Anda di halaman 1dari 46

USTAZ DON DANIYAL BIN DON BIYAJID

IBRAH1 BULAN REJAB

1444H | 2023M

1
Perkataan ibrah adalah dari bahasa Arab iaitu (‫)عبة‬.
‫ر‬ Ibrah merupakan
pengajaran dari kehidupan Nabi ‫ﷺ‬, sirah peperangan, sejarah tempat,
biodata para ulama’ dan sebagainya.
َّ ‫ئلر ۡح َم ٰـن‬
‫ئلر ِح ِيم‬ ِ ‫ِب ۡس ِم‬
َّ ‫ئهلل‬
ِ
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani” *Surah al-Fātihah ayat 1]
IBRAH BULAN REJAB
Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid, 1984 -
© Agami Group
Terbitan Pertama, 2023
Hak cipta terpelihara. Namun dipersilakan untuk disebarkan
dengan niat memanjangkan amalan dan berkongsi manfaat
dengan menyebut sumber rujukan demi keberkatan ilmu.

Diterbitkan bersama oleh:


AGAMI GROUP SDN BHD
No. 25-2, Jalan Seri Putra 1/8
Bandar Seri Putra, Bangi
43000 Kajang, Selangor

MALIZA VENTURES
No. 5, Jalan Puteri 2A/1
Kubica Square
Bandar Puteri Bangi
43000 Kajang, Selangor
Daripada Saidina Abdullah bin Amr RA, bahawa Rasulullah
‫ ﷺ‬telah bersabda:
َ َ ُ ِّ
‫َبلغوإ ع ِّّ ين َول ْو َآية‬
“Sampaikanlah daripadaku walau hanya satu ayat”
[Hadis riwayat Imam Bukhari (3202, 3461) status hadis
sahih]
ISI KANDUNGAN

Mukadimah.............................................................................. 1
Apakah bulan Rejab itu? .......................................................... 3
Kalendar Masihi vs Kalendar Hijriah ...................................... 15
Tanda Syiar Islam ................................................................... 17
Lazatnya Dapat Menyebut Nama Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬........ 20
Amalan-Amalan di Dalam Bulan Rejab .................................. 25
Ibrah Daripada Bulan Rejab ................................................... 29
Kesimpulan ............................................................................ 38
Mukadimah2

َّ ‫ئلر ۡح َم ٰـن‬
‫ئلر ِح ِيم‬ َّ ‫ئهلل‬ِ ‫ِب ۡس ِم‬
ِ
‫ش ِف‬ َ ‫إلس ََل ُم َع‬
َ ْْ ‫ىل َإ‬ َّ ‫إلص َال ُة َو‬ َّ ‫ي َو‬ َّ ْ ‫إلع َالم‬
ِ
َ ‫ّٰلل َر ِّب‬ ّّ ُ َ ْ َ
ِ ‫إلح ْ َمد‬
ٰ ََ َٰ َ َّ ْ ‫ْإلأل ْنب َياء َو ْإل ُم ْر َسل‬
‫ي َس ِّي ِدنا َو َم ْولنا ُم َح َّم ٍد َوعىل إ ِل ِه‬ ِ ِ ِ
َ‫ي‬ ّ ْ ‫َو َص ْحب ِه َإ ْج َم ِع‬
ِ
ُ َ
‫إ َّما َب ْعد‬
‫ه‬ َ ّ ً۬ َ َ َْ َ َ ۡ ‫َ ه‬ ُّ َ َّ َّ
‫ئّٰلل َي ۡو َم‬
ِ ‫ڪت ٰـ ِب‬ ِ ‫ش ش ۡہرإ ِف‬ ‫ئّٰلل ئثنا ع‬
ِ ‫ور ِعند‬
ِ ‫ِؤن ِعدة ئلش ُہ‬
ً۬ ٌ َ ٓ ۡ َ َۡ ۡ َ َ َ َّ َ َ َ
ۚ‫ض ِمن َہا أ ۡرَب َعة ُح ُر ٌم‬‫ات وئۡلر‬ ِ ‫خلق ئلسم ٰـو‬
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi
(hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah
ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia
menciptakan langit dan bumi, di antaranya
empat bulan yang dihormati” *Ayat 36 Surah At-
Taubah].
Apakah empat bulan yang dihormati atau yang
istimewa atau yang dimuliakan itu?

2
Risalah ini adalah berdasarkan kepada ceramah Ustaz Don
Daniyal Don Biyajid di Masjid Al-Ukhwah, Kampung Padang
Pokok Mangga, Melaka pada 30 Januari 2023 yang lalu.

1
Baginda Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬menjelaskannya
menerusi hadis daripada Abu Bakrah bahawa
Nabi ‫ ﷺ‬telah bersabda:
َ ْ ُ َ َّ َ ْ َ ْ َ َّ ‫ان َق ْد ْإس َت َد َإر َك َه ْي َئة َي ْو َم َخ َل َق‬
ُ َ َّ
‫إلسنة إثنا‬ ‫إت وإۡلرض‬ ِ ‫إلس َم َو‬ ِ ‫إلزم‬
َ
ُ َ َ ْ َ ْ ُ ٌ َ َ َ ُ ٌ َ َ َ ٌ ُ ُ ٌ َ َ ْ َ ْ ً ْ َ َ َْ َ
‫عش شهرإ ِمنها أربعة حرم ثَلثة متو ِإليات ذو إلقعد ِة وذو‬
َ َ َ
‫ي ُج َمادى َوش ْع َبان‬ َّ ْ ‫ض هإلذي َب‬ َ ُ ُ َ َ َ ُ َ ُ ْ َ َّ ْ
ِ َ ّ ‫إل ِحج ِة وإلمح َّرم ورجب م‬
“Waktu berputar sebagaimana keadaannya
semula ketika Allah menciptakan langit dan
bumi. Tahun terdiri dari dua belas bulan, empat
di antaranya adalah bulan suci, tiga berurutan,
iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharam, dan
yang keempat adalah Rejab Mudhar yang
teletak di antara bulan Jamadilakhir dan
Sya’ban” *Hadis riwayat Imam Bukhari (4054)
status hadis sahih].
Dan apabila masuk sahaja bulan Rejab, biasanya
orang akan berbincang mengenainya. Ini kerana
sebahagian besar di kalangan kita akan
ّّ َ َْ
mengucapkan ‫( أهَل َو َس ْهَل َيا ش ْه ُر إّٰلل‬selamat
datang bulan Allah).

2
Apakah bulan Rejab itu?

Rejab adalah daripada perkataan rujūb (‫ُ)ر ُج ْو ٌب‬


yang membawa makna agung (‫)عظيم‬. Maknanya
adalah bulan yang agung3.
Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya
Latā'if Al-Ma'ārif, menukilkan bahawa ada
ulama menyatakan bahawa bulan Rejab adalah
bulan menanam. Bulan Sya’ban adalah bulan
menyiram dan bulan Ramadan adalah bulan
menuai hasilnya.
Ini bermakna, sesiapa yang tidak menanam di
bulan Rejab, tidak pula menyiram di bulan
Sya’ban4, bagaimana mungkin dia akan menuai
hasilnya di bulan Ramadan?

3
Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali menjelaskan maksud Rejab ialah
agung (Latā'if Al-Ma'ārif, hlm. 117). Oleh sebab itu, bulan Rejab
adalah bulan yang agung dan mulia.
4
Di dalam kitab Al-Badrut Tamām Syarah Bulūghul Marām min
Adillati Al-Ahkām, hal. 132, juz 5 dinyatakan bahawa bulan
Sya’ban adalah bulannya Rasulullah ‫ﷺ‬. Ungkapan tersebut
adalah berlandaskan dalil yang diterima oleh kalangan umat
Islam, hal itu adalah dirujuk kepada hadis Baginda ‫ ﷺ‬yang
diriwayat oleh Hasan:
‫أمن‬
‫ ورمضان شهر ي‬،‫ وشعبان شهري‬،‫عن إلحسن مرسَل أنه قال ﷺ رجب شهر هللا‬
3
Dalam ertikata lain, sekiranya kita tidak
mulakan lagi beribadah contohnya berpuasa,
membaca Al-Quran, membanyakkan berzikir, di
bulan Sya’ban pula kita tidak memperkemaskan
lagi ibadah kita, bagaimana di bulan Ramadan
kita dapat melaksanakan amal ibadah dengan
jayanya?
Sesungguhnya hidup kita di atas muka bumi ini
adalah untuk memenuhi apa yang Allah SWT
firmankan iaitu:
ُ ُ ۡ َ َّ َ ۡ َ َّ ۡ ُ ۡ َ َ َ َ
‫ون‬
ِ ‫وما خلقت ئل ِجن و ِئۡلنس ِؤَّل ِليعب‬
‫د‬
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan untuk mereka menyembah
dan beribadat kepada-Ku” *Ayat 56 surah Az-
Zāriyāt].
Dalam ayat di atas Allah mendidik kita agar di
dalam kehidupan dunia ini hendaklah kita
beribadah kepada-Nya. Apa sahaja yang boleh

“Diriwayatkan daripada Al-Hasan (hadis mursal) Rasulullah ‫ﷺ‬


bersabda: bulan Rejab merupakan bulannya Allah dan bulan
Sya’ban adalah bulanku (Nabi Muhammad), sedangkan bulan
Ramadan merupakan bulannya umatku (Nabi Muhammad)”

4
mendorong kita untuk melakukan ibadah
kepada-Nya, lakukanlah asal sahaja ia berada di
atas landasan syariat agama Islam.
Sesungguhnya nama bulan Rejab itu sendiri pun
sudah bermakna agung atau mulia. Dan ia
diiktiraf sendiri oleh Nabi Muhammad ‫ﷺ‬.
Sebagaimana hadis daripada Anas bin Malik RA,
beliau berkata bahawa Baginda Nabi ‫ ﷺ‬apabila
memasuki bulan Rejab sahaja, maka Baginda
Nabi ‫ ﷺ‬akan berdoa:
َ َ ّ ََ ْ َ َ ّ ََ ْ ‫َ ه‬
‫إلل ُه َّم َب ِارك لنا ِ يف َر َج ٍب َوش ْع َبان َو َب ِارك لنا ِ يف َر َمضان‬
“Ya Allah, berkatilah kami di dalam bulan Rejab
dan Sya’ban dan berkatilah kami di dalam bulan
Ramadan” *Hadis riwayat Imam Ahmad (2228)+.
Sekiranya kita fikir secara logik, iaitu di dalam
banyak-banyak bulan, Allah SWT telah memilih
bulan Rejab untuk berjumpa dengan Nabi ‫ﷺ‬.
Kenapa tidak bulan Ramadan atau Muharam?
Ini kerana nama bulan Rejab itu sahaja adalah
‘Bulan yang Agung’.

5
Di dalam Al-Qāmūs Al-Muhīth (‫)قاموس إلمحيط‬
pengarangnya iaitu Al-Fīrūzābādī menjelaskan
suatu benda yang ada banyak nama,
menandakan bahawa nama itu mulia dan
sempurna dan elok.
Contohnya Allah SWT sendiri mempunyai
banyak nama, dan siapa yang menghafal asmāul
husna (‫إلحسن‬ ّ ‫ )أسماء‬akan masuk ke syurga.
Sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah RA
bahawa Nabi ‫ ﷺ‬bersabda:
َ َ َ َ َ َ َّ ‫ؤ َّن هّٰلل ت ْس َعة َوت ْسع‬
‫ي ْإس ًما ِمائة غ ْ َب َو ِإح ٍد َم ْن أ ْح َصاها دخ َل‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ َّ َ ْ
‫إلجنة‬
“Sesungguhnya Allah memiliki sembilan puluh
sembilan nama, seratus kurang satu. Barang
siapa yang menghafal, mengamalkan,
membenarkan, dan menjaganya akan masuk
syurga” *Hadis riwayat Imam Tirmidzi (3428)
status hadis sahih]
Begitu juga dengan nama Nabi Muhammad ‫ﷺ‬.
Penulis telah mengambil sanad daripada anak
kepada Al-‘Allamah Al-Faqeh Al-Muhaddis
Maulana Muhammad Musa Ruhani Al-Bazi

6
Rahimahullah menerusi kitabnya Al-Barakāt Al-
Makkiyyah fi A-Salawāt An-Nabawiyyah. Di
dalam kitab tersebut dinyatakan bahawa nama
Baginda Nabi ‫ ﷺ‬adalah sebanyak 805 nama.
Manakala untuk bulan Rejab, ada empat belas
nama. Ianya ada disebut di dalam kitab
Mawāhibu Al-Jalīl li-Sharh Mukhtasar Khalīl
iaitu:
َْ
1. Al-Asham (‫)إۡل َص ُّم‬ kerana mereka
meninggalkan peperangan padanya.
َ
ُّ ‫)إۡل َص‬
2. Al-Ashab (‫ب‬ kerana orang kafir
Makkah mengatakan diturunkan rahmat
padanya
3. Rajam (‫ َ)ر ْج ٌم‬kerana syaitan direjam
padanya
ْ َّ
4. As-Shahr Al-Haram (‫)إلش ْه ُر إل َح َر ُإم‬
ْ
ُ ‫)إل ُمق‬
5. Al-Muqim (‫يم‬ ِ kerana pengharaman
kekal dan tidak digugurkan
‫ْ ه‬
6. Al-Mu’alla (‫ )إل ُم َعىل‬kerana bulan ini tinggi
(mulia) berbanding bulan-bulan yang lain
ُ َْ
7. Al-Fardu (‫)إلف ْرد‬

7
َّ َ ْ ُْ
8. Munshilu Al-Asinnah (‫)من ِص ُل إۡل ِسن ِة‬ disebut
oleh Imam Bukhari dari Abi Raja’ Al-
‘Uthāridi
ْ ُْ
9. Munshilu Al-Āli (‫)من ِص ُل إْل ِل‬
َّ َ ْ ُ ْ ُ
10.Munzi’u Al-Asinnah (‫)م ّ ِّبع إۡل ِسن ِة‬
ْ َ
11.Syahru Al-‘Athīrah (‫ )ش ْه ُر إل َع ِت َب ِة‬kerana
mereka menyembelih ‘athirah (nama bagi
sembelihan yang dilakukan oleh orang
kafir pada zaman jahiliyyah)
ْ
12.Al-Mubdī (‫)إل ُم ْب ِدي‬
13.Al-Mu’ash’ish (‫ش‬ ُ ‫)إلم َع ْش ِع‬
ُ
‫َ ْ ه‬
ِ ‫)شه ُر‬
14.Syahrullah (‫إّٰلل‬
Dan menurut satu penulisan seorang ulama,
beliau menyatakan bahawa ada tujuh belas
nama lain bagi bulan Rejab.
Namun demikian, ianya menjadi pelik apabila
ada sebahagian orang di zaman kita ini yang
menjadikan bulan Rejab ini sebagai topik untuk
menyuruh kita mengurangkan amal ibadah kita
di dalam bulan yang mulia ini.
Mereka mengatakan bahawa bulan Rejab ini
sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain.

8
Apabila ini berlaku, sebahagian daripada kita
akan berfikir, apa patut kita buat?
Apabila timbul persoalan seperti ini, pertama-
tamanya kita kena kembali kepada Al-Quran5.
Apabila kita hendak terjemah apa-apa perkara
mesti dirujuk kepada Al-Quran terlebih dahulu.
Ini kalāmullah.
Dunia ini berjalan mesti selari dengan firman
Allah SWT. Oleh itu kita kena rujuk apa yang Al-
Quran sebutkan. Apabila disebut tentang alam
ini, Allah SWT akan sebutkan berkaitan dengan
sesuatu benda yang berpusing.
Contohnya firman Allah SWT di dalam surah Az-
Zumar ayat 5:
‫َ ه‬ َّ َ َّ َ ‫َ ه‬
ۖ‫ُيك ِّو ُر ئل ۡي َل َعىل ئلن َہ ِار َو ُيك ِّو ُر ئلن َه َار َعىل ئل ۡي ِل‬

5
Sebagaimana yang dijelaskan di dalam sebuah hadis:
َ َ َّ ‫َ َ ه‬ ُْ َ َ ْ ُّ َ ْ َ ْ ْ َ ُ ُ ْ َ
‫ َو ُسنة ن ِب ِّي ِه‬،‫إّٰلل‬
ِ ‫ ِكتاب‬:‫ لن ت ِضلوإ ما ت َم َّسكت ْم ِب ِه َما‬،‫تركت ِف ْيك ْم أم َري ِن‬
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan
sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah
(Al-Quran) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi ‫* ”)ﷺ‬Riwayat
Malik (1594)].

9
“Ia pula menjadikan malam melingkari
(berputar) siang (dengan gelapnya) dan
menjadikan siang melingkari (berputar) malam
(dengan cahayanya)”
َ
Perkataan ‫ ُيك ِّو ُر‬digunakan untuk benda atau
sesuatu yang berputar.
Berbalik semula kepada bulan-bulan dalam
kalendar hjiriah ini, adakah disebut di dalamnya
bulan-bulan istimewa ataupun tidak?
Seperti mana yang disebut oleh penulis di awal
risalah ini, di dalam surah At-Taubah ayat 36
Allah SWT telah berfirman:
‫ه‬ َ ّ ً۬ ۡ َ َ َْ َ َ ۡ ‫َ ه‬ ُّ َ َّ َّ
‫ئّٰلل َي ۡو َم‬
ِ ‫ڪت ٰـ ِب‬ِ ‫ش ۡش َہرإ ِف‬ ‫ئّٰلل ئثنا ع‬
ِ ‫ور ِعند‬ ِ ‫ِؤن ِعدة ئلش ُہ‬
‫ض‬ َّ ‫َخ َل َق‬
َ ‫ئلس َم ٰـ َوات َوئۡل ۡر‬
ِ
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi
(hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah
ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia
menciptakan langit dan bumi,”
Adalah Allah SWT telah tetapkan dua belas
bulan ini melalui ilmu Allah SWT sejak azali lagi
di dalam Luh Mahfuz telah pun tercatat.

10
Seterusnya sambungan ayat tersebut, Allah
SWT telah berfirman:
ً۬ ٌ َ ٓ ۡ
ۚ‫ِمن َہا أ ۡرَب َعة ُح ُر ٌم‬
“Di antaranya empat bulan yang dihormati”
Iaitulah terdapat empat bulan yang haram atau
istimewa. Ia disebut sendiri oleh Allah SWT.
Bukan kita yang menyebutnya.
Ini bermaksud, sekiranya Allah SWT tidak suruh
kita merainya, pasti Allah SWT tidak akan
menyebut sepertimana sambungan ayat di atas
iaitu “Di antaranya empat bulan yang
dihormati”.
Kenapa empat bulan ini istimewa dan menjadi
bulan-bulan yang dihormati?
Ini kerana Allah SWT menghendaki kita untuk
membuat sesuatu kerana bulan tersebut sangat
istimewa.
Seperti contohnya Hari Kemerdekaan dan Hari
Malaysia dikira istimewa dan kita merainya
dengan sebaik-baik keraian. Adakah ia ada
disebut oleh Allah SWT di dalan Al-Quran? Ia

11
dikira istimewa kerana Nabi ‫ ﷺ‬ada menyuruh
kita mencintai Negara maka kita meraikannya.
In berdasarkan kepada hadis daripada Ibn
Abbas RA bahawa Nabi ‫ ﷺ‬berkata kepada
Makkah:
ْ ّ ُ َ ْ َ ْ َ َّ َ َ ْ َ َ َّ َ َّ َ َ َ َ َ ْ َ ‫َما َأ ْط َي‬
‫ون ِمن ِك َما‬ ‫ج‬‫ر‬‫خ‬‫أ‬ ‫م‬
‫ِي‬ ‫و‬‫ق‬ ‫ن‬ ‫أ‬ ‫َّل‬ ‫و‬ ‫ل‬‫و‬ ،‫ل‬ ‫ؤ‬ ‫ك‬
ِ ‫ب‬‫ح‬ ‫أ‬‫و‬ ،‫د‬ٍ ‫ل‬‫ب‬ ‫ن‬‫م‬ِ ‫ك‬
ِ ‫ب‬
‫ِي‬ َ ُ ْ‫ِ َ ي‬
‫َسكنت غ ْ َب ِك‬
“Alangkah baiknya dirimu wahai Makkah dan
betapa cintanya diriku terhadapmu, seandainya
kaumku tidak mengeluarkanku darimu, nescaya
aku tidak akan tinggal selain daripadamu”
[Hadis riwayat Imam Tirmidzi (3926) status
hadis hasan sahih gharib].
Kita ikut sunnah Nabi ‫ ﷺ‬mencintai Makkah,
maka kita meraikannya tanda mencintai Negara
kita.
Apabila ada perkara yang tiada di dalam Al-
Quran tetapi selari dengan ajaran Islam, maka
kita meraikannya. sedangkan perkara ini ada
disebut di dalam Al-Quran, kenapa kita tidak
meraikannya?

12
Adakah kita adakan kuliah semata-mata untuk
melarang jangan raikan keistimewaan bulan
Rejab?
Kita seolah-olah hendak megikut sunnah Nabi
‫ ﷺ‬dengan cara tidak meraikannya. Namun
secara tidak langsung kita mengajar kepada
orang lain untuk take it easy iaitu bulan Rejab
ini tiada apa-apa keistimewaan untuk diraikan.
Sedangkan dengan jelas Allah SWT menyuruh
kita merainya kerana ianya adalah salah satu
bulan yang penuh dengan keistimewaan:
‫ه‬ َ ّ ً۬ َ َ َْ َ َ ۡ ‫َ ه‬ ُّ َ َّ َّ
‫ئّٰلل َي ۡو َم‬
ِ ‫ڪت ٰـ ِب‬ ‫ش ش ۡہرإ ِف‬ ‫ئّٰلل ئثنا ع‬
ِ ‫ور ِعند‬ ُ ‫ئلش‬
‫ہ‬ ‫ؤن عدة‬
َ َ ُ ِّ َ ۡ ُ ِّ َ َ ًٌ۬ ُ ُ ٌ َ َ ۡ َ ٓ َ ۡ َ ۡ َ ۡ َ ِ َ ٰ َ َّ ِ َ َ ِ َ
ِ
‫ات وئۡلرض ِمنہا أربعة حرمۚ ذ ِالك ئلدين ئلقيمۚ فَل‬ ِ ‫خلق ئلسمـو‬
ۡۚ‫ڪم‬ُ َ ُ َ َّ ْ ُ ۡ َ
‫تظ ِلموإ ِف ِيہن أنفس‬
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi
(hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah
ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia
menciptakan langit dan bumi, di antaranya
empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang
demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka
janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam
bulan-bulan yang dihormati itu (dengan

13
melanggar larangan-Nya)” *Ayat 36 surah At-
Taubah].
Seterusnya Nabi ‫ ﷺ‬jelaskan apakah empat
bulan yang istimewa ini menerusi hadis
daripada Abu Bakrah bahawa Nabi ‫ ﷺ‬telah
bersabda:
َ ْ ُ َ َّ َ ْ َ ْ َ َ َ َّ َ َ َ َ ْ َ َ ْ َ َ َ َ َ ْ ْ َ ُ َ َّ
‫إلسنة إثنا‬ ‫إت وإۡلرض‬ ِ ‫إلزمان قد إستدإر كَهيئ ِ ٌة يوم خ َلق ٌ إلسمو‬
ُ َ َْ ُ ٌ َ َ َ ْ َ َ َْ َ
‫ش ش ْه ًرإ ِمن َها أ ْرَب َعة ُح ُر ٌم ثَلثة ُمت َو ِإل َيات ذو إلق ْعد ِة َوذو‬ ‫ع‬
َ َ ْ َ َ َ َ ُ َّ ْ َ ‫ْ َّ َ ْ ُ َ َّ ُ َ َ َ ُ ُ َّ َ ه‬
‫إل ِحج ِة وإلمحرم ورجب مض إل ِذي بي جمادى وشعبان‬
“Waktu berputar sebagaimana keadaannya
semula ketika Allah menciptakan langit dan
bumi. Tahun terdiri dari dua belas bulan, empat
di antaranya adalah bulan suci, tiga berurutan,
iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharam, dan
yang keempat adalah Rejab Mudhar6 yang
teletak di antara bulan Jamadilakhir dan
Syaaban” *Hadis riwayat Imam Bukhari (4054)
status hadis sahih].

6
Mudhar dinisbatkan terhadap kabilah sebagai penghormatan.

14
Kalendar Masihi vs Kalendar Hijriah

Adapun kalendar masihi dan juga kalendar


hijriah, kedua-duanya Allah SWT meraikannya
seperti yang tercatat di dalam surah Al-Kahfi
ayat 25 iaitu:
ً۬ ْ ُ َ ۡ َّ ً۬ َ ْ َ َ َ َ ّ ْ ُ َ
‫ي َوئزدإدوإ ِت ۡسعا‬ ‫َول ِبثوإ ِف ك ۡه ِف ِه ۡم ثل ٰـث ِمائ ٍة ِس ِن‬
“Dan mereka (ashabul kahfi)7 telah tinggal tidur
dalam gua mereka: Tiga ratus tahun (dengan
kiraan Ahli Kitab) dan (tambah) sembilan
(tahun) lagi (dengan kiraan kamu)”
Di dalam hal ini para ulama berfikir kenapa Allah
SWT tidak terus menyebut 309 tahun tetapi
disebut 300 tahun dan ditambah 9 tahun lagi?
Sesungguhnya para ulama ini Allah SWT
kurniakan ilham buat mereka. Setelah
berbincang sesama mereka, mereka bertemu
dengan jawapan bahawa siapa yang
menghitung tahun hijrah yang mengikut bulan,

7
Kisah Ashabul Kahfi (Arab: ‫ )أصحاب إلكهف‬merupakan suatu kisah
mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam
sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudiannya.

15
mereka akan bertemu bahawa ashabul kahfi
telah tidur selama 309 tahun. Manakala bagi
mereka yang menghitung mengikut matahari,
jawapannya bahawa ashabul kahfi telah tidur
selama 300 tahun.
Ini menunjukkan secara tidak langsung Allah
SWT meraikan kedua-dua kalendar iaitu
kalendar masihi dan juga kalendar hijriah.
Oleh itu untuk mengguna pakai kalendar masihi
dibolehkan dan kalau ingin menggunakan
kalendar hijriah pun dibolehkan.

16
Tanda Syiar Islam

Di dalam ayat 32 surah Al-Haj, Allah SWT telah


berfirman:
ُُۡ ََۡ َ َّ َ ‫َذال َك َو َمن ُي َع ِّظ ۡم َش َع ٰٰٓـ َب ه‬
‫وب‬
ِ ‫ئّٰلل ف ِإنها ِمن تقوى ئلقل‬
ِ ‫ر‬ ِ
“Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang
menghormati syiar-syiar agama Allah maka
(dialah orang yang bertakwa) kerana
sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari
sifat-sifat takwa hati orang mukmin”
Kepada siapa-siapa yang meraikan kebesaran
atau keagungan atau kemuliaan atau
mengutamakan8 syiar-syiar9 Allah SWT, mereka
termasuk di dalam hati-hati orang yang
bertakwa.
“Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang
bertakwa, āmīn yā robbal’ālamīn”.
8
Empat bulan yang Allah SWT sebutkan di dalam ayat 36 surah
At-Taubah adalah termasuk di dalam syiar-syiar Allah SWT ini.
9
Perkataan syiar (‫ )شعار‬adalah bermaksud lambang kebesaran,
keagungan, atau kemuliaan (rujuk Kamus Dewan Edisi
Keempat). Buya Hamka menyatakan bahawa syiar itu ertinya
ٰٓ َ
tanda. Kata jamaknya ialah sya’air (‫)ش َع ٰـ ر َب‬. Sya’āirallah ertinya
tanda-tanda peribadatan kepada Allah SWT.

17
Sebab itu siapa-siapa yang menghidupkan
majlis-majlis yang bermanfaat seperti majlis
maulid nabi ‫ ﷺ‬pada kelahirannya, majlis-majlis
ilmu di dalam bulan Rejab contohnya israk dan
mikraj. Begitu juga majlis-majlis ilmu di dalam
bulan Ramadan contohnya Nuzul Quran
malahan sepanjang bulan Ramadan itu sendiri
istimewa. Dan adalah ia termasuk tanda-tanda
‫ه‬ ٰٓ َ
ِ ‫ )ش َع ٰـ ر َب‬yang menggambarkan
sya’āirallah (‫ئّٰلل‬
bahawa mereka itu adalah orang-orang yang
bertakwa.
Ini adalah syllabus atau sukatan pelajaran yang
Allah SWT aturkan sepanjang tahun untuk kita
supaya kita sentiasa bertakwa.
Kenapa Jamadilawal dan Jamadilakhir tidak
begitu terserlah?
Ini adalah kerana Allah SWT hendak memberi
kita sedikit kerehatan dan masa untuk membuat
persediaan agar kita dapat all out beribadah
dengan sedaya upaya dan bersungguh-sungguh
selama tiga bulan iaitu bermula dari bulan
Rejab, Sya’ban dan Ramadan.

18
Dan adalah mereka yang menghidupkan bulan-
bulan ini merupakan tanda orang yang
bertaqwa.
َ َ ْ ِّ َ َ َ َ َ ْ ّ َ َ ْ َ َّ ُ ‫َ ه‬
‫ب َوش ْع َبان َو َبلغنا َر َمضان‬ ‫إللهم ب ِارك لنا ِ يف رج‬
“Ya Allah, berkatilah kami di dalam bulan Rejab
dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan
Ramadan.”

19
Lazatnya Dapat Menyebut Nama Nabi
Muhammad ‫ﷺ‬

Sesungguhnya menyebut nama Nabi ‫ ﷺ‬itu


merupakan satu kelazatan dan satu kenikmatan
yang tidak ternilai. Sebab itu dalam sejarah
makhluk yang tiada mulutpun nak sebut juga
nama Nabi ‫ﷺ‬.
Contohnya seketul batu yang terletak
berdekatan dengan rumah Nabi ‫ﷺ‬. Ketika
mana Nabi ‫ ﷺ‬keluar dari rumah Siti Khadijah
RA menuju ke Kaabah, batu tersebut memberi
salam kepada Baginda ‫ﷺ‬. Batu itu makhluk
mati yang tiada mulut, pun berusaha
mengeluarkan suara ingin menyebut nama Nabi
Muhammad ‫ ﷺ‬sedangkan kita umat Nabi ‫ﷺ‬
susah untuk mengucapkan selawat apabila
namanya disebut.
Contoh seterusnya, ada satu tunggul pohon
tamar yang menjadi mimbar (ia selalu menjadi
tempat baginda berdiri) di Masjid Nabawi
bersebelahan tempat Nabi ‫ ﷺ‬solat (mihrab). Ia

20
sebatang pokok yang mati (ditebang kemudian
diletakkan di situ) dan sudah pasti tiada mulut.
Bila mana Nabi ‫ ﷺ‬tidak pijak tunggul pokok
tamar itu, ia menangis seperti bayi yang
menangis.
Ini ada diceritakan di dalam sebuah hadis
daripada Jabir bin Abdullah RA:
َ َ ْ ُ ‫ان َي ُق‬ َ َ َ ‫َ َّ َّ َّ َ ه ه ُ َ َ ْ َ َ ه‬
‫وم َي ْو َم إل ُج ُم َع ِة ِؤل ش َج َر ٍة‬ ‫أن إلن رن صىل إّٰلل علي ِه وسلم ك‬
ُ‫إّٰلل َأ ََّل َن ْج َعل‬‫َ ْ َ ْ َِ ي َ َ َ ْ ْ َ َ ٌ ْ ْ َ ْ َ َ ْ َ ُ ٌ َ َ ُ َ ه‬
ِ ‫أو نخلة فقالت إمرأة من إۡلنصار أو رجل يا رسول‬
َ ُ ُ ْ َ ْ َ َ َ َّ َ َ ً َ ْ ُ َ ِ ُ َ َ َ ْ ُ ِ ْ ْ َ َ ً َ ْ ٍ َ َ
‫لك ِمن ربإ قال ِؤن ِشئتم فجعلوإ له ِمن ربإ فلما كان يوم إلجمع ِة‬
‫ُ َ َ ْ ْ َ َ َ َ ْ َّ ْ َ ُ َ َ َّ ِّ ُ َّ َ َ َ َّ ُّ ه‬
‫ن َصىل‬ ‫صياح إلص ِر ين ثم نزل إلن ِر ي‬ ‫دفع ؤل إلمنب فصاحت إلنخلة‬
َ‫ن هإلذي ُي َس هك ُن َقال‬ َّ َ َ ِ ُّ َ ْ َ ُ َّ َ َ َ ‫ِ ه ُ ِ َ َ ْ ِ َ ر ِ َ ه‬
ِ ِّ ‫ي إلص ر‬ ّ ‫ي أ ِن‬ ّ ِ ‫إّٰلل علي ِه وسلم فضمه ؤلي ِه ت‬
َ َ ْ ْ ِّ ‫َ َ ْ َ ْ َ َ َ ِ َ َ ْ َ ْ َ ُ ْ ِ ي‬
‫كانت تب ِ يك عىل ما كانت تسمع ِمن إلذك ِر ِعندها‬
“Bahawa Nabi ‫ ﷺ‬pernah di suatu hari Jumaat
berdiri di atas sebatang pohon atau pohon
kurma lalu ada seorang wanita atau seorang
laki-laki Anshar berkata, Wahai Rasulullah,
‘Bagaimana kalau kami buatkan mimbar untuk
baginda?’. Baginda menjawab, ‘Silakan, bila
kalian kehendaki’. Maka mereka membuatkan
untuk Baginda sebuah mimbar. Ketika hari
Jumaat Baginda naik ke atas mimbar lalu batang

21
pohon kurma tadi berteriak bagaikan teriakan
bayi. Maka kemudian Nabi ‫ ﷺ‬turun
menghampiri batang pohon tersebut lalu
memeluknya sehingga teriakannya melemah
hingga bagaikan rintihan bayi yang akhirnya
diam dengan sendirinya. Baginda bersabda,
‘Batang kayu itu menangis kerana mendengar
zikir di sekelilingnya’” *Hadis riwayat Imam
Bukhari (3584) status hadis sahih].
Baginda turun daripada mimbar dan
menghampiri tunggul pokok tamar yang tidak
jauh dari mimbar tersebut. Baginda Nabi ‫ﷺ‬
meletakkan tangan pada batang pokok tamar
dan memeluk sambil dan berbisik berkata
kepada tunggul pohon tamar tersebut,
“Mahukah kamu kalau aku jadikan engkau
pokok atau kekal duduk dan menjadi jiranku di
syurga nanti?”
Apakah pilihan tunggul pohon tamar tersebut,
iaitu tumbuh sebagai pohon tamar atau hidup
berjiran dengan Nabi ‫ ﷺ‬di syurga nanti?

22
Ini boleh kita jadikan dalil apabila meminta
dimasukkan ke dalam syurga bersama dengan
Nabi ‫ﷺ‬.
Barangsiapa yang memohon masuk syurga
tetapi tidak meminta untuk masuk ke syurga
bersama dengan Nabi ‫ﷺ‬, menunjuk betapa
teruknya kita daripada pohon tamar tersebut.
Betapa hebat pohon tamar ini kerana di dalam
keadaan susah untuk menyebut nama Nabi
Muhammad ‫ﷺ‬, ia hanya mampu menangis
kerana sangat merindukan Nabi ‫ﷺ‬.
Sebab itu apabila dapat menyebut nama Nabi
Muhammad ‫ﷺ‬, terasa sangat lazat.
Subhanallah!
Bagi orang yang bukan Islam, menyebut nama
Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬merupakan satu
kekeliruan.
Katakan kita ambil satu nama, contohnya nama
Abu Lahab. Ketika Nabi ‫ ﷺ‬turun daripada
peristiwa Israk dan Mikraj, Abu Lahab telah
berkata, “Tabbaka ya Muhamamad!”

23
Apabila diterjemahkan seruan Abu Lahab di
atas, ia bermaksud “Celaka kamu wahai yang
mulia (atau yang terpuji atau yang dirahmati)!”
Ini menunjukkan kaum musyrikin keliru apabila
disebut nama Nabi ‫ﷺ‬. Iaitu, kenapa dipanggil
dengan nama yang mulia tetapi diseru celaka ke
atasnya?

24
Amalan-Amalan di Dalam Bulan Rejab

Antara amalan-amalan yang dikongsi di sini


adalah dipetik daripada Risalah Amalan Bulan
Rejab yang disusun oleh Al-Fadhil Ustaz
Muhadir bin Haji Joll. Semoga pahala yang
berpanjangan buat Al-Fadhil Ustaz, ‫ي َيا َر َّب‬
ّ ْ ‫ِآم‬
َّ ْ ‫إلع َالم‬
‫ي‬ َ
ِ
1. Membaca doa
َ َ ّ ََ ْ َ َ ّ ََ ْ ‫َ ه‬
‫إلل ُه َّم َب ِارك لنا ِ يف َر َج ٍب َوش ْع َبان َو َب ِارك لنا ِ يف َر َمضان‬
“Ya Allah, berkatilah kami di dalam bulan
Rejab dan Sya’ban dan berkatilah kami di
dalam bulan Ramadan”
َّ َ َ َ َ ْ ِّ َ َ َ َ َ ّ َ َ ْ َ َّ ُ ‫َ ه‬
‫ َوأ ِعنا‬،‫ َو َبلغنا َر َمضان‬،‫ب َوش ْع َبان‬ ‫إللهم ب ِارك لنا ِ يف رج‬
َ‫ يا‬،‫ َيا َرح ْي ُم َيا َر ْح َم ُن‬،‫إلص َيام َو ْإلق َيام َوق َر َإءة ْإل ُق ْ ٓرإن‬
ِّ ‫َع َىل‬
ِ ِ ِ َِ ِ ِ ِ
ُ َّ
‫ك ِر ْي ُم َيا َمنان‬
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan
Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah
kami ke bulan Ramadan, dan bantulah

25
kami untuk berpuasa, qiyam Ramadan10
dan membaca Al-Quran, wahai (Allah)
Yang Maha Pengasih, wahai Yang Maha
Pemurah, wahai Yang Maha Mulia, wahai
Yang Maha Mengurniakan”11
2. Berpuasa sebanyak mana hari yang
dimahu atau sepanjang bulan.
Di dalam kitab Latā'if Al-Ma'ārif, bahawa
sebahagian daripada para salaf, berpuasa
sepenuh-penuh bulan-bulan Haram di
antara mereka adalah Ibn Umar, Al-Hasan
Al-Bashri dan Abu Ishaq as-Subaili. Sufyān
ath-Thaurī berkata yang bermaksud:

10
Makna qiyam Ramadan ialah menghidupkan malam di dalam
bulan Ramadan dengan melakukan amal ibadah dan solat.
Ganjaran bagi yang melakukan qiyam Ramadan ialah mereka
dijanjikan ampunan dosa kecil berkaitan hak Allah sebagaimana
dengan hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi ‫ﷺ‬
bersabda:
َْ َّ َ َ ُ َ ُ ْ ‫يم ًانا َو‬ َ َ ََ َ َ ْ َ
‫إح ِت َس ًابا غ ِف َر له َما تقد َم ِم ْن ذن ِب ِه‬ َ ‫ان ؤ‬
ِ ‫من قام رمض‬
“Barang siapa menegakkan Ramadan kerana iman dan
mengharap pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah
lalu” *Hadis riwayat Imam Bukhari (36) status hadis sahih+.
11
Sangat baik dibaca setiap kali selepas solat di sepanjang bulan
Rejab dan Sya’ban.

26
“Bulan-bulan haram, aku menyukai untuk
berpuasa dalamnya.”
3. Membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu
Istighfar) tiga kali pagi dan tiga kali
petang.
ََ َ ُ َ َ ْ ّ َ ْ َ َ َ ْ َ َّ َ َ َ ْ ِّ َ َ ْ َ َّ ُ ‫َ ه‬
‫ َوأنا‬،‫ن َوأنا َع ْبدك‬ ‫خل ق ت ِ ي‬ ،‫إللهم أنت ر رن ال ِؤلـه ِؤال أنت‬
َ‫ش ما‬ِّ َْ ‫ َأ ُع ْو ُذ ب َك ِم ْن‬،‫ت‬ ُ ْ َ َ ْ َ َ ْ َ‫َ َ َ ْ َ َ ي‬
‫عىل عه ِدك ووع ِدك ما إستطع‬
ْ‫اغ ِف ْر ل‬ْ َ ْ ْ ِ َ ُ ْ ُ َ َ َّ َ َ َ َ ْ َ َ ُ ْ ُ َ ُ ْ َ َ
‫ِي‬ ‫ وأبوء ِبذن ِر ين ف‬،‫ أبوء لك ِب ِنعم ِتك ع يىل‬،‫صنعت‬
َ ْ َ َّ ُ ُّ ْ َ ُ َّ َ
‫ف ِإنه ال َيغ ِف ُر إلذن ْو َب ِؤال أنت‬

4. Membaca sebanyak tujuh puluh kali pada


waktu pagi dan tujuh puluh kali petang,
dengan mengangkat kedua tangan:
َّ َ ‫ب َع‬
‫ىل‬ ْ ‫إغف ْر ل َو ْإر َح ْم ّن َو ُت‬
ِ
ْ َّ ُ ‫َ ه‬
‫إللهم‬
‫ي‬ ِ ‫ِي‬

5. Istighfar Shoghīr (Istighfar Kecil) sebanyak


tujuh puluh kali, terutamanya pada waktu
sahur:
،‫وم‬ َّ َ ‫ هإل ِذي ََّل ؤ َل َه ؤ ََّّل ُه َو ْإل‬،‫يم‬
َ ‫ح ْإل َق ُّي‬ َ ‫إّٰلل ْإل َعظ‬
ِ
َ ‫َإ ْس َت ْغف ُر ه‬
ِ
‫ي‬ ِ َِ َُ َ
ْ
‫وأتوب ِؤليه‬ُ

6. Membaca sebanyak tiga puluh lima kali


pada hari Jumaat terakhir dalam bulan

27
Rejab, ketika khatib berada di atas
mimbar12:
ّّ ُ ُ َ ٌ َ ُ ّّ ُ ُ َ ُ َ ْ َ
ِ ‫ مح َّمد رسول‬،‫إّٰلل‬
‫إّٰلل‬ ِ ‫أحمد رسول‬

12
Syaikh Ali al-Ajhuri berkata: “Sesiapa membaca pada Jumaat
terakhir dalam bulan Rejab akan bacaan ini sebanyak 35 kali,
maka tidak akan terputus rezekinya dari dalam tangannya pada
tahun itu.” Sila rujuk Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan, Syaikh
Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linggi, ms. 74)

28
Ibrah Daripada Bulan Rejab

Peristiwa Israk dan Mikraj (yang berlaku di


dalam bulan Rejab) telah melahirkan tiga jenis
manusia13 iaitu, iaitu:
1. Saidina Abu Bakr As-Siddiq RA
Respon beliau apabila diberitahu bahawa
Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬baru turun dari
Baitulmaqdis, “Kalau berita atau cerita itu
daripada Muhammad, lebih daripada
sampai ke langit pun aku percaya.”
Sebagai seorang Islam, kita kena percaya
dan yakin 100% apa yang disampaikan
oleh Al-Quran dan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬.
Dan apabila menyentuh perkara agama
dan hawa nafsu, pasti akan berlaku
‘perlawanan’.

13
Ini berdasarkan apa yang dikongsikan oleh Almarhum Tuan Guru
Dato’ Dr. Haron Din dengan penulis.

29
Ada hari kita akan berlawan dengan nafsu
dan kita menang. Ada hari kita akan
kalah. Namun janganlah kita risau.
Apa yang penting, kita mesti terus
melawan. Sememangnya manusia akan
berlawan dengan nafsu sampai hari
kiamat atau manusia meninggal dunia.
Ikut mana yang datang dahulu.
Nabi ‫ ﷺ‬sendiri tidak pernah mengatakan
yang kita akan menang ke atas hawa
nafsu kita sepanjang 24 jam.
Sebab itu kita kena ada amalan yang kita
sendiri yang kita kena buat.
Imam Al-Ghazali berkongsi dengan kita
seribu satu amalan yang boleh kita
amalkan. Jika tidak boleh berzikir, kita
boleh membaca Al-Quran. Jika tidak
boleh membaca Al-Quran, kita boleh
berpuasa. Jika tidak boleh berpuasa, kita
boleh bersedekah. Apa yang penting, ada
pelbagai amalan yang mampu kita buat.

30
Oleh itu apa yang penting, kita mesti
melawan hawa nafsu kita itu dengan
amalan-amalan yang kita ada dan
ketahui.
Oleh itu, usahakan untuk ada zikir-zikir
dan selawat-selawat yang menjadi
kesukaan atau favourite kita. Bila mana
kita tengah lemah semangat atau down,
zikir-zikir dan selawat-selawat inilah yang
akan kita baca dan amalkan.
Buya Hamka memberitahu kepada kita
menerusi bukunya Tasawuf Modern iaitu
bagaimana untuk mengubat hati
melawan hawa nafsu.
Antara ungkapan yang boleh kita ambil
iktibar dan pengajaran daripadanya:
“Kemenangan di dalam peperangan
dengan (hawa) nafsu ialah induk dari
segala kemenangan.”
“Kelazatan hati ialah teguh makrifat
kepada Allah kerana hati itu dijadikan
buat mengingat Tuhan.”

31
2. Abu Jahal
Orang yang memperlekeh akan baginda
‫ﷺ‬. Jika di zaman kita ini mereka yang
memperlekeh hadis-hadis Nabi ‫ﷺ‬,
asatizah dan para alim ulama.
“Semoga kita dilindungi daripada menjadi
sebahagian daripada orang yang seperti
Abu Jahal.” Na’ūzu billahi min zālik.
3. Beberapa orang sahabat yang telah
goyang hati mereka
Ada seorang sahabat selepas mendengar
Nabi ‫ ﷺ‬menceritakan peristiwa Israk dan
Mikraj yang baru berlaku, dia pergi
berjumpa dengan Baginda ‫ ﷺ‬yang waktu
itu berada di atas Bukit Safa.
Dia berkata, “Saya boleh percaya cakap
Nabi bahawa Nabi telah pergi ke
Baitulmaqdis dan kemudian balik semula
ke Makkah dengan dua syarat.”
Baginda ‫ ﷺ‬bertanya, “Apakah syarat-
syaratnya itu?”

32
“Yang pertama, tolong angkat kaki kanan
Nabi” sahabat tersebut menyuruh.
Lalu Nabi ‫ ﷺ‬mengangkat kaki kanan
baginda ‫ﷺ‬.
Untuk syarat yang kedua, sahabat
tersebut menyuruh Nabi ‫ ﷺ‬mengangkat
kaki kiri tetapi jangan jatuhkan kaki kanan
Baginda ‫ ﷺ‬yang telah diangkat tadi.
Mana boleh Nabi ‫ ﷺ‬terapung. Nabi ‫ﷺ‬
orang biasa seperti kita.
Lalu Nabi ‫ ﷺ‬berkata, “Saya tidak boleh
berbuat seperti itu.”
“Ya Nabi, kalau angkat kaki kiri dan
kemudian tidak jatuhkan kaki kanan, di
sini pun Rasulullah tidak boleh buat,
macam mana boleh pergi ke
Baitulmaqdis?” Soal sahabat tersebut.
Lalu Baginda ‫ ﷺ‬menyuruh sahabat itu
pergi bertanya tentang jawapan kepada
soalannya itu dengan Saidina Umar Al-
Khattab RA.

33
Dan sahabat tersebut pergi berjumpa
dengan Saidina Umar Al-Khattab RA lalu
bertanya dengan Saidina Umar Al-Khattab
RA.
Dipendekkan cerita Saidina Umar RA
terus membunuh sahabat tersebut
dengan pedangnya kerana jika apa yang
diceritakan oleh Nabi ‫ ﷺ‬dia tidak
percaya, bagaimana mungkin dia akan
percaya jawapan yang akan diberikan
oleh Saidina Umar RA.
Ada seorang lagi sahabat yang
berwatakan khawarij yang bernama Zul
َْ ُ ْ ُ
ِ َ ِ ‫ )ذو إلخوي‬yang mana dia
Khuwaishirah (‫ضة‬
berani menuduh Baginda ‫ ﷺ‬tidak adil.
Ia ada dikisahkan di dalam hadis yang
panjang daripada Abu Sa'id Al-Khudri RA
berkata:
ُ ‫ه‬ َ ُ‫ه َ ه ه‬ َْ َ َ
‫إّٰلل َعل ْي ِه َو َسل َم َوه َو‬ ‫إّٰلل صىل‬ِ ‫ول‬ ِ ‫َب ْين َما ن ْح ُن ِع َند َر ُس‬
َ ُ َ َْ ُ ْ ُ ُ َ ً ْ ُ َْ
‫ضِة َوه َو َر ُج ٌل ِم ْن َب ِ ّ ين ت ِم ٍيم‬ ِ ‫َي َق ِسم ِقسما أتاه ه ذو إلخوي‬
ْ‫ال َو ْي َل َك َو َم ْن َي ْعد ُل ؤ َذإ َلم‬
َ ‫إعد ْل َف َق‬ ْ َ ُ َ َ َ
ِ ِ َ َ ُ َ َ ِ ‫إّٰلل‬ ِ ‫َفقال ي َا رسول‬
‫ال ُع َم ُر َيا‬ َ ‫ش َت ؤ ْن ل ْم أ ك ْن أ ْعد ُل ف َق‬ ْ ِ ‫ت َو َخ‬ َ ْ ْ ْ ْ
‫أع ِدل قد خب‬
ِ
ُ َ َّ َ ُ ْ َ َ َ َ ُ َ ُ ُ َ ّْ َ ِ َ ْ َِْ ‫َ ُ َ ه‬
‫ضب عنقه فقال دعه ف ِإن له‬ ِ ‫يه فأ‬ ِ ‫إّٰلل إئذن ِ يل ِف‬ ِ ‫رسول‬
34
ُ َ ُ َ َ ُ ُ َ َ
‫أ ْص َح ًابا َي ْح ِق ُر أ َحدك ْم َصَلته َم َع َصَل ِت ِه ْم َو ِص َي َامه َم َع‬
َ ُ َ ُ َ َ ُْ َ ْ
‫ِص َي ِام ِه ْم َيق َر ُءون إلق ْرآن َّل ُي َج ِاوز ت َر ِإق َي ُه ْم َي ْم ُرقون ِم ْن‬
ََ َ َ َ ْ َّ ‫إلدين َك َما َي ْم ُر ُق‬
َّ ‫إلس ْه ُم ِم ْن‬ ِّ
‫إلر ِم َّي ِة ُينظ ُر ِؤل ن ْص ِل ِه فَل‬ َِ ُ
ُ َ ُ َ َ َ َ َ ْ ُ َّ ُ ٌ ْ َْ ‫وج ُد فيه‬
‫يه‬َِ ‫شء َثم ينظ ُر ِؤل ِرص ِاف َ ِه َ فما يوجد ِف‬ ِ ِ ‫ي‬
َ ‫َْ ْ ٌ ُ َّ ُ ْ َ ُ ي‬
ٌ‫شء‬ ْ ْ ‫يه‬ ُ َ ُ ُ ُ ْ َ ُ َ ِّ
‫شء ثم ينظر ؤل نضيه وهو قدحه فَل يوجد ف‬
َ ‫ُ َّي ُ ْ َ ُ َ ُ ِ َ َِ َ ِ ُ َ ُ ِ َْ ْ ٌ َ ْ َ َ َ ِ ِْ َ ْ ي‬
‫ث‬َ ْ ‫ش ْء ق ْد ُس َب ْق إلفْ َر‬ ‫ثم ينظر ؤل قذ ِذ ِه فَل يوجد فيه‬
َ‫َ َّ َ َ ُ ُ ِ ْ َ ُ ٌ َ ْ َ ُ ْ َ ِ َِ ُ ي‬
‫ي إلمرأ ِة‬ ِ ‫و َإلدم ْآيت ْهم ْرجل َأ َس َود ِؤح ْدى ع َض َد َي ِه ِمثل ثد‬
ْ‫ي ُف ْر َقة من‬ ّ ‫أ ْو ِمث ُل إل َبض َع ِة تد ْرد ُر َو َيخ ُر ُجون عىل ِح‬
ِ ٍ ِ َّ
‫اس‬
ِ ‫إلن‬
“Ketika kami sedang bersama Rasulullah
‫ ﷺ‬yang sedang membagi-bagikan
pembagian (harta)14, datang Zul
Khuwaishirah, seorang laki-laki dari Bani
Tamim, lalu berkata, "Wahai Rasulullah,
tolong engkau berlaku adil." Maka
Baginda berkata, "Celaka kamu! Siapa
yang boleh berbuat adil kalau aku saja
tidak boleh berbuat adil. Sungguh kamu
telah mengalami keburukan dan kerugian
jika aku tidak berbuat adil." Kemudian
Saidina Umar berkata, "Wahai Rasulullah,
14
Kejadian in berlaku selepas peperangan Hunain iaitu peperangan
yang terjadi pasca Fathul Makkah (Pembebasan Makkkah) pada
tahun 8 Hijriah di kawasan Hunain antara kaum muslim yang
dipimpin oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬sendiri dengan kaum Badwi suku
Hawazin dan Tsaqif yang tinggal di kawasan Thaif.

35
izinkan aku untuk memenggal lehernya!
Baginda berkata, "Biarkanlah dia. Kerana
dia nanti akan memiliki teman-teman
yang salah seorang dari kalian
memandang remeh solatnya dibanding
solat mereka, puasanya dibanding puasa
mereka. Mereka membaca Al-Quran
namun tidak sampai ke tenggorokan
mereka. Mereka keluar dari agama
seperti melesatnya anak panah dari
sasaran (haiwan buruan). (Kerana sangat
cepatnya anak panah yang dilesakkan),
maka ketika ditelitilah hujung panahnya
maka tidak ditemukan suatu bekas
apapun, lalu ditelitilah batang panahnya
namun tidak ditemukan suatu apapun,
lalu ditelitilah bulu anak panahnya namun
tidak ditemukan suatu apapun, rupanya
anak panah itu sedemikian dini
menembus kotoran dan darah. Ciri-ciri
mereka adalah laki-laki berkulit hitam
yang salah satu dari dua lengan atasnya
bagaikan payudara wanita atau bagaikan
potongan daging yang bergerak-gerak.

36
Mereka akan muncul pada zaman
timbulnya firqah/golongan15” [Hadis
riwayat Imam Bukhari (3341) status hadis
sahih].

15
Firqah secara bahasa bererti kelompok manusia, yang boleh jadi
mempunyai pemahaman yang berbeza dengan Muslim yang
lainnya.

37
Kesimpulan

Sempena dengan keistimewaan yang ada di


dalam bulan Rejab ini, marilah sama-sama kita
mempertingkatkan amal ibadah kita dan
semoga Allah SWT sentiasa menganugerahkan
kita taufiq dan hidayah-Nya dalam setiap
amalan yang kita lakukan agar ianya tidak
menyalahi al-Quran dan juga sunnah Rasulullah
‫ﷺ‬. ‫ي‬َّ ْ ‫إلع َالم‬
َ ‫ي َيا َر َّب‬
ّ ْ ‫ِآم‬
ِ
Dan dikesempatan ini juga, sekiranya pembaca
ada terjumpa kesalahan pada isi kandungan
risalah ini, mohon untuk diperbetulkan dan
memaklumkan kepada penulis untuk dibuat
pembetulan ke atasnya dan penulis dahului
dengan diucapkan:
َ َ ُ ُ ُ َ َ 16
‫هللا خ ْ ًبإ ك ِث ْ ًبإ‬ ‫جزإكم‬
16
Hadis daripada Usamah bin Zaid RA beliau berkata bahawa
Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:
َ َّ ّ َ َ َ ْ َ َ َ ُ ‫َ َ َ ه‬ َ َ ََ ٌ ُْ َ َْ َ ُ ْ َ
‫إّٰلل خ ْ ًبإ فقد أ ْبلغ ِ يف إلثن ِاء‬ ‫ال ِلف ِاع ِل ِه جزإك‬‫من ص ِنع ِؤلي ِه معروف فق‬
“Barang siapa yang diperlakukan dengan baik kemudian dia
mengucapkan, 'JAZĀKALLĀHU KHAIRAN' maka sesungguhnya
dia telah memberikan pujian yang terbaik” *Hadis riwayat Imam
Tirmidzi (2935) status hadis sahih].

38
‫إخرإلکالم‬
Marilah sama-sama kita hadiahkan bacaan
Surah Al-Fātihah buat junjungan kekasih Allah
Baginda Nabi ‫ ﷺ‬dan ahli keluarganya, para
sahabat, Tābi’in dan Tābi'ut Tabi'īn dan
seterusnya kepada seluruh ulama’, fuqaha’ dan
muhaddisin, juga kepada semua pengarang
kitab dan risalah yang penulis jadikan sebagai
sumber ambilan dan rujukan di dalam
menyusun risalah ini…..AL-FĀTIHAH

)١( ‫ئلر ِح ِيم‬ َّ ‫ئلر ۡح َم ٰـن‬ َّ ‫ئهلل‬ ِ ‫ِب ۡس ِم‬


ِ
‫) َم ٰـ ِل ِك َي ۡو ِم‬٣( ‫ئلر ِح ِيم‬
َّ ‫ئلر ۡح َم ٰـن‬ َّ )٢( ‫ي‬ َّ ‫ۡئل َح ۡم ُد هّٰلل َر ِّب ۡئل َع ٰـ َلم‬
ِ َ َ َ ِ ِ ِ
َ َ ِّ َ ۡ ُ ّ ۡ َّ َ ُ ُ ۡ َ َ َّ ِّ
‫) ئه ِدنا ئلضاط‬٥( ‫) ِؤياك نعبد و ِإياك نست ِعي‬٤( ‫ين‬ ِ ‫ئلد‬
ُ ۡ َ ۡ ۡ َ ۡ ۡ َ َ َ ۡ َ َۡ َ ‫َ َ ه‬ َ ‫ۡئل ُم ۡس َتق‬
‫وب‬ ‫ض‬ ‫غ‬ ‫م‬ ‫ئل‬ ‫ب‬ ‫غ‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ي‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫ت‬ ‫م‬ ‫ع‬ ‫ن‬ ‫أ‬ ‫ين‬ ‫ذ‬
ِ ‫ئل‬ ‫اط‬ ‫ض‬ )٦ ( ‫يم‬ ِ
ِ ِ ِ
َ ّ ِّ ٓ َّ َ َ ۡ ۡ َ َ ِ
)٧( ‫علي ِهم وَّل ئلضالي‬

39
REJAB bulan menanam benih
SYA’BAN bulan menyiram tanaman
RAMADAN bulan menuai hasil

ُ ‫وهللا‬
‫أعلم بالـصـوإب‬
“Dan Allah Maha Mengetahui
yang sebenarnya”

40

Anda mungkin juga menyukai