukhari (no. hadis 3341) status hadis sahih.

38
Himpunan Doa Mustajab

Sesungguhnya doa merupakan saranan utama


bagi umat Islam untuk berkomunikasi dengan
Allah SWT.
Setiap doa yang dipanjatkan dengan tulus ikhlas
dan penuh keyakinan, memiliki peluang untuk
dikabulkan oleh Allah SWT.
Dalam rangka memahami dan mengamalkan
kekuatan doa, ramai ulama memberikan
perhatian khusus kepada himpunan doa-doa
mustajab.
Dengan memahami dan mengamalkan doa-doa
mustajab, adalah diharapkan ia dapat
memperdalam hubungan kita dengan Allah
SWT, meningkatkan ketakwaan, dan meraih
keberkahan di dalam kehidupan di dunia ini.
Di sini saya kongsikan beberapa doa yang
mustajab yang diambil dari al-Quran yang boleh
diamalkan oleh kita bersama.

39
1. Doa Memohon Keturunan yang
Memelihara Solat
ُ ََ َ ُ َ َّ َ ُ ّ ْ َ ْ ِّ َ
‫الصل ِة َو ِمن ذ ِّرَّي ِ ين ۚ َرَّعنا َوتق َّب ْ د َع ِاء‬ ‫رب اجعل ِ ين م ِقيم‬
Ertinya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah
daku orang yang mendirikan solat dan
demikianlah juga zuriat keturunanku.
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa
permohonanku.”32
2. Doa Agar Dilapangkan Dada dan
Dipermudahkan Urusan
َ ْ ِّ َ َ ْ َ ْ‫َر ِّب ر‬
‫ش ِ يل ر ْم ِري‬ ‫اْ ْح ِ يل َصد ِري*وي‬
Ertinya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah
bagiku, dadaku. Dan mudahkanlah
bagiku, tugasku.”33
3. Doa Agar Ditambahi Ilmu
ْ ْ
‫َّر ِّب ِزد ِ ّ ين ِعل ًما‬
Ertinya: “Wahai Tuhanku, tambahilah
ilmuku.”

32
Surah Ibrahim (‫ )ابراهیم‬14:40.
33 ٰ
Surah Taha (‫ )طه‬20:25-26.

40
4. Doa Memohon Pengiktirafan
‫َ َ ٰ َ َّ َ َ ُ ْ َ َ َ ِّّ ُ ُ َ ه‬
َّ ‫الظالم‬
‫ي‬ ِِ ‫َّل ِإلـه ِإَّل رنت سبحانك ِإ ين كنت ِمن‬
Ertinya: “Sesungguhnya tiada Tuhan
(yang dapat menolong) melainkan
Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau
(daripada melakukan aniaya,
tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku
adalah dari orang-orang yang
34
menganiaya diri sendiri.”
5. Doa Memohon Tempat yang Baik
َ َ َ ًً۬ َ َ ُّ ً۬ َّ ّ ُ ّ ۡ َ ِّ َّ
َّ ‫نت َخ ۡ ُب ۡٱل ُم ّ ّبل‬
‫ي‬ ِِ ‫رب ر ِنزل ِن مبال مباركا ور‬
Ertinya: “Wahai Tuhanku, turunkanlah
daku di tempat turun yang berkat dan
Engkau adalah sebaik-baik Pemberi
tempat.”35
6. Doa Agar Tergolong di Kalangan Orang-
Orang yang Beriman
‫ي‬ َّ ‫ڪ ً۬ما َو َر ۡلح ۡق ّن بٱ‬
َّ ‫لص ٰـلح‬ ۡ ُ ۡ ‫َر ِّب َه‬
‫ب ِل ح‬
ِ ِ ِ ِ ِ

34 َ
Surah al-Anbiya’ (‫)االٴنبیاء‬ 21:87.
35
Surah al-Mu'minun (‫ )المؤمنون‬23:29.

41
Ertinya: “Wahai Tuhanku, berikanlah
daku ilmu pengetahuan agama dan
hubungkanlah daku dengan orang-orang
yang soleh.”36
7. Doa Memohon Keluarga Bahagia
َۡ ًّ۬ ُ ‫ب َل َنا م ۡن َر ۡز َوٲج َنا َو ُذ ِّرَّي ٰـت َنا ُق َّر َة َر ۡع‬
‫ي َوٱ ۡج َعلنا‬ ۡ ‫َرَّع َنا َه‬
‫ن‬ ِ ِۡ ِ
‫ي ِإ َم ًاما‬ َّ ‫لل ُم َّتق‬
ِ ِ
Ertinya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami
beroleh dari isteri-isteri dan zuriat
keturunan kami: Perkara-perkara yang
menyukakan hati melihatnya dan
jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-
orang yang (mahu) bertakwa.”37
8. Doa Memohon Keampunan
َّ ُ َّ َّ َ ْ َ َ َّ َ ْ َ َ ْ ُ َ
ُ ‫الرح‬
‫يم‬ ِ ‫وتب علينا ِإنك رنت التواب‬

ُّ
Surah asy-Syu’ara’ (‫ )الش َع َراء‬26:83.
36

37 ُ
Surah Al-Furqan (‫ )الفرقان‬25:74.

42
Ertinya: “Dan terimalah taubat kami,
sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima
taubat, lagi Maha Mengasihani.”38
9. Doa Memohon Agar Amal Ibadah
Diterima oleh Allah SWT
ُ ‫يع ٱ ۡل َعل‬
‫يم‬ َّ َ َ َ َّ ‫َ َّ َ َ َ َّ ۡ َّ أ‬
ُ ‫لسم‬
ِ ِ ‫رعنا تقب ِمن ۖا ِإنك رنت ٱ‬
Ertinya: “Wahai Tuhan kami! Terimalah
daripada kami (amal kami),
sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mendengar, lagi Maha mengetahui.”39
10.Doa Memohon Kebaikan Dunia dan
Akhirat
َ ‫َرَّع َن أا َءات َنا ّف ٱ ُّلد ۡن َيا َح َس َن ً۬ة َو ّف ٱ ۡ َلخ َرة َح َس َن ً۬ة َوق َنا َع َذ‬
‫اب‬ ِ ِ ِ َّ
ِ ِ ِ
‫ٱلن ِار‬
Ertinya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami dari azab Neraka.”40

ََ
Surah Al-Baqarah (‫)البق َرة‬
38
2:128.
ََ
Surah Al-Baqarah (‫)البق َرة‬
39
2:127.
40
Surah Al-Baqarah (‫ )البَقَ َرة‬2:201.

43
11.Doa Memohon Perlindungan
‫َ َأ‬ َ َ َ َ ۡ َ ۡ َ َ ‫َ َ ُ َ ۡ َ أ َّ َ أ‬
‫َرَّعنا َّل تؤ ِاخذنا ِإن ن ِسينا ر ۡو رخطأن ۚا َرَّعنا َوَّل ت ۡح ِم ۡ َعل ۡينا‬
َۡ ُ َ َ َ َ َ ‫ضا َك َما َح َم ۡل َت ُه ۥ َع َى ٱ هلذ‬
ً۬ ۡ ‫إ‬
‫ين ِمن ق ۡب ِلن ۚا َرَّعنا َوَّل ت َح ِّملنا َما‬ ِ ِ
‫َ ۡ ُ َ َّ َ ۡ ۡ َ َ َ ۡ َ ۡ َ أ‬ ََ ََ َ َ
‫َّل طاقة لنا ِب ِهۖۦ وٱعف عنا وٱغ ِفر لنا وٱرحمن ۚا‬
Ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah
Engkau hukum kami jika kami lupa atau
kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah
Engkau bebankan kepada kami beban
yang berat sebagaimana Engkau
bebankan kepada orang-orang sebelum
kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
pikulkan kepada kami apa yang tak
sanggup kami memikulnya. Beri maaflah
kami; ampunilah kami; dan rahmatilah
kami.”41
12.Doa Agar Diberi Keteguhan Iman
َ ُ‫ه‬ َ َ ۡ َ َ َ َ ۡ َ َ ۡ َ ۡ َ َ َ ُ ُ ۡ ُ َ َ َّ َ
‫ب لنا ِمن لدنك‬ ‫رعنا َّل ت ِزغ قلوعنا بعد ِإذ هديتنا وه‬
‫َر ۡح َمة‬
Ertinya: “Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau memesongkan hati kami sesudah

ََ
Surah Al-Baqarah (‫)البق َرة‬
41
2:286.

44
Engkau beri petunjuk kepada kami dan
kurniakanlah kepada kami limpah rahmat
dari sisi-Mu.”42
13.Doa Dipermudahkan Mendapat Zuriat
‫ه ُ َ ُ ِّ َّ ً۬ َ ِّ َ َّ َ َ ُ ُّ أ‬ ۡ ‫َر ِّب َه‬
‫يع ٱلد َعا ِء‬‫ب ِل ِمن لدنك ذرية طيبةۖ ِإنك س ِم‬
Ertinya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah
kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan
yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa
Mendengar (menerima) doa
43
permohonan.”
14.Doa Memohon Rahmat dan Petunjuk
ً۬ َ َ َ َ َ ۡ ِّ َ َ ً۬ َ ۡ َ َ ُ ‫ه‬ َ ‫َأ‬
‫ن لنا ِم ۡن ر ۡم ِرنا َرشدا‬ ‫َرَّعنا َء ِاتنا ِمن لدنك رحمة وه‬
Ertinya: “Wahai Tuhan kami!
Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu
dan berilah kemudahan-kemudahan serta
pimpinan kepada kami untuk
keselamatan agama kami.”

42 َ ‫ )آل ِع‬3:8.
Surah Ali ‘Imran (‫مران‬
43
Surah Ali ‘Imran (‫ِمران‬
َ ‫ )آل ع‬3:38.

45
15.Doa Memohon Agar Mmenjadi Orang
yang Bersyukur
َ َّ َ َ َ ۡ َ ۡ َ ٓ ‫َ ِّ َ ۡ ۡ ّ ٓ َ ۡ َ ۡ ُ َ ۡ َ َ َ ه‬
‫ى َو َع ٰى‬‫رب رو ِزع ِن رن رشكر ِنعمتك ٱل ِن رنعمت ع‬
ّ َ َ ۡ َ ّ ۡ ۡ َ َ ُ ٰ َ ۡ َ ً۬ ٰ َ َ َ ۡ َ ۡ َ َ َّ َ َ
‫وٲ ِلدى ورن رعم صـ ِلحا ترضجه ورد ِخل ِن ِبرحم ِتك ِف‬
‫ي‬ َّ َ َ
َّ ‫لص ٰـلح‬
ِ ِ ‫ِعب ِادك ٱ‬
Ertinya: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah
daku supaya tetap bersyukur akan
nikmat-Mu yang Engkau kurniakan
kepadaku dan kepada ibu bapaku dan
supaya aku tetap mengerjakan amal
soleh yang Engkau redai dan
masukkanlah daku dengan limpah
rahmat-Mu dalam kumpulan hamba-
hamba-Mu yang soleh.”44
Marilah kita terus berdoa dengan hati yang
tulus ikhlas dan yakinlah bahawa setiap doa
yang keluar dari hati yang bersih dan tulus,
memiliki kekuatan untuk meraih reda Allah
SWT.

44 َّ
Surah an-Naml ( ‫ )النم‬27:19.

46
Semoga setiap langkah kita selalu diiringi oleh
doa yang mustajab, dan kehidupan kita
senantiasa dalam reda-Nya.
Insyā-Allāh.

Kesimpulan

Sempena dengan keistimewaan yang ada di


dalam bulan Rejab ini, marilah sama-sama kita
mempertingkatkan amal ibadah kita dan
semoga Allah SWT sentiasa menganugerahkan
kita taufiq dan hidayah-Nya dalam setiap
amalan yang kita lakukan agar ianya tidak
menyalahi al-Quran dan juga sunnah Rasulullah
‫ﷺ‬.
‫ي‬َّ ْ ‫الع َالم‬
َ ‫ي َيا َر َّب‬
ّ ْ ‫ِآم‬
ِ
Dan dikesempatan ini juga, sekiranya pembaca
ada terjumpa kesalahan pada isi kandungan
risalah ini, mohon untuk diperbetulkan dan
memaklumkan kepada penulis untuk dibuat
pembetulan ke atasnya dan penulis dahului
dengan diucapkan:

47
َ َ ُ ُ ُ َ َ 45
‫هللا خ ْ ًبا ك ِث ْ ًبا‬ ‫جزاكم‬

‫اخرالکالم‬
Marilah sama-sama kita hadiahkan bacaan
surah al-Fatihah buat junjungan kekasih Allah
Baginda Nabi ‫ ﷺ‬dan ahli keluarganya, para
sahabat, Tābi’in dan Tābi'ut Tabi'īn dan
seterusnya kepada seluruh ulama’, fuqaha’ dan
muhaddisin, juga kepada semua pengarang
kitab dan risalah yang penulis jadikan sebagai
sumber ambilan dan rujukan di dalam
menyusun risalah ini…..AL-FĀTIHAH

)١( ‫ٱلر ِح ِيم‬ َّ ‫ٱلر ۡح َم ٰـن‬َّ ‫ٱهلل‬ ِ ‫ِب ۡس ِم‬


ِ
‫) َم ٰـ ِل ِك َي ۡو ِم‬٣( ‫ٱلر ِح ِيم‬
َّ ‫ٱلر ۡح َم ٰـن‬ َّ )٢( ‫ي‬ َّ ‫ۡٱل َح ۡم ُد هّٰلل َر ِّب ۡٱل َع ٰـ َلم‬
ِ ِ ِ ِ
َ َ ِّ َ ۡ ُ َ ۡ َ َ َّ َ ُ
ّ ‫) إياك نعبد وإياك نست ِع‬٤( ‫ٱلدين‬ُ ۡ َ َ َّ ِّ
‫) ٱه ِدنا ٱلضٲط‬٥( ‫ي‬ ِ ِ ِ

45
Hadis daripada Usamah bin Zaid R.A. beliau berkata bahawa
Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:
َ َّ ّ َ َ َ ْ َ َ َ ُ ‫َ َ َ ه‬ َ َ ََ ‫َ ْ ُ َ َْ َ ُْ ح‬
‫اّٰلل خ ْ ًبا فقد ر ْبلغ ِ يف الثن ِاء‬ ‫ال ِلف ِاع ِل ِه جزاك‬‫من ص ِنع ِإلي ِه معرو ِ فق‬
Ertinya: “Barang siapa yang diperlakukan dengan baik kemudian
dia mengucapkan, 'JAZĀKALLĀHU KHAIRAN' maka sesungguhnya
dia telah memberikan pujian yang terbaik.” *Hadis riwayat Imam
Tirmidzi (no. hadis 2935) status hadis sahih].

48
ُ ۡ َ ۡ ۡ َ ۡ ۡ َ َ َ ۡ َ َۡ َ ‫َ َ ه‬ َ ‫ۡٱل ُم ۡس َتق‬
‫وب‬
ِ ‫ض‬ ‫غ‬ ‫م‬ ‫ٱل‬ ‫ب‬
ِ ‫غ‬ ‫م‬ ‫ه‬
ِ ‫ي‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫ت‬ ‫م‬ ‫ع‬ ‫ن‬ ‫ر‬ ‫ين‬ ‫ذ‬
ِ ‫ٱل‬ ‫ٲط‬
‫ض‬ ِ )٦( ‫يم‬ ِ
َ ّ ِّ ‫َ َ ۡ ۡ َ َ َّ أ‬
)٧( ‫علي ِهم وَّل ٱلضالي‬

REJAB bulan menanam benih


SYA’BAN bulan menyiram tanaman
RAMADAN bulan menuai hasil

ُ ‫وهللا‬
‫رعلم بالـصـواب‬
Ertinya: “Dan Allah Maha Mengetahui
yang sebenarnya.”

49

Anda mungkin juga menyukai